Friday, April 12, 2013

Home » , , , , , » Komen Anwar tentang video mirip Mustafa Ali

Komen Anwar tentang video mirip Mustafa Ali


?????
KUCHING: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum menonton video yang dikaitkan dengan Datuk Mustafa Ali namun menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu turut menjadi mangsa fitnah seperti beliau.

Sekali lagi, Anwar menyalahkan Umno terhadap penerbitan dan penyebaran video 11 minit itu yang memaparkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dan kemudian memberinya wang.

"Saya masih tidak lagi menonton video tersebut, tetapi kita faham video macam ini selalunya dibuat oleh blogger Umno,” kata beliau tanpa memberikan sebarang bukti.

"Mereka ini menggunakan blogger Umno dan kemudiannya mereka 'highlight' kepada surat khabar Umno," katanya kepada pemberita tadi di sidang media khas pengumuman calon Parlimen PKR Sarawak yang diadakan di sini tadi.

Semalam pelayar laman sesawang internet dikejutkan dengan video berdurasi 11 minit 28 saat itu yang berjudul "Video Skandal Seks Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS".

Anwar sebelum ini dikaitkan dengan dua buah video seks haram, satu dengan wanita “China Doll” dan satu lagi dengan seorang lelaki.

PKR menuduh blogger Papa Gomo di sebalik video homoseks itu. Blogger berkenaan berkata beliau akan menentang Anwar di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU 13 5 Mei depan kerana tidak tahan dengan sifat talam dua muka Anwar.

Dalam perkembangan yang sama, Polis Terengganu telah merampas 16 keping video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan pemimpin PAS itu.

Difahamkan video tersebut diedarkan bersama dengan gambar bogel seorang lelaki di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu kira-kira pukul 7.40 malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, VCD dan beberapa keping gambar diletakkan di dalam sampul surat.- antarapos


Artikel Berkaitan,
Komen Anwar video mustafa, Mustafa Ali, Mustafa ali video, Pakatan Rakyat, PRU 13, Video Pemimpin PAS

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net