MESTI BACA: Komen Menarik Kaum India Terhadap PM Najib

Posted by MELANAU BLOGGER

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Bagi masyarakat India di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai kunci kepada kehidupan lebih baik berbanding MIC yang mereka lihat masih mempunyai mentality zaman penjajah akan tetapi tidak lagi mempunyai kuasa untuk mewakili kepentingan kaum mereka walaupun menjadi parti komponen senior dalam Barian Nasional (BN).

Dalam tinjauan semasa Thaipusam di Batu Caves semalam, kaum India memberitahu The Malaysian Insider mereka masih menyokong gabungan pemerintah itu semata-mata kerana keperibadian Najib dan mereka percaya pemimpin Melayu itu, yang juga pengerusi BN adalah terbaik untuk mempertahankan kepentingan komuniti tersebut dengan Pilihan Raya 2013 semakin hampir.

“Satu sebab mengapa masyarakat India menyokong BN (Barisan Nasional) ialah kerana Najib,” kata pekerja kedai buku, S Kulasegaran kepada The Malaysian Insider semalam.

“Dasarnya seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), dan projek-projek untuk membantu masyarakat India, tetapi MIC seolah-olah tidak lakukan apa-apa, ini menyedihkan saya,” kata Kulasegaran lagi.

Kerajaan menyediakan bantuan tunai RM500 dibawah BR1M tahun lalu yang berjumlah RM2.6 billion, menjadikan populariti Najib meningkat kepada 69 peratus mengikut tinjauan dilakukan oleh sebuah badan bebas.

Pusingan kedua BR1M tahun ini dijangka meningkat kepada 4.3 juta keluarga serta 2.7 juta golongan bujang, berbanding 4.2 juta pada pusingan pertama.

Pemerhati berpendapat Najib dan pemimpin BN hilang keyakinan terhadap kemampuan MIC, menyebabkan perdana menteri berhubung sendiri dengan komuniti tersebut, yang berjumlah 1.8 juta dari 28 juta penduduk, dan 800,000 darinya adalah pengundi berdaftar.

MIC berkata bulan lepas mereka bergantung kepada populariti Najib untuk memenangi semula sokongan kaum India yang cendrung kepada pembangkang pada Pilihan Raya 2008.

Putrajaya juga membatalkan pengharaman ke atas kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf), pada malam Thaipusam, ketika negara bakal menghadapi pilihan raya selewat-lewatnya April ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan Sabtu lalu kerajaan akan menyediakan bajet khas untuk sekolah Tamil tahun hadapan, berjumlah RM100 juta dari Bajet 2012 dan 2013.

Di bawah Bajet 2013, Najib juga menyediakan RM50 juta untuk usahawan India dan RM50 juta lagi untuk melatih pelajar India dalam pelbagai industri.

Pakatan Rakyat (PR) juga cuba memenangi hati kaum India dengan memainkan isu warga India tanpa dokumen pengenalan diri.

Najib bagaimanapun pada Disember lalu mengatakan cuma 9,000 orang tanpa dokumen pengenalan diri, berbanding 300,000 yang didakwa PR.

Perdana menteri juga berkata 7,000 menerima kad pengenalan dan surat beranak, manakala selebihnya masih diproses.

Pegawai bank K. Punitha memberitahu The Malaysian Insider Najib berjaya memenangi hati kaum orang India.

“Rancangan seperti projek MRT diharap dapat membantu ramai orang, termasuk saya, yang berasal dari Cheras, sebagai rakyat, saya ingin berterima kasih dengan beliau. Transformasi yang beliau katakan, beliau memang maksudkannya,” kata Punitha.

Punitha juga berkata perkongsian kuasa dalam BN, MIC tidak mempunyai kuasa yang dominan berbanding Umno, menyebabkan parti India tersebut tidak mampu membantu mereka dengan lebih baik.

L. Suresh, seorang guru tuisyen dari Ulu Kelang berkata, MIC hanyalah sebuah parti golongan mandur.

“MIC, kawan-kawan saya buat lawak tentang mereka. Mereka panggil MIC ni, Mandur In-Charge. Ramai sungguh mandur. Kami rakyat bukan kuli mereka,” kata Suresh lagi.

Sementara itu, R Muralitharan dari Slim River, Perak berkata, Pakatan Rakyat perlu buktikan perjuangan mereka adalah untuk rakyat dan bukan merebut kuasa semata-mata.

“Kalau berjuang untuk Putrajaya, itu pentingkan diri sendiri,” kata Muralitharan pemandu lori berusia 44 tahun ini.

Menurut Punitha, beliau tidak gemar dengan politik ganas dan bantahan jalan raya seperti Pakatan Rakyat, dan mengatakan pembatalan pengharaman Hindraf oleh Putrajaya semalam, sebagai satu jalan untuk Hindraf berbincang dengan kerajaan mengenai masalah kaum India.

“Saya berharap dengan kerajaan membatalkan pengharaman Hindraf, mereka dapat bercakap dengan baik dengan kerajaan. Kerajaan akan dengar. Tidak ada guna adakan demonstrasi di sana sini. Kita masyarakat yang bertamadun, ini negara yang aman, kita boleh bincang,” katanya lagi.

PKR-DAP-PAS telah menyokong beberapa perhimpunan besar-besaran anjuran pelbagai pergerakkan rakyat seluruh negara dalam tempoh empat tahun lepas, dengan yang terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat dua minggu lalu.

Suresh bagaimanapun mempersoalkan tentang kelewatan kerajaan menguruskan orang tanpa dokumen pengenalan diri walaupun sudah sekian lama merdeka, dan beliau berharap PR akan memenangi pilihan raya untuk menghapuskan korupsi dan politik perkauman.

“Kita ada ramai masyarakat India yang tidak ada dokumen pengenalan diri, ini sudah tahun 2013, kenapa mesti ada lagi orang tiada dokumen pengenalan diri?” kata Suresh.

K. Ravichandran, seorang penjual kereta juga menyatakan sokongan terhadap PR, dan mempersoal kewibawaan Najib menangani pergerakan Melayu Perkasa.

“Najib tidak boleh memimpin jika beliau berterusan begini. Beliau mesti mengambil tindakan serius ke atas Perkasa yang berterusan berkata ‘ini tanah Melayu, India balik sana, Cina balik sana.’

“Datuk moyang saya dilahirkan di sini, sudah beratus tahun keluarga saya di sini. Jika beliau (Najib) mahu memenangi undi orang India, beliau mesti tegas. Kalau Hindraf boleh kena haram, Perkasa harus juga,” kata Ravichandran lagi.

Kulasegaran berpendapat Perkasa, dan bukan PR, adalah musuh utama Najib.

“Dia lakukan kerja yang sangat cemerlang, sudah pasti terdapat beberapa masalah, tetapi musuh utama beliau bukannya Pakatan (Rakyat), tetapi Perkasa.

“Kerana beliau merancang untuk 1Malaysia, tetapi Perkasa sering merosakkannya,” kata Kulasegaran. - Minsider

Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com