Perginya Pahlawan Negara | Datuk Kanang Meninggal Dunia

Posted by MELANAU BLOGGER

Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pukul 1.45 pagi tadi.

Mendiang dikejarkan ke HUS dari kediamannya di Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada pukul 12 tengah malam.

Menurut sumber, pengkebumian mendiang Datuk Kanang akan dijadualkan pada Ahad, 6 Januari 2013, bertempat di Kubur Pahlawan, Kuching.

Selain pemimpin-pemimpin negeri Sarawak, dijangka Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta beberapa pemimpin kanan negara akan hadir memberi penghormatan terakhir.

Datuk Temenggong Kanang, 67, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia.

Mendiang Datuk Temenggong Kanang adalah penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi negara dalam keberanian daripada Yang di-Pertuan Agong. Beliau mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker pada 1962 dan jawatan terakhirnya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Waran 1 sebelum bersara pada 1986.

Sewaktu menerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang dari TYT Sarawak

 

Datuk Kanang bersama PM Najib
Salam Takziah buat keluarga Mendiang, semoga tabah menghadapi detik yang sukar ini.

Pemergian Datuk Kanang pasti akan meninggalkan kesedihan buat kita semua sebagai warga negara yang cintakan keamanan. Beliau adalah ikon perjuangan negara dalam menentang pengganas komunis.

Maklumat lanjut akan menyusul..








Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com