Wednesday, February 27, 2013

Home » , , , , » Penceroboh Lahad Datu sedang menunggu serangan Malaysia

Penceroboh Lahad Datu sedang menunggu serangan Malaysia


TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.

Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.

“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.

Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami.”

Ditanya sekiranya beliau tidak takut berikutan hanya mempunyai seramai 30 lelaki bersenjata, Azzimudie berkata: “Kami sudah bersedia, kami sedang menunggu. Kami tidak akan menyerang (tetapi) kami akan mempertahankan diri kami.”

Azzimuddie yang juga berhubung dengan saudaranya menerusi telefon, telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mengambil pesanan daripada Jamalul Kiram.

Sementara itu, setiausaha agung kesultanan yang diperkatakan, iaitu Abraham Idjirani berkata, kumpulan itu menolak rayuan Aquino untuk kembali ke Filipina.

Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.

Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.

Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”- mStar


Artikel Berkaitan,
Ketua penceroboh Lahad Datu, Lahad Datu Sultan Sulu, Penceroboh Sultan Sulu, Penceroboh tunggu serangan, Politik Sabah

3 comments:

redbox on February 27, 2013 at 1:57 PM said...

Sy rs klau sembur chloroform..bg depa2 ni pengsan & angkut seko2 balik filipin pon bagus.

bindu ku on February 27, 2013 at 2:36 PM said...

Biarkan ATM dan PDRM jalankan tugas mereka ke atas PENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA tanpa campur tangan ahli politik..

Agent X on February 27, 2013 at 5:52 PM said...

ini semuanya kerja dajjal, pasti dia suka....

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net