Pengarah Pemilihan DAP letak jawatan

Posted by MELANAU BLOGGER

Inilah Wayang 2013 hasil kreativiti DAP, jangan kata DAP tak kreatif.

wayang ini penting untuk tontonan orang melayu...
wayang ini penting untuk meyakinkan orang melayu..
wayang ini penting untuk mendapatkan undi melayu...

GEORGETOWN - Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab.

Beliau berlaku, berikutan itu, DAP akan melantik firma audit serta syarikat perakaunan bebas untuk mengesahkan semula keputusan pengiraan undi.

Pemilihan diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP pertengahan bulan lalu.

"Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), hari ini.

Kesilapan pengiraan undi itu sekali gus menjejaskan kedudukan 20 ahli CEC.

Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi hasil kiraan semula.

Ia sekalig us berjaya meletakkan Zairil dalam CEC.

Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC.

Zairil dalam laman twitternya menyebut masih lagi terkejut dengan laporan berkenaan. - Sinar Harian

Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com