Amanat Hadi: Pemimpin UMNO sokong Hadi diberi peluang

Posted by MELANAU BLOGGER

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang muncul di kaca televisyen untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi,  kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Ini cerita lama, sama ada dia menarik balik ataupun tidak, kita telah lama tidak memperkatakannya,” katanya, semalam.

Saifuddin berkata, kini, apa yang lebih penting ialah untuk membincangkan bagaimana menterjemahkan Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran dan realiti baru seperti teknologi maklumat dan media sosial, kesedaran dan gerakan sosial baru serta demokrasi fasa ketiga.

“Kita perlu membangunkan pemikiran baru mengenainya. Ini memerlukan diskusi bentuk baru, bukannya mengungkit perkara lama,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Abdul Hadi tidak perlu bimbang memberikan penjelasan mengenai isu tersebut kerana terdapat banyak saluran lain, seperti di internet dan media alternatif.

“Abdul Hadi tidak perlu mencari kesalahan kerajaan sahaja. Tidak timbul perlu siaran secara langsung atau tidak untuk penjelasan Amanat Hadi itu,” katanya. -sinar harian

Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com