TERKINI: Gambar-Gambar Kebakaran Dahsyat di Sibu

Posted by MELANAU BLOGGER

Dilaporkan lebih 100 buah rumah hangus dalam satu kebakaran di Sibu petang tadi, kebakaran tersebut merebak dari Kampung Hilir ke Kampung Dato.

Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 4 petang dikatakan berpunca dari sebuah rumah di Kampung Hilir sebelum merebak ke rumah lain dengan cepat.

Menurut sumber, api terus merebak dengan cepat akibat tiupan angin yang agak kencang petang tadi. Malah sehingga jam 6 petang tadi, api kebakaran masih lagi marak.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

p/s: terima kasih untuk rakan-rakan yang menghantar gambar kepada admin.

Related Post

halimhp said...

Subhanallah... Diharap pihak berwajib dapat memberi bantuan dan pertolongan kepada semua mangsa kebakaran. Bukan masa untuk mencari kesilapan mana-mana pihak. Tqvm.

Myracles spray said...

sama2 lh membantu bg mana2 yg mampu demi meringan kan beban mangsa2 kebakaran tuh..jika boleh sedia kan tabung bantuan utk mereka..sharing is caring..tq

cannonkapit said...

Perkampungan Melayu yg terawal di Sibu dibina kira2 seabad yg lalu.Sebahagian Kpg Datu(lama)telah dipindah ke kawasan baru Bandung kira2 9-10 tahun yg lalu.Manakala Kpg Nyabor yg kini diambilalih oleh pembangunan moden dah hilang dlm peta Sibu.Dulu Kpg Nyabor - kira2 bermula di Sarawak House/Premier sehingga ke simpang empat ke Hotel Paramount.Di Hotel Paramount kira2 bermulanya Kpg Datu dan terus menghilir sg Rejang bersambung Kpg Hilir.

Perkampungan awal memang banyak meninggalkan nostalgia.

Kebakaran yang dikira besar juga berlaku di Sibu pd 1889 dan 1928 yg memusnah seluruh bandar Sibu.Pd era berkenaan bangunan kedai diperbuat drp kayu belian dan beratap rumbia.Kedai2 hanya satu leret/row mengandungi 60 kedai berdiri megah di Channel Road.Setelah kebakaran 1889 kedai2 baharu dibina dgn batu batu.Kedai2 tersebut musnah dlm kebakaran 1928 - mujur Kpg2 Melayu terselamat sebab angin.

Nampaknya angin tidak menyebelahi kpg Datu dan Kpg Hilir pd kali ini.Kehilangan yg tidak dpt diganti.Sejarah baharu tercatat.

ilyani said...

Ya Allah...sedih nangga kampung tok angus...diharap semua keluarga yang mendapat dugaan tok bersabar dan tabah dengan ujian tok.....semoga rezeki keluarga2 mangsa yang terlibat akan lebih murah dengan ujian yang menimpa....amin ya Rabbal Alamin...nang sedih nangga eh, walaupaun kamek sekejap ajak diam di sibu....rindu dgn sibu....:(..

adzhar rabu said...

Kami sedang menguruskan kutipan derma pakaian untuk mangsa kebakaran, sesiapa yang ingin menyumbangkan pakaian sila menyerahkan kepada pihak sekolah Abang Ali,

jara yong said...

hulurlah bantuan yang seadanya kepada mereka yg memerlukan.

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)

PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com