Gambar Menarik Lakonan Pembangkang pada 2012

Sebentar lagi tahun 2012 akan meninggal kita dengan berbagai kenangan, Begitu juga dalam politik Malaysia kita memang dihidang dengan pelbagai kenangan serta lakonan yang tidak mungkin kita lupakan.

Untuk pembaca setia blog ini saya kumpulkan beberapa gambar menarik dalam politik Malaysia pada tahun 2012.  Jika pembaca memiliki koleksi yang berkaitan sila kongsikan dengan Melanau Blogger dengan meninggalkan pesan di kotak komentar dibawah.
Inilah 'pemimpin paling suci' kerana memiliki berbagai bakat termasuk menari, menyanyi,
meliwat, berbohong, pelakon porno dan menjadi imam.
Jet peribadi dibiaya oleh kroni... ironinya pemimpin ini siang malam mengkritik tentang kroni
Gambar ini menjadi kontroversi bila beliau menafikan diikat, setelah berhari-hari menuduh UMNO yang mengikatnya. Menjadi misteri bila empunya tubuh tidak tahu bagaimana beliau telah 'terikat' dengan sendirinya. DAHSYAT!! 
Gambar ini menunjukkan seorang peserta mogok lapar sedang 'mencekik' nasi campur. Jangan salah faham...beliau bukan makan,sebaliknya sedang mogok lapar demi membantah operasi Lynas.
Gambar ini adalah para 'ulama buatan PAS' sedang berarak membawa salib dan patung Isa Samad.
Kepada pembaca MELANAU BLOGGER, saya ucapankan Selamat Tahun Baru 2013 semoga apa yang dihajati dan direncanakan akan tercapai dengan jayanya dan terima kasih atas sokongan selama ini.

Mufti-Mufti bersama Hadi dalam rancangan TV

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

SENARAI TELEFON PINTAR YANG DITAWARKAN REBAT RM200

Pihak SKMM mengatakan berikut merupakan model awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa;

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 23
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

GAMBAR SADIS: Peserta Mogok Lapar 'tercekik' nasi

Inilah cara mogok lapar versi Pakatan Rakyat, siap makan di restoran...

Kononnya nak bertahan sampai 100jam dengan hanya minum air, belum apa-apa dah kebulur nak 'mencekik' nasi campur...haha

Mereka tak akan mengaku membohongi rakyat dengan cara ini, lagipun puak-puak Pakatan ni memang pandai berlakon.

Kalau bukan makan, ini 'mencekik' namanya..
Kalau bukan makan.. ini 'melantak'namanya...

Sampai ada bekalan anti-kebulur...
Baca laporan penuh dari Mynewshub KLIK

Memorandum desak Hadi tarik balik amanat diserahkan

KUALA TERENGGANU 30 Dis.- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi ini di Pejabat PAS Negeri Terengganu di sini.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA

Bukti Fitnah dan Gambar Lakonan pembangkang

Untuk beberapa hari, gambar dibawah dijadikan sumber maki hamun para pencadu fitnah. Blog-blog pembangkang serta Harakah selaku lidah rasmi ulamak PAS dengan bangga menjadikan gambar ini sebagai bukti kezaliman UMNO/BN.


Yang diikat seperti dalam gambar adalah Noraza Muda, Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak). Puak-puak pembangkang berbangga berjaja fitnah kononnya Noraza diikat bagi menghalangnya dan peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor Pahang baru-baru ini.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Noraza boleh terikat dengan sendirinya, yang pasti inilah antara gambar lakonan terbaik dalam tahun 2012.

Sebagai bukti gambar ini adalah lakonan semata-mata; puak-puak pembangkang serta empunya diri telah pun mengaku gambar tersebut dimanipulasi..

Kenyataan Terkini Haji Hadi "isu Amanat"

Samada benar atau tidak, dibawah adalah poster kenyataan terkini presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang yang sedang disebarkan penyokongnya.

Jika itulah permintaan Hadi untuk menjawab isu 'Amanat' yang sedang hangat dibahaskan, rasanya tidak ada masalah untuk pihak kerajaan memberi laluan.

Cuma apakah ruang itu nanti akan digunakan Hj Hadi untuk menjawab isu tersebut atau untuk menambah kekeliruan yang sedang berlaku?


GAMBAR: Sesat! Jangan tiru budaya ini

Ini bukan di Iran atau di timur tengah, tapi di Malaysia negara yang kita cintai.

Tak sangka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudah pandai mengusung patung sambil bertakbir.

Jangan tiru budaya ini..

Amaran kepada ABIM – Jangan curah minyak ke dalam api !

Tindakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak kerajaan mengkaji penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sabah dan Sarawak ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.

Keributan yang berlaku di semenanjung tidak sepatutnya dibawa ke Sarawak atau Sabah, walaupun ABIM berkeinginan untuk menonjolkan diri di pentas masyarakat umum.

Bagi rakyat Sarawak, isu kalimah ‘Allah’ bukanlah isu yang patut disentuh oleh sesiapa pun, bahkan di negeri ini tidak pernah ada sebarang pertikaian berkaitan sensitiviti agama mahupun sentimen kaum.

Siapakah ABIM untuk ‘menceroboh’ keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sarawak, Apakah ABIM cukup hebat untuk menghalang tindak balas yang mungkin berlaku?

Kenyataan ABIM untuk menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sarawak menunjukkan mereka sangat dangkal dan tidak peka tentang sejarah serta budaya hidup masyarakat Sarawak.

Misteri 10 Nama dalam kes Anwar

Mahkamah Tinggi membenarkan Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S.Nallakaruppan dan dua lagi mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Nalla dalam pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi lelaki dan wanita bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara yang dinamakan di dalam dokumen tersebut ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majid dan Soma Rodrigo @ Anne.

Selain itu ada juga nama Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi, Hairani Mat Nafees dan seorang bernama Rashid.

GEMPAR!!! Anwar panggil mesyuarat khas PR

Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang telah memanggil satu mesyuarat khas dalam waktu terdekat ini terhadap kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berikutan isu kalimah Allah yang dibangkitkan Lim Guan Eng beberapa hari lalu.

Isu kalimah ALLAH menjadi lebih sensitif bagi Anwar bila kalangan pemimpin dan ulama PAS bingkas mencela Lim Guan Eng secara terbuka.

Mungkin ini pertama kali PAS dilihat senada dengan pendirian UMNO dalam hal tersebut.

Lebih parah, Lim Guang Eng telah memutar belit kenyataan asal dengan mempersoal penggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, sedangkan di sabah dan Sarawak tidak pernah timbul sebarang isu berkaitan penggunaan kalimah tersebut. Malah sebarang isu berkaitan agama tidak sepatutnya dikaitkan dengan Sabah dan Sarawak.

MESTI BACA: Usaha selamatkan Ngeh dan Nga

Berkorban atau mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah sukar dilakukan bagi sesiapa dan mereka yang berkenaan. Demikian juga nasib orang politik yang dikorbankan kerana mereka dilihat tidak lagi relevan dalam memperkasakan parti tersebut.

Ibarat orang lemas atau kuda patah kaki, ia seperti suatu tragedi bagi sesetengah manakala bagi si penyelamat, ia mungkin hidup berpayungkan nostalgia paling menyedihkan. Masakan tidak orang yang disayangi gagal diselamatkan. Tapi itulah takdir.

Tak perlulah saya berlebih-lebih kerana orang yang dimaksudkan adalah berupa peguam yang ada nama. Selain dari itu mereka merupakan dua pemimpin utama DAP negeri.

Menjelang PRU 13, nama mereka dikaitkan dengan isu tanah di Kelantan. Ia mula didedahkan sebuah portal berita, pisau.net, kemudian menarik perhatian dua Adun BN mendedahkan dalam sidang Dun.

GAPS: Karpal Singh Wajib Pohon Maaf

1. Tindakan Karpal Singh dan DAP melarang pemimpin mereka menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu boleh disifatkan sebagai satu tindakan anti-raja2 Melayu dan menghina raja2 Melayu.

2. Karpal Singh tidak layak bercakap soal prinsip sebab beliau seorang ahli politik yang tiada prinsip. Karpal melaungkan demokrasi tetapi jawatan beliau dalam parti dilantik oleh Lim Guan Eng dan bukan dipilih oleh ahli-ahli parti.

3. Pada Oktober 1997, beliau mengatakan Anwar di Parlimen bahawa Anwar adalah seorang kaki liwat dan tak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi pada 2012 beliau mengangkat Anwar menjadi calon Perdana Menteri untuk DAP.

Anwar minta Nga dan Ngeh letak jawatan...

"Bila KAK IJAT Lebih Mulia Daripada Ngeh/Nga"
Itulah ayat yang dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat strategik tempohari. Terkesan dengan ‘deal balak’ di antara DAP dan PAS, Anwar sangat khuatir dengan situasi di mana DAP akan kehilangan MARUAH sebagai sebuah parti yang kononnya bersih.

Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:-

‘They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham’ case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!’

Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar ‘pressure’ DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone.

Gambar TYT Sarawak meriahkan Sambutan Krismas

Perbezaan agama dan kepelbagaian budaya yang diamalkan lebih 30 etnik di negeri ini membuktikan semangat 1Malaysia telah sekian lama subur dan berkembang dikalangan rakyat Sarawak.

Suasana mesra antara pemimpin dan rakyat berbilang agama bukanlah suatu yang terpaksa atau dibuat-buat, malah sudah menjadi tradisi bagi pemimpin negeri ini meraikan perayaan Krismas bersama pemimpin agama maupun ketua masyarakat.

Lagi gambar dan laporan menarik KLIK

VIDEO: Fatwa terbaru dari Ostat Abby - "Rezeki Artis Haram"




VIDEO: Pergaduhan Berdarah Kembara Oren Negeri 9

Bukanlah suatu yang mengejutkan jika pergaduhan dan kecederaan seperti ini terjadi, kerana sejak dari awal Jelajah Kembara Oren N.9 yang dianjurkan pembangkang memang penuh dengan provokasi.

Tidak hanya rakyat biasa yang mereka jadikan sasaran provokasi untuk tarik perhatian, malah pihak berkuasa turut dicerca dan dicemuh.

Bak kata pepetah, 'Siapa yang menabur angin, dia akan menuai badai'. saksikan video dibawah buat pedoman kita di Sarawak. Mungkin sedikit masa lagi perkara yang sama akan terjadi di negeri ini....


Karpal Singh Tegur Dua Pemimpin Parti Terima Gelaran Datuk

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menegur dua pemimpin parti, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang.

Beliau berkata mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak pertengahan 1990-an, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka.

"Mulai sekarang, parti akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas pendengaran.

VIDEO: Demonstrasi desak Mazidul TV3 minta maaf

Kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Maklumat lanjut tonton video dibawah...



Eksklusif: Isu Amanat Hadi - Pengakuan penyokong tegar PAS

NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.

Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

Pemuda PKR akan tunjuk jam Omega, dan minta Rosmah jawab tuduhan

Pemuda PKR hari ini bertekad untuk mengenakan tekanan terhadap Datin Seri Rosmah, berikutan dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan kematian warga Mongolia. Pemuda PKR merancang untuk mengirim poskad secara besar-besaran bagi mendesak Rosmah menjawab dakwaan tersebut.

Ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon dengan bongkak berkata, Rosmah tidak seharusnya berdiam diri dengan dakwaaan Deepak.

Sepatutnya sebelum mendesak pihak lain, pemuda PKR harus tampil dengan jam Omega ketua umum yang telah hilang ketika melanggan pelacur. Rakyat masih tertanya-tanya dimana jam tersebut, pemuda PKR perlu tunjukkan kepada rakyat kejujuran mereka, bukan hanya berkokok terhadap pihak lain.

Lagi pun dakwaan Deepak terhadap Rosmah dan Perdana Menteri telah dibuktikan oleh beberapa blogger pro BN sebagai rakayasa dan konspirasi politik semata-mata.

Dimanakah telur jantan Pemuda PKR? sedangkan untuk menunjukkan kepada rakyat jam tangan Omega Anwar pun mereka tidak mampu. Mereka juga perlu mendesak Wan Azizah buktikan jam tangan Omega Anwar yang kononnya ada dalam simpanannya.
Berbalik kepada tindakan pemuda PKR akan mencetak 50,000 poskad untuk dikirim kepada Rosmah, rakyat boleh bayangkan betapa puak-puak ini sanggup berhabis wang ringgit untuk menabur fitnah.

Inikah tujuan mereka mengutip derma setiap kali menganjurkan ceramah? Mereka sanggup meminta derma dari penduduk miskin, sedangkan mereka datang menggunakan jet peribadi dan bermewah-mewah.

Ngeh dan Nga dah mengaku, Nik Aziz kata fitnah UMNO

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

VIDEO: Bukti Nizar salah guna kuasa didedahkan

Nampak sangat Nizar terkapai-kapai kerana pendedahan salah guna kuasa semasa beliau menjawat Menteri Besar Perak. Pendedahan yang dibuat Dr Zambry bukan sekadar tomahan, malah lengkap dengan bukti bertulis.

Bila dah terkena telur sendiri, inilah jadinya nya..



TERKINI: PAS keluar arahan semua ahli berdemonstrasi

Surat pekelilng yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dikeluarkan selepas mendapat persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat awal bulan Disember.

Arahan tersebut untuk mengerah semua ahlinya turun berdemonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak 28 Disember depan.

Demonstrasi yang diberi nama 'Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda' adalah untuk mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dipecat, menggesa supaya urusniaga antara Felda dan Isreal dihentikan, mengembalikan tanah Felda Plantation yang dipajak selama 99 tahun kepada Felda Global Ventures (FGV) dikembalkan semula kepada rakyat.

Selain itu, PAS mengancam untuk mendirikan khemah dan melonggokan buah kelapa sawit di hadapan Ibu Pejabat Felda sehingga 12 januari 2013.

Hati-Hati – Strategi ini akan musnahkan negara

Sudahpun dibincangkan banyak kali di dalam mesyuarat strategik PKR – PRU ke 13 tidak akan mampu dimenangi oleh pembangkang TANPA wujudnya suasana kekacauan dan huru-hara. Ini sudah dibentangkan banyak kali. Dalam mesyuarat, mereka pakai singkatan OCS. Puas juga nak dapat tahu maknanya. Tapi kebetulan seorang budak AMK yang maklumkan – Opposition Sponsored Chaos.

Kejayaan HINDRAF dalam mempengaruhi undi orang India sebelum PRU12 adalah suatu contoh di mana suasana kekacauan akan memberikan kelebihan dan advantage kepada pembangkang. Ini yang sedang dirancang dan disusun secara strategik.

Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan berikutnya memang mempunyai matlamat ini. Namun, Bersih akan menggunakan strategi lain. Apa yang perlu disampaikan oleh Bersih dan ditanam dalam minda rakyat adalah perkara-perkara seperti berikut:-
  • Membenih semangat ‘menentang’ the kerajaan;
  • Menanamkan imej buruk kepada agensi dan kerajaan;
  • Meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat;
  • Kerajaan vs. Rakyat;
  • Wajah berbilang kaum yang anti kepada kerajaan.

Penyokong minta Nik Aziz dan PAS belajar dari Singapura

PETALING JAYA: Undang-undang kecil lapuk di Kelantan perlu dihapuskan kerana ia tidak sesuai lagi dengan keperluan semasa, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Hu juga meminta Kelantan mempelajari dari Singapura yang menyelesaikan masalah rakyatnya dalam tempoh tiga hari sahaja.

Beliau berkata, undang-undang kecil salun dan kedai gunting rambut yang diguna pakai sekarang sudah lapuk kerana ia diperkenalkan pada tahun 1986 ketika diperintah oleh BN.

Katanya, undang-undang itu sesuai pada waktu itu berikutan beberapa masalah sosial yang melanda Kelantan.

“Tetapi sekarang masa sudah berubah, rakyat sudah ramai mendapat pendidikan, ini bermakna undang-undang kecil itu tidak sesuai lagi.

Apakah PAS sekadar 'budak belasahan' DAP?

Bukan saja penyokong PAS yang terpaksa berdiam diri bila DAP bersuara, malah Nik Aziz dan pemimpin lain pun tidak sanggup 'bersabda' untuk menjawab serangan demi serangan dari DAP. Apakah kerana PAS terlalu bergantung ihsan dari DAP?

Kecaman serta sergahan DAP terhadap PAS dilihat semakin rancak kebelakangan ini, bermula dengan isu salon rambut, seterusnya isu khalwat pasangan bukan muslim. Semua itu pasti berbekas untuk kedua-dua pihak.

Keseluruhan isu tersebut menguji sejauh mana 'kejantanan' PAS berdepan DAP. PAS yang terkenal dengan 'ubat kuat' akhirnya terpaksa mengaku lemah. Undang-undang yang telah dipertahan selama 20 tahun terpaksa diubah dalam 2 hari.

Senario itu telah menyebabkan moral sesetengah penyokong PAS jatuh merudum, meskipun jualan 'Gel Tahan lama' yang dipromosi Harakah tetap meningkat.

Musa Hassan diberi 7 hari dan saman RM100 juta

Keghairahan Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan kononnya membongkar dan menghentam berbagai pihak termasuk PDRM akhirnya berpadah.

Musa Hassan diberi tempoh 7 hari untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang berkata bekas Ketua Polis Negara tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Tan Sri Phang, beliau sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan Musa telah menandatangani penerimaannya.

VIDEO: Nga Kor Ming Berang Skandal Tanah didedahkan

Bila dah terkena batang hidung sendiri.. mula lah meracau


Dr Asri minta Hj Hadi tarik balik "Amanat"


SHAH ALAM – Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Kenapa Parlimen Mukah diserah kepada parti lain?

Sebagai pengundi dan penduduk parlimen Mukah, saya agak terkejut dengan cerita kononnya nama seorang calon dari sebuah parti komponen BN “sedang naik” di Mukah, calon yang di maksudkan bukan dari PBB.

Khabar seperti ini pastinya mengejutkan siapa saja, mungkin juga bakal mengundang rasa kurang enak dikalangan ahli PBB itu sendiri. Kerana kerusi parlimen Mukah adalah milik tradisi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) sejak sekian lama.

Ironinya berita itu sengaja “dihangatkan” di bandar raya Kuching.

Barangkali juga berita tersebut untuk menghibur perasaan individu “syok sendiri” yang sedang berada di Kuching.

Boleh jadi juga semua itu adalah provokasi yang sengaja diciptakan untuk menonjolkan diri pihak yang dahagakan publisiti.

Pembantu peribadi Ahli Parlimen mati dibunuh

Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam
SHAH ALAM - Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.

K.S.Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

"Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan," katanya kepada Bernama.

Rahsia Karpal Singh Sokong Anwar Jadi PM

AIDCNews – 18/12/12 – Senator Ezam Mohd Nor berkata ada rahsia kenapakah DAP khususnya Pengerusinya, Karpal Singh bermati-matian menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, meskipun diragui oleh rakan sekutunya, PAS.

“Karpal pernah kata di Dewan Rakyat sekitar 1997/98 (bukti hansard) bahawa Anwar seorang homoseksual dan tidak bermoral. Dalam masa sama, Karpal dalam ceramah DAP di Hotel Federal Kuala Lumpur kata ada bukti Anwar lakukan sodomy terhadap Azizan (Abu Bakar- bekas pemandu Anwar),” katanya dalam sidang media di Dewan Negara, Isnin, 17 Disember.

Menurut Ezam, walaupun pemimpin DAP itu berusaha untuk memutarbelitkan fakta dengan mendakwa Anwar sudah dibersihkan di mahkamah, namun rekod keputusan Mahkamah Persekutuan 2004 tidak pernah dicabar Anwar.

HARAKAH Minta Maaf kerana memfitnah

Akibat terlampau gemar mengambil kesempatan dalam apa saja isu untuk dijadikan sumber fitnah. Akhirnya Harakah, lidah rasmi para ulama PAS terpaksa meminta maaf serta menarik balik semua artikel fitnah yang mereka paparkan sebelum ini...

link rujukan

Teng Chang Kim, pemimpin DAP yang dibenci Anwar

Anwar menghantar sms tahniah kepada semua pemenang pemilihan DAP kelmarin. Mesej Anwar mudah sahaja. ‘Tahniah. Mari kita sama-sama fokus kepada perjuangan menawan Putrajaya!’. Hampir semua orang dapat sms ini. Kecuali seorang – Teng Chang Kim.

Ramai dalam PKR memang tidak gembira apabila diberitahu bahawa Teng Chang Kim menang kerusi CEC. Kalau mengikut strategi asal PKR, Teng Chang Kim akan tewas dengan mudah. Teresa Kok akan diangkat tinggi sebagai pemimpin DAP nombor wahid di Selangor. Anwar dan beberapa kepimpinan PKR tidak gembira dengan Teng atas beberapa sebab:-
  • Susah mendengar kata – ikut kepala sendiri.
  • Teng terlalu tegas dalam mengawal DUN Selangor. Adakalanya memarahi ADUN yang lemah membuat persediaan;
  • Gila dengan SELCAT – sampai beberapa kali hampir menjerat kepimpinan PKR di Selangor. Kegilaan Teng ini bahaya.
  • Tidak faham dengan konsep kerjasama politik pakatan rakyat;
  • Tidak mempunyai mentor dalam politik. Liar.
  • Susah untuk dibeli.
  • Terlalu tegas.

VIDEO: Anwar memang berbakat besar... Mesti Tonton!

Memang tidak dinafikan Anwar memang berbakat besar sebagai penghibur, maka tidak hairan para ulama PAS sangat mengkaguminya.

Anwar mampu membawa watak apa saja - jadi imam, penari, penyanyi, pelakon filem biru, peliwat serta pembohong. Mungkin benar, inilah gaya bakal perdana menteri idaman rakyat Malaysia?

Cuma kita hairan, bila Datuk seri Najib melenggang lenggok sedikit. seluruh penyokong PKR dan PAS yang warak itu mempersoal dan mempertikai kononnya gaya Datuk Seri Najib tidak islamik.

Barangkali dimata penyokong serta ulama PAS, gaya hiburan yang dibawa Anwar lebih islamik dan mendekati denyut nadi perjuangan mereka. Sila tonton video dibawah;


PAS Selangor Manipulasi Kenyataan Sultan

Masyarakat tidak terperanjat dengan tindakan ahli-ahli politik seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang terang-terang memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Baginda Sultan dikatakan membenci Umno dan begitu tidak selesa kalau terdapat mana-mana pihak mengaitkan Baginda dengan mana-mana parti politik termasuk Umno.

Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah dengan sengaja atas kepentingan politik memutarbelitkan kenyataan Baginda itu. Beliau seolah-olah menyokong kuat kenyataan bahawa Baginda benci bila pengamal media termasuk media baru cuba menggambarkan bahawa Baginda mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan sentiasa menyebelahi parti itu. Hal ini menjadikan baginda tidak lagi objektif sebagai seorang Sulltan yang sepatutnya berada di atas politik.

Manipulasi yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS itu jelas menunjukkan bahawa Parti Islam yang sedang tersepit dengan berbagai isu besar seperti pengguguran hudud dan negara Islam dalam perjuangannya, kes kebebasan beragama Nurul Izzah, isu remeh tetapi mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan dan kebolehan PAS melaksanakan peraturan-peraturan Islam seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, isu papan iklan di Kedah dan respons yang diberikan pimpinan tertinggi parti PAS terhadap berbagai penghinaan yang dibuat oleh pimpinan DAP terhadap Islam.

Bukti PAS terima Pluralisme

Berikut adalah petikan dari blog rasmi Lim Kit Siang
...The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women's rights and development in Malaysia.
Terjemahan: Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyast bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.

VIDEO: Shah Rukh Khan meraikan hari lahir Tun Mahathir

Tun Mahathir meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-87 dengan dihadiri pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan.


DAP mahu tambahan 13 kerusi pada PRU-13


GEORGETOWN 15 Dis. - DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita (DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti.

"Kita menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk DUN di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri," katanya.

VIDEO: Salah Guna Kuasa Peguam DAP

Bekas Pengerusi DAP Cawangan,Tan Tuan Tat Mendakwa Sehingga Kini Kepimpinan DAP Tutup Mulut Mengenai Kes Peguam Tiew Way Keng Dan Ahli Parlimen Segambut,Lim Lip Eng Walaupun Telah Didedahkan Oleh Ketua Pemuda MCA Klang.



Pemimpin DAP sahkan Karpal Singh berbohong

SHAH ALAM – Tiada sebarang kekacauan atau kekecohan akan berlaku ketika Konvensyen DAP ke-16, hari ini, seperti yang diramalkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, jika terdapat cubaan anasir luar untuk menggulingkan perhimpunan parti tersebut, ia tidak akan berlaku.

Tegas beliau, dakwaan Karpal bahawa terdapat pihak tertentu untuk mengacau perhimpunan itu adalah tidak benar.

“Mustahil situasi seperti yang dinyatakan Karpal berlaku.

“Pihak kami akan memastikan segala persiapan atau perjalanan majlis ini berlangsung dengan aman dan lancar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan Terbaru Dr Asri yang menyakitkan hati ulama PAS

Ramai pemerhati beranggapan artikel terbaru Dr Asri adalah satu nasihat yang sangat menarik dan bijaksana. Namun diakui juga pandangan tersebut bakal menuai maki hamun dan cercaan dari penyokong PAS dan PKR.

Pada waktu yang sama, kenyataan terbaru Dr Asri mengandungi intipati yang sangat menyakitkan hati para Ulama PAS. Kerana selama ini mereka dengan bangga mengkafir dan mengherdik pihak UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam artikel terbaru Dr Asri berkata, PAS dan UMNO adalah bersaudara dalam agama. Malah beliau juga menyarankan Umno dan Pas tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

Saranan lunak Dr Asri akan dilihat sangat radikal bagi ulama seperti Mat Sabu serta puak Anwarinas dalam PAS. Mana mungkin mereka menerima orang UMNO atau BN sebagai saudara dalam islam, sangat mustahil untuk puak-puak ini berlapang dada dalam hal yang melibatkan persaudaraan.

MP PKR desak Khalid Letak Jawatan MB

Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.

“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.

Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

Benarkah ada sentimen 'anti Melayu' dalam DAP?

Kikis sentimen anti Melayu, DAP perlu lebih ramai Melayu isi kepimpinan tertinggi
GEORGE TOWN, 13 Dec — Perwakilan DAP digesa mengundi sekurang-kurangnya lima calon Melayu ketika Kongres Nasional DAP hujung minggu ini.

"Sejumlah lapan calon dijangka bertanding dalam pemilihan parti hujung minggu ini .. jadi kami mengharapkan perwakilan akan mengundi sekurang-kurangnya lima calon Melayu untuk jawatan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP," kata Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak.

Jelas beliau, CEC perlu mempunyai sejumlah wakil Melayu untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa parti berkenaan benar-benar sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika DAP mahu memastikan ia tidak dilabel sebagai parti anti Melayu, perwakilan perlu memastikan calon Melayu dipilih ... bukan sekadar dilantik selepas pemilihan parti, " katanya.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com