VIDEO: Himpunan dedah 20 dalil tolak Pakatan

Posted by MELANAU BLOGGER

Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan 20 dalil kenapa rakyat perlu menolak Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor ekoran parti itu sering dibelenggu krisis dalaman dan gagal membantu rakyat.

Malah himpunan rakyat itu juga untuk menyedarkan rakyat daripada terus diperdaya dan dimanipulasi oleh pembangkang, kata Pengerusi Sekretariat Jom Tolak Pakatan, Hamidzun Khairuddin.

Mengulas lanjut Hamidzun berkata, himpunan yang akan diadakan pada jam 9 malam di Pekan Meru, Klang esok bakal menampilkan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

Antara 20 dalil yang menjadi tunjang penolakan itu adalah berhubung isu manifesto, air, TALAM, rumah urut, Yayasan Selangor, isu pasir, sampah dan lain-lain.

Sekretariat Jom Tolak Pakatan ini diwakili oleh 40 badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor seperti PERKASA, Waris Malaya, GAPS, SERANG, dan sebagainya.


credit: antarapos



Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com