Lim Guan Eng digesa henti isu perkauman

Posted by MELANAU BLOGGER

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan terutama ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bayan Baru, David Yim mendakwa ramai pekerja kilang di kawasan Bayan Lepas tidak menerima bonus untuk tahun 2012 berikutan prestasi perniagaan yang kurang baik.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) harus memberi perhatian kepada ekonomi dan pelaburan dan bukannya bermain dengan isu perkauman untuk mengalih perhatian rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim dikatakan membangkitkan semula isu kalimah Allah semasa perutusan Hari Natal dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Yim berkata Lim sekali lagi memburuk-burukkan nama Malaysia semasa perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini dengan menyatakan negara ini tidak setanding dengan negara jiran.

"Perutusan sebegini akan memburukkan nama Malaysia dan sekali gus memberi pandangan negatif kepada pelabur asing yang berminat untuk melabur di negeri ini dan Malaysia," katanya.

Yim menggesa Lim supaya berhenti memainkan isu perkauman semasa rakyat gembira menyambut perayaan utama seperti Hari Natal dan Tahun Baru yang boleh membinasakan keharmonian negara ini.

Katanya Lim seharusnya mempertahankan keharmonian bangsa yang sudah 55 tahun dibina dan mencabar beliau untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang kesal serta sedih dengan tindakan itu. - antarapos.com

Related Post



sangkakala said...

salam..mohon pautkan blog saya dalam blog tuan..untuk makluman, blog tuan telah saya pautkan dalam blog saya terima kasih.. http://sangkakalajari9.blogspot.com

MELANAU BLOGGER™ said...

@sangkakala: terima kasih tuan, blog sudah sudah saya pautkan.

selamat berjuang

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com