Khalid mengaku utamakan Anwar, lebih dari Sultan Selangor

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung, malam tadi.

"Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini.

Beliau turut menafikan bahawa Sultan Sharafuddin murka dengan tindakan kerajaan negeri itu dan berkata Sultan Selangor telah diberi penjelasan mengenai perkara itu.

Abdul Khalid ditemui pemberita selepas majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bersama rakyat yang dihadiri Sultan Selangor di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi berkata urusan menjemput Sultan bagi menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri merupakan amalan biasa yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.

"Sebelum ini, sambutan (ulang tahun kemerdekaan anjuran kerajaan negeri) memang dimaklumkan oleh kerajaan negeri kepada baginda termasuk daripada segi jemputan, ia satu formaliti.

"Namun, terpulang kepada budi bicara baginda sama ada hadir atau tidak pada majlis itu," katanya.

PKR Pahang Beri Amaran Kepada DAP

KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang memberi amaran kepada DAP yang juga sekutu mereka dalam pakatan pembangkang agar lebih berdisiplin dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, walaupun tidak salah bagi DAP untuk meminta kerusi tambahan, ia mesti dilakukan melalui saluran yang betul dan dengan persetujuan bersama.

Baru-baru ini, DAP membayangkan bahawa parti itu berharap untuk bertanding di Damak iaitu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai tindak balas, Fauzi berkata: "Kita juga mahu bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada DAP tetapi sebagai menghormati antara satu sama lain, kita mesti mematuhi keputusan kepimpinan pusat.

"DAP boleh meminta untuk tukar kerusi seperti memberi kerusi Tanah Rata dalam pertukaran untuk Damak.

"Kami bersedia untuk menukar tetapi tidak memberikan begitu sahaja kerusi yang diperuntukkan."

Fauzi yang juga bekas timbalan menteri dan bekas Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat bukannya gabungan parti milik individu tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

VIDEO: Janji Demokrasi di Dataran Merdeka




GAMBAR: Provokasi Terhadap Polis, Taktik Untuk rempuh penghadang...




Gambar Terkini: Janji Demokrasi mula bertindak liar

Dilaporkan sekitar 1000 orang berbaju kuning sudah mula berarak dari Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela menuju dataran merdeka diketuai oleh Hishamuddin Rais.

kanak-kanak sengaja dibawa untuk memudahkan provokasi terhadap pihak keselamatan..



 Berita lanjut akan menyusul...

Amaran Polis: Himpunan Janji Demokrasi malam ini langgar akta

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat agar tidak menyertai 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual berlangsung malam ini di Dataran Merdeka serta beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Dataran Merdeka merupakan lokasi bagi sambutan kemerdekaan, jadi kehadiran mereka boleh menjejaskan segala persiapan yang dibuat untuk rakyat berhimpun bagi menyambut Hari Kemerdekaan keesokan harinya.

"Walaupun beranggapan tidak akan ada kekecohan dalam perhimpunan itu, tetapi sekiranya ia berlaku, polis akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada di negara ini termasuk peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata tiada kelulusan diberikan kepada penganjur 'Himpunan Janji Bersih' untuk mengadakan perhimpunan itu malam ini kerana mereka gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011.

Mohmad berkata polis akan turut memantau perarakan 'Merdeka March For Jalan Sultan' anjuran Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) yang dijangka diadakan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Majlis Syura Pertahan Ustaz Nasha

JOHOR BHARU: Ahli Majlis Syura PAS Datuk Mahfodz Mohamed berpendapat tiada salahnya bagi bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjalinkan hubungan baik dengan Umno.

Beliau berkata keputusan untuk mengugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura atau parti harus diteliti sepenuhnya supaya tidak menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya nanti.

Mahfodz berkata sekiranya alasan untuk menyingkirkan Nasharudin hanya kerana beliau muncul dalam sebuah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Majlis Syura perlu membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan perkara remeh.

Nasharudin telah menemani Najib dalam sebuah perjumpaan dengan kumpulan ulama Saudi Organisasi Kerjasama Islam di Mekah baru-baru ini.

Mahfodz kemudian berkata, perbincangan Majlis Syura PAS yang bakal berlangsung pada 9 September ini akan turut membincangan mengenai isu Nasharudin.

Sumbang Mahram: Polis Ambil Keterangan Anak Pemimpin Parti

KUALA LUMPUR: Polis telahpun mengambil keterangan anak perempuan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang yang melahirkan seorang bayi lelaki di Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang itu bersama seorang anak lelakinya berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan Isnin lalu bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin berkata remaja wanita berumur 15 tahun itu diambil keterangan selepas melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur empat hari lepas.

"Kita juga akan menyiasat jika benar ada penglibatan individu kedua (anak lelaki pemimpin pembangkang tersebut)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Polis juga akan mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu selain masih meneruskan siasatan, kata Mohd Bakri.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes ini.

TERKINI: Sumbang mahram- pemimpin politik ada 2 isteri dan 11 anak

KUANTAN: Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC T Narenasegaran, berkata sampel darah kedua-dua beranak itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.

"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lalu namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.

SUARAM Dedah Sumber Dana Asing

KUALA LUMPUR: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong pada Selasa mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?," soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.

Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama adamereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.

Kua turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar membuat laporan polis.

Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.

Arahan Terbaru Anwar: Tawan Semua Kampus!!!

Anwar beria-ia nak gunakan pilihanraya kampus kali ini sebagai medan dia mengukur sokongan di kalangan generasi muda. Sampaikan bajet khas akan disediakan oleh parti untuk memastikan kemenangan di kampus-kampus di tanah air. Hebat gerakan Anwar dan politik kampus ni. Pengalaman sejak tahun 70-an. Semuanya akan digunapakai.

Khabarnya, peruntukan Selangorku juga akan digunapakai untuk gerakan kampus. Jangan lupa, geran Selangorku memang ada peruntukan khas membugar demokrasi. Inilah yang akan digunapakai. Setakat ini cells Anwar/PKR sudahpun diwujudkan di semua universiti. Semua ada. Pas dibenar untuk menjadi penghulu kepada gerakan kampus. Anwar/PKR akan hanya bantu dari belakang. Bajet, PKR akan beri.

Antara isu yang Anwar mahu dimainkan di kampus:-

  • Isu rasuah – Anwar arah sebut semua isu (NFC, Zahid Rafik, apa sahaja yang ada. Kaitkan semua pemimpin UMNO dengan skandal dan rasuah);
  • Isu kebebasan akademik – Aziz Bari
  • Isu AUKU – masih belum dilaksana sepenuhnya;
  • Isu PTPTN (pendidikan percuma);
  • Isu Rosmah;
  • Isu Politik
  • Isu Liwat (Anwar tidak bersalah). Isu video lucah juga dicadang dibawa – tapi gambarkan Anwar sebagai mangsa fitnah);
  • Isu transparensi;
  • Isu ekonomi;
  • Isu peluang pekerjaan;

Dr M: Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

"Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

PAS Kedah disaran ketengah pengganti Ustaz Azizan

SUNGAI PETANI: Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baru bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka bar (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepadaBernama di sini, Isnin.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

Majlis Syura disaran gugurkan Ustaz Nasha

Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagi, tindakan itu juga boleh mengelakkan BN terus menyerang PAS ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Keluarga Tun Ghafar kecewa kenyataan Mat Sabu


MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

DAP, PKR Juga Tidak Sehaluan

TEMERLOH: Rakyat diminta menilai secara rasional tindakan DAP yang mahu mewujudkan undang-undang anti-lompat parti, sedangkan sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berusaha memancing anggota-anggota politik dan parlimen melompat parti menyertai PKR.

Menggesa demikian, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata para pemimpin DAP seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata pakatan pembangkang sebenarnya tidak pernah sehaluan dalam pelbagai perkara dan rakyat perlu bijak menilai akan kecelaruan dalam pakatan itu.

Dr mahathir Persoal DAP Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan DAP Pulau Pinang mahu membentangkan undang-undang anti lompat parti sebagai satu bentuk menyekat kebebasan seseorang individu itu.

Sambil mempersoalkan tindakan tersebut, tegas Dr. Mahathir, undang-undang itu tidak perlu memandangkan pergolakan dalaman parti bukan hanya berlaku di pihak DAP malah UMNO, Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pergolakan dalaman parti memang berlaku. Dalam UMNO ada, Pas ada, Keadilan (PKR) ada, DAP pun ada. Sebab itu dia (DAP) nak buat undang-undang anti lompat.

"Tapi undang-undang itu tak kena kerana kita bebas. Kita nak liberal, boleh cakap apa-apa. Itu kebebasan kita. Pasal apa nak sekat kebebasan orang yang nak lompat (parti)," kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di kediaman mereka di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membentangkan undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung November ini.

Menjawab soalan mengenai permohonan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan sapina kepada beliau supaya hadir ke mahkamah sebagai saksi perbicaraan kes hasutan ketika perdebatan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993, katanya, beliau bersedia untuk disapina.

"Boleh dia (Karpal) nak sapina. Tapi undang-undang yang kita luluskan adalah berkenaan dengan tindakan raja-raja Melayu luar daripada tugas rasmi mereka (baginda). Dalam tugas rasmi mereka, kita tak boleh ambil tindakan.

VIDEO: Mangsa Culik Ceritakan Detik Cemas



Warga Malaysia yang menjadi tawanan lanun selepas diculik di Teluk Guinea, Nigeria berdepan keadaan mecemaskan lebih 20 hari sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, George Lipih Anak Mambo, 42, berkata beliau masih berada dalam keadaan trauma dengan pengalaman yang ditempuhi selepas hampir setiap masa diacukan senapang jenis M-16 ke arah kepala.

"Lebih menakutkan apabila ada antara lanun yang berada dalam keadan khayal sengaja melepaskan tembakan ke arah tawanan. Malah, pernah satu ketika peluru yang dilepaskan berada hampir satu kaki dari saya.

"Saya begitu takut ketika itu. Hanya hidup atau mati saja berada di fikiran saya pada waktu itu," katanya ketika menceritakan pengalaman menjadi tawanan lanun selepas tiba ke tanah air, di sini, hari ini.

Kepulangan beliau disambut gembira isterinya, Bibi Suntek, 42 dan tiga orang anak serta ahli keluarga yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.45 petang tadi.

Dr Mahathir cabar Karpal bukti dakwaan hasutan

Dr Mahathir Mohamad mencabar pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan bahawa beliau membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja Melayu semasa perbahasan di parlimen berhubung pindaan ke atas kuasa kekebalan Raja pada 1993.

Cabaran itu disuarakannya susulan usaha Karpal untuk mengemukakan sepina ke atas Mahathir untuk dalam perbicaraan kes yang kini dihadapi MP Bukit Gelugor.

Karpal mendakwa Mahathir telah membuat kenyataan yang lebih menghasut, tetapi terlepas daripada tindakan.

“Boleh dia petik dan tunjukkan saya Hansard itu, jika apa yang saya kata dianggap menghasut?” kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini di kediamannya di Sri Kembangan.

TERKINI: Kerajaan Pusat sokong hudud di Kelantan

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.

“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.

HUDUD: PAS minta bantuan mufti

KOTA BHARU - Pas Kelantan meminta mufti memainkan peranan dan menggunakan kedudukan mereka dalam membantu menghubungkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan hudud di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekarang ini, Pas sudah mempunyai kelulusan pelaksanaan hudud, cuma atas beberapa sebab, ia terpaksa ditangguhkan.

“Jika mufti boleh menjadi ‘orang tengah’ dan memberi kefahaman dan mendorong setiap pihak berusaha ke arah hudud, Pas amat hargai usaha itu.

“Untuk melakukan perbincangan, ia sebenarnya untuk apa kerana enakmen hudud di Kelantan sudah diluluskan, manakala Umno memang jelas menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Kelmarin Sinar Harian melaporkan Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad meminta Kerajaan Pas Kelantan perlu segera berbincang dengan Kerajaan Pusat kaedah melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

Mohd Amar berkata, sebelum ini, semasa pemerintahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kerajaan Kelantan pernah memaklumkan cadangan hudud kepada Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri diberi amaran melalui surat.

Cubaan DAP Burukkan Imej BN


GEORGE TOWN: MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.

"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat partidari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAPyang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baruini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ahli Parlimen BN anggap Akta antilompat parti perlu

SHAH ALAM - Pindaan perlembagaan kepada Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti perlu diperhalusi dan dikaji dengan lebih komprehensif untuk kepentingan semua pihak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika mengambil kira sembilan wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti itu, ia bukan melompat parti, tetapi mereka menubuhkan satu badan bebas lain kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi.

"Ketika ramai ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan parti, kebanyakan dari mereka tidak masuk Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi mereka mewujudkan entiti lain.

"Berkemungkinan akta ini boleh dipertimbangkan sekiranya ia memberikan faedah kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas cadangan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu akta itu dipinda secepat mungkin kerana isu lompat parti sudah terkena batang hidung sendiri.

"Karpal memang seorang yang tidak konsisten kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi kepentingan pembangkang, peribadi dan keluarganya, termasuklah ketika bercakap tentang hukum hudud dengan pandangan yang keterlaluan sehingga menghina agama lain demi kepuasan diri sendiri. Saya sudah tidak yakin kepada apa yang diusulnya," katanya.

Sebelum ini, Karpal mahu BN meminda ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti yang membabitkan wakil rakyat dan berjanji Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat.

Beliau turut meminta pimpinan BN untuk mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini. Dimana, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, sebagai pengganti kepada Mahkamah Agung dan mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh.

Kenapa Anwar tiba-tiba bertopeng?

Apa tidaknya, ketika Anwar dan rakan-rakannya dalam PAS terkinja-kinja meraikan episod lompat parti oleh beberapa pemimpin BN Sabah. Tiba-tiba DAP pula bual hal yang sebaliknya.

Karpal dan DAP bukan sekadar tidak setuju dengan cara politik PAS yang menjadikan agama islam sebagai 'perkakas yang boleh diperbaharui'. Tiap kali nak dekat pilihan raya, PAS akan gunakan isu Islam dan Hudud untuk meraih sokongan pengundi. tapi sandiwara itu akan senyap tiap kali selesai pilihan raya.

Lebih dari itu DAP kelihatan sangat tegas dengan pendirian bahawa tindakan lompat parti sebagai mengkhianati amanah rakyat. justeru kerajaan DAP Pulau Pinang bercadang untuk menggubal undang-undang 'anti lompat parti'.

Sebaliknya, sejak dari dulu Anwar dan PAS mengharap aktiviti lompat parti sebagai ramuan yang mustajab untuk memungkinkan mereka berkuasa. Semua itu bercanggah dengan prinsip DAP.

Tindakan DAP itu menyebabkan keghairahan Anwar dan PAS terencat seketika, kerana Anwar masih mengharap lebih ramai pemimpin BN yang akan 'lompat parti' menjelang PRU 13. Malah Anwar juga mengakui beliau ada berhubung dan menawarkan beberapa pemimpin BN Sarawak untuk memeriahkan acara lompat parti.

'Kemaluan' itu menyebabkan Anwar terpaksa bertopeng bila berdepan dengan Karpal Singh dan DAP, Kerana Anwar juga tidak mampu menolak jika tiba-tiba DAP mengiktiraf dirinya sebagai katak puru.

Keberadaan Anwar dalam politik adalah kerana sifat katak yang dimilikinya, PKR juga wujud dari lompatan spesis yang sama. Sebab itulah Anwar harus bertopeng....

LOMPAT PARTI: Karpal sokong BN jika pinda Perlembagaan

Kenyataan Karpal membayangkan betapa seriusnya DAP tidak bersetuju terhadap tindakan PKR dan PAS yang begitu meraikan tindakan 'Lompat Parti'....

SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Barisan Nasional (BN) meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti membabitkan wakil rakyat dan berjanji
Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat.

Karpal berkata, Kerajaan Pusat pimpinan BN perlu mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini.

"Dun Pulau Pinang boleh terus meminda perlembagaan negeri untuk menghalang (tindakan) lompat parti dan mengeluarkan kanser ini dari topografi politik negara. Lagi cepat lagi bagus.

"Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, pengganti kepada Mahkamah Agung, mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh.

"Pada pandangan saya, keputusan ini memerlukan kajian semula demi kepentingan awam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen veteran ini menambah, sebagai alternatif, penyelesain terbaik adalah BN membawa pindaan ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah pasti, sokongan dua pertiga diperlukan bagi tujuan ini. Dalam hal ini, tiada masalah bagi Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN yang kurang (majoriti dua pertiga)," kata beliau lagi.

Dun Sabah pernah berbuat demikian tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikritik oleh pelbagai pihak mendakwa langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah benar pindaan Perlembagaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan ultra vires dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Agung telah memutuskan begitu pada 1992.

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna perkara itu berakhir di sana.

Perang dingin' PKR-DAP Pulau Pinang


GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.-SH

Hukum Hudud: Dr Asri salahkan PAS, tapi bersetuju dengan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Katanya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd Asri, PAS perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

Politik Hasad Dengki: Perbezaan PAS dan DAP

Bila Lim Guan Eng bertemu PM Najib untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, tiada siapa pemimpin serta penyokong DAP yang memaki hamun Lim Guan Eng atau Theresa Kok. Bahkan tiada penyokong DAP yang menggelar Guan Eng sebagai 'malaun' atau seumpamanya.


Tapi, apabila Nasharudin Mat Isa bertemu dan kelihatan bersama PM Najib, ramai penyokong termasuk pemimpin PAS melompat bagai nak histeria. Segala maki hamun dan kata cacian dilontarkan oleh penyokong PAS terhadap Ustaz Nasha.

Mereka yang mengaku berpolitik cara Islam ini sanggup memfitnah dan menokok tambah berbagai cerita demi untuk mengaibkan sesama sendiri. Mereka menganggap tindakan seperti itu bukan satu dosa, kerana yang merisaukan mereka hanyalah isteri PM Najib yang tidak bertudung.

Pandelela didesak tolak hadiah Taib Mahmud

Bruno Manser Fund (BMF), sebuah NGO Switzerland yang mengaku mereka lebih arif tentang rakyat Sarawak tiba-tiba bagai dirasuk hantu peliwat, apabila menggesa pemenang pingat Olimpik dari Sarawak, Pandelela Rinong supaya tidak menerima apa-apa ganjaran daripada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, kononnya bimbang terhadap "manipulasi politik".

Dalam satu kenyataan semalam BMF berkata "Kami menyeru Pandelela supaya tidak membiarkan dirinya dimanipulasi politik dan menasihati beliau supaya menolak 'hadiah istimewa' dari Taib secara sopan,".

Ketua menteri dilaporkan telah menjanjikan hadiah sejurus selepas Pandelela memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10-meter wanita pada 10 Ogos dan muncul sebagai wanita Malaysia pertama memenangi pingat pertama Olimpik.

Sebelum ini, Taib dilaporkan berkata beliau akan menyampaikannya selepas bertemu dengan Pandelela.

BMF yang mendukung perjuangan PKR dan PAS menganggap hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang ikhlas bila memberi hadiah. Mungkin juga BMF dan Pakatan Rakyat sedang merancang hadiah yang lebih 'hebat' untuk menghargai kejayaan Pandelela.

Menurut pemimpin PAS dan PKR "Pihak BMF berhak mendesak Pandelela untuk mengembalikan hadiah dari Taib Mahmud, kerana BMF sudah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak".

PAS akan keluar kenyataan sokong Karpal

Sandiwara hudud diantara PAS dan DAP kelihatan semakin menarik, penuh dengan rencah-rencah sinikal yang seakan tidak berkesudahan. Rupanya perang kata-kata antara Karpal Singh dan mantan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak hanya terheret ke mahkamah, kerana dalam PAS seperti sudah ada percanggahan pendapat serta pecahan tersendiri yang terhasil dari skrip penuh drama oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Namun DAP keseluruhannya kelihatan sepakat dengan pendirian Karpal terhadap hudud, bahkan tidak ada pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Karpal. Itulah perbezaan DAP dengan PAS!

Terkini, sumber dalaman PAS dan Pakatan Rakyat membayangkan suatu yang mengejutkan bakal terjadi pada jumaat ini. Difahamkan PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada tarikh tersebut untuk menyatakan sokongan kepada tindakan Karpal Singh yang berhajat untuk menyaman Ustaz Nasha.

Jika benar maklumat tersebut, pastinya seluruh rakyat akan memahami betapa ironinya pendirian PAS tentang hudud yang mereka gembar-gemburkan. Betapa lidah bercabang PAS terhadap masyarakat islam jelas kelihatan.

Lebih-lebih lagi pihak PAS tidak pernah menafikan janji yang mereka buat dihadapan paderi-paderi Kristian sebelum ini.(baca disini)

Pulau Pinang Rancang Undang-Undang ‘Anti Lompat Parti’

Kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk meluluskan undang-undang 'anti lompat parti' di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuaray exco negeri akan datang.

“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.

“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ketua Pemuda PAS anggap 'Karpal makin keterlaluan'

SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.

Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.

Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.

Sarawak bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat

KUCHING: Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya. Katanya, ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan pusat berdasarkan hubungan baik saya dengan perdana menteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.

PANAS!! Nik Aziz perlu nafikan hal ini

Disebalik keghairahan PAS menghentam pihak UMNO/BN serta memutarbelitkan isu hudud yang kononnya mereka sedang perjuangkan. Ramai tak terfikir betapa sandiwara itu sungguh memualkan.

Bukan sedikit masyarakat islam yang hayal kerana candu agama yang dimomokkan pemimpin PAS, lebih-lebih lagi PAS dan Nik Aziz sering berfatwa bahawa dengan menyokong perjuangan mereka maka jalan ke syurga menjadi lebih mudah. Alasannya, kerana meraka adalah pejuang hudud.

Itu sandiwara PAS dihadapan umat islam, Lain pula sandiwara PAS dan Nik Aziz dihadapan penganut agama lain.

Perkara ini perlu Nik Aziz dan PAS nafikan, atau PAS harus mengakui bahawa semua itu adalah sandiwara demi meraih undi rakyat, kerana nafsu kemaruk untuk menawan Putrajaya.

Faktanya, Nik Aziz perlu ingat janji yang telah dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000.

Sewaktu persidangan tersebut PAS telah memberi jaminan tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud. Jaminan itu buat dihadapan semua paderi kanan yang hadir, semuanya untuk meyakinkan masyarakat bukan islam di Negara ini tentang perjuangan mereka.

Laporan diatas bukan fitnah olahan media UMNO/BN atau Utusan, sebaliknya disuarakan sendiri oleh media Pakatan Rakyat.

Sampai bila PAS dan penyokongnya harus membohongi diri sendiri dengan menyalahkan UMNO dan media untuk menutup permainan kotor mereka.?

Pas amal politik tidak matang, kata Mustapa

PUTRAJAYA - Pemimpin dan anggota Pas dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau Pas kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

TERKINI: Ahli PAS Gesa Keluar dari Pakatan

KEPALA BATAS: Beberapa ahli PAS Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

Bekas Setiausaha PAS negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata impian pakatan pembangkang untuk menakluk Putrajaya menyebabkan PAS semakin jauh daripada matlamat asal dengan membelakangkan perjuangan parti demi memenuhi kehendak sekutunya.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi parti seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.

"Kami dari akar undi. Kami bukan pemimpin atasan daripada parti. Kami semua ahli biasa. Kami nampak perkara ini (pertikaikan Islam) sedang makan di dalam.

"Bila dia makan di dalam, dia akan cetus satu perkara yang tidak baik. Kami harap benda ini tidak akan berlaku. Kami harap Karpal Singh dan DAP berhentikan ungkapan yang menyentuh perasaan dan hati umat Islam," katanya dalam sidang media khas menyatakan sokongan kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di sini, Jumaat.

Semalam, Nasharuddin dalam satu kenyataannya di sebuah blog, menggesa PAS untuk meletakkan perpaduan ummah sebagai asas perjuangannya, tanpa menyifatkan perjuangan itu sebagai terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno.

Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata tindakan kepimpinan tertinggi PAS yang seakan pasif dalam menangani isu tersebut menyebabkan anggota di akar umbi mula mempersoalkan rasional penglibatan parti itu dalam pakatan pembangkang.

PAS Kelantan tetap tolak Ustaz Nasha

PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang.

Ganti calon lain

Katanya, kemunculan bekas Timbalan Presiden PAS bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah, Rabu lalu, langsung tidak memberi kesan kepada parti itu kerana pengundi PAS di Bachok sudah menolaknya.

“Pada pandangan kita (PAS Kelantan), kemunculan beliau (Nasharudin) bersama Najib sempena mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak memberi kesan kepada parti walaupun akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

“Nama Nasharudin tidak termasuk dalam senarai (calon) yang diangkat baru-baru ini dan kita dimaklumkan bahawa pengundi di kawasan itu sudah mencadangkan beliau digantikan dan desakan ini dibuat sebelum Nasharudin bersama Najib di Makkah.

“PAS Kelantan sudah ada beberapa calon yang dilihat sesuai menggantikan Nasharudin, namun keputusan muktamad di tangan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada BH selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau mengulas kemunculan Nasharudin bersama Najib di Makkah, sehingga menimbulkan spekulasi, termasuk pucuk pimpinan PAS, bahawa tokoh berkenaan akan meninggalkan parti itu.

Kelmarin, Nik Aziz ketika mengulas mengenainya berkata tidak hairan jika Nasharudin keluar PAS selepas dilihat bersama Najib di Makkah.

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya.

12 tahanan ISA dibebaskan

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kerajaan hari ini membebaskan seramai 12 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua yang dibebaskan tersebut merupakan pesalah jenayah keganasan yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Qaeda selain jenayah pemerdagangan manusia.

"Pembebasan ini berikutan pemansuhan akta tersebut yang diluluskan Parlimen pada 9 Mei lalu.

"Jumlah ini tidak termasuk tiga lagi individu yang telah dibebaskan pada awal Ramadan baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Penjara Sungai Buloh dekat sini hari ini.-UTUSAN

PANAS!!! : Skandal Ahli Parlimen dan Wang BR1M?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang ahli parlimen yang hampir kehilangan sepucuk pistol dan wang tunai sebanyak RM190, 000.00 akibat dicuri. Surat khabar Cina telah melabelkan beliau sebagai Ahli Parlimen paling cuai! Mengapa beliau membawa begitu banyak wang tunai?

Itulah yang menjadi tanda tanya. Adakah beliau begitu terdesak untuk membeli penyokong bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih calon yang boleh menang?

Ini bermungkinan benar kerana beliau sendiri telah tahu bahawa populariti beliau semakin merosot. Statistik PRU12 jelas menunjukkan majoriti diperolehi oleh YB Hulu Rejang jauh merosot.

Tambahan pula, presiden PRS dengan secara terbuka telah mengumumkan bahawa PRS hanya mengemukakan satu nama iaitu nama setiausaha sulit beliau sendiri sebagai calon parlimen P.216 Hulu Rejang yang baru.

Secara kebiasaannya Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Pusat akan bersetuju dengan senarai nama yang dikemukakan oleh presiden parti komponen masing-masing.

Walaupun YB Hulu Rejang telah tahu bahawa beliau akan digantikan. Beliau masih berdegil dan berharap bahawa YAB Datuk Seri Najib Razak akan mencalonkan beliau. Ini membuatkan ramai beranggapan bahawa terdapat elemen-elemen dalam dan luar BN telah cuba meracuni fikiran YB Hulu Rejang agar melawan arahan parti.

Ini sudah tentu usaha berterusan untuk melemahkan PRS yang telah menjadi parti Dayak yang terbesar di Malaysia dan komponen BN Sarawak kedua terbesar setelah pilihanraya DUN 2010 yang lalu.

Berbalik kita kepada berita berkenaan pistol dan wang tunai YB Hulu Rejang yang dicuri tadi. Difahamkan, semasa kes tersebut terjadi. Beliau dalam perjalanan ke perkampungan kaum Kenyah dan Penan di Long Busang dan Long Unai, Belaga iaitu di dalam kawasan Parlimen Hulu Rejang. Perlukah beliau membawa begitu banyak wang tunai ke kawasan pedalaman seperti itu?

Siasat punya siasat. Rupa-rupanya wang tunai tersebut adalah wang bantuan 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai wang BR1M. Wah! Kita tentu berasa hairan. Mengapa wang tunai BR1M boleh dipegang ahli yang berhormat dan bukannya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam bentuk kupon atau diserah melalui Pejabat Residen atau pihak Bank?

Bukankah itu satu penyalahgunaan kuasa serta pecah amanah? Kita juga mendapati jumlah keseluruhan wang BR1M yang telah diluluskan ialah sebanyak RM 427, 000.00 untuk 854 penerima.

Gambar: Bukti Orang Cina Sokong Hudud?

Ini adalah gambar penyokong tegar Anwar Ibrahim, bernama Danny Tan.

Hanya dengan melihat gambar ini PAS akan berkata "sudah terbukti orang cina mahukan hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, cuma UMNO yang menolak Islam!"


Syabas untuk Danny Tan kerana menghibur hati Nik Aziz..

TERKINI: Ustaz Nasha tak berhasrat tinggalkan PAS atau masuk UMNO

Ahli Parlimen Bachok, Nashrudin Mat Isa sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat meninggalkan PAS atau masuk UMNO.

Katanya, perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah adalah atas jemputan beberapa rakan ulama di negara ini bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi.

Apa pun hasrat Ustaz Nasha, PAS pasti akan bertindak mencampakkan beliau keluar. Kerana apa yang PAS mahu adalah permusuhan secara total dengan UMNO/BN, itu yang bercanggah dengan pendirian Ustaz Nasha yang mahukan perpaduan.

Kita tunggu perkembangannya, kerana PAS dijangka memanggil Ustaz Nasha untuk tindakan lanjut..

MESTI BACA: Usaha memusnahkan PRS dari dalam Barisan Nasional

Berdasarkan kejayaan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu, PRS berjaya meletakkan diri sebagai parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak. Sekaligus menjadi nadi utama dalam kekuatan Barisan Nasional Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud.

Selain kurangnya masalah dalaman, pendekatan ‘mesra rakyat’ terhadap golongan muda yang dibawa presiden PRS Tan Sri Dr. James Masing juga kelihatan membuahkan hasil. Bahkan menjadikan PRS parti Dayak yang cukup berpengaruh di negeri Sarawak pada waktu ini.

Saya mungkin tidak mengenali Presiden PRS atau MT mereka secara peribadi, dan begitu juga sebaliknya. Namun apa yang menimpa PRS akhir-akhir ini terkesan ironis serta menarik perhatian berbagai pihak untuk berkomentar tentang kemungkinan buruk yang bakal dilalui PRS akibat permainan politik dalaman BN Sarawak. Siapakah yang akan menafikan hal ini?

Munculnya Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mendakwa “mesra BN” pimpinan Larry Sng menjadi persoalan, kerana kewujudannya adalah untuk ‘menjahanamkan’ PRS secara konsisten, dimana para pemimpin SWP dengan bangga mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding serta menentang PRS di kesemua enam kerusi Parlimen milik PRS di negeri ini dalam PRU akan datang.

Yang menarik, Larry Sng adalah pemimpin muda kesayangan Taib Mahmud. Larry Sng sanggup meninggalkan jawatan dalam kabinet Sarawak untuk memimpin SWP demi menjahanamkan PRS. Jelas sekali ini bukan permainan politik ‘orang luar’, lagipun Larry Sng mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pelobi dalam PBB.

Senario ini seperti memberi merit kepada pendapat bahawa semua itu adalah sandiwara Taib Mahmud untuk memecahbelahkan kekuatan parti dayak. Kerana seolah-olah Taib Mahmud yang memberi ‘green light’ kepada Larry Sng.

Namun bagi yang mengamati sejarah politik dayak dan mengetahui kronologi ‘kejatuhan’ pemimpin dayak terdahulu sejak Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, mungkin tidak bersetuju dengan dakwaan sedemikian. Sejarah itu mungkin sensitif untuk dibahaskan disini, biarlah masyarakat dayak sendiri yang mencari jawapannya.
Berlainan pula pendapat kaum dayak yang mengenali permainan politik keluarga Sng. Perebutan jawatan antara Dr James Masing dan bapa Larry, Datuk Sng Chee Hua masih menjadi ‘duri dalam daging’ kepada dunia politik masyarakat dayak. Sekarang pula menyaksikan permusuhan antara Larry Sng dan presiden PRS Dr James Masing, yang mendorong ‘peperangan’ secara terbuka. Yang paling pasti semua itu adalah permainan ‘orang dalam’ Barisan Nasional.

Wong Judat (gambar) sanggup keluar dari SPDP untuk bersama-sama Sarawak Workers Party (SWP) demi ‘membalas dendam’ terhadap PRS. Beliau yang juga ADUN Meluan merangkap Naib presiden SPDP telah mengumumkan secara terbuka bahawa beliau akan bertanding menentang pemimpin PRS Datuk Joseph Salang di kerusi parlimen Julau pada PRU ke 13 ini. Apakah tindakan Wong Judat turut mendapat ‘restu’ Taib Mahmud sepertimana Larry Sng?

Beberapa indikasi terkini dan pengalaman lalu perlu diberi perhatian oleh kepimpinan PRS dan seluruh jenteranya, agar terus jadi parti pilihan utama untuk masyarakat dayak khususnya dan rakyat Sarawak secara umumnya.

Difahamkan, gerakan untuk melemahkan dan mensabotaj PRS 'dari dalam' sedang digerakkan. Semuanya kerana dendam dan cemburu dengan kejayaaan PRS dalam Barisan Nasional Sarawak.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com