Saturday, March 31, 2012

11 rakyat Malaysia cedera hotel terbakar


BANGKOK 31 Mac – Sekurang-kurangnya empat maut, manakala lebih 300 lagi termasuk 11 rakyat Malaysia cedera, selepas satu letupan gas berlaku di sebuah hotel di Hat Yai, selatan Thailand hari ini.

Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1 petang di Hotel Lee Gardens Plaza di bandar yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia dan Singapura, dipercayai berpunca akibat letupan gas di bahagian ruang bawah tanah.

Datuk Bandar Hat Yai, Prai Pattano berkata, tiga orang disahkan terbunuh setakat ini dan beliau masih menunggu maklumat mangsa.

“Lebih 300 orang cedera dan 60 daripadanya dikejarkan ke hospital. Mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius dibenarkan pulang,” katanya.

Jamil Khir beri tempoh 14 hari Ketua AMK PKR tarik balik kenyataan


YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.

Jamil Khir berkata, sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia adalah fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia adalah satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu...difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam tv yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Friday, March 30, 2012

Video: Demonstrasi Warga Felda di Putrajaya


Kira-kira 1,000 warga Felda berarak ke Pejabat Perdana Menteri, bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.


Nik Aziz berterima kasih kepada kerajaan Pusat


PASIR PUTEH 30 Mac – Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.

Thursday, March 29, 2012

Gambar: Sekitar Kebakaran di Suria KLCC


Kira-kira 5,000 pekerja dan pengunjung dikeluarkan dari pusat membeli-belah Suria KLCC apabila saluran asap dapur sebuah restoran terbakar petang tadi.

Orang ramai yang dikeluarkan ke kawasan pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, Bagaimana pun pekerja di pejabat Menara Berkembar KLCC tidak dipindahkan.

Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.




gambar: dari berbagai sumber

SSKM Bantah Kerajaan P. Pinang Jual Tapak Masjid


GEORGE TOWN, 29 Mac - Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM)pada Khamis membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta.

Pengerusinya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut di sini,Muhamad Mukhlis juga menggesa polis mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini melibatkan isu agama dan perihal sosial masyarakat.

Beliau juga berharap agar bantahan yang dilakukan oleh SSKM ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia tiada kaitan dengan politik sebaliknya perihal isu masyarakat.

Isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah kepada pihak swasta di Bayan Mutiara yang bernilai RM1.07 bilion, dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir. Shaik Hussein Mydin.

Penduduk Oya kesal dituduh memulau majlis YB


Jelas sekali ramai penduduk Oya melahirkan kekesalan kerana dituduh memulau Majlis Bersama Ahli Parlimen Mukah, sedangkan mereka tidak dijemput sama sekali.

“Apapun alasan, bukan budaya kami di Oya bersikap seperti itu terhadap pemimpin” tegas satu sumber sambil membidas kenyataan Yassa Tambik, pengerusi JKKK Medong Hilir dalam sebuah media yang menganggap kejadian sabotaj terhadap majlis bersama ahli parlimen Mukah sebagai mewakili suara majoriti.
gambar hiasan - tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia
Kawasan Parlimen Mukah bukan hanya di Dalat, tapi merangkumi Oya, Balingian dan Pekan Mukah. Apakah majority penduduk Oya, Balingian dan Pekan Mukah menyokong calon yang ingin ditonjol oleh Yassa dan rakan-rakan?

Jika benar suara mereka mewakili aspirasi majoriti penduduk parlimen Mukah, pastinya episod ‘pulau dan sabotaj’ tidak perlu dirancang seperti itu.

Yang menarik ialah pihak penganjur majlis berkenaan, kerana seluruh sekretariat tiba-tiba bagai disampuk ‘jembalang’ hingga terlupa memaklum serta menjemput penduduk Oya.

Seorang rakan dari Mukah berkata “kejadian itu sungguh misteri, bayangkan semua pihak penganjur tiba-tiba tidak ingat apa-apa selain ketua jabatan. Sedangkan kebiasaannya setiap majlis bersama pemimpin, yang menjadi keutamaan adalah menjemput rakyat”.

VIDEO: Datuk Nalla bertegas mengatakan Anwar Biseksual


Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.

video credit to KLpos.com

Wednesday, March 28, 2012

Ahli Parlimen Mukah bukan dipulau, tapi disabotaj


Berita mengenai ahli parlimen Mukah Dato’Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dipulau penduduk Oya tiba-tiba jadi perbualan hangat disekitar daerah Oya dan Dalat berikutan laporan sebuah media tempatan hari ini.

Adalah tidak adil untuk mengatakan penduduk Oya memulau Ahli Parlimen Mukah Dato’ Sri Dr Muhammad Leo semasa Majlis Berambeh Jegem YB Dato’ Sri yang berlangsung di dewan masyarakat Oya pada sabtu lalu. Sebaliknya kejadian tersebut lebih bersifat sabotaj yang dirancang rapi oleh segelintir ahli PBB kawasan Dalat yang mahu anak watan Dalat menggantikan Dr Leo dalam PRU nanti.

Berdasarkan laporan tersebut, semasa Majlis Berambeh Jegem YB Dato’ Sri yang dihadiri Dr Muhammad Leo pada sabtu lalu tidak seorang pun penduduk hadir melainkan ketua-ketua Jabatan Kerajaan sahaja.

Saya sempat menghubungi beberapa penduduk Oya dan pemimpin PBB setempat untuk bertanya hal berkenaan, Jelas sekali terdapat sabotaj terancang untuk untuk memastikan penduduk tidak menghadiri majlis bersama Dato’ Sri Dr Leo.

Penduduk dan ahli PBB sekitar daerah Oya memberitahu mereka tidak dimaklumkan tentang majlis berkenaan, bukan sahaja mereka tidak dijemput oleh pihak penganjur bahkan mereka juga tidak tahu menahu tentang Majlis Berambeh Jegem YB Dato’ Sri yang dihadiri Dr Leo di dewan masyarakat Oya.

Tuduhan mengatakan rakyat di Oya memulau YB Dr Leo bukan sahaja memalukan penduduk Oya, malah tindakan sabotaj seumpama itu jelas menunjukkan pihak terbabit mengamal gaya politik kotor serta tidak peka tentang prinsip demokrasi.

Dari sisi lain, kejadian itu juga menunjukan kelemahan pihak pengajur yang sekadar 'syok sendiri' dalam menguruskan aktiviti pemimpin dan menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

Namun menurut satu sumber, kejadian sabotaj tersebut adalah propaganda dalaman yang dicetuskan oleh penyokong Datuk Maliki yang mahu Datuk Maliki dicalonkan sebagai ahli parlimen P.213 Mukah menggantikan Dato’Sri Dr Muhammad Leo.

Tuesday, March 27, 2012

Anwar saman fitnah RM100j terhadap Datuk Nalla


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semalam saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Presiden Parti India Malaysia (MUIP) senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lepas.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut gantirugi am sebanyak RM100 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Monday, March 26, 2012

Tengku Adnan Sahkan Terima Surat Letak Jawatan Kadir


KUALA LUMPUR, 26 MAC: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan parti itu telah menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, pihaknya menerima surat itu melalui e-mel dan faksimili pada hari yang sama Kadir membuat kenyataan untuk menarik diri daripada Umno.

"Kami telah menerima surat itu dan pihak pengurusan pun dah terima (peletakan jawatannya)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut mengenai surat itu.

Abdul Kadir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Umno pada 19 Mac lalu.

Sebelum itu beliau melepaskan jawatannya sebagai bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar baharu Kedah, iaitu jawatan terakhirnya dalam parti.

Abdul Kadir yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu menjadi anggota Umno selama 56 tahun sejak menyertainya pada 1956 dan sepanjang tempohitu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan seperti Exco Pemuda, Ketua PemudaUmno negeri Kedah, Anggota Majlis Tertinggi Umno dan pelbagai jawatan lain.

Anwar perlu berundur jika tidak berani kemuka saman


KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa berundur sahaja daripada politik sekiranya gagal menyahut cabaran untuk menyaman Senator Datuk S. Nallakaruppan di mahkamah.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Ketua Pembangkang itu sewajarnya tidak gentar mengambil tindakan itu sekiranya kebenaran berpihak kepadanya.

"Anwar tidak perlu takut, beliau kena beri penjelasan dan sekarang ini penjelasan itu bukan kepada mereka yang tertentu sahaja tetapi satu Malaysia hendak tahu kebenaran perkara ini.

Sunday, March 18, 2012

Anwar takut Raja Petra bocor rahsia


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata, keengganan Ketua Pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.


"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

Saturday, March 17, 2012

Takut berdebat dengan blogger: Tindakan Anwar tak konsisten


IPOH 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.
Perdana Menteri berkata, “nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra).”

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

”Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Siasatan kerjasama PKR, badan asing berdasarkan bukti - KDN


KLUANG 17 Mac — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi ia perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu.

"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini.

Friday, March 16, 2012

KDN diminta hentikan campur tangan pro-Yahudi dalam PKR


KUALA LUMPUR 15 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

Wednesday, March 14, 2012

VIDEO: Mari mengenali bakal menteri KDN


Inilah rupa dan bentuk bakal menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru! Rasanya 'bentuk' bakal menteri ini dah lama dikenali, cuma baru sekarang beliau bersuara tentang porfolio idamannya.

Soal beliau nak jadi menteri, itu takda masalah. cuma masalahnya awal-awal lagi beliau dah membayangkan satu salahguna kuasa, mungkin sebab dia tahu ketua umum memang pakar dalam hal itu, dalam pemilihan parti sebelum ini dah terbukti. Apatalah lagi kalau perintah negara...

'Orang Sarawak Bodoh' - kalimat penting untuk meraih sokongan


Kononnya strategi politik baru yang paling mulia dan terkini, ialah dengan mencemuh dan menghina orang Sarawak.

Tapi tidak dinafikan, sudah ramai juga rakyat Sarawak atau Sabah yang mengamal fahaman sebegitu, bila melibatkan politik negeri sendiri.

Kenyataan berbunyi "orang Sarawak bodoh", "orang Sarawak pakai cawat", "orang Sarawak miskin" dan bermacam cemuhan lain sudah menjadi kalimat penting dalam perjuangan pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik dari rakyat Sarawak.

Jika pemimpin besar seperti Haji Hadi pernah mengeluarkan kenyataan provokatif, apatah lagi kalangan penyokong biasa yang sekadar taksub membabi buta. Kerana mereka sentiasa percaya selepas itu ramai pemimpin PKR dan PAS akan tampil menghalalkan segala penghinaan mereka terhadap orang Sarawak.

Dibawah ini adalah contoh 'penghinaan' yang jadi kebanggaan pembangkang di Semenanjung, maupun PAS dan PKR di Sarawak. (sumber Mkini)

Tuesday, March 13, 2012

Gambar Misteri : Ada yang tak kena dengan gambar ini?


Gambar ini telah dibahaskan dengan rancak di blog dan facebook penyokong pakatan rakyat, tapi tanpa mereka sedari ada yang tidak kena dengan gambar ini, cuba perhatikan tanda 'anak panah' dibawah, entah dari mana muncul kaki misteri?


Gambar diatas saya telah optimized untuk ringankan upload, yang asal boleh diambil dari sini. Mereka bukan berbahas tentang gambar yang telah di edit tapi mempersoal pakaian dan 'tudung' Rosmah.. 

Monday, March 12, 2012

Gambar-gambar Demonstrasi Membantah Tanah Adat di Sabah


Ratusan penduduk Sabah, aktivis mahasiswa dan NGO menyertai demonstrasi yang digelar 'Himpunan 123 Bangkit' di Kota Kinabalu pagi tadi. Para demonstran berkumpul di padang seawal jam 7 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise, yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman

Difahamkan demonstrasi ini dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) bertujuan menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya.

Himpunan tersebut berlangsung aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Namum berdasarkan gambar dibawah, himpunan atau demonstrasi tersebut bukanlah anjuran NGO, sebaliknya parti politik PKR, PAS dan DAP. Alangkah baik jika PAS tidak terlalu ghairah mengibarkan bendera parti dalam perkara yang melibatkan masalah rakyat.







Sunday, March 11, 2012

SMS bawa keluar Sabah dari Malaysia


SANDAKAN 11 Mac — Parti pembangkang kini dalam keadaan terdesak meraih sokongan rakyat di negeri ini sehingga sanggup menggunakan isu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, parti pembangkang berani menggunakan banyak isu kerana mereka hanya pandai bercakap dan tidak mampu untuk melaksanakan janji yang dibuat.
"Ada di antara isu yang mereka gunakan itu sangat berbahaya tanpa mengambil kira keadaan keselamatan negara dan keamanan yang dinikmati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penerangan Perdana UMNO Zon 5 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) di negeri ini yang menyatakan sebuah parti pembangkang menyokong tindakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia jika memerintah Putrajaya.

VIDEO: Shahrizat letak jawatan menteri kabinet 8 April


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.


Himpunan Doa Pilihan Raya - Sah untuk Pakatan Rakyat Sahaja!


Bagi orang Sarawak doa-doa seperti dibawah masih terlalu asing dan aneh, mungkin kerana orang Sarawak belum memahami 'Islam sebenar' yang dibawa oleh PAS dan pakatan rakyat.

Kalau ikut perkembangan semasa politik Sarawak, doa-doa seperti  ini dan memaki hamun pemimpin BN mulai diterima sebagai 'jihad', atau setidak-tidaknya dianggap 'ibadah' oleh sekelompak mereka yang taksub.



Seperkara yang menarik, golongan yang dianggap ulamak ini boleh mencarut, memaki hamun serta memfitnah pihak lain. Mereka pantang dikritik, kononnya boleh membawa kekufuran?

Senjata mereka adalah serban dan jubah, itulah yang membuat mereka jadi kebal. kerana siapa saja yang mengkritik akan dianggap kufur nikmat, kononnya mereka adalah ahli sunnah yang sentiasa mencontohi Rasulullah. mengkritik mereka maka dianggap menghianati sunah Rasulullah.

Saturday, March 10, 2012

SPDP sedia damai dengan 5 wakil rakyat dipecat


KUCHING 10 Mac — Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sedia berdamai dengan lima wakil rakyat, yang telah dipecat atau meninggalkan parti itu, demi kepentingan Barisan Nasional (BN) dan parti, kata presidennya, Tan Sri William Mawan.

Mawan berkata, beliau bersetuju dengan hasrat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar kelima-lima mereka kembali ke dalam parti, namun proses itu tidak harus mengetepikan syarat-syarat asas parti dan BN.

"Jika kita mengikuti jalan pintas untuk menyelesaikannya, maka kita akan berdepan dengan masalah lebih besar. Ia seperti lari dari mulut buaya masuk ke mulut harimau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti di sini hari ini.

Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak, semalam mencadangkan agar kelima-lima mereka Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, dan Adun-adun Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) diberikan masa untuk berdamai dengan SPDP.

PAS minta PKR jangan terlalu tamak


Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi membidas kenyataan PKR yang mahu bertanding 11 kerusi DUN dan 3 kerusi parlimen di Terengganu. sambil meminta PKR agar mengukur baju di badan sendiri, pemimpin PAS itu mendakwa parti PKR tidak peka dengan suasana politik semasa.

Kita meminta PKR ukur baju dibadan sendiri, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’, kata Azman dengan sinis.
Azman yang terkilan dengan sikap PKR menegaskan, sepatutnya PKR perlu memikirkan banyak perkara sebelum bercakap sewenang-wenangnya, PKR juga perlu mengambil kira pandangan PAS yang sudah lama bertapak di Terengganu.

Friday, March 09, 2012

VIDEO: Rafizi, Zuraida fail saman terhadap Shahrizat


Pengarah strategi PKR Rafizi dan Ketua Wanita PKR Zuraida memfailkan saman balas terhadap Shahrizat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah".

Rafizi dilaporkan berkata langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu "terus dibawa ke mahkamah."


"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan,". kata Rafizi

Komen Taib Mahmud tentang pemimpin SPDP 5


KUCHING, 9 Mac – Lima wakil rakyat yang kini tidak lagi menjadi anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menghadapi halangan besar jika mereka menubuhkan parti baru, kata Ketua Menteri, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata sebaliknya, adalah lebih baik jika lima wakil rakyat berkenaan — Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) — diberi masa untuk berdamai semula dengan SPDP.

“Saya tidak fikir langkah itu (menubuhkan parti baru) suatu idea yang baik kerana kelak akan timbul banyak halangan yang perlu mereka atasi atau untuk mendapat persetujuan semua parti komponen bagi membolehkan mereka menganggotai Barisan Nasional,” katanya di sini.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang spekulasi bahawa sebuah parti baru dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan ditubuhkan untuk memberi tempat kepada kelima-lima mereka, yang digelar media sebagai SPDP 5. Wakil terbabit telah dipecat atau meninggalkan parti itu antara Disember tahun lepas dan Januari tahun ini.

Tun Ling Liong Sik diperintah bela diri


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa atas pertuduhan menipu kerajaan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membela diri atas pertuduhan itu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusan yang dibacakan lebih satu jam setengah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti kes prima facie.

Memang dasar pembelit! SBPA dibatalkan atas usaha Anwar


Entah bila Anwar dan kesemua ahli Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah SBPA?

Hari ini tiba-tiba saja ketua umum pembelit itu mengaku Skim SBPA dibatalkan perdana menteri kelmarin kerasa desakan beliau dan pakatan rakyat. Sekaligus mendakwa semuanya adalah susah payah usaha pembangkang yang syok sendiri itu.
pengemis politik
Dipetik Sinar Harian tokoh liwat itu berkata, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.

Entah bila tarikh mereka berdemonstrasi di seluruh negara membantah SBPA? Tak pernah kita dengar! Tapi jangan terkejut,  selepas ini kita akan dengar para ulama ‘cari makan’ dan lebai ‘kangkung’ dalam PAS akan tiba-tiba mengaku mereka ada bersama Anwar ketika demonstrasi itu.

Thursday, March 08, 2012

Inilah Komen Pembangkang bila SBPA dibatalkan



Nurul Izzah
“Pemansuhan SBPA bukti kegagalan kerajaan”

Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS), Dr Mujahid Yusof
"Harga barang telah naik sejak bajet 2012 dibentangkan dahulu lagi. Namun, kini SBPA tak jadi dan gaji hanya naik sikit je, tetapi harga dah naik,” Harakah

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar
"Kita tak boleh biarkan kerajaan seperti ini mengurus negara," Harakah

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi
"Inilah bahayanya kerajaan yang ketandusan idea ketika ingin melaksanakan dasar-dasar tertentu dalam keadaan terdesak kerana cuba menyaingi Pakatan Rakyat. Hasilnya, pentadbiran awam kucar-kacir disebabkan politik desperado Najib," Harakah

Harakah - Media rasmi PAS
“Najib panik, batalkan SBPA menjelang pilihan raya”

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor
"Pemuda PAS melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya perdana menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13," malaysiakini

Penjawat Awam Terima Bayaran Tunggakan Gaji Mac Atau April


PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Skim SBPA Di Batalkan, Kenaikan Gaji SSM Sehingga 13%


PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Wednesday, March 07, 2012

Projek jutaan ringgit dan "Mr E" anak angkat Ustaz Azizan


Siapakah "Mr E", pastinya orang Kedah atau orang UMNO mengenali beliau. Disebalik krisis Kedah yang baru saja berakhir, nama "Mr E" turut hangat dibicarakan dikalangan orang PAS. Menurut sumber, Mr E adalah pemimpin UMNO yang menjadi anak angkat Ustaz Azizan.

Nama "Mr E" dikaitkan dengan projek jalan bernilai jutaan ringgit, kononnya itulah yang menjadi punca meletusnya pertelagahan antara exco dan menteri besar itu selama berbulan-bulan.

Walaupun sebelum ini Datuk Phahrolrazi telah mengakui projek yang dimaksudkan belum lagi diberi kepada mana-mana pihak, samada secara tender terbuka atau rundingan terus. namun proses pemberian tender tersebut telah mencetus pertelingkahan antara pemimpin PAS, kerana pembida adalah rangkaian syarikat "Mr E".

Difahamkan, jika tender tersebut dibuat secara rundingan terus kepada syarikat yang layak dan berpengalaman, syarikat "Mr E" adalah yang paling layak untuk mendapat projek berkenaan. Situasi itu sekaligus menutup peluang kepada syarikat-syarikat berkaitan exco Kedah.

Ketegasan Ustaz Azizan untuk mengadakan tender terbuka sebagai amalan yang telus, sekali lagi telah menimbulkan syak dikalangan exco kerana khuatir tindakan itu memungkinkan syarikat "Mr E" akan memenangi projek jalan yang bernilai ratusan juta.

VIDEO: Remaja Murtad Bertemu Hasan Ali


Inilah bukti perjuangan Hasan Ali untuk menegakkan isu murtad tidak hanya satu propaganda jahat. 

Video ini juga bukti segala tomahan serta caci maki oleh PAS dan PKR terhadap Hasan Ali menunjukkan mereka sekadar 'gila kuasa'.

*Teknik Rakaman Visual ini dibuat adalah permintaan remaja tersebut,atas faktor keselamatan.

Azizan Kini Umpama "Menteri Besar Boneka"


ALOR SETAR 6 Mac – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak layak digelar sebagai “MB Boneka“ setelah Pas menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrolhisham Hashim berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah kerana keputusan oleh Pas pusat itu diyakini bakal memberi tamparan hebat kepada Azizan selaku ketua pentadbir negeri tersebut.

Menurut beliau secara jelas boleh difahami bahawa Azizan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak sebaliknya sekadar patung di kerusi empuk Menteri Besar negeri berkenaan yang sekaligus memperlihatkan pentadbiran negeri bakal kacau bilau.

“Ini tentunya menarik tumpuan umum…yerlah dah ada Menteri Besar, namun ada pula jawatankuasa pemandu daripada Pas pusat. Apa lagi maksud serta kesimpulan yang boleh dibuat melainkan “MB Boneka“.

“Kenapa jawatankuasa pemandu wujud pula di negeri Kedah. Apakah jawatankuasa yang sama wujud di Kelantan yang mana Pas memerintah selama beberapa penggal. Setahu saya ini kali pertama diwujudkan dan rasanya Pas pusat boleh jelaskan perkara ini.

Tuesday, March 06, 2012

Gambar bogel: Polis persoal tindakan Hilmi lari ke Indonesia


KUALA LUMPUR 6 Mac — Polis Malaysia mempersoalkan tindakan Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, melarikan diri ke luar negara sehingga ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria.

Beliau berkata, keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Elizabeth.

Sebuah portal Indonesia sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai ”Azmin Helmi”, yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan Imigresen Indonesia kerana memiliki dokumen palsu.

Bertelagah projek 600 juta punca krisis Kedah


Rupanya Krisis PAS Kedah meletus kerana betelagah dengan projek RM600 juta, Perkara itu disahkan oleh Phahrolrazi, salah seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.
Pertelagahan antara exco dan pemimpin PAS Kedah bermula, apabila Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. Projek tersebut melibat pembinaan jalan di Kedah.

Pertikaian itu hampir memusnahkan kerajaan PAS Kedah, hingga mengundang campur tangan Pusat.

Mong Dagang pertahan tindakannya arah henti bantuan kepada OKU


Datuk Mong Dagang hari ini mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Pertanian Sri Aman untuk menghentikan bantuan kebajikan kepada seorang individu kurang upaya (OKU) atas alasan 'penyokong kuat pembangkang'.
Beliau yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak menganggap tindakannya meminta Jabatan Pertanian Sri Aman untuk tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada pekebun OKU itu sebagai wajar.
When contacted today, Mong said: "As a man of principle, I am not going to back out.
"We cannot continue to give the welfare assistance and subsidies because he is a strong Opposition supporter," he said.(the sun)
Surat arahan (disni) dari Datuk Mong kepada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang mula dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook minggu lalu telah mencetus kritikan pedas terhadap kerajaan.

Percubaan pihak media sebelum ini untuk mendapat penjelasan dari Mong juga gagal, apabila Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, bertindak tidak menjawab panggilan telefon.

Arahan Datuk Mong Dagang dilihat bukan sahaja satu penindasan terhadap golongan OKU, malah sebagai bukti kerajaan bersikap tidak adil dan dengan jelas menyalahi prinsip demokrasi.
OKU: Frusis Lebi (berbaju hijau) membuat laporan polis di Sri Aman jumaat lalu.
Persoalan yang timbul mungkin berbeza, jika Datuk Mong didakwa membuat arahan tersebut dengan cara menghubungi pegawai Jabatan Pertanian melalui telefon, tapi ini melalui surat rasmi kerajaan.

Raja Petra dedah projek RM250 juta untuk kroni PKR Selangor


KUALA LUMPUR: Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan kerajaan PKR Selangor memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008.

Beliau berkata, jika kerajaan negeri menafikan dakwaan berkenaan, beliau akan menyiarkan butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit dalam blognya atau melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, tindakan itu dilakukan berikutan sikap pembangkang yang selalu minta bukti atas dakwaannya, tetapi tidak berbuat demikian apabila mereka sendiri membuat tuduhan terhadap UMNO atau Barisan Nasional (BN), seolah-olah dakwaan itu 100 peratus benar.

“Pada Ogos 2008, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) mengumumkan Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak bernilai RM79 juta dianugerahkan secara rundingan.

“Pada 2009, RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Saya tidak mempunyai angka bagi tahun lalu tetapi melihat alirannya, kita boleh menganggap ia sekitar RM100 juta.

Monday, March 05, 2012

VIDEO: Sidang Media Phahrolrazi dan Dr Ismail


Pergolakan kerajaan PAS Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.


Kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu menyandarkan keputusan untuk akur kepada arahan Pas Pusat kepada penubuhan Jawatankuasa Pemandu peringkat tertinggi parti bagi memantau pentadbiran pimpinan Azizan.

Video: 2 Pelancong Maut Nahas di Genting


Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Jalan Genting-Kuala Lumpur dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.

Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira 8 pagi.

Hindraf yakin tumbangkan calon Pakatan Rakyat


Benarlah kata penganalisis, Pilihan Raya Umum ke 13 bukan hanya 'peperangan' antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Tapi BN dan PR akan terpaksa menghadapi pihak ketiga atau keempat, itu belum lagi termasuk calon dari parti cap katak, calon mengkarung serta calon cap biawak.

Maknanya PRU 13 bukan sahaja paling getir bagi BN yang berpengalaman, tapi lebih getir lagi untuk PR yang sedang berangan-angan ke Putrajaya.

Hindraf, melalui Parti Hak Asasi Manusia (HRP) amat yakin akan merampas kerusi Parlimen Kota Raja dari PAS. itu kenyataan T.Uthayakumar selaku setiausaha agung pro-tem HRP.
Seperti dipetik malayasiakini, Uthayakumar berkata "Dengan mengandaikan bahawa calon Pakatan Rakyat mendapat 70 peratus undi Melayu, tetapi calon Hindraf mendapat satu perempat undi orang Cina dan 90 peratus undi kaum India, kami akan ke menumbangkan calon Pakatan Rakyat dengan beberapa ratus undi,".

Tak perlu terkejut dengan kenyataan Hindraf, sudah lama Hindraf beri amaran kepada Pakatan Rakyat berhubung janji Anwar Ibrahim kepada Hindraf sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Terkini : Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali


PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Krisis Kedah: Kenapa Ulama PAS sukar berlapang dada?


PAS adalah satu wadah perjuangan yang mendukung daulah islamiah, PAS itu Islam dan Islam adalah PAS. Itulah kata mereka yang berjuang bersama PAS.

Mereka juga ulama yang serba arif tentang segala yang berkaitan Islam dan hukum-hakamnya, itu pengakuan mereka setiap kali membuka mulut tentang politik Malaysia.

Menurut ahli PAS, yang berkumpul dan bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah semua alim ulama. Bahkan yang menjadi punca pertelagahan juga bertaraf ulama, yang merebut jawatan Menteri Besar juga mengaku ulama, sebab PAS adalah parti ulama, dipimpin dan didukung oleh golongan ulama.
Hingga kini, sudah lima kali ulama-ulama ini bermesyuarat untuk mencari penyelesaian dalam krisis Kedah, setiap kali lepas mesyuarat ulama-ulama ini akan berkata isu tersebut sudah “selesai dalam suasana harmonis”. Tapi keputusan serta jawapan hakiki tidak juga dicapai, hingga memaksa mereka bermesyuarat untuk kali yang seterusnya.

Dalam kebanggaan mereka menganggap diri sebagai ‘ulama’ dalam PAS, rupanya tiada yang sanggup berlapang dada untuk berkorban dan mengalah dalam pertelingkahan yang berlaku, sehingga mereka terkial-kial mencari pilihan lain.

Sunday, March 04, 2012

[gambar & video] Puting Beliung di Indiana Amerika, 29 terkorban


Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.



Kerajaan Sarawak Perlu Jawab! Surat Hentikan Bantuan


Samada surat ini benar atau tidak, pihak kerajaan Sarawak perlu jawab dengan sewajarnya. kerana perkara ini melibatkan masalah rakyat serta telah menimbul kekeliruan umum.

Waktu PRN Sarawak lepas, saya pernah dedahkan bagaimana KEMAS mengeluarkan surat menolak permohonan golongan yang sepatutnya 'layak dan berhak', sebaliknya memberi kepada golongan mampu. Hal itu telah menimbulkan kemarahan masyarakat setempat. Malangnya bukan saja Kemas yang menipu, PBB, JASA,MKN semuanya lepas tangan atas alasan 'kawasan putih'.

Apapun alasan, kerajaan perlu jawab secara terbuka surat dibawah. Surat ini bukan melibatkan Datuk Mong Dagang sahaja tapi melibatkan kerajaan negeri kerana ditulis secara rasmi.

Ustaz Azizan 'bercuti', Datuk Taulan Rasul jadi MB


Berbagai berita panas mulai bertiup kencang dari utara, tumpuan pengamal media semuanya menghala ke negeri kelahiran Che Det itu.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hingga tengah malam tadi, belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung "Misi Damai" tersebut.

Namun berita tidak rasmi telah pun berlegar dikalangan orang-orang PAS yang kononnya diperolehi dari sumber dalaman di Kedah.

Dikabarkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan agar Ustaz Azizan 'bercuti' sebagai Menteri Besar Kedah, dan jawatan itu akan dipegang oleh Datuk Hj. Taulan Mat Rasul, ADUN Tokai.
Dikatakan ADUN Tokai itu dipilih untuk memimpin kerajaan PAS Kedah kerana memiliki kriteria yang diharapkan pucuk pimpinan PAS.

Tidak pasti, adakah berita ini mengejutkan atau tidak, mungkin juga ada pihak yang menganggap keputusan 'bercuti' itu sudah diduga. cuma pemilihan Datuk Taulan Rasul yang sedikit mengejutkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net