Di Indonesia seluruh rakyatnya berbangga sebagai bangsa Indonesia, dan sama-sama mendaulatkan bahasa Indonesia sebagai 'bahasa ibunda'. Tidak ada sekolah aliran cina atau sekolah jenis kebangsaan india, yang ada cuma sekolah kebangsaan untuk bangsa Indonesia. Itulah demokrasi...
Bukan sahaja warga Indonesia yang berbangga dengan keadaan itu, malah parti politik Malaysia seperti PAS dan PKR berkira-kira untuk meniru demokrasi yang diamalkan di Indonesia.
Di Singapura, rakyatnya yang terdiri dari kaum cina, melayu dan india. Mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan, semua sekolah menggunakan aliran bahasa Inggeris. Tidak ada sebarang sekolah jenis kebangsaan melayu, jenis kebangsaan cina atau aliran india.
Rakyat Singapura berbangga kerana itulah bukti mereka sangat demokrasi. DAP parti politik di Malaysia turut kagum dengan demokrasi yang Singapura amalkan, bukan sedikit rakyat Malaysia berpindah ke Singapura atas alasan itu.
Manakala di Malaysia, biarpun bahasa melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan. Namun sekolah aliran cina dan india tetap dibuka tanpa sekatan. Sekolah kebangsaan tetap jadi pilihan untuk saling mengenali dalam suasana berbagai kaum.
Rakyat Malaysia bukan sahaja bebas memilih sekolah dalam bahasa kaum mereka, tetapi mereka juga tidak perlu menukar nama sebagai identiti bangsa Malaysia, sebagaimana di Indonesia.
Inilah yang menyebabkan mereka anggap Malaysia tidak demokrasi, kerana tidak seperti Indonesia atau Singapore. Inilah sebabnya mereka anggap kerajaan BN rasis kerana kerana memberi peluang setiap kaum dan bangsa mengamalkan budaya serta bahasa mereka dengan sebebas-bebasnya.
Kerana kebebasan yang diberikan pemerintah Malaysia, ramai yang mula merasakan mereka dizalimi selama menjadi warganegara Malaysia. Apakah akan ramai orang melayu, cina dan india akan berhijrah ke Singapora atau Indonesia?
sama-sama kita tunggu... berpijaklah di bumi nyata
Artikel Berkaitan,
Anti Malaysia,
Bukti malaysia demokrasi,
Ekonomi Malaysia,
Krisis Malaysia Indonesia,
Malaysia tidak demokrasi,
Pakatan Rakyat
0 comments:
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.