Friday, January 11, 2013

Home » , , , , , » Rakyat Sarawak akan 'Sejahtera" jika Anwar turunkan harga minyak

Rakyat Sarawak akan 'Sejahtera" jika Anwar turunkan harga minyak


Apakah dengan turunnya harga minyak kehidupan rakyat Sarawak akan berubah? persoalan ini mungkin terlalu sinis untuk diterjemahkan.

Namun lebih sinis, setiap kali Anwar dan pemimpin PKR menjanjikan harga minyak akan turun serta merta jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Sebilangan rakyat Sarawak yang mendengar ungkapan itu akan bersorak riang sambil bertepuk tangan.

Hal itu dapat kita lihat setiap kali Anwar dan pemimpin PKR berceramah di Sarawak, seolah-olah susah senang hidup rakyat Sarawak tergantung pada turun naik harga minyak?

Anwar dan PKR tentunya sangat teruja melihat reaksi 'orang Sarawak', Anwar mungkin beranggapan 'orang Sarawak' selama ini sedang kecanduan minyak petrol dan diesel untuk mengubah kehidupan mereka.

Janji Anwar, tidak ada apa-apa akan naik. Hanya beliau akan 'naik' sebagai Perdana Menteri.

Harga barang keperluan, harga rumah, harga kenderaan semuanya akan turun mendadak jika Anwar jadi perdana menteri. itu hanya pada tahun pertama Anwar berkuasa, bayangkan tahun-tahun seterusnya, kerana dari tahun ke tahun semua harga barang semakin turun menurut janji Anwar dan Pakatan Rakyat.

Tak seperti diperintah Barisan Nasional, harga barang semakin hari semakin naik.

Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah dan lain-lain akan terhapus dengan sendirinya oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, kerana semua itu membebankan rakyat marhaen.

Demi kesejahteraan rakyat yang diperjuangkan, rumah-rumah setinggan akan bertukar pangsapuri, segala kemudahan infrastruktur akan terbentang dengan percuma.

Untuk lebih adil - air dan elektrik akan diberi percuma untuk seluruh rakyat.

Tidak ada lagi sebarang kezaliman, jauh sekali rasuah. Kerana para pemimpin Pakatan rakyat semua bersederhana seperti rakyat biasa. tiada kereta mewah, tiada rumah banglo, tiada jet pribadi, penerbangan hanya kelas ekonomi untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat.

Para petani mungkin perlu melupakan sawah atau kebun, nelayan tidak perlu lagi turun ke laut. kerana semua keperluan boleh diperolehi dengan mudah tanpa perlu bersusah payah seperti sekarang.

Selama diperintah kerajaan Barisan Nasional, nilai serta harga keperluan rakyat semakin naik hari ke hari.

Jika Anwar sebagai perdana menteri dan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan. segala nilai dan harga akan turun "Demi Rakyat". bukan sahaja harga akan turun mendadak, malah mungkin saban tahun dan hari barang-barang keperluan akan susut harga dan nilai.

Jika sekarang purata harga beras 1 kilo RM3, tapi selepas satu penggal Anwar dan Pakatan memerintah harga beras dijangka cuma 50 sen 1 kilo. ini dilakukan untuk memastikan rakyat tidak kelaparan atau kekurangan zat makanan.

Semua itu akan berlaku jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan, jika Anwar Ibrahim jadi perdana menteri...

Namun apakah semua itu akan terlaksana dengan menurunkan harga minyak serta melipatgandakan subsidi?

Benarkah rakyat Sarawak sudah lama "kecanduan janji", kerana selama ini pemimpin Barisan Nasional tidak pandai menabur janji semanis janji Anwar?

Apakah pemimpin BN Sarawak perlu meniru Anwar untuk menabur janji yang sama manis, dan membiarkan rakyat bersorak sedangkan kampung tergadai?




Artikel Berkaitan,
Aksi menarik dari Anwar, Anwar di Sarawak, Anwar jadi Perdana Menteri, Anwar turunkan harga minyak, Pakatan Rakyat, Rakyat Sarawak Sejahtera

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net