Ramai kalangan orang politik beranggapan salah satu cara untuk menunjukkan mereka “profesional” adalah dengan “menafikan” dan bercakap dengan penuh putar belit setiap kali berhadapan dengan suatu isu. Kalangan pemimpin PBB tidak terkecuali mempamerkan lagak yang memualkan itu, seolah-olah rakyat terlalu lurus untuk mereka perbodohkan.
 |
| sekadar gambar hiasan |
Dalam dua hari ini, dunia siber di Sarawak tiba-tiba hangat dengan laporan dari laman Sarawak Report berkenaan satu komplot dalam PBB untuk mengguling Ketua Menteri Taib Mahmud.
Para pembaca maya mungkin mual seketika mendengar sandiwara pemimpin Barisan Nasional Sarawak yang menyalahkan blog Sarawak Report dalam hal itu.
Benar atau tidak seperti yang didakwa, isu tersebut bukan dibangkit oleh DAP, PAS atau PKR. Sebaliknya oleh "perkakas PBB" yang dibayar dengan lumayan.
Saya sudah beberapa kali menulis dan mengulas tentang blogger SPDP, yang secara konsisten menyerang pemimpin PBB. Menariknya blogger berkenaan dibiayai sendiri oleh Barisan Nasional diperingkat persekutuan dan juga negeri.
Pemimpin PBB kelihatan sangat takut dengan blogger tersebut, sehingga sanggup menabur wang ringgit untuk memastikan blogger ini sentiasa ‘kenyang’.
Alangkah jahanam, bila wang jutaan ringgit yang sepatutnya lebih baik untuk membantu rakyat dikampung-kampung . tapi mereka curahkan untuk kelompok blogger berkenaan agar terus mendabik dada. Alasannya, mereka adalah UMB.
Lebih ironi, agensi kerajaan turut menabur dana untuk kelompok blogger tersebut. Adakah itu salah Sarawak Report?
Kalangan pemimpin BN Sarawak merasakan mereka sangat bijak, kerana menunding jari kepada Sarawak Report.
Mungkinkah kejantanan mereka telah dikembiri oleh para conmen yang mendampingi mereka selama ini, lantas tidak mampu bersuara, jauh sekali menyergah blogger pro-BN yang menjadi dalang di sebalik semua itu.
Sampai bila lagi pemimpin dan blogger terbabit terus membohongi seluruh rakyat Sarawak dengan sandiwara mereka. Adakah presiden SPDP turut menjadi tangan ghaib disebalik wayang?
Yang paling pasti semuanya bukan kerana Sarawak Report, kerana blog Sarawak Report tidak bercita-cita untuk jadi pemimpin. Dan rakyat Sarawak juga tidak terlalu bodoh untuk membayangkan mereka akan dipimpin oleh sebuah Blog atau laman web.
Inilah bahagian yang paling serius untuk kita pertimbangkan, segalanya penuh penipuan dan sandiwara yang dibiayai sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional.
Lalu.. apakah kita berbangga untuk memaki hamun sebuah blog?
p/s: Rupanya paling bahaya adalah menjadi penyokong setia, kerana akan dianggap sekadar “kaldai” untuk mereka pergunakan sepenuhnya...
Artikel Berkaitan,
Bekas pemimpin SPDP,
Blogger SPDP,
PBB,
PBB melutut blogger SPDP,
Politik Sarawak
5 comments:
Saya turut perhatikan perkara yang sama...huhuhu!!
Salam.
Tuan minta pautkan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.
WOW! Sekarang "ada orang" tengah hantar proposal bernilai more than RM1 mil kepada agensi kerajaan kononnya untuk menjalankan aktiviti media siber.
UMB SPDP tu siapa? Audie61 tu ka...kahkahkah...
Membuka Pekong di Dada kata Tan Sri Adenan...mungkin org tu susah nak faham pribahasa melayu kot...mentang2 selalu buat atikle dlm bahasa english...
panass...
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.