Thursday, January 10, 2013

Home » , , , , » PAS Gagal Jawab Tuduhan Makan Harta Anak Yatim

PAS Gagal Jawab Tuduhan Makan Harta Anak Yatim


KUALA LUMPUR 9 Jan – Pas dilihat tidak serius untuk menyelesaikan kemelut Tabung Memali sepertimana yang didakwa oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani meskipun ia membabitkan soal hak anak yatim.

Malah lebih mendukacitakan parti berkenaan lebih berminat kepada hal-hal lain khususnya perhimpunan yang dijadualkan di Stadium Merdeka Sabtu ini sedangkan isu Tabung Memali ini sudah berlarutan sekian lama.

Mengulas mengenainya Exco Pemuda UMNO, Datuk Zubir Zabidi berkata Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sepatutnya mendahulukan soal berkenaan daripada himpunan pada Sabtu ini kerana dakwaan terbabit cukup berat.

Menurut beliau bukankah dakwaan tersebut melibatkan penyelewengan terhadap hak anak-anak yatim yang sepatutnya mendapat tumpuan khusus kepimpinan Pas apatah lagi ketika ini Pas telah melaungkan perjuangan Negara Kebajikan.

“Tuduhan berkenaan perlu dibersihkan segera dan secepat mungkin. Apakah kepimpinan Pas melihat perhimpunan pada Sabtu ini lebih penting daripada segala-galanya… Apakah kerana Putrajaya soal melibatkan hak anak yatim diketepikan begitu sahaja.

“Ini perlu dijawab oleh kepimpinan Pas…Ini soal amanah. Jangan hanya mengejar kuasa dan kepentingan politik soal Tabung Memali sepertimana yang didedahkan oleh C.N AlAfghani diperam dan dibiarkan berlalu begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah pelbagai persoalan timbul hari ini dan dengan dakwaaan oleh bekas orang kuat Pas sendiri, sudah tentu ianya akan menambahkan lagi pelbagai tanggapan kepada parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam.

“Nak berdemonstrasi…nak berkumpul…nak berpolitik biarlah ada had dan batasannya.Terpulang kepada mereka..tetapi utamakan yang mana patut diutamakan dan yang mana sewajarnya didahulukan.

“Memakan harta anak yatim adalah dosa yang cukup berat. Adalah sesuatu yang cukup memalukan kalau soal anak yatim ini pun Pas tak mampu selesaikan. Macam mana rakyat nak percaya mereka boleh pimpin negara ,” soalnya. -MediaUMNO


Artikel Berkaitan,
Ahli gesa PAS keluar, Makan Harta Anak Yatim, Pakatan Rakyat, PAS Gagal Jawab Tuduhan, PAS Tabung Memali

1 comments:

tokgaru on January 10, 2013 at 12:39 PM said...

Hatta jika di takdirkan Allah sendiri yang turun memberitahu kepada mereka, " wahai kamu pangikut Pas, aku ingin mengingatkan kamu bahawa pengikut Umno itu islam seperti kamu, bahawa Umno tidak menolak dan melawan islam, oleh itu berbaik2lah kamu dengan mereka orang2 Umno, dan bersamalah dengan orang Umno untuk mempertahankan agama aku ". Belum tentu mereka akan taat kepada perintah itu melainkan selepas dipersetujui oleh Hadi dan Nik Aziz.

Begitulah agungnya Hadi dan Nik Aziz dikalangan pengikut taksub Pas. Entah lah apa nasib kita orang melayu selepas PRU13 nanti hanya Allah saja yang tahu. Apakah melayu akan hancur kerana keagungan kuasa Hadi dan Nik Aziz ... sama2 kita renungkan.

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net