Pencerobohan Lahad Datu: Amaran keras dari Presiden Filipina

Posted by MELANAU BLOGGER

MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Selasa memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal menamatkan pencerobohan di Sabah.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil balik 180 pengikutnya termasuk kira-kira 30 daripada mereka yang bersenjata daripada terus menceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

"Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan tegas berdasarkan undang-undang negara ini akan digunakan untuk memberi keadilan kepada semua.

"Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin orang anda, anda harus bekerjasama dengan kerajaan untuk mengarahkan pengikut anda pulang ke rumah dengan aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional.

Aquino juga memberi amaran kepada Jamalul Kiram bahawa beliau telah mengarahkan suatu siasatan terhadap 'kemungkinan pelanggaran undang-undang oleh pihaknya, pengikut dan pihak terlibat berhubung pencerobohan itu'.
Selain itu Aquino berkata kerajaannya bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan secara aman pencerobohan berkenaan. AFP

Related Post



ADA KUASA said...

salam..mohon pautkan blog http://adakuasa.blogspot.com ke blog tuan terima kasih

MELANAU BLOGGER™ said...

beres tuan...terima kasih

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com