Wednesday, October 31, 2012

PAS tolak dasar DAP 'satu calon satu kerusi'


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar 'satu calon satu kerusi' yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang.

Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP.

"Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untukbertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti.

PKR tawar Wan Azizah 4 kerusi


SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.

Bekas tahanan ISA hanya ‘layak’ ganti rugi RM1


PUTRAJAYA – Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman P.S. Mohamed sepatutnya diberi pampasan nominal RM1 dan bukan RM3.3 juta seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan secara salah, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata, ini kerana Mahkamah Tinggi mengambil kira perkara yang tidak relevan ketika membuat keputusan itu.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan isu berhubung liabiliti semata-mata berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Badrul Zaman selepas membenarkan permohonan habeas corpus ahli perniagaan itu.

Katanya, mahkamah itu hanya boleh mendengar semakan kehakiman tahanan berhubung pematuhan prosedur dan bukan kes saman sivil seperti yang difailkan Badrul Zaman terhadap superintenden Pusat Tahanan Kamunting serta dua lagi bagi menuntut ganti rugi atas dakwaan ditahan secara salah.

Tuesday, October 30, 2012

Budaya Elit dalam PKR



Kak Wan kedengarannya sangat sombong, angkuh dan takbur bilamana mengumumkan bahawa dia bebas MEMILIH mana-mana kawasan DUN yang mahu ditandinginya. Mungkin Kak Wan tak perasan, kenyataan seperti itu adalah satu perlambangan bahawa PKR terus membugar budaya sombong dan elitis dalam parti – secara tanpa sedar.

Makna di sebalik kenyataan Kak Wan ini membayangkan bahawa, ke mana sahaja yang dia mahu pergi, dia pasti boleh menang. Terdengar komen seorang Ustaz dalam PKR petang semalam, kenyataan seperti itu kedengarannya seperti angkuh dan takbur.

Hakikatnya, itulah PKR. Bongkak dan takabbur ini memang budaya parti ini. Cuma rakyat sahaja yang kurang tahu.

Demikian juga dengan kata-kata Kak Wan, bahawa dia boleh meletakkan anak-anaknya di mana sahaja kawasan yang dia mahu. Baik Izzah, Nuha, menantu atau siapa sahaja yang berada di dalam ‘House of Anwar’. Inilah kehebatan PKR.

Saya Tak Akan Berundur, kata Nik Aziz


KOTA BAHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekarang, walapun ada desakan dari mana-mana pihak, kecuali Pas.

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau hanya akan berbuat demikian (melepas jawatan MB) jika desakan itu datangnya dari Pas sendiri.

Katanya, sebagai ketua kerajaan dan Menteri Besar beliau boleh menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir kerajaan kepada pegawai di bawah asalkan minda cergas.

"Setiap ketua ada orang di bawahnya, jadi kita boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan kerja-kerja (tadbir) kepada orang di bawah walaupun saya uzur fizikal.

"Sihat atau tidak inilah saya...nak lawan Umno bukan perlu ada pada tubuh sihat tapi perlu pada otak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di sini Selasa.

GAMBAR: Peguam terjun dari Hospital Umum Sarawak


Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama.

foto: kosmo!

Monday, October 29, 2012

Pengkhianat UMNO pegang jawatan penting


Pemimpin akar umni Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Sunday, October 28, 2012

Projek JERANGKAP SAMAR Untuk Azmin?


Tahniah kepada PKNS Property yang akhirnya merasmikan PROJEK DATUM JELATEK yang sudah tertangguh agak lama. Almaklum, di kalangan pemimpin PKR sendiri masih tertanya-tanya tentang SIAPA yang mendapat habuan yang paling mewah. Banyaklah nama disebut. Tapi antara yang dikatakan paling INFLUENTIAL adalah YB Bukit Antarabangsa dan YB Hulu Klang. Amaun? Boleh tahan.

Ini juga adalah antara senjata yang ada di dalam tangan Faekah. Semua details ada. Tarikh. Bank statement. Tinggal nak reveal sahaja.

Sebab itu, sejujurnya, Azmin patut diam sahaja – dan mula CIUM tangan MB Selangor. Baik buat cepat-cepat.

Dibuatnya segala macam perincian ini dicampak di Taman Melawati, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Gombak Setia; peluang Azmin untuk menang di GOMBAK akan terpadam. Kalau BN nak kalah pun, sebab letak KUDA SAKIT sebagai calon. Kalau letak KUDA SIHAT, insya’Allah menang mudah.

Datuk Jelatek ini bukan projek murah-murahan. Projek MAHAL. Projek ELIT. Projek MEGA. Projek PILIHANRAYA.

Kalau dah kebetulan besar dan transparen, apa kata – PKNS Property senaraikan mereka-mereka yang mendapat kepentingan daripada projek ini. Berapa amaun? Bila bayar?

VIDEO: Samy Vellu Demonstrasi di Batu Caves




Friday, October 26, 2012

PAS anggap Dr Asri sudah "keterlaluan"


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.

"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.

"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.

"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.

Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.

"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.

Thursday, October 25, 2012

Mahkamah: Sosilawati dibaring, ditikam di tengkuk


SHAH ALAM - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.

Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.

Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.

Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.

Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.

Wednesday, October 24, 2012

VIDEO: Kaum Penan yang hidup di reban Ayam


Perhatikan keluhan mereka...



GAMBAR: Kain rentang anti hudud, apa pandangan anda??



Jelas sekali kain rentang dibawah mewakili suara kumpulan anti-hudud, namun tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Tuesday, October 23, 2012

VIDEO: MP Kinabatangan hentam Syed Mokhtar




Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan.

Siapa biaya bas mewah PKR RM150,000 sebulan?


PETALING JAYA: Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) hari ini menyatakan minat mereka untuk mengetahui identiti pihak yang membayar ansuran bulan bas mewah yang digunakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajahnya.

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, isu bas mewah terus menghantui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini ialah bas yang bernilai RM900,000 itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pengumuman pada Ogos lalu, bahawa bas mewah untuk kegunaan PKR itu disewa dan diuruskan oleh Abdul Khalid.

“Abdul Khalid kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated”.

Khir Toyo minta maaf kepada Ronnie Liu


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf secara terbuka kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu ekoran penyiaran sebuah artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Cina empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan Liu pada 2008.

Dr Mohamad Khir dalam kenyataan permohonan maafnya berkata, beliau memohon maaf kerana telah menyebabkan penyiaran sebuah artikel disiarkan dalam akhbar China Press pada 9 Mei 2008.

Menurut Dr Mohamad Khir, dia telah mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran menghalang pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak polis dalam satu operasi menutup sebuah hotel di Puchong yang digambarkannya sebagai pusat pelacuran.

Monday, October 22, 2012

VIDEO: Menteri jelaskan pembohongan RM40 juta




Ahli perniagaan balak dari Sabah, Michael Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong atas dakwaan penyeludupan wang berhumlah RM40 juta.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) juga tidak pernah menahan ahli perniagaan tersebut yang turut dikaitkan dengan dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"Berdasarkan laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC juga tidak pernah tangkap Michael Chia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Nik Aziz tidak lagi relevan jadi MB, sudah nyanyuk


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi relevan menerajui Kelantan sebagai Menteri Besar.

Ibrahim berpendapat, kemampuan ahli politik veteran itu semakin merosot dan perlu berundur sekiranya PAS masih diberi mandat mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan datang.

“Dia sudah tua, sudah nyanyuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Perkasa Selangor 2012 di Dewan Tuanku Canselor di Universiti Teknologi MARA di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai hasrat pucuk pimpinan PAS yang mahu Nik Aziz bertanding lagi dalam PRU13 dan tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Sekaligus menjadikannya sebagai calon paling veteran dalam arena politik sejak tahun 1967, selain memegang tampuk pemerintahan negeri Kelantan sejak tahun 1990.

Sunday, October 21, 2012

Musa Hassan nafi pembohongan terbaru Anwar


Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isnin, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Musa kononnnya akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sebelum ini telah dilaporkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut.

Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober.

Saturday, October 20, 2012

Hukuman mati bagi pesalah dadah ditangguh


KUALA KANGSAR - Pelaksanaan hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah kemungkinan akan ditangguh sehingga kerajaan mencapai keputusan muktamad berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati terhadap pesalah terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai permohonan moratorium, iaitu penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap pesalah dadah yang telah dijatuhi hukuman mati.

"Hukuman ganti untuk kes pemilikan dadah itu sedang dikaji Pejabat Peguam Negara...untuk kes mereka (pesalah dadah) yang dijatuhi hukuman (mati), kita nak minta moratorium...kita sedang meneliti (semula) hukuman (mati) sedia ada," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat Peti Undi Jenalik di Sauk di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan moratorium itu perlu memandangkan ketika ini lebih separuh daripada 900 pesalah yang sedang menunggu hukuman mati adalah pesalah dadah.

PANAS!! Nik Aziz mahu UMNO dibubar


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Friday, October 19, 2012

Gara-gara Audit 2011, PAS Kedah jadi 'cacing kepanasan'


ALOR SETAR, 19 Okt – Slogan “telus, amanah dan perbelanjaan berhemah’ yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.

“Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan.

Pembangkang Sengaja Hina TLDM


LUMUT – Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan pembelian dua kapal selam Scorpene termasuk menabur fitnah kononnya, aset tersebut tidak boleh menyelam menghina kewibawaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secara langsung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan dan seluruh warga TLDM mengetahui kapal selam itu bukan sahaja boleh menyelam tetapi merupakan antara kapal selam konvensional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya.

Berucap di hadapan kira-kira 8,000 anggota dan pegawai TLDM dalam Majlis Mesra Warga TLDM Bersama Perdana Menteri di sini, Najib berkata, isu tersebut tidak wajar terus dipolitikkan kerana sudah banyak penjelasan dilakukan sebelum ini.

“Ini bukan sesuatu yang terlalu sulit, tetapi boleh saya sebut seperti yang kita semua tahu kapal itu boleh menembak peluru berpandu sewaktu berada di bawah permukaan laut dan kita telah pun cuba perkara ini. Peluru berpandu yang ditembak memang boleh kena sasarannya.

“Kita tidak buat keputusan membeli dengan sewenang-wenangnya tetapi malangnya ia dijadikan bahan politik yang secara tidak langsung menghina kewibawaan TLDM. Ini kerana TLDM sendiri bersetuju pembelian kapal itu kena pada tempatnya,” katanya.

Thursday, October 18, 2012

VIDEO: Seorang Maut banglo runtuh di Shah Alam




SHAH ALAM: Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut manakala 3 lagi masih terperangkap selepas bumbung rumah banglo yang sedang diubah suai, runtuh di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Mayat pertama pekerja warga Indonesia itu dikeluarkan pada jam 6.37 petang tadi.

Sementara itu, tiga daripada tujuh mangsa yang terperangkap dalam kejadian jam 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan.

Ketiga-tiga mereka yang difahamkan berasal dari Indonesia, dihantar ke hospital di Klang untuk rawatan lanjut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

Parti Keluarga Sng akan lawan PRS habis-habisan


MIRI: Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding di semua enam kerusi kawasan parlimen yang diperuntukan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presidennya, Larry Sng ketika mengesahkan perkara tersebut malahan turut memberitahu beliau sendiri akan bertanding di salah satu kerusi yang difikirkan dapat memberi kemenangan kepada SWP.

Pada masa ini, PRS diperuntukan kawasan parlimen Selangau, Julau, Konawit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rajang.

“Ya, kita akan bertanding di semua kerusi yang meletakkan calon PRS, kali ini kita akan lawan PRS habis-habisan di semua kerusi yang mereka bertanding.

“Malahan saya sendiri akan bertanding di satu daripada kawasan berkenaan yang dirasakan sesuai serta dapat memberi kemenangan kepada SWP.

Nik Aziz memang suka cakap sembarangan


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai 'terlajak cakap' apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut.

Seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak tetapi tidak diketengahkan dalam saf kepemimpinan.

"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am.

Wednesday, October 17, 2012

Akhirnya SUARAM mengaku pembohong


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

AUDIT: Salahlaku kerajaan PAS kedah RM134 juta


Anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.

"Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London," laporan itu dipetik.

Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.

Musa nafi sertai Pas dan kaitan kes Anwar


SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.

Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.

“(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: “Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

Anwar Terus Jadi Boneka Amerika, Israel


Antarapos - Pakar kajian hubungan antarabangsa Dr Chandra Muzaffar percaya bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipergunakan oleh Amerika Syarikat dan Israel bagi meneruskan agenda mereka di rantau ini.

Katanya, Amerika dan Israel mula memperkudakan Anwar sejak tahun 2001 dan ini dapat dilihat dengan hubungannya yang cukup akrab dengan pemimpin-pemimpin negara berkenaan, sehingga hari ini.

“Anwar begitu akrab dengan individu dari Amerika Syarikat dan Israel. Sehingga saya dah mula syaki tentang perjuangan beliau.

“Kenapa beliau bangkitkan isu-isu tertentu dan cara beliau cuba memajukan matlamat pihak tertentu?” soalnya ketika diwawancara secara ekslusif oleh Antarapos.

Bagi menguatkan hujahnya, Dr Chandra mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat melantik Anwar sebagai pengerusi ‘Foundation For The Future’ pada tahun 2005, yang diasaskan atas inisiatif anak bekas Naib Presiden Amerika, Dick Chenney – Lyn.

Yayasan itu dilancarkan oleh Setiausaha Negara Amerika, ketika itu, Condoleezza Rice.

“Anwar dilantik sebagi pengerusi yayasan itu yang kononnya bertujuan untuk mengembangkan demokrasi di Asia Barat, di negara Arab.

Tuesday, October 16, 2012

PAS anggap Konflik PAS-DAP Kedah 'perkara remeh'


KUALA LUMPUR: PAS Pusat tidak akan campur tangan dalam konflik yang timbul antara parti itu di Kedah dengan sekutu mereka daripada DAP.

Menyifatkan 'perbalahan' yang berlaku sebagai isu remeh serta tidak perlu diperbesarkan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin isu berkenaan boleh ditangani Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Tak ada isu. Kedah (Menteri Besar) boleh selesaikan sendiri. Mereka boleh uruskan perkara ini," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media bahawa Dewan Ulama PAS Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati ahli-ahli parti itu apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri berkenaan.

Hasan Ali tetap bersama PAS walaupun sudah dipecat


BESUT: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Monday, October 15, 2012

Pemuda PAS sokong kenyataan Haron Din


PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Dr Haron Din bahawa Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.

Baru-baru ini, bekas ahli Parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Ketua Pemuda DPPM, Nasrudin Hasan berkata, PAS menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.

Haron yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul.
Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara.

Sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam Al-Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.

Sunday, October 14, 2012

VIDEO: Ambiga mahu campur tangan asing dalam SPR


Pemantau asing bebas? siapakah pemantau asing bebas yang dimaksudkan Ambiga untuk campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Ambiga tidak layak mengesyorkan mana-mana badan 'bebas', kerana semua yang dimaksudkan 'bebas' oleh Ambiga dan Bersih adalah proksi pembangkang yang mahu mencetuskan huru-hara. Malah Ambiga dan Bersih juga bukanlah badan 'bebas' sebagaimana yang dimomokkan, begitu juga NGO seperti Suaram yang mengaku 'bebas' semua mereka adalah perkakas Anwar!



Anwar suka menipu rakyat, kata Fadillah


KUCHING: “Tabiat suka menipu rakyat nampaknya terus dilakukan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Haji Fadillah Yusuf.

Beliau menjelaskan ini terbukti dengan dakwaan Anwar yang beliau (Fadillah) tidak lama lagi akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Nampak sangatlah dia tidak ada idea lain sehinggakan saya juga turut diheret sama dalam permainannya,” katanya selepas membuat lawatan ke rumah Haziman Leman di Taman Sri Wangi Matang.

Fadillah percaya tindakan Anwar itu akibat beliau sudah tersepit dengan keadaan janji yang gagal dikotakannya sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata orang tidak akan hairan dengan permainan politik Anwar itu kerana menurut rekod “menipu itu adalah kebiasaan” bagi beliau.

“Dari janji 16 September, dia tidak henti-henti untuk meracuni fikiran orang sehinggakan ada pula pusingan kedua sekarang,” tegasnya.

GAMBAR: Kebebasan Bersuara atau memang tidak peka?


Inilah bukti wajah sebenar liberalisasi agama yang diterjemah melalui kebebasan bersuara dan prinsip demokrasi... kononnya untuk membukti kepada dunia bahawa kita sudah demokrasi.

Apakah umat Islam bersetuju dengan pendekatan seperti ini? 

cerita lanjut KLIK

Saturday, October 13, 2012

Nik Aziz sifatkan Ustaz Nasha ‘lidah panjang’



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Penyokong Tegar PKR dan Ahli Parti Pembangkang Sertai Umno


BERA: Seramai 80 penyokong tegar dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri.

Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, pada Jumaat.

Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahun lalu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

Friday, October 12, 2012

PAS akui tak konfiden menang di Kedah PRU 13


PETALING JAYA: Peluang PAS Kedah untuk kekal memerintah negeri dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bagaimanapun, menurut orang nombor dua PAS negeri, parti itu ada kelebihan kerana rakyat yakin dengan kerajaan negeri sedia ada.

“Kita (PAS) tidak konfiden sangat untuk menang lagi di Kedah dalam PRU 13…peluang sama rata antara PAS dan BN.

“Kita tidak ambil muda dengan BN kerana beberapa kerusi DUN yang PAS menang dengan majoriti kecil sahaja.

“Tetapi beberapa kerusi yang dimenangi BN adalah dengan majoriti kecil juga.Tetapi kerana PAS yang memerintah, kita ada kelebihan. Lagi pun Kedah ialah negeri teras bagi PAS. Sebelum ini kita tidak memerintah juga menang beberapa DUN,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sapina PM Britain: Permohonan Uthayakumar ditolak


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan P.Uthayakumar supaya mahkamah mengeluarkan sapina untuk menemu bual bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, berhubung perbicaraan kes hasutan yang dihadapinya (Uthayakumar).

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu atas alasan bahawa Brown tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Katanya, mahkamah tidak nampak mengapa mahkamahnya perlu mengeluarkan sapina bagi membolehkan pemohon menemu bual dan menerima arahan bagi kes pembelaan.

Peguam kepada Uthayakumar, M.Manoharan memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Uthayakumar dikatakan melakukan perbuatan yang cenderung ke arah menghasut dengan menulis sepucuk surat kepada Gordon Brown, yang pada masa itu menjadi Perdana Menteri United Kingdom di alamat 10, Downing Street, London, United Kingdom.

Thursday, October 11, 2012

TERKINI: NGO sahkan SUARAM bohong isu Scorpene di Perancis


Sekumpulan NGO hari ini mendakwa NGO Suaram dan pembangkang "berbohong" berhubung isu yang berkaitan kapal selam Scorpene yang dibawa ke mahkamah di Perancis.

Mereka mendakwa, berdasarkan penyelidikan mereka, pada 13 Mac 2012 melalui sebuah dokumen "Ordonnace Constatant L'Irrecevabilite de la Constitution De La Partie Civilel" yang ditandatangani oleh dua orang hakim, NGO itu "ditolak bulat-bulat" oleh institusi pengadilan Perancis sebagai pihak plaintif (partie civile).

"Ini bermakna kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh Mahkamah Perancis sejak Mac 2012. Kami ulangi kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh mahkamah Perancis sejak Mac 2012.

"Namun pembangkang mahu menipu rakyat dengan mengatakan aduan Suaram telah diterima dan statusnya sebagai pengadu yang sah diiktiraf oleh mahkamah Perancis," kata Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib.

Beliau dakwaan Suaram diterima atau diiktiraf sebagai plaintif "pembohongan paling besar dalam sejarah politik negara" untuk memburukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

VIDEO PANAS : Betina Ini dihalau dari PWTC






Dewan Ulama PAS Pertahan Ustaz Nasha..


 SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi banyak pihak sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.

Kerajaan Digesa Saman Penyebar Fitnah Isu Scorpene


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah memfitnah kerajaan berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, kerajaan sudah mempunyai asas kukuh berikutan kenyataan pendakwa raya Perancis, Yves Charpenel, berhubung ketiadaan sebarang perbicaraan di negara Eropah itu mengenai pembelian kapal selam berkenaan oleh Malaysia, yang bercanggah dengan dakwaan pihak terbabit.

"Saya percaya kerajaan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mengambil langkah drastik mengemukakan saman malu terhadap pengkhianat-pengkhianat ini.

"Bukan sahaja rakyat ditipu malah golongan yang tidak mengenal malu ini juga telah mengutip derma daripada orang ramai untuk memantau 'perbicaraan' itu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen kemudian, Zahrain turut menyarankan supaya undang-undang khusus diwujudkan untuk mengawasi kegiatan ejen asing yang mencampuri urusan dalaman negara ini.

Wednesday, October 10, 2012

TERKINI: Taib Mahmud setuju RM500 ribu setiap keluarga Penan Murum


SETELAH MENDENGAR SEGALA PERMOHONAN DAN MASALAH PENAN MURUM SEPANJANG MESYUARAT, PIHAK KERAJAAN NEGERI PIMPINAN TAIB YANG DIWAKILI OLEH DATO OSE TERUS MEMBUAT BEBERAPA KEPUTUSAN YANG AMAT DRASTIK!!!

Menurut penjelasan Dato Ose, Kerajaan Negeri setakat ini telah meluluskan beberapa permintaan dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

1. Tanah seluas 15 hektar sekeluarga telahpun diluluskan untuk tujuan pertanian Kaum Penan. Sementara itu, Kawasan Hutan Simpan seluas kira-kira 19500 Hektar telahpun dikenal pasti dan diluluskan untuk kaum Penan yang masih bergantung dengan Hutan bagi aktiviti "Semi-Nomadic"

2. Rumah di Penempatan Semula Penduduk Penan juga sedang dilaksanakan dan semua kos pembinaannya tidak akan di kenakan kepada penduduk. Ianya adalah "PERCUMA".

3. Rancangan pertanian sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian di kawasan Penempatan baru Penan buat masa sekarang. Sebanyak RM4.1 Juta telah diperuntukan bagi tanaman segera atau tanaman yang boleh menampung keperluan Penan sementara menunggu tanaman Komersial (sawit/getah) mendatangkan hasil.

Shahrizat tidak malu dengan kegagalan NFCorp


KUALA LUMPUR, 10 Okt — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata beliau tidak malu dengan kegagalan Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang dimiliki oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menjalankan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ketika soal balas tentang kes fitnah dua ahli PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli hari ini, peguam Rafizi, Ranjit Singh bertanya adakah Shahrizat merasa malu apabila membaca laporan 2010 dari Ketua Audit Negara tentang NFCorp tidak memenuhi keperluan yang dimahukan oleh kerajaan.

Beliau menjawab: “Tidak, ia tidak merujuk kepada syarikat suami saya.”

Ranjit kemudiannya membaca laporan tersebut bahawa NFCorp tidak memenuhi kehendak kontrak dalam projek tersebut, tetapi Shahrizat sekali lagi membantah soalan Ranjit.

“Ya, tapi biar saya terangkan bahawa Ketua Audit Negara hanya merujuk kepada projek fidlot nasional. Dia tidak ada kuasa untuk mengaudit syarikat swasta,” katanya lagi.

Shahrizat juga mengaku bahawa beliau tidak tahu bagaimana NFCorp memperoleh pendapatannya.

“Saya tidak tahu, itu adalah entiti syarikat. Saya tidak tahu apa rancangan mereka,” katanya lagi.

PANAS!! Amaran Kaum Penan kepada Taib Mahmud


Sepertimana sebelum ini, kaum penan yang terkesan akibat pembinaan empangan murum tetap dengan pendirian mahukan hak serta tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan pimpinan Taib Mahmud.

Mereka juga memberi amaran bahawa mereka tidak akan berganjak dari tuntutan tersebut, dan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan negeri Sarawak maka bantahan serta 'halangan' yang lebih besar akan dilakukan.

Berikut adalah ringkasan tuntutan kaum penan murum terhadap kerajaan pimpinan Taib Mahmud

1. Bayaran RM500 ribu kepada setiap keluarga

2. Memohon pampasan bagi 'pemali kubur'

3. Batu-Batu (Batu Tunggun/ Batu Pemit) yang amat bermakna dan bersejarah bagi kaum Penan harus  dibayar jika tenggelam.

4. Pembinaan Klinik dan sekolah untuk kaum Penan

5. Kemudahan pertanian seperti ikan dalam sangkar.

6. Tanah 25 hektar untuk tujuan pertanian

7. Air dan Kemudahan Elektrik Percuma

8. Dana pendidikan untuk Penan

9. Melantik Pegawai perhubungan Penan di setiap kampung

10. Mewujudkan Jawatankuasa Penan seperti MPDC

GEMPAR!! Penan Murum Tumbuk Muka Pegawai SPU Ketika Mesyuarat di Kuching


Sebelum mengulas selanjutnya, mohon maaf kepada pembaca serta pengikut AK2u kerana tidak sempat membuat liputan secara langsung perkembangan Rundingan Penan Murum dan pihak kerajaan negeri semalam.

Walau bagaimanapun, AK2u ada cerita dan sorotan yang mengenai Rundingan ini buat tatapan semua. Jika dilihat pada tajuk terbitan di atas!!!! tajuknya agak ganas....sebenarnya itulah perkataan yang dirasakan tepat untuk menggambarkan situasi dalam mesyuarat yang berlansung selama kira-kira 4 jam pada 8 oktober lepas.

AK2u amat kagum dengan keberanian dan kelantangan wakil Penan Murum iaitu seorang wanita muda (ISAH ABANG) yang menjadi jurucakap kepada mereka. Walaupun hanya berbekalkan pendidikan SPM, si Isah mampu membuat pegawai-pegawai besar yang hadir rasa terkedu dan kaku seketika. Baca Selengkapnya KLIK

Tuesday, October 09, 2012

Muslihat Anwar Perdaya Ulama Luar Negara


SHAH ALAM: Penasihat Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zulkifli Noordin mendedahkan pembangkang kini semakin terdesak apabila mengunakan golongan ulama luar negara untuk mengeluarkan fatwa halal bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Malah, ia juga disifatkan sebagai muslihat terbaru dalam menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 akan datang.

Menurutnya, motif itu digunakan pembangkang dengan cuba mengaitkan semula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

"Alhamdulilah, Allah S.W.T bagi saya kesempatan bertemu mereka (ulama) balik dan beritahu itu penipuan..pembohongan, mereka kata macam mana awak tahu bukan Perdana Menteri (Najib) yang bunuh Altantuya, saya kata saya tahulah pasal saya peguamnya (Anwar), saya yang buat kes itu, bila dengar (jawapan) mereka (ulama) terperanjat, saya cakap betul..saya cakap betul.

NGO minta SPRM siasat bas mewah PKR


PUTRAJAYA: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, berharap SPRM menyiasat perkara itu secepat mungkin atau dalam masa sebulan dari sekarang kerana disyaki wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas itu yang dianggarkan bernilai RM900,000.

Hamidzun mendakwa bas bernombor pendaftaran BLU 8719, didaftarkan pada 3 September lalu untuk kegunaan persendirian dengan nama pemilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia berjenama Dong Feng iaitu syarikat yang sama membekalkan 50 lori kompaktor sampah kepada Selangor.

Sehubungan itu, katanya, Abdul Khalid perlu bersedia menjawab beberapa persoalan.

Mat Sabu Pertahan Komunis Pejuang Kemerdekaan


KUALA LUMPUR, 9 Okt — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar), hari ini menyatakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Menurut Mohamad, beliau menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“Tetapi saya tidak menyokong pergerakan selepas negara merdeka.

“Dari segi ideologi, saya tidak menyokong dari mula lagi,” katanya dipetik dari The Star Online dalam kes beliau menyaman Utusan Melayu serta ketua pengarang kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga mengatakan bahawa Mat Indera, merupakan seorang pejuang Islamis dan bukan seorang komunis.

Bukti Perjuangan PAS sudah tersasar


GEORGE TOWN – Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

Monday, October 08, 2012

Akhirnya pemimpin DAP turut kecam Azmin


PETALING JAYA: Persengketaan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bertambah buruk apabila lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perbalahan mengecam Timbalan Presiden PKR itu.

Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh mengingatkan Azmin bahawa beliau tidak ada hak untuk mengumumkan sebarang keputusan yang boleh menjejaskan gabungan itu termasuk menentukan individu yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kuasa di negeri itu.

"Azmin telah melampaui batas memberikan pendapat, sebab perkara ini diluar kuasa PKR. Ia melibatkan kepimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan)," kata Karpal semalam.

Karpal diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin mengatakan bahawa Khalid tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan mengekalkan kuasa di Selangor.

Pendakwa kerajaan Perancis sahkan Anwar berbohong



Tiada perbicaraan di Perancis berhubung Scorpene

KUALA LUMPUR: Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada 2002.

Yves Charpenel berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Pemimpin PKR Selangor mahu Faekah dipecat


Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Borhan Aman Shah mendesak supaya setiausaha politik menteri besar negeri itu, Faekah Husin meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang "menimbulkan salah faham" apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

"Kita minta agar menteri besar ambil tindakan pada Faekah. Semua tahu kita minta dia dilucutkan daripada jawatan yang ada. Ada beberapa perkara yang dia buat dah jadi salah faham.

"Desakan ini daripada semua cabang PKR Selangor. Jika dia rasa ini sebagai tekanan untuk dia, terpulang sama ada menteri besar hendak ambil tindakan atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Faekah sebelum ini telah mempersoalkan niat Azmin ketika memberi kenyataan kepada akhbar Sinar Harian, yang melaporkan bahawa Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan menang pilihan raya umum.

Sunday, October 07, 2012

VIDEO: Pemimpin Tertinggi PAS belasah Anwar


Seorang pemimpin tertinggi PAS mengatakan Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net