Friday, November 30, 2012

DUN Selangor Akan Dibubarkan Mac Tahun Depan


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.

Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.

Anwar minta Musa Hasan sertai PKR


Itu arahan terbaru yang dikeluarkan Anwar petang semalam. Jangan bertangguh lagi. Mendengar apa yang diperkatakan perwakilan UMNO pada ketika ini, Anwar merasakan wujud keperluan Musa Hassan dibawa ke dalam mainstream politik.

Anwar tidak mahu MUSA HASSAN masuk PAS. Anwar mahu Musa masuk PKR. Pesanan Anwar kepada Saifuddin Nasution – Musa Hassan should be joining PKR and not PAS. Period.

Anwar tahu, Pas mendapat advantage besar apabila beberapa pegawai senior Polis dan Kastam mengambil keputusan untuk bersama parti tersebut. Sedang PKR masih lagi terkapai-kapai tanpa seorang pun ‘public figure’ yang boleh dibanggakan.

Thursday, November 29, 2012

GAMBAR: Penulis Kontroversi ditahan Polis di PWTC


Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali sebagai Pak Habib telah ditahan pihak polis di PWTC petang tadi.

Menurut sumber yang berlegar dikalangan pihak pembangkang, beberapa naskah buku tulisan Pak Habib yang dipamerkan diruang jualan di PWTC turut dirampas.

Pak Habib adalah penulis buku "Setan, Syaitan, Sultan" yang telah mencetus kontroversi.

Setakat ini belum ada maklumat lanjut berkaitan tangkapan tersebut.

Anak Nik Aziz kecewa Isu salun rambut


KOTA BHARU - Pemuda Pas kecewa dengan tindakan sesetengah pihak, Muslim atau bukan Muslim yang menjadikan perkara yang dikaitkan dengan isu salun sebagai bahan perlekehan dan serangan atas nama hak asasi serta kebebasan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perlu difahami, peraturan sebagaimana yang disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, kerana ia bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat agama.

Menurutnya, agama Islam menyeru kepada keselamatan, kehormatan wanita malah menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat serta dan kemungkaran.

“Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita.

Wednesday, November 28, 2012

TERKINI! Senarai KABINET Anwar Ibrahim



Berdasarkan maklumat, senarai kabinet ini akan dicetak untuk edaran umum dalam waktu terdekat.

Cetakan akan dibuat dalam berbagai bahasa termasuk bahasa Iban untuk meyakinkan pengundi di Sarawak. Perlantikan Baru Bian sebagai Timbalan Perdana Menteri III dilihat dapat menghibur perasaan masyarakat dayak terhadap kepimpinan Anwar.

Walaupun Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak tersenarai, tapi anak-anak mereka diberi jawatan kanan dalam kabinet Anwar.

Namun yang paling menarik, seperti dijangka berbagai pihak. Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah turut mendapat habuan jawatan menteri penuh. Tentu sekali kabinet ini lebih 'mesra rakyat', kerana diperintah oleh sebuah keluarga.

Peraturan 'Pelik' oleh kerajaan PAS Kedah


ALOR SETAR: Salun rambut di sini tidak boleh menggunakan perkataan "unisex" pada papan tanda perniagaan mereka kerana ia adalah "perkataan sensitif", kata seorang ahli majlis bandaran.

"Ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Majlis Bandaraya Alor Setar," akhbar harian Cina Kwong Wah Yit Poh memetik anggota Majlis Chow Hooi Pin sebagai berkata.

Beliau berkata bahawa papan tanda dengan kata-kata seperti "salun rambut" atau "pakar rambut" tidak boleh dipaparkan di premis mereka.

"Walau bagaimanapun, tiada larangan kepada wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya."

Harian melaporkan beberapa ahli politik berpendapat bahawa PAS, yang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, mungkin kehilangan sokongan pengundi bukan Islam jika ia menerima pakai polisi yang serupa seperti dikuatkuasa di Kelantan.

VIDEO: Siapakah 99% Mirip Anwar Ibrahim


Semua aksi yang terdapat dalam video ini adalah tulin tanpa di edit atau ditindih, Namun watak lelaki utama dalam video dikenalpasti 99% mirip Anwar Ibrahim.

Siapa sebenarnya yang 99% mirip Anwar Ibrahim? atau ini memang perangai sebenar Anwar Ibrahim...


Tuesday, November 27, 2012

Akhirnya PAS terpaksa jilat ludah sendiri


Bagai menjilat ludah sendiri, bila terpaksa akur dengan desakan pelbagai pihak khususnya DAP.

Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengakui parti itu memandang berat kebimbangan yang timbul di kalangan masyarakat bukan Islam dan mengharapkan kerajaan PAS Kelantan bersikap terbuka...aik,,

Akhirnya PAS terpaksa memandang serius pertikaian yang melibatkan undang-undang yang mereka ciptakan sendiri, walaupun setelah sekian lama mendabik dada.

Minggu lalu Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) bertindak menyaman seorang pengusaha salun milik bukan Islam atas kesalahan menggunting rambut seorang lelaki yang juga bukan beragama Islam.

Saman itu dibuat mengikut Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan, melarang wanita daripada memotong rambut seorang lelaki tanpa mengira agama

Doa jatuhkan BN adalah pengaruh Syiah


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif dan pengasas Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar tidak menolak kemungkinan tindakan sesetengah pihak mengadakan solat hajat serta doa menjatuhkan BN dan Umno pada pilihan raya umum akan datang mungkin dipengaruhi luar, khususnya fahaman mahzab Syiah.

Katanya, doa meminta kebinasaan sesama Islam sesuatu yang tidak baik terutamanya, sekiranya kumpulan atau parti berkenaan telah berusaha dengan ikhlas untuk kebaikan ummah.

"Ini satu musykil yang besar, kerana sebenarnya... kita kena doa sebenarnya dia keluar daripada manhaj ataupun prinsip doa itu.

"Doa itu sebenarnya untuk kebanyakan untuk kebaikan, dan mendoa untuk kebinasaan ataupun keburukan sesorang "Akhu Muslim" saudara Islam itu cukup tidak baik," katanya semasa menjadi tetamu program Maqasid terbitan Antarapos baru-baru ini.

Pada 16 November lalu, PAS mengadakan solat hajat di Stadium Muhammad IV di Kota Baharu minta supaya Umno ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

GAMBAR: Kaum Penan 'serang' Taib Mahmud


Jika sebelum ini kaum Penan sering dihidang dengan propaganda kekejaman Taib Mahmud oleh PKR dari semenanjung, Namun semalam sekumpulan remaja Penan berkesempatan bertemu dan berbual mesra dengan Pehin Sri Taib Mahmud.

Bagi sekumpulan 40 remaja Penan dan pemimpin mereka dari Baram, pengalaman bertemu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pastinya suatu yang sangat mengujakan. Mereka juga sempat berbual-bual dan menyampaikan buah tangan kepada Ketua Menteri yang mereka sayangi.

Laporan dari Kelab Blogger Anak Sarawak yang berada dilokasi membayangkan Taib Mahmud juga sangat gembira dengan kehadiran mereka, dan menghargai kesanggupan  mereka datang dari jauh di pendalaman Baram semata-mata untuk bertemu beliau.

Sebenarnya, sejak pertengahan tahun 80an Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud telah banyak berusaha untuk memastikan kaum Penan tidak terpinggir dari sebarang pembangunan, malah Taib Mahmud juga memiliki beberapa anak angkat dari kaum Penan. Tujuannya agar kaum Penan menghargai dan memahami pentingnya pendidikan yang disediakan kerajaan.

Malangnya rekod ini tidak pernah didedahkan oleh pihak kerajaan maupun jentera politik secara konsisten. Mungkin kerana orang PBB sekadar berfikir bagaimana untuk menjawab peropaganda pembangkang, tapi tidak berminat untuk menghebahkan usaha yang telah dilakukan sejak sekian lama?

Orang PKR dan PAS dari semenanjung bekerja keras untuk menidakkan usaha Taib Mahmud dengan cara mengaitkan beliau dengan kes pembalakan haram, rogol, rasuah dan sebagainya. Ironinya BN Sarawak juga kelihatan berusaha untuk terus berdiam diri, sedangkan mereka memiliki data dan akses terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan kaum Penan, maupun masyarakat peribumi Sarawak.


Berita berkaitan baca di sini

Monday, November 26, 2012

Dr Mahathir: Banyak demonstrasi jika PR kalah


KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

“Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.

“Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.

Gambar: Disaman kerana gunting rambut lelaki


Rupanya kes ini tidak menjadi panas hanya kerana desakan Karpal Singh yang meminta penjelasan Nik Aziz, tapi lebih berapi bila sebilangan penyokong Pakatan Rakyat mula bertekad tidak akan mengundi PAS dalam PRU 13 nanti.

Walaupun kebiasaannya PAS dan Pakatan Rakyat akan menyalahkan media BN untuk mengalih kesilapan mereka, namun kali ini taktik itu sekadar 'memakan diri'.

Bukan sekadar DAP, malah ramai tidak bersetuju dengan kes saman yang melibatkan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Padahnya, PAS kelihatan sukar untuk berkokok seperti biasa. Nik Aziz juga sepi dari fatwa 'mengarut'. retorik perjuangan Islam mereka juga tiba-tiba terhenti seketika.

Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika...


KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Sunday, November 25, 2012

Hindraf minta dilantik sebagai Menteri


Hindraf hari ini melancarkan pelan tindakan lima tahunnya yang menggariskan tuntutan bagi menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti.

Penasihat kumpulan itu N Ganesan berkata, Hindraf akan menyokong mana-mana parti yang mempersetujui cadangan tersebut dalam "perjanjian formal" dengan gerakan tersebut.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan usaha yang fokus dan tertumpu ke arah penyelesaian masalah yang dicadangkannya.

Beliau juga mahu Hindraf mengetuai kementerian tersebut kerana rakyat, menurutnya, tidak lagi mempercayai ahli politik yang suka membuat janji tetapi tidak ditepati.

Karpal Singh desak Nik Aziz beri penjelasan


Georgetown: Pengerusi DAP, Karpal Singh, semalam menggesa Kerajaan PAS Kelantan menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, penyelesaian segera perlu dilakukan kerana undang-undang Islam sepatutnya tidak dikenakan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

PAS sebelum ini sering melaungkan bahawa undang-undang Islam hanya untuk orang Islam, namun, kejadian di Kelantan baru-baru ini menyebabkan ramai pihak terutama bukan Islam tertanya-tanya.

Undang-undang terbabit hanya terpakai ke atas orang Islam, maka orang bukan Islam boleh mengambil tindakan mencabar saman dikenakan di mahkamah bagi menyelesaikan masalah ini, katanya ketika mengulas keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, baru-baru ini.

Siapa lebih berkuasa Ketua Umum atau Presiden?


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Rakyat negara ini diminta tidak memilih pembangkang sebagai peneraju negara kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan proses pentadbiran kerajaan Pusat menjadi tidak terkawal berikutan berlaku perebutan jawatan Perdana Menteri oleh ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan berkenaan kini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang memegang tampuk pemerintahan negara pastinya berlaku pelbagai pertikaian yang akan menjejaskan pembangunan negara sekali gus aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020 akan terbantut.

"Kepimpinan pakatan rakyat amat mengelirukan rakyat Malaysia, tidak seperti parti politik yang lain di seluruh dunia. Siapakah pemimpin utama dalam parti DAP? Pengerusi atau Setiausaha Agung.

"Siapakah pemimpin utama dalam parti Pas pula? Mursyidul Am atau Presiden parti? Siapa pula pemimpin utama dalam PKR? Ketua Umum atau Presiden parti?" soalnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Saturday, November 24, 2012

Kenapa Gambar ini jadi isu pembangkang?


Berikut adalah gambar Datuk Seri Najib bersama ribuan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan bacaan qunut Nazilah serta solat hajat bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang berdepan dengan kekejaman Israel di Masjid Putra,semalam.

Ironinya gambar dibawah ini pun jadi sumber fitnah dan kritikan pihak pembangkang...

Nampak sangat pembangkang di Malaysia ini memang dah ketandusan isu..

Amaran Musa Aman kepada Rafizi dan PKR


KUALA LUMPUR, 24 Nov — Datuk Musa Aman menuduh pembangkang “mengulangi kisah lama yang sama” dan menggelar mereka bankrap politik kerana percubaan mendesak Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang menurut beliau sudah dibersihkan.

“Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong.

Awal minggu PKR mengemukakan keterangan baru kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong terhadap kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman dan menghantar bukti lanjut terhadap pertuduhan pengubahan wang haram ketua menteri Sabah dengan ahli perniagaan Michael Chia.

Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.

Ahli Pas Akar Umbi Digesa Baca, Teliti Perjanjian Buku Jingga


KUALA LUMPUR, 20 Nov – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Nordin, menggesa ahli akar umbi parti tersebut agar membaca dan meneliti perjanjian dan pendirian Pakatan Pembangkang yang diterjemahkan melalui buku jingga, di mana perlaksanaan negara Islam dan hudud tidak termasuk di dalam agenda gabungan parti tersebut sekiranya berjaya menguasai pentadbiran negara.

Beliau yakin, ramai ahli di kalangan akar umbi Pas yang tidak membaca buku tersebut dan terus terbuai dengan cerita-cerita hudud dan negara Islam yang didendangkan oleh kepimpinan Pas, sedangkan hakikatnya hudud mahupun negara Islam tidak termasuk di dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

“Kepimpinan Pas sendiri telah menandatangi perjanjian tersebut. Ini bukan cerita dongeng, tetapi realiti yang sepatutnya diambil berat oleh ahli akar umbi yang mahukan perlaksanaan hudud dan juga negara Islam, seperti mana yang menjadi matlamat dan dasar perjuangan asal Pas.

“Bagi saya, sikap retorik politik yang ada pada kepimpinan Pas yang terus menjual isu hudud dan negara Islampada ahli akar umbi sepatutnya tidak wujud di dalam sebuah parti pergerakan Islam. Untuk makluman ahli-ahli Pas, selagi mana kepimpinan Pas berpegang pada buku jingga, ini bermakna tidak akan ada hudud, tidak akan wujud negara Islam, biarpun Pakatan menang dalam Pru yang akan datang ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Friday, November 23, 2012

Umno Kelantan dedah penyelewengan PAS


BACHOK, 23 Nov — Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 26 November hingga 1 Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi.

Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, hari ini.

Anwar lebih gemar minta bantuan luar tabii


Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr meminta negara terbabit membantu memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, tindakan mencari pengaruh luar bukan kali pertama dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.

“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian, malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya dipetik Umno Online, hari ini.

Pembelian Scorpene tanpa pihak ketiga, Anwar penipu


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau orang tengah untuk menjalankan urusniaga pembelian kapal selam Perancis, Scorpene mahu pun jet tempur buatan Rusia, Sukhoi.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan, kelengkapan ketenteraan dilakukan secara pembelian terus antara pembekal kerajaan dengan negara lain.

“Kami tidak pernah melantik pihak ketiga dalam pembelian mana-mana kelengkapan sama ada kapal selam, (Landrover) 8×8, ataupun Sukhoi.

“Semuanya melalui proses G2G (kerajaan kepada kerajaan). Dalam sejarah Malaysia tidak pernah lantik mana-mana ejen untuk beli kelengkapan kita,” katanya dalam Dewan Rakyat malam tadi.

Thursday, November 22, 2012

Motif DAP pilih Anwar sebagai PM akhirnya terbongkar


KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

“Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

“Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

Wednesday, November 21, 2012

Akhirnya Nurul Izzah Dinasihatkan MINTA MAAF


Beberapa orang ulama’ yang selama ini memberikan input agama kepada Ketua Umum dan PKR secara umum; sudah sepakat dan menyampaikan pandangan bahawa dalam isu KEBEBASAN BERAGAMA dan LGBT – Izzah wajar minta maaf dan mengaku kesilapan.

Pada mereka, Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mampu mengundang kontroversi. Izzah yang tidak mempunyai autoriti dalam bidang agama, wajar meminta maaf kerana terlalu celupar dan mudah meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Tokoh-tokoh ini bukan pemain politik pun. Mereka ulama’ biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam PKR.

Harapan dan keinginan mereka mudah sahaja, dalam pada PKR dan pimpinannnya menggila mencari undi, tidak seharusnya ada usaha meletakkan agama sebagai taruhan dan komoditi. Mereka kecewa, kerana sebagai pemimpin muda, Izzah gagal menjaga adab untuk memelihara agama. Malahan, seorang ulama’ konservatif terus terang meminta Izzah mengucapkan semula dua kalimah syahadah. Ini kes serius.

Australia tolak rayuan Anwar dapatkan bantuan dalam PRU 13


MELBOURNE - Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Bukti Majlis Syura PAS tunduk pada Anwar


Selepas Nik Aziz dan Majlis Syura mengeluarkan gesaan dibawah, Anwar tetap mempertahankan kenyataannya. dan Majlis Syura serta merta jadi bisu hingga hari ini...

“Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.”.

PAS juga mengakui mereka membaca kenyataan Anwar menyokong Israel bukan dari Utusan atau Berita Hariam. sebaliknya para pemimpin PAS membaca di Wall Street Journal kenyataan tersebut.

Tapi mengapa selepas itu semua pemimpin PAS membisu dan tunduk kepada Anwar?

Tuesday, November 20, 2012

Jawapan Sidang DUN Mengesahkan Khalid Berbohong Isu Bas Mewah PKR


Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyatakan dalam sidang DUN Selangor yang beliau membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

Sebelum ini pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Namun beliau kantol selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu DIBELI oleh beliau secara sewa beli.

Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

Dr Mahathir: PR wajar lantik Karpal Singh jadi PM


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

PAS bertegas Abdul Hadi paling layak jadi Perdana Menteri


IPOH 19 Nov. - Pimpinan Pas Perak memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon paling layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa menyifatkan Abdul Hadi mempunyai segala kelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sesuai dengan imej serta personaliti pemimpin tersebut.

Menurut beliau, sama ada Pas sebagai komponen dalam pakatan pembangkang mempunyai lebih banyak kerusi atau tidak dalam pilihan raya akan datang, majoriti ahli parti itu mahu Abdul Hadi dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

''Jika parti menang kerusi lebih banyak, Abdul Hadi adalah yang paling layak memegang jawatan tersebut. Ia (bilangan kerusi) mungkin jadi kayu ukur. Tetapi dalam Pas, sama ada mempunyai lebih kerusi atau tidak, kita anggap Presiden kita mempunyai kelayakan.

Monday, November 19, 2012

Cita-cita Anwar atau Abdul Hadi jadi perdana menteri tidak akan tercapai


KUALA LUMPUR - Kalangan Anggota Parlimen Barisan Nasional dan Bebas yakin cita-cita Pakatan Pembangkang untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri tidak akan tercapai.

Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pakatan itu tidak akan mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Itu masalahnya dengan pembangkang, mereka sendiri tiada pendirian tetap mengenai siapa paling layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara.

"Saya percaya rakyat tidak akan terpedaya dengan helah mereka kerana pakatan sendiri tidak pernah melaksanakan apa yang mereka janjikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang perwakilan Dewan Ulama Pas yang mencadangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 baru-baru ini, supaya presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

VIDEO: Bukti dan Penjelasan Fitnah Pakatan Terhadap Rosmah


Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi kesempatan penting bagi puak Pakatan Rakyat untuk membuktikan sifat hasad dengki mereka terhadap Datin Seri Rosmah.

Tuduhan mereka kononnya Rosmah memaksa dan meminta Lee Chong Wei agar menempatkan kerusinya ditengah-tengah pasangan pengantin tersebut ternyata sekadar fitnah jahat yang penuh dengan perasaan dengki.

Pengakuan Datuk Lee Chong Wei membuktikan betapa terdesaknya puak Pakatan Rakyat menjadikan fitnah sebagai senjata politik.

Bagi Pakatan Rakyat, memang itulah cara politik golongan cerdik pandai yang menjadi idola golongan muda serta para alim ulamak.

Segala fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah, seolah dipersetujui dan mendapat restu dari Ulamak PAS? bahkan tidak pernah ada teguran atau penjelasan lanjut dari para Ustaz mahupun Ulamak PAS untuk memperbetulkan fitnah yang mereka sebarkan. jauh sekali untuk meminta maaf...

Video dibawah memaparkan pengakuan Datuk Lee Chong Wei...



DAP Tidak Setuju Abdul Hadi Jadi PM


DAP hari ini mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.

"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

Sunday, November 18, 2012

Majlis Syura mahu tutup mulut pemimpin PAS


KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyarankan parti itu perlu lebih tegas bagi 'menutup mulut' pemimpin yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga memberi kesan buruk terhadap parti.

Menurut Haron, tindakan tegas itu diperlukan bagi mengelakkan mereka daripada berterusan menjadi kuda tunggangan seteru politik mereka.

"Atas kesedaran itulah Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan orang ini daripada bercakap," katanya pada sesi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini, hari ini.

Tanpa mendedahkan nama individu tertentu, Haron sebaliknya hanya melabelkan pemimpin berkenaan sebagai 'bukan calang-calang pemimpin'.

"Ada bekas ahli, ahli yang dipecat atau ahli dan pemimpin dari dalam PAS sendiri yang keluarkan komen tidak sedap didengar hingga menimbulkan kebimbangan.

Friday, November 16, 2012

Ketua Pemuda PAS isytihar harta, simpanan bank RM9,000


KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

Thursday, November 15, 2012

Irene Fernandez diminta pulangkan kewarganegaraannya


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyeru pengarah Tenaganita, Irene Fernandez memulangkan kewarganegaraannya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jika tidak mahu mengikut undang-undang negara ini.

Menurut ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, pengarah Tenaganita itu bersikap biadap dengan kenyataan beliau supaya orang-orang Melayu Islam diberi hak untuk memilih agama serta hak-hak bumiputera dihapuskan.

"Kita menyeru agar Irene ini memulangkan kembali kewarganegaraannya, dan duduklah ke mana negara yang beliau rasa sesuai dengannya," kata Irwan dalam sidang media selepas membuat laporan polis ke terhadap pengarah Tenaganita itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, petang ini.

Menurut Irwan, beliau terbaca kenyataan Irene (gambar) di laman The Malaysian Insider, dan melihatnya sebagai niat jahat untuk menghancurkan hak orang Melayu.

Ulama PAS Pertahan Nurul Izzah, dan nasihat Harussani bertaubat



Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Mufti Perak itu turut menasihatkan pengikut pemimpin PKR itu yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, supaya bertaubat kerana menurut Harussani, ia adalah berdosa besar.

Siti akui ada bukti rakaman Nurul Izzah putar belit


Siti Zabedah Kasim sekali lagi menegaskan, "“Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

Siti Zabedah Kasim adalah ahli Majlis Peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini. Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Dalam forum berkenaan Nurul Izzah ketika menjawab pertanyaan dengan jelas mengatakan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, bagaimana pun memutar belit kenyataan tersebut dengan menuduh pihak media memfitnahnya.

Wednesday, November 14, 2012

Polis perkosa wanita Indonesia – Malaysia Dalam bahaya


Oleh Zainuddin Maidin via Zamkata
Rakyat dan Pemerintah Indonesia mempunyai banyak sebab untuk meragukan sama ada kerajaan Malaysia mempunyai “political will” untuk mempercepatkan tindakan yang tegas, telus dan setimpal dalam kes yang dikatakan perkosaan tiga anggota polis Malaysia di Balai Polis Bukit Mertajam, terhadap seorang tenaga kerja wanita Indonesia.

Keraguan ini timbul kerana terbukti di masa lalu, bahawa dalam perkara-perkara yang sangat sensitif pun yang membahayakan hubungan dua negara, tidak diberikan keistimewaan untuk dipadamkan dengan segera, sebaliknya mengambil masa untuk menunjuk-nunjuk proses keadilan, kebebasan polis dan penghakiman tanpa campur tangan pemerintah. Ia dilayan seperti suatu kes biasa.

Hal ini amat terserlah dalam kes penyeksaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat yang mengambil masa lapan tahun untuk dihukum penyeksanya yang kejam.

Selain dari itu, sikap media Malaysia dan NGO-NGO di Malaysia yang membisu terhadap kes “perkosaan” ini, menimbulkan prasangka di Indonesia seolah-olah kerajaan Malaysia cuba menutup mulut media perdana, supaya tidak menimbulkan sebarang tekanan, sedangkan peristiwa ini sedang meruncingkan hubungan dua negara.

Mahkamah sekali lagi tolak injunksi ke atas Lynas


Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi menolak dengan kos permohonan injunksi interim oleh penduduk Kuantan ke atas lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Advanced Material Plant (LAMP) atau Lynas hari ini.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya memberi alasan injunksi itu ditolak atas sebab yang sama seperti permohonan mereka yang terdahulu.

"Permohonan injunksi ini sepatutnya dibuat ketika semakan kehakiman terhadap permohonan pihak plaintif (penduduk Kuantan) yang mempertikaikan status TOL yang diberikan kepada Lynas," katanya.

Pada 8 November lepas Hakim Mariana juga telah menolak permohonan sama yang difailkan oleh Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasimah Ramli sebelum ini, sekaligus membenarkan kilang Lynas di Gebeng, dekat Kuantan beroperasi.

Tuesday, November 13, 2012

Gambar: Mereka Mewakili 'Satu Kutukan dari Neraka'


Seramai 12 orang pribumi Sarawak, yang membantah projek empangan hidro elektrik di negeri Sarawak. Turut serta dalam perarakan  300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi dan untuk ketengahkan isu-isu alam sekitar yang lain termasuk pembinaan 12 empangan hidro di Sarawak.

Pribumi Sarawak yang terlibat dalam perarakan tersebut mengunakan baju hitam bertulis "BATALKAN EMPANGAN BARAM" dengan slogan "Satu Kutukan Dari Neraka". Mereka adalah sukarelawan dari kempen SAVE Rivers dan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Baram yang dipimpin oleh Philip Jau.

Perarakan itu yang disertai kira-kira 40 orang, memakan masa 14 hari dijangka akan sampai ke Parlimen dari Kuantan memulakan perjalanannya hari ini.

Mereka merancang untuk menyerahkan memorandum sebaik tiba di bangunan Parlimen pada 26 November.

Ucapan Sultan `tempelak' kerajaan Pas Kelantan


KOTA BHARU 13 Nov. - Titah ucapan Sultan Kelantan yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak meminggirkan negeri ini daripada arus pembangunan merupakan `tempelak' kepada kerajaan Pas negeri.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, selama ini kerajaan Pas Kelantan sering melemparkan pelbagai tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri ini.

Beliau berkata, titah ucapan Sultan Muhammad V itu yang turut menegur kerajaan Pas dalam pelbagai perkara, adalah amat tepat pada waktunya kerana baginda sememangnya sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

BN akan terus tadbir negara selepas PRU ke-13, kata Joseph


JULAU, Sarawak, 13 Nov — Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata atas alasan ini dan beberapa alasan kukuh lain, maka penduduk luar bandar di negeri ini sewajarnya tidak membazirkan undi mereka dengan memberinya kepada pembangkang.

“Di Sarawak pun kita ada sebuah parti pembangkang, Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang mendakwa ia sebenarnya pro-BN.

“Ini menunjukkan ia mengagumi BN serta amat yakin dengan kemampuan para pemimpinnya dalam mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat,” kata Salang pada Program Kesedaran bencana Alam di Rh.Kelukot di Nanga Telesa, Sungai Mujok, sebuah kawasan pedalaman di sini petang semalam.

Monday, November 12, 2012

Biar masyarakat nilai Nurul Izzah, kata Ulama PAS


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik," katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.

Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.

Sunday, November 11, 2012

Dr M: Nurul Izzah bertindak bodoh, melampau


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

5 Syarikat tawar jet untuk Anwar


Dengan bangga Anwar memberitahu para penyokong bahawa sudah terdapat 5 syarikat menawarkan Jet peribadi untuk kegunaannya bagi memudahkan kempen dan pergerakan beliau dan pemimpin pakatan rakyat.

Anwar menegaskan bukanlah satu kesalahan baginya dan pemimpin pakatan rakyat menggunakan jet untuk bertemu rakyat, "lagipun bukanlah 'dosa besar' menggunakan jet peribadi" tegas Anwar.

Apa yang penghairankan kita, jika kroni Anwar atau kroni pakatan rakyat yang menyediakan jet. tidak pula jadi masalah, bahkan Anwar umumkan dengan bangga terdapat 5 syarikat kroni yang sanggup sediakan jet untuk beliau dan pemimpin pakatan rakyat.

Menurut Anwar, 5 syarikat kroni tersebut sanggup pinjamkan jet sebab mereka yakin Anwar bakal jadi perdana menteri selepas PRU 13.

Pastinya para taikun dari 5 syarikat berkenaan sudah membayangkan betapa banyak projek bakal dianugerah kepada mereka sebagai balasan. lagipun Anwar bukan tidak biasa memperkayakan diri dan kroni sebagaimana masa jadi TPM dan menteri kewangan dulu.

Hakikatnya, setiap kali Anwar buka mulut tentang kronisme, nepostisme atau rasuah, semuanya mencerminkan apa yang telah dan sedang dilakukannya, berdasarkan pengalaman sendiri dan kehidupan peribadinya yang penuh dengan kekotoran.

Belum pun berkuasa, Anwar sudah kumpul para kroni untuk untuk menjarah kekayaan negara...

PANAS!!! SIS Mahu Penganut Islam Dibenarkan Tukar Agama


SHAH ALAM: Sisters in Islam yang lazim dituduh berpendirian liberal dalam soal agama, tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menegaskan bahawa penganut Islam harus diberi hak untuk bertukar agama.

“Kebebasan agama harus mengiktiraf kebebasan untuk bertukar agama. Bagaimanakah orang Islam boleh menuntut hak ini (kebebasan agama) untuk mereka yang mahu memeluk Islam tetapi pada masa sama… (menafikan) hak ini untuk mereka yang tidak lagi percaya (agama Islam)?, kata SIS.

“Pegangan agama menerusi paksaan boleh membawa kepada sindrom hipokrasi,” tambah pertubuhan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Pendirian SIS bercanggah dengan perundangan negara ini yang menetapkan hukuman untuk golongan murtad mengikut peruntukan undang-undang syariah.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Saturday, November 10, 2012

70% rakyat Selangor sokong UMNO-PAS bergabung


KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu.

Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini.

Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.

Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal.

Friday, November 09, 2012

Zulkifli pertahan Utusan, Dan ada kejutan untuk Anwar !!!


KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.

Datuk Zulkifli Noordin (gambar), ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Thursday, November 08, 2012

Pengaju Soalan Di Gereja Kecewa Nurul Putar Belit Kenyataan


Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah
AIDCNews – 08/11/12 – Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT (disini) berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”

Hindraf kemuka 5 tuntutan kepada PM



Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan lima daripada 18 tuntutan Hindraf menjelang 1 Januari 2013 sebelum beliau menerima jemputan untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Tuntutan tersebut adalah:

Semua 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan geran tanah diberikan kepada pihak sekolah menjelang 1 Januari 2013. Di samping itu, tadika juga akan ditubuhkan di sekolah-sekolah tersebut, kerana kebanyakan kanak-kanak India buta huruf kerana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar anak-anak untuk pendidikan awal.

Anwar disebalik skandal RM445 juta


Mahkamah Rayuan Putrajaya meluluskan rayuan seorang ahli perniagaan untuk meminda kenyataan bela dirinya dengan memasukkan pembabitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang di sebalik urusan melibatkan RM445 juta bagi memperoleh Arus Murni Corporation Bhd (AMCB) milik Kewangan Bersatu Bhd (KBB).

Panel tiga anggota yang terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamad Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki juga meluluskan rayuan Low Thiam Hoe untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei tahun ini supaya beliau membayar RM28.6 juta kepada Hong Leong Finance Bhd.

Hakim Mohamed Apandi turut memerintahkan agar perbicaraan baru diadakan di hadapan hakim lain. Panel itu juga memerintahkan agar Low, 55, dibayar RM10,000 sebagai kos guaman.

"Kami sebulat suara mendapati hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila beliau tidak memberi kebenaran kepada Low meminda kenyataan bela dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net