Thursday, February 14, 2013

Home » , , , , , » Giliran Anwar dimalukan di Sabah

Giliran Anwar dimalukan di Sabah


"Imam Mahdi", "Pemimpin paling suci" dan bermacam-macam lagi. Semua itu gelaran pelik yang Anwar perolehi dari sekutu politiknya.

Kali ini PKR cabang Ranau pula memberi gelaran ‘Huguan Siou’ kepada Anwar. Gelaran serta penganugerahan itu telah membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat KDM selain mendakwa hanya persatuan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) sahaja yang berhak melantik individu yang layak.

Lebih memalukan, bila semakin ramai pemimpin tempatan Sabah tampil dengan komen yang negatif terhadap Anwar kerana mereka yakin Anwar bukanlah individu yang layak untuk mendapat penganugerahan tertinggi itu.

Malah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star)menyifatkan pihak yang telah menganugerahkan Anwar dengan gelaran ‘Huguan Siou’ sebagai tidak menghormati adat istiadat kaum Kadazandusun Murut (KDM).

Jeffrey turut menegaskan tindakan PKR Ranau akan memberi imej negatif terhadap PKR dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya dimata rakyat Sabah.

Isu gelaran ‘Huguan Siou' menjadi titik yang memalukan bagi Anwar dan Pakatan Rakyat, kerana terang-terang kalangan pemimpin pembangkang Sabah turut menyelar penganugerahan tersebut, atas alasan Anwar tidak wajar dan tidak layak.

Dalam kenyakinan Anwar untuk menguasai sokongan rakyat Sabah, rupanya ramai juga pemimpin sesama pembangkang yang tidak ingin meletakkan Anwar sebagai pemimpin yang dihormati.

Mungkin ini natijah dari keyakinan melampau yang Anwar dan Pakatan Rakyat laungkan seluruh negara, akhirnya Anwar terpaksa malu sendiri.

Sepatutnya Anwar dan PKR wajar mengembalikan penganugerahan tersebut dan meminta maaf kepada pihak KDM (Kadazandusun Murut). Itupun jika Anwar mampu menahan malu...





Artikel Berkaitan,
Anwar dapat gelaran Sabah, Anwar di permatang pauh, Anwar di Sabah, Anwar dimalukan, Huguan Siou, Pakatan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net