Video menyeluruh Bersih 3.0 akan ditayang

PUTRAJAYA 31 Mei _ Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menayangkan kepada umum rakaman video yang menyeluruh mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman video akan disiarkan menerusi laman web rasmi KDN atau pun diedarkan kepada media penyiaran tempatan.

Beliau memberi jaminan rakaman itu tidak mempunyai sebarang tapisan, superimpose atau lain-lain aspek yang boleh menimbulkan sebarang kesangsian dalam kalangan masyarakat umum.

``Saya mahu rakyat melihat dalam keadaan yang menyeluruh, sebab ada beberapa video atau imej yang dikeluarkan kini hanya melibatkan masa dan tempat tertentu,'' katanya.

Dr M: Arahan Anwar bukan luar biasa

KUALA LUMPUR 30 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton Holdings Bhd. (Proton) memberitahu, tindakan Pengarah Urusan syarikat, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai ini merupakan satu keputusan wajar.

Katanya, keputusan itu mampu mengelakkan syarikat pengeluar kereta nasional tersebut dibelenggu dengan konflik akibat pengambilalihan oleh DRB-Hicom Bhd.

Ummi dedahkan Dokumen aset RM30 juta Azmin dan Shamsidar

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta.
Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

PRU-13 larang kempen karikatur

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN

Raja Petra simpan fail rahsia Azmin Ali

KUALA LUMPUR 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri terkini bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet"

(Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

Nalla dedah pelaku dalam video seks

 KUALA LUMPUR 29 Mei - Senator Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa rakaman video `panas' yang beliau serahkan kepada peguam membabitkan seorang pemimpin politik dengan isteri orang.

Video tersebut dirakam pada tahun 90-an di ibu negara dan ia akan menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin parti politik itu mempunyai masalah moral. - UTUSAN

VIDEO KECOH: Imam Halang Anwar Berpolitik di Masjid

Kejadian ini berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Kehadiran Anwar dan beberapa pemimpin PAS yang ingin menjadikan masjid sebagai pentas politik berjaya dihalang oleh imam masjid berkenaan.


Usah guna jenayah rasuah untuk kepentingan politik: SPRM

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.

"Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun, di sini hari ini. - BERNAMA

HBN 2012: Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.
Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

[VIDEO] Suara 2 Juta Belia Nyatakan Sokongan Kepada PM



PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.

“Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.

“Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, “ katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini,” ujarnya.

HBN 2012: Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini - Najib

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.
Beliau turut menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

"Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Dan Matang

PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.

Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.

“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.

HBN 2012 : Suara Belia Menyokong Najib Bergema Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia.

Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.

"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya.

Pemuda Kampung Bom Anjur Kejohanan Badminton American Style


KEJOHANAN BADMINTON DOUBLE OPEN BUMIPUTRA (AMERICAN STYLE)

Pemuda PBB Kampung Bom Oya sekali lagi tampil menganjurkan kejohanan Badminton untuk penduduk Oya (Kawasan Parlimen P.213 Mukah), Kejohanan kali ini adalah anjuran bersama Pemuda PBB Kampung Bom dan KRT Pekan Oya.

Kejohanan yang menjanjikan hadiah wang tunai dan serta medal akan berlangsung sepenuhnya di Dewan Masyarakat Oya bermula 1 hingga 3 jun 2012.

Untuk dapatkan borang penyertaan atau maklumat lanjut, sila hubungi;

Jeffery Spurway            013-8599343 (Oya)

Safri Saili                      013-8017972 (Mukah)

Mohd Farid Drahman   014-5830870 (Dalat)

Yao Rafaee                  013-5673100 (Hospital Mukah)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 5.00 petang, 31 Mei 2012

Kenyataan Mufti Perlis yang mencetus maki hamun penyokong PAS

Berikut adalah kenyataan mufti Perlis yang menjadi maki hamun para penyokong PAS dan PKR. ironinya mereka (PAS dan PKR) mengaku sebagai pendukung daulah islamiah , yang kononnya segala tindak tanduk mereka adalah berdasarkan sunnah Rasulullah. Memaki hamun pun mereka anggap sebagai ajaran Islam..

Lihat saja komen-komen di Malaysiakini dan blog penyokong Pakatan, mereka dengan bongkak memaki hamun siapa saja yang tak sependapat dengan mereka. Kononnya itulah cara islam yang sebenarnya?
Orang Melayu sepatutnya sensitif terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang ingin terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu bersatu padu dan tidak bersifat melampau dalam politik sehingga merugikan bangsa dan agama.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, Umno dan PAS sepatutnya memikirkan ke arah perpaduan termasuk melalui muzakarah.

"Kita tak sebut PAS dan Umno perlu bersatu tetapi jajaran masing-masing perlu diperbetulkan," katanya sebagai mengulas perkara itu.

Menurutnya, perpaduan melalui muzakarah tidak akan dicapai jika ada pihak yang meletakkan syarat untuk menjayakannya.

HBN 2012: Hari Kedua Mempamerkan Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Belia


PUTRAJAYA 25 Mei – Hari Kedua Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mempamerkan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung.

Bermula seawal 6 pagi hingga ke tengah malam, pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai pengisian program bagi menarik minat para pengunjung khususnya golongan belia untuk melibatkan diri.

Antara aktiviti berkonsepkan keagamaan yang dijalankan pada hari kedua ialah kolokium kepimpinan belia Islam dan program subuh bersama pendakwah muda.

Sementara itu, para pengunjung juga boleh mencuba nasib dengan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan.

HBN 2012: Hiburan Medium Sebar Dakwah Kepada Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.

Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.

Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
“Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah,” katanya.

Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
“Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada masa depan belia,” tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.

Ulama PAS Kecam Karpal Singh

KUALA TERENGGANU 24 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.

Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

Beliau mengakui cubaan ke arah itu timbul kerana dalam Perlembagaan tidak menyatakan jawatan Perdana Menteri hanya khusus kepada pemimpin Melayu.

“Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).

“Biarlah dia (Karpal Singh) dengan impiannya (mahu orang bukan Melayu jadi Perdana Menteri). Saya bukan menentangnya (Karpal) tapi saya tidak bersetuju dengan Perlembagaan yang ada.

“Ini kerana, dalam Perlembagaan negara, ia tidak sebut hanya orang Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Di sinilah yang menjadi masalahnya dan saya memang tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Karpal berkata, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri, beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Harun seterusnya berpendapat, impian Karpal untuk melihat calon bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kelak tidak akan tercapai kerana beliau yakin orang Melayu tidak akan dapat menerima seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau bukan Islam.

“Impian beliau (Karpal) mungkin tercapai jikalau orang-orang Melayu mengundi beliau atau calon-calon lain yang bukan Melayu. Namun saya yakin orang Melayu tak akan undi mereka," ujarnya.

HBN 2012 - Gambar Sekitar Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi


PUTRAJAYA 23 Mei - Sebanyak 150 kenderaan dengan 100 buah kereta dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi telah berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan Belia Negara 2012.

Sebanyak 14 kelab dan persatuan kereta serta empat kelab dan persatuan motosikal dari seluruh negara menyertai Konvoi Hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
Antara yang terlibat ialah anggota kelab Lamborghini Kuala Lumpur , Blue Jcker, Kelab Honda, Kelab Exora dan Myvi Club, selain dari itu club Motocross, kelab Scuter MUSC dan Kelab Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Konvoi tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Borhan Dollah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali sebagai peminat motor berkuasa tinggi turut menunggang motosikal Cam-Am Spyder. berkonvoi bersama peserta pada acara tersebut.

Permulaan konvoi yang bermula dari Pejabat Kementerian Belia dan Sukan mengelilingi Putrajaya dan berakhir di tempat yang sama.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek menjelaskan, acara Open Day Putrajaya yang menjadi pembuka Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 menjadi antara tarikan aktiviti yang melibatkan golongan belia yang hadir.
"Saya rasa tiada negara lain dalam dunia yang menyerahkan kota pentadbirannya untuk beberapa hari kepada golongan belia untuk melakukan apa saja yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka dengan pelbagai aktiviti yang mencorakan tenaga mereka yang memberikan gambaran bahawa belia kita sebenarnya baik, kreatif, bertenaga, tersusun dan yang boleh melakukan apa yang selama ini kita tidak dapat banyangkan.

BERSIH 3.0: Ambiga Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Laporan http://mynewshub.my KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.

Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.

Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.

“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini.

Selagi hidup, Karpal perjuangkan PM bukan Melayu

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

"Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.

Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.

HBN 2012 – Booth Negeri Sarawak Diserang

PUTRAJAYA 23 Mei – Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya juga melibatkan booth-booth yang dibawakan khas oleh Jabatan Budaya Dan Sukan setiap negeri di Malaysia. Antara booth yang menarik ialah Booth yang dibawa khas dari negeri Sarawak.

Mengikut kiraan pengunjung pada jam 2.30 petang pada hari pertama HBN 2012, Booth Negeri Sarawak mencatatkan kunjungan seramai hampir 400 pengunjung yang mendaftarkan diri berdsarkan buku pelawat yang disediakan. Booth negeri sarawak bagaikan diserang kerana terdapat tarikannya yang tersendiri.

Antara yang menarik dipamerkan di booth negeri sarawak ialah Ke semua petugas memakai pakaian tradisional kaum Iban dan kaum-kaum yang lain. Pameran barangan kraftangan yang dihasilkan oleh pelbagai jenis suku kaum di Sarawak juga turut dipamerkan. Demonstrasi membuat kek lapis juga dipersembahan di situ.

Booth Negeri Sarawak juga membawa Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak untuk mempromosikan Sarawak Rain Forest yang diadakan pada bulan Julai setiap tahun. seramai 25 petugas yang dibawa dari negeri Sarawak bekerja keras untuk menjayakan Himpunan Belia Negara pada tahun ini.

42 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing akan hadiri Himpunan Jutaan Belia 2012

PUTRAJAYA: Seramai 42 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi asing ke Malaysia akan hadir pada Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

"Seramai 42 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing bersetuju untuk melakukan tinjauan mesra pada Jumaat ini yang dijangka bermula pada 4 petang.

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Antara Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi asing terbabit ialah dari Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

Sementara itu, Razali berkata antara tarikan himpunan pada kali ini ialah Festival Jazz Belia Sedunia terbesar yang bakal mencipta rekod antarabangsa.

SMS berbaur fitnah: ADUN Sungai Rambai buat laporan polis

JASIN 23 April - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah terhadap beliau ketika menghadiri perhimpunan aman menghalang kedatangan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga bagi mempromosikan Bersih di Merlimau Sabtu lepas.

Hassan yang membuat laporan di Balai Polis Merlimau di sini, petang semalam berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dalang serta menghentikan penyebaran SMS berunsur hasutan dan perkauman yang mula tersebar semalam.

Katanya, SMS itu mendakwa beliau melakukan tindakan tidak bermoral dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum India ketika perhimpunan tersebut.

"Saya tidak pernah melakukan perbuatan tidak bermoral seperti yang disebarkan melalui SMS berkenaan, ia satu fitnah dan pembohongan yang dahsyat yang boleh menjatuhkan reputasi saya sebagai wakil rakyat serta menggugat keharmonian kaum di negara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perhimpunan tersebut berjalan secara aman dan penyebaran SMS tersebut merupakan taktik pihak tertentu yang mahu menggugat kekuatan kubu Barisan Nasional (BN) di Melaka.

Hassan turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan dua akhbar berbahasa Tamil yang memaparkan isu tersebut dalam halaman utama akhbar mereka semalam.

Himpunan Jutaan Belia 2012 Tersenarai antara Karnival Terbesar di Dunia

KUALA LUMPUR 23 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 mula berlangsung hari ini hingga 27 Mei di Putrajaya telah dipilih tersenarai antara 10 Karnival terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Karnival bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2012 (HBN 2012) itu telah berjaya mensasarkan jumlah Sejuta Pengunjung pada tahun lalu.
Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini ”, sambutan tahun ketiga kali ini bakal menyaksikan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta belia hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan HBN tahun lepas.
"Pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia", katanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia di RTM1 baru-baru ini.

Beliau juga menyatakan rasa kagum dengan penganjuran HBN 2012 tahun ini yang semakin menjadi tarikan di seluruh dunia dan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia.

Tambah beliau lagi, hampir 20,000 sukarelawan disediakan untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.

Michelle Yeoh terkejut terima gelaran Datuk Seri

KUALA KANGSAR 22 Mei - "Ini merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada saya dan keluarga".

Itulah reaksi pelakon terkenal Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Keng mengenai Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri yang diterimanya hari ini.

Michelle yang ditemani ibunya, Datin Janet Yeoh dan kakak iparnya, Fong Mei Yun berkata, penganugerahan darjah kebesaran itu mendorong beliau untuk terus gigih dalam bidang lakonan.

Menurutnya, beliau terkejut apabila mendapat tahu menerima anugerah tersebut dan terus menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand untuk menghadiri upacara penganugerahan pingat hari ini.

BERSIH 3.0 : 2 Julai perbicaraan Anwar, Azmin dan CheguBard

Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali didakwa di Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas tuduhan mengingkari perintah larangan mahkamah memasuki Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Dilaporkan Anwar, Azmin dan Badrul Hisham atau Cikgu Bard menjadi individu pertama dituduh mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

TERKINI: Keganasan Bersih 3.0 - Anwar dan Azmin akan didakwa esok

Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan didakwa di mahkamah esok berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah mencetus insiden keganasan.

Dalam kenyataannya di twitter sebentar tadi, Azmin mengakui telah menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. 

Azmin diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok, Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin.

BERSIH 4.0 di kawasan rumah Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini

KUALA LUMPUR 20 Mei - Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

HBN 2012: SPORT PAVILION - Diskaun Sehingga 70%

Sport Pavilion turut memeriahkan Hari Belia Negara 2012 dengan mengadakan jualan hebat diskaun sehingga 70% untuk barangan sukan seperti Nike, Adidas, Puma dan banyak lagi jenama-jenama yang terkenal.

Kunjungi Sports Pavilion di Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012. 

Untuk maklumat lanjut tentang berbagai acara lain sempena Hari Belia Negara 2012, sila layari laman sekretariat HBN 2012.

CUEPACS minta polis serah 3 nama penjawat awam terbabit perhimpunan BERSIH 3.0

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terbabit dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lalu.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan membabitkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu CUEPACS menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata, CUEPACS juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku ahli perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa CUEPACS tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.

"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.

Karpal Singh kecewa lagi

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap bekas naib presiden parti itu Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri, seperti dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Karpal yang terkenal sebagai pengamal undang-undang menyelar pelan transformasi Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.

"Saya agak terperanjat dengan kenyataan Tunku bahawa PM berada di landasan yang betul. Apa yang penting, Najib tidak harus kekal di pinggiran apabila bercakap soal pelan transformasi," kata Karpal dalam sidang media di Pulau Pinang.

Nik Aziz letak syarat jika UMNO mahu muzakarah

KUALA TERENGGANU 19 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.

Siasatan ke atas Irene Fernandez dibuka

KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang didakwa berterusan memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.
Siasatan yang dibuka berasaskan satu laporan polis dua hari lepas mungkin dibuat mengikut Akta Hasutan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, hari ini.

"Mungkin di bawah (Akta) Hasutan tapi kita kena lihat dulu. Kita juga mungkin akan panggil dia untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan ini," katanya kepada pemberita di sini.

Chin Wah berkata setakat ini polis sedang mengumpul keterangan dan meneliti kenyataan yang dibuat Fernandez itu.

Dua hari lepas, dua badan bukan kerajaan dan pegawai dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, meminta siasatan dijalankan terhadap Fernandez yang dilapor mendakwa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa.

VIDEO: Rakyat Malaysia Mesti Tonton!!! Bagaimana Bermulanya Keganasan BERSIH 3.0

Saksikan dan amati dengan lebih mendalam bagaimana Bersih 3.0 bermula dan berakhir..

Demi memperjuangkan nafsu serakah Anwar Ibrahim ingin menjadi perdana menteri, mereka sanggup melancarkan perang terhadap pihak berkuasa dan undang-undang

Mereka hanya tahu tentang hak para barua, serta nafsu serakah Anwar dan Ambiga. Tapi terang-terangan mereka telah menafikan hak lebih 27 juta rakyat yang mahukan keamanan.

Para Pemimpin Islam yang kemaruk kuasa dengan bangga menafikan keganasan barua suruhan mereka, saksikan pada minit ke 07.08 bagaimana Unit Amal PAS sengaja merempuh pihak polis. dan dengan bongkak ulamak PAS menganggap itulah 'cara Islam' yang mereka restui.

Hakikatnya BERSIH 3.0 telah melancarkan peperangan terhadap majoriti rakyat Malaysia! Andaikata BERSIH 4.0 dianjurkan sebagaimana yang dimahukan oleh Ulamak PAS, mereka perlu ingat akan ada tindak balas yang tidak terduga. Siapa yang menabur angin pasti akan menuai badai....

HBN 2012 - Pertandingan Miss Fitness

SEGMEN : FIT AND ACTIVE

PROGRAM : PERTANDINGAN MISS FITNESS

PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR

NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607

PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI

PERTANDINGAN MISS FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA.

SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS (KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).

PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.

Irene Fernandez terus burukkan nama negara

KUALA LUMPUR 16 Mei - Walaupun dikecam pelbagai pihak kerana tindakannya memburukkan negara sendiri dalam media Indonesia pada minggu lalu, namun Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez langsung tidak berasa kesal apabila sekali lagi menjaja cerita sama kepada media.
Kali ini, Irene membuat tuduhan pula kononnya rakyat Bangladesh di negara ini, turut mengalami nasib sama seperti pekerja migran dari Indonesia semasa temu bual dengan wartawan dari portal berita The Malaysian Insider.

Kenyataan beliau yang disiarkan dalam portal berita tersebut segera menarik perhatian media asing apabila ia dipetik dan disiarkan semula dalam portal berita The Daily Star/AsiaNewsNetwork (ANN) di Dhaka, Bangladesh pada Ahad lalu.

DBKL, polis awasi rumah Ambiga

KUALA LUMPUR: Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini.

Tinjauan mendapati dua van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu berada di situ petang tadi selain kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.

Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.

Bagaimanapun, setakat 7 malam ini, tiada peniaga atau kumpulan tertentu berada di lokasi tersebut.

Ambiga yang juga penganjur demonstrasi yang bertukar menjadi ganas di ibu negara 28 April lalu membuat laporan polis pada 10 Mei lalu selepas sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid, berkata kawalan polis di hadapan rumah Ambiga adalah kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu.

Dr Mahathir : Majlis Peguam telah jadi parti politik

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik.

Oleh itu, beliau berkata ia sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.

"Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik.

"Kemudian, kita ada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), arkitek semua jadi parti-parti politik dan kemudian akan ada banyak kekeliruan," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dr Mahathir mengulas satu cadangan untuk membentuk sebuah pertubuhan baru bagi peguam untuk mewakili profesion, kebajikan dan kepentingan undang-undang mereka, memandangkan Majlis Peguam yang ada gagal mempertahankan dirinya sebagai sebuah badan profesional yang berintegriti.

Ketika diminta mengulas tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP, Dr Mahathir hanya berkata: "Saya fikir daripada awal lagi dia tak sesuai dengan DAP. Saya tak tau pasai apa dia masuk".

Sebelum itu, Dr Mahathir yang juga Canselor Universiti Perdana menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara universiti itu dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

MoU dengan Mardi adalah bagi mengukuhkan, memudahkan, menggalak dan mengembangkan kerjasama dalam penyelidikan pertanian berkaitan dengan kesihatan manakala MoU dengan UPM adalah berhubung kerjasama bagi mengukuh, menggalak dan
memajukan sains dan akademik antara kedua buah institusi.

Universiti Perdana dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas dengan objektif bagi meningkatkan kualiti pendidikan perubatan dan penjagaan kesihatan di negara ini.

Pukul wartawan: Dua perusuh Bersih 3.0 ditahan

IPOH 15 Mei - Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat memukul wartawan ketika rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, kedua-dua lelaki berusia 43 dan 52 tahun itu ditahan di sekitar Tambun dan Klebang pada Sabtu lalu.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit yang bekerja sebagai peniaga pasar malam dan tukang besi, dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Lelaki-lelaki terbabit ditahan kerana dipercayai terlibat memukul wartawan pada perhimpunan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

HBN 2012 - Belia Penentu Masa Depan

KUALA LUMPUR – Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat.

“Sesungguhnya masa depan negara terletak di golongan belia,sama kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.

-Layari Seketeriat HBN 2012

HBN 2012 - Gerbang Kerjaya Untuk Semua

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

HBN 2012 - Indian Classical Dance

Tarian Klasik India Sempena Hari Belia Negara 2012

Maklumat lanjut hubungi EN. SHANMUGAN (016-6018009)

HBN 2012 - Malaysia Yoyo Open 2012

Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saiz yang diperbuat daripada plastik, kayu, atau besi, disambungkan dengan gandar, yang dibelit dengan tali.

Pertandingan ini merupakan kali kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan dalam kategori berikut :

1A (Single)
2A (Double A)
4A (Offstring)
5A (Counterweight)

Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10 tahun dan ke atas.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi

EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747)

National Youth Day Cheerleading Competition 2012

National Youth Day Cheerleading Competition 2012

"Penyertaan terbuka kepada pasukan sekolah untuk Full Routine, dan kepada semua untuk Cheer Pom. Kategori pertandingan adalah:

- All-Girl (School) full routine
- Co-Ed (School) full routine
- Cheer Pom (Open)"

Untuk Lebih lanjut hubungi Y - AVENUE -
EN. SABRAN B. ABD BAHAR
(019-2230365/03-88713747)

BERSIH 3.0: Polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.

Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

Anwar rayu masuk UMNO, Demi Nak Jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.
Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini.

"Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.

"Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan," katanya.

Beliau berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini malam semalam.

Mohamad Ezam juga mendedahkan, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, pernah membawa seorang rakan ulama Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com