VIDEO: Demonstrasi ganas di Kelantan

Berikut adalah himpunan SEDAR yang berlangsung di hadapan pejabat SUK Kelantan petang tadi, difahamkan suasana bertukar ganas apabila para demonstran SEDAR bertembung dengan kumpulan demonstran "Pro Royalti".

Ekoran keganasan yang terjadi, dilaporkan sekurang-kurangnya 5 orang cedera.

Kononnya inilah budaya politik matang yang dijaja Pakatan Rakyat yang kemaruk ingin memerintah negara.


Dr Mahathir: Malaysia tidak perlu 'Arab Spring'

KUALA LUMPUR: Usaha menjatuhkan kerajaan ala "Arab Spring" tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Asia Barat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan pada Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk "Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara" di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Tan Sri Hassan; dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM, Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata "Arab Spring" mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

25 ahli Pas sertai UMNO Merbok

SUNGAI PETANI 25 Jun - Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin Pas yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 ahli Pas di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai UMNO setelah lebih 15 tahun menyertai PAS.

Salah seorang daripada mereka, Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.

"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon PAS dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela semalam. - BERNAMA

Isu Scorpene: Sepina terhadap PM Najib sekadar pembohongan

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga ke hari ini, tiada sepina yang mengarahkan perdana menteri untuk tampil ke mahkamah di Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Oleh itu dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia, katanya.

"Yang kena saman bukan perdana menteri atau kerajaan Malaysia. Tapi cuma sebut (nama) sahaja.

"Sampai ke hari ini, tidak ada sepina yang meminta perdana menteri tampil ke mahkamah," kata Khairy semasa menjawab pertanyaan daripada seorang peserta Bengkel Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) di PWTC petang ini.

Bercakap dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang, Khairy berkata, isu berhubung kapal selam ini juga telah banyak kali dijawab semasa perbahasan di Parlimen.

Khairy juga berpandangan bahawa isu tersebut hanya merupakan kes diantara seorang peguam Perancis dengan syarikat pertahanan di negara itu, DCNS.

"Tapi mereka seolah-olah buat (isu) seperti ini kes menentang perdana menteri.

"Ini adalah kes antara seorang peguam Perancis dengan satu syarikat Perancis yang melibatkan kita tetapi bukan kita yang didakwa dalam kes tersebut," kata Khairy lagi.

VIDEO: Pengakuan Perletakan Jawatan Rafizi

Walaupun pengakuan Rafizi penuh dengan helah, namun krisis dalam kerajaan PKR Selangor menyatakan sebaliknya.

3 nilai negatif yang diajar Pembangkang

KUALA LANGAT 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar menolak pakatan pembangkang kerana mengajar masyarakat tiga nilai negatif dalam kehidupan mereka.

Tiga nilai itu menurut Perdana Menteri ialah tidak menepati janji, tidak mengenang budi serta tidak membayar hutang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat di Kampung Sungai Bum Bum di sini hari ini. - UTUSAN

TERKINI: Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Berikut adalah senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang sedang diedar serta dipaparkan oleh media dan blog pro Pakatan Rakyat.

Nampaknya rakyat Malaysia akan berkesempatan untuk diperintah oleh keluarga anak-beranak Pakatan Rakyat.


Perdana Menteri:

Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh)

1. Timbalan Perdana Menteri:

a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur)
b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang)
c. Satu kerusi sama ada dari Sabah atau Sarawak yang akan menjaga hal ehwal Malaysia Timur. 

2. Kementerian Kewangan:

a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara)
b. Rafizi Ramli (PKR, kini bukan MP, akan bertanding pada pemilihan akan datang)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang)

3. Kementerian Pendidikan:

a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor)
b. Saifuddin Nasution Ismail (PKR, Machang)
c. M Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)
d. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam)

4. Kementerian Dalam Negeri:

a. Azmin Ali (PKR, Gombak)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan)

5. Kementerian Pertahanan:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera)
c. Tian Chua (PKR, Batu)
(Pengetahuan teknikal dan pengalaman boleh diperolehi dari ahli PAS, Laksamana Pertama (bersara) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Kementerian Perundangan:

a. Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong)
c. William Leong (PKR, Selayang)
d. R Sivarasa (PKR, Subang)
e. Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)

7. Kementerian Kesihatan:

a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong)
c. Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Kota Raja)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg Siput)

8. Kementerian Pengangkutan:

a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras)
c. Baru Bian (PKR, Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan, Sarawak)
(Baru Bian boleh membantu dalam meningkatkan pengangkutan air dan udara ke kawasan pedalaman Sarawak.)

9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:

a. Khalid Ibrahim (PKR, Bandar Tun Razak, Ahli Dewan Undangan Ijok, Menteri Besar Selangor)
b. Teresa Kok Suh Sim (DAP, Seputeh)
c. Husam Musa (PAS, Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan)

10. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian, tetapi kali ini akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, Dewan Undangan Negeri bagi Sekinchan, Selangor, beliau menjuarai nasib penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman (PAS) di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)

11. Kementerian Luar:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat)
b. Lim Guan Eng (DAP, Bagan, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
c. Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan, Selangor)

12. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:

a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai)
c. Calon PAS Titiwangsa (pengganti Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali - akan diberitahu kelak)

13. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar:

a. Mohamad Sabu (PAS, bukan MP, tetapi akan bertanding dalam pilihanraya akan datang)
b. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping)

14. Kementerian Pembangunan Wanita:

a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang)
b. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang)
c. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah)

15. Kementerian Perhubungan Bangsa Dan Dialog Antara Agama:

a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini bukan MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas)
e. V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh, Perak)

JAIS dan PAS dituduh bersekongkol rampas masjid

KUALA LUMPUR 22 Jun - Sekumpulan penduduk Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pemimpin Pas telah melakukan konspirasi bagi merampas Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.

Bekas Nazir Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Zainal Abidin Manaf berkata, ini adalah kerana jawatankuasa baru masjid berkenaan dilantik tanpa mesyuarat membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

“Lebih mengecewakan apabila mereka yang dilantik merupakan bukan penduduk kawasan ini dan sebahagian besar pula merupakan pemimpin sebuah parti," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sedangkan kata Zainal Abidin, beliau yang telah sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, juga telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

Bagaimanapun, katanya, JAIS tidak memberi sebarang jawapan kepada mereka, tetapi sebaliknya melantik jawatan kuasa baru yang hanya diumumkan di masjid itu hari ini.

Anwar dan 'wanita misteri' miliki 62 kondo mewah

KUALA LUMPUR 21 Jun - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengemukakan lagi bukti baru kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3 bilion.

Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu kota hari ini, Ummi mendedahkan identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.

Katanya, SPRM teruja dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan itu kerana berlainan dengan bukti yang pernah dikemukakan oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan bekas setiausaha sulit Anwar iaitu Anuar Shaari.

VIDEO: Isu Abdul Razak Idris dan Anwar Ibrahim

Sebelum ini bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Ikuti komen-komen dalam video dibawah;


Kerajaan PAS Kelantan diminta beri penjelasan urus niaga dinar

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila ianya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam tadi.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Dr Mohd Shukri Omar.

Laporan media semalam melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku 'skandal mata wang syariah' di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.

Akhirnya Anwar sedia beri kerjasama dakwaan akaun RM3 billion

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan akaun berjumlah RM3 bilion yang membabitkan dirinya.

"Saya akan bagi kerjasama, kalau ada bukti lain tiada masalah, kita boleh berbeza politik tetapi untuk terus tuduh-menuduh tidak perlu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata, perlu ada siasatan terbuka berhubung dakwaan berkenaan dan pihak berkuasa boleh menyiasat akaunnya serta akaun ahli keluarga beliau.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan pengendalian akaun berjumlah RM3 bilion semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu.

Anwar berkata, pada ketika itu, beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang datang menemui beliau di Penjara Sungai Buloh.

Mahkamah putuskan Nallakaruppan bertanggungjawab buat kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar ganti rugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang berkenaan.

Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan itu.

Anwar Reka Cipta Fitnah Najib Untuk Tutup Isu Moralnya

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berpandangan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membuat tohmahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi melarikan dari isunya sendiri memandangkan Anwarkini sedang bergelumang dengan pelbagai isu.

“Oleh kerana dia (Anwar) banyak isu, yang dia sendiri tak boleh nak jawab, yang tak mungkin dia nak jawab, kerana isu-isu itu mengaitkan peribadinya sendiri. Kita tahu, jika dia jawab isu-isu ini, rakyat akan tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Oleh itu, demi untuk mengelak dan mengalihkan isunya itu, dia akan menuduh dan menfitnah PM seperti isu kapal selam Scorpene dan sebagainya.

“Dia cuba memburukkan PM memandangkan Datuk Seri Najib hari ini, mula disayangi rakyat 1Malaysia,” ujarnya mengulas kenyataan Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini bahawa Anwar sedang mencipta dan mereka fitnah terhadap Perdana Menteri.

Justeru tegasnya BN tidak perlu gentar dengan fitnah yang direka cipta Anwar ini, sebaliknya BN harus terus bekerja keras mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat, daripada melayan atau menjawab isu dan fitnah yang dicipta Anwar ini.

“PM dan TPM memang dah cantik gerak kerjanya dengan rakyat. Tapi apa yang kita bimbang, pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di peringkat akar umbi tidak bergerak sebagaimana PM dan TPM buat.

Akaun RM3 billion Anwar: Murad sedia kerjasama dengan pihak berkuasa

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Kes Rasuah Nik Aziz boleh dibuka semula

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.

NONEBagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.

Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.

Dr Ling mohon hakim tarik diri, dakwa berat sebelah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.

Menerusi notis usul, Dr Ling memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.

'Kenapa hanya Melayu sahaja cuba jatuhkan Raja?'

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa dukacita kerana kritikan yang sering dilemparkan ke atas golongan Istana dibuat oleh golongan Melayu.
"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain tiada buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup," katanya di Twitter.

Kenyataannya itu timbul susulan kenyataan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang marah dengan kritikan yang disuarakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kos RM520,00 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Dalam tulisan tersebut, Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa bangsa bukan Melayu "tidak membuang masa membuat benda bodoh."

Tunku Ismail turut membayangkan bahawa golongan Melayu akan mengalami nasib seperti masyarakat di Singapura jika negara tidak mempunyai raja.

"Kalau dah susah jangan sibuk mencari raja. Berhentilah hidup dalam mimpi. Sedarlah dan mula hadapi fakta.

"Belajarlah untuk menghargai apa yang anda miliki dan bersyukur," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

Ummi Hafilda dakwa ada 'bukti baru'

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik.

Selain itu, Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut.

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya.

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik.

VIDEO: KJ - Saya tak pernah sokong Anwar, Saya pilih Mahathir!

Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyokong Anwar Ibrahim.

Beliau menyangkal kenyataan yang menyatakan beliau pernah menyokong Anwar Ibrahim.Sebaliknya beliau pilih untuk menyokong Tun Dr Mahathir sewaktu UMNO pada 1999, meskipun pada waktu itu ramai golongan muda cenderung untuk menyokong reformasi Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian di majlis Tweetup BNYV, pada 15 Jun 2012.


Syeikh Al-Azhar minta rakyat Malaysia sokong kerajaan

KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di sini, hari ini.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.

Gobalakrishnan gesa kerajaan siasat akaun RM3 bilion Anwar

KULIM: Ahli Parlimen bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan meminta kerajaan menyiasat laporan yang dibuat beberapa pihak terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pernah mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Katanya, beliau akan membuat gesaan berhubung perkara itu pada sidang Parlimen, Isnin ini dan meminta semua badan bukan kerajaan (NGO) dan politik supaya terus membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu bersama Umno Bahagian Padang Serai dan 16 badan bukan kerajaan (NGO) di sini, petang semalam. - BERNAMA

Anwar didesak henti fitnah PM

KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.

''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.

''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Zamil cabar Khalid dedah lebih banyak video

SUNGAI PETANI - Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.

Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.

"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.

"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.

Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.

Khalid turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang menyerupai Zamil yang merupakan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang.

"Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," kata Zamil.

Zahrain Nafi Jadi Ejen Rahsia Selepas Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah ditawarkan wang untuk keluar parti ketika masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua tahun lalu.
“Saya tidak tahu dan tidak terlibat mengenai ejen rahsia serta tidak pernah ditawarkan apa-apa untuk keluar PKR, sebab itulah saya menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen. Saya bebas mengkritik pembangkang mahupun kerajaan.

“Apa yang saya tahu mengenai kes membeli ahli parlimen ini, ia bukan kes baru kerana sebelum ini ia pernah berlaku di Taiwan apabila Ahli Parlimen BN ditawarkan untuk masuk PR, sebelum kes 16 September," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemaparan klip video yang mendakwa wujudnya ejen daripada pihak tertentu untuk membeli wakil rakyat PKR untuk melompat parti.

VIDEO: Sultan Ibrahim Murka terhadap Nizar PAS

Berikut adalah petikan video titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, yang melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi Twitter, baru-baru ini.


Titah Baginda "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,"

Mustafa Ali mengaku tiada bukti semasa tuduh UMNO

SHAH ALAM 14 Jun - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengaku maklumat yang diperoleh daripada kakitangan JAIS berhubung penglibatan UMNO dalam serbuan terhadap Gereja Damansara Utama tidak disokong oleh sebarang bukti dalam bentuk dokumen, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mustafa menyatakan demikian semasa perbicaraan kes saman Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mewakili UMNO Selangor terhadap beliau bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos tahun lalu. - UTUSAN

Dr M: Saya tak takut Pakatan tawan Putrajaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak takut Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa - kecuali beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.

"Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya."

Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu dilaporkan mendakwa, tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

Isu Scorpene: Anwar arah cipta bukti

KUALA LUMPUR 12 Jun - Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin iaitu beliau mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.

"Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

"Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

"Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya semasa sesi perbahasan.

Pakatan yakin dapat majoriti mudah, 105 kerusi 'di tangan'

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.

"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau.

"Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor.

"Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.

Anwar kemuka kenyataan bersumpah, sangkal dakwaan miliki aset RM30b

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan satu kenyataan bersumpah (SD) yang membebaskannya daripada dakwaan mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu dibuat oleh oleh seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Katanya, beliau meminta supaya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat semua akaunnya dan akaun anggota keluarga terdekatnya, apabila kes tersebut timbul pada awal 1999.

Selain menyiasat akaun tersebut, dalam dan luar negara, beliau juga meminta supaya suruhanjaya tersebut menyiasat akaun perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain.

Namun, permintaannya itu tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, katanya.

Katanya lagi, BPR juga muncul di penjara Sungai Buloh dan meminta beliau memberi kenyataan terperinci berhubung kes tersebut.

"Mereka menjalankan penyiasatan yang sangat terperinci," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan tanggung kos RM1.8 juta akibat BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Hishammuddin bagimanapun tidak menyatakan butiran kos yang ditanggung oleh kerajaan ekoran perhimpunan itu.

Hishammuddin juga berkata sebanyak 967 'tear gas' telah digunakan pada perhimpunan haram itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke dan 58 butir grenade tear smoke' ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Fong ingin mengetahui jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis yang bertugas mengawal perhimpunan itu dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Dalam soalan lain Fong juga ingin tahu jumlah pegawai polis yang dikenal pasti melanggar tatatertib pada perhimpunan berkenaan dan adakah mereka telah diambil tindakan serta garis panduan operasi (SOP) terperinci yang diarahkan kepada pegawai bertugas.

Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak melalui SOP yang telah ditetapkan bagi tujuan mengawal keadaan daripada menjadi lebih ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam semasa perhimpunan itu.

Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Anwar didesak saman Murad

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim segera memfailkan saman fitnah terhadap bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia bagi membuktikan Datuk Abdul Murad Khalid bukan proksi atau kroni beliau.
Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim, berkata tindakan itu penting kerana akuan berkanun Abdul Murad mengenai pemilikan 20 akuan induk Anwar membuktikan ketua pembangkang itu terbabit dalam kegiatan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

“Anwar perlu saman Abdul Murad untuk membersihkan namanya dan sebagai satu tindakan penafian walaupun ramai membuat ramalan Anwar tidak akan berani bertindak sedemikian sebab mereka berdua tahu rahsia masing-masing.

“Dikatakan Abdul Murad tahu banyak rahsia kewangan Anwar dan menerima banyak manfaat daripada Anwar dan tentu kedua-duanya akan rugi besar jika Anwar saman Abdul Murad,” katanya, di sini, semalam.

Selama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun Abdul Murad mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar itu pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan disiasat polis.

Sebelum ini, beberapa NGO mendesak Anwar memberi penjelasan pemilikan akaun itu ketika menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Yaman pelawa Dr Mahathir jadi penasihat ekonomi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.

Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta sokongan

KUALA LUMPUR - Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan.

"Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan.

"Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.

Kesilapan besar Tunku dan Dr Mahathir

SHAH ALAM - Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.
Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Aset Anwar: 6 NGO Kuantan buat laporan polis

KUANTAN: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kuantan, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Kuantan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Belia 4B Kuantan dan Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Berserah/Sungai Karang (Bakkis).

Laporan itu dibuat oleh wakil setiap enam NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada kira-kira 11 pagi.

Sebelum membuat laporan polis itu, kira-kira 50 anggota NGO berkenaan mengadakan perhimpunan aman selama 30 minit di Taman Kerang dekat sini bermula 10.30 pagi.

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan segera untuk menyiasat memastikan sama ada pendedahan itu benar atau dimanipulasi pihak tertentu.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, Ketua Penerangan PERKASA Pahang, Muhammad Faiz Hashim, berkata SPRM tidak harus berdiam diri dalam hal ini dan siasatan perlu dibuat supaya keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya bebas itu tidak terhakis.

Raja Nong Chik: Tiada konflik kepentingan dalam 'projek RM30j'

Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang diperolehi satu syarikat didakwa milik anak perempuannya.
Tanpa mengesahkan atau menafikan kontrak didakwa bernilai RM30 juta itu, Raja Nong Chik berkata projek itu berlangsung pada 2006 lagi - sewaktu beliau masih belum menjadi menteri.

"Saya tak payahlah (cakap tentang perkara itu). Pasal semua projek itu (berlaku) pada 2006. Masa itu, saya ahli perniagaan selama 25 tahun. Takkan tak boleh berniaga pada waktu itu?

"Hanya kontrak itu dimeterai pada 2010, pasal bangunan siap pada waktu itu. Itu sahaja. Kalau tidak, tutup semua perniagaan yang keluarga saya berniaga. Saya rasa tak sesuai kan? Tetapi tidak ada konflik kepentingan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan di beberapa kawasan sekitar Brickfields petang semalam.

Raja Nong Chik mengulas dakwaan yang ditimbulkan pembangkang bahawa syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta.

Dakwaan tersebut ditimbulkan oleh laman Keadilandaily.com yang melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" itu.

Laman tersebut melaporkan perkara itu berdasarkan satu surat penerimaan tender bertarikh 24 Ogos 2010 untuk projek di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Johor itu.

Scorpene: Dari Dulu Pembangkang Lemah Bab Pertahanan

PAKATAN haram di Malaysia ni kelihatan macam tahu semua benda dalam soal pentadbiran sebuah negara. Penulis tegaskan disitu, ‘kelihatan’. Termasuklah dalam hal ini, soal pertahanan.

Macam pembohongan dalam isu kapal selam Scorpene yang masih cuba dipertahankan walaupun dah banyak kali dibuktikan salah.

Untuk cerita kapal selam ini saja, dari dakwaan rasuah, tak boleh menyelam sehinggalah kepada tuduhan seorang wanita dibunuh kerananya, semuapun sekadar menunjukkan bahawa Pakatan haram ini sebenarnya tidak tahu apa-apa pasal pertahanan.

Biarlah penulis buka rahsia disini. Kalau pakatan haram ini ada otak, mereka patut tahu negara kita memang pernah buat beberapa kesilapan dalam perolehan untuk menguatkan pertahanan negara ini dulu.

Kesilapan ini bagaimana pun bukan disengajakan, tapi lebih kepada tertekan dengan kemungkinan pengaruh komunis merebak setelah kejayaan Vietnam Utara menawan Saigon pada 1975. Kita sendiri pada waktu itu sedang berhadapan dengan perang gerila oleh Parti Komunis Malaya (PKM) aka hero Mat Sabu.

Pertama, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Tun Hussein Onn pada akhir 70-an telah meluluskan pembelian 84 buah pesawat terpakai A4 Skyhawk dari Amerika Syarikat di bawah program PERISTA. Ramai tidak tahu yang Amerika sendiri pun pelik kenapa Malaysia nak beli pesawat tinggalan perang Vietnam yang dah lama tersadai di padang pasir Arizona.

Kepelikan ini menyebabkan Amerika Syarikat beri designasi baru kepada pesawat Skyhawk itu sebagai A4 Skyhawk PTM – Perculiar To Malaysia. Perkataan perculiar ini banyak digunakan untuk mengambarkan keanehan, walaupun ada kata ia merujuk kepada ‘khas’.

Sebetulnya, tidak pelik, cuma masa yang diambil untuk menilai pesawat baru, bukannya pendek tapi panjang. Maka itu keputusan segera dibuat untuk membeli pesawat terpakai.

Dari 84 yang dibeli, hanya separuh yang dibaik pulih untuk digunakan, manakala separuh lagi ditinggalkan sebagai sumber alat ganti sebab Amerika dah tak keluar lagi dah jenis pesawat perang macam itu. Dari separuh yang digunakan, hampir 1/3 jatuh terhempas termasuk satu yang menyebabkan juruterbangnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kenapa pada waktu itu, DAP dan PAS tidak membangkitkan soal perolehan yang ternyata silap ini? Tak payah jawab, sebabnya mereka tidak tahu, bodoh. Walhal kalau nak dijadikan isu, memang ada isu disitu. Mungkin bukan dari segi rasuah dan penyelewengan, tapi dari segi kewajaran memilih pesawat tidak layak terbang, yang akhirnya terbukti merugikan negara.

Kesilapan kedua, ialah bila negara hampir membeli pesawat pejuang tercanggih (waktu itu) jenis Tornado Gr-2 dari Britan pada 1987, sedangkan pada waktu tersebut tidak ada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkelayakan mengendalikan pesawat canggih seumpama itu. Selengkapnya Baca diSINI

PTPTN tarik balik sekatan sebab Selangor tidak mampu beri pendidikan percuma

KUANTAN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa serta-merta, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

"Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.

"Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan terbabit anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Justeru, katanya pelajar Unisel kini boleh memohon pinjaman PTPTN dan setiap permohonan akan diproses seperti biasa.

Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat berikutan kerajaan negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

"Kita yakin Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar walaupun mereka sering menguar-uarkan yang mereka boleh melakukannya.

"Tapi kita lihat sebaliknya dan dalam hal ini yang jadi mangsa adalah para pelajar. Kita juga mendapat banyak respons terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu ia ditarik balik".

80 bekas pemimpin, ahli PKR Beaufort sertai BN

Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota PKR kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di Beaufort.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort dalam pilihan raya umum lepas, Lajim Yusoff berkata keputusan menyertai BN kerana kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

"Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

"Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian Umno kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Don di Kampung
Limbawang di Beaufort.

Lajim yang pernah menyertai PKR selama lapan tahun itu berkata sewaktu berkempen pada PRU12 lepas, mendakwa pemimpin PKR hanya pandai menaburkan bermacam-macam janji, sebaliknya tidak ditunaikan untuk penduduk kawasan Beaufort.

Beliau berkata tindakannya dan rakan-rakan lain menyertai BN adalah secara sukarela selepas menyedari PKR tidak mempunyai hala tuju jelas dalam usaha membela nasib rakyat di negara ini.

Bekas setiausaha sulit minta Anwar jelas pendedahan akuan berkanun

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini meminta Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan terhadap akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya.
Sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara itu tidak benar, Anuar mempersoalkan mengapa Anwar sehingga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad.

Beliau berkata, Abdul Murad mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999, yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

"Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Laporan media semalam menyatakan Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Anwar cukup takut kepada Nallakaruppan

KUALA LUMPUR 6 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya takut kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan kerana bekas sahabatnya itu menyimpan pelbagai rahsia kotor sepanjang perkenalan mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, Anwar tidak akan berani membuta tuli menyaman Nallakaruppan yang dikatakan mempunyai bukti berbentuk video mengenai skandal seks beliau dengan isteri orang.

"Anwar mungkin berani saman Nallakaruppan RM100 juta, tetapi dakwaan yang lebih menjijikkan iaitu mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang pula, Anwar hanya menyepi.

Fitnah: Tony Pua diperintah bayar RM200,000

KUALA LUMPUR 6 Jun - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, dua tahun lalu.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony memberitahu pemberita, Hakim Amelia turut memerintahkan supaya beliau yang dinamakan sebagai defendan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am.

Katanya, ia beserta dengan faedah sebanyak empat peratus kepada Syabas manakala lain-lain kos akan ditentukan kemudian.

Mahkamah beri sehingga 20 Jun Anwar jawab pernyataan bela Nallakaruppan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.

Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

SKANDAL: Anwar didesak beri penjelasan

KUALA LUMPUR 5 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak memberi penjelasan berhubung tindakan beliau menyaman Datuk S. Nallakaruppan hanya kerana Ahli Dewan Negara itu mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting memandangkan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) tersebut sebelum ini pernah menyentuh pelbagai isu yang jauh lebih sensitif namun tiada tindakan saman daripada Anwar.

Ujar beliau, ia termasuk mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin serta menggelarkan suaminya, Azmin Ali sebagai dayus kerana membiarkan hal demikian berlaku.

"Rakyat serta penyokong pembangkang kini keliru sebab Anwar menyaman Nallakaruppan hanya atas tuduhan beliau seorang biseksual sedangkan Anwar sepatutnya menyaman atas semua dakwaan jika beliau benar-benar dianiaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad atas dakwaan tiada peruntukan dalam Perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

Namun, Nallakaruppan berpegang teguh dengan kenyataan beliau bahawa Anwar sebagai seorang biseksual meskipun menghadapi tindakan saman daripada Anwar.

Jelas Zamil, rakyat dan penyokong pembangkang perlu diperjelaskan dengan maklumat-maklumat yang sahih berhubung tindakan saman itu termasuk keengganan Anwar menyaman bekas rakan karibnya dalam isu yang lebih memalukan.

Suruhajaya Diraja wajar siasat isu dana Anwar

KUALA LUMPUR - Perkasa mendesak penubuhan Suruhajaya Diraja bagi menyiasat semula kenyataan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, tentang kewujudan 20 akaun individu yang dikawal oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membabitkan aset, saham dan wang lebih RM3 bilion.

Perkara itu pernah didedahkan pada 1999.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Murad seperti mana yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana bertarikh 2 Jun lepas disifatkan sebagai sesuatu yang serius walaupun membabitkan pendedahan lama dan ia perlu dilihat kembali.

Menurutnya, atas rasa tanggungjawab selaku ahli dewan rakyat dan pemimpin perkasa, beliau membuat laporan polis dan menghantar surat terbuka kepada SPRM semalam, dan berharap siasatan dilakukan.

"Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal 20 akaun individu (akaun induk) yang diuruskan oleh kroni-kroni bernilai RM3 bilion, oleh kerana dakwaan yang dibuat begitu serius, jadi untuk menentukan kebenarannya dan bukannya fitnah terhadap Anwar ia perlu dibuat segera.

"Ini kerana dakwaan yang dibuat boleh dikaitkan dengan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan mungkin wujud unsur rasuah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Ibrahim berkata, Abdul Murad dalam kenyataannya mengakui mengurus pembayaran AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah Kumpulan Pemikiran AS yang dipanggil Asia Pacific Policy Center (APPC) dan juga mengakui membayar lebih RM120 juta kepada Anwar, kroninya dan organisasi tertentu bagi menjayakan cita-cita politik Anwar yang mana berlaku sekitar tahun 1992 dan 1997.

Katanya, walaupun Abdul Murad mendakwa terpaksa melakukan atas arahan dan kehendak Anwar yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia tidak patut terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Siasatan yang dibuat bertujuan untuk mengetahui dari mana datangnya sumber kewangan yang begitu banyak dan kita juga mahu ia dirujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adakah wujud pembayaran cukai dengan betul," katanya.

Tambah beliau, siasatan ini memberi kebaikan kepada Anwar sendiri sekiranya ia adalah satu bentuk fitnah semata-mata.

Tun Mahathir tidak gentar ugutan Lim Kit Siang

CYBERJAYA 4 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak gentar jika pembangkang mahu mendedahkan dokumen-dokumen kewangan kerajaan sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang boleh melakukan apa sahaja yang beliau suka dan membuka mana-mana dokumen yang didakwa berlakunya skandal kewangan.

"Buatlah apa yang dia mahu, kalau nak buka dokumen sekarang pun boleh, dulu masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi Perdana Menteri pun, Kit Siang sudah bawa saya ke mahkamah melibatkan beberapa kes yang mereka tidak puas hati.

"Saya tidak takut apa-apa pun, jika mereka nak dedah sekarang pun boleh, tak perlu tunggu sehingga pembangkang memerintah," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan KRU Academy di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Kit Siang bahawa bekas Perdana Menteri keempat itu khuatir jika pembangkang mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya bakal didedahkan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita hari ini berkata, dakwaan tersebut dibuat ekoran tindakan Dr. Mahathir yang akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.

Sementara itu, Dr. Mahathir mencadangkan kepada kerajaan supaya mengubah sistem pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi (IPT) agar lebih komprehensif dan mampu mengeluarkan tenaga kerja berkemahiran.

"Apa salahnya jika kita ubah untuk mendapatkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran, kita perlu memperbanyakkan praktikal daripada teori, semua ini untuk mereka memperoleh pendedahan awal dalam kursus masing-masing.

"Sebagai contoh di Jerman, mereka lebih mengutamakan praktikal daripada teori dan mereka berjaya mengeluarkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran, jadi tidak salah jika kita mengadaptasinya di negara ini," katanya.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com