Wednesday, February 29, 2012

Komen dari Pemimpin BN dan PR berhubung kes Khalwat Badrulamin


Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari pemimpin tentang dakwaan khalwat yang menimpa Ustaz Badrul Amin. Dibawah ini terkumpul berbagai pandangan serta komen dari pemimpin BN dan PR berhubung kes itu.

Datuk Seri Najib “Atas semangat 1Malaysia Badrulamin sanggup membantu jam 3 pagi, kita hargai semangat itu. Malangnya beliau dituduh khalwat…”

Lim Kit Siang “…itu niat jahat, itu niat jahat… niat jahat BN untuk pembangkang”

Anwar Ibrahim “Ustaz Badrol sudah menafikan dan kita perlu istiqamah…semua itu konspirasi jijik UMNO yang cemburu dengan kejayaan PKR. Jelas sekali Najib dan Rosmah terlibat…saya ada bukti..!”

Ibrahim Ali “Inilah masanya PAS dan Pakatan Rakyat buat hokum hudud..,Perkasa akan berarak ke pejabat PKR menggesa Badrul Amin disebat, Anwar pun patut kena sebat buntot”

Hadi Awang “Biarlah pakar khalwat yang kaji kes itu, jangan suruh pakar liwat atau pakar kelapa sawit”

Nik Aziz “Khalwat?... khalwat maksudnya bersendirian, Ustaz Badrul Amin bersendirian, bukan dengan sesiapa. Nabi pun pernah bersendirian dalam gua Hira’…”

Chua Soi Lek “Kita harap pihak berkuasa bertindak cepat sebelum DVD Badrul Amin jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Jangan macam kes saya dulu…”

Mat Sabu “Badrul Amin mengingatkan saya pada Norma dan bilik 121. Apa pun... Welcome to the Club!”

Gambar Bangkai Ayam di pejabat Anwar Ibrahim


Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada jam 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara jam 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.

Ustaz Khalwat: Badrul Amin digesa letak semua jawatan


Hakikatnya Ustaz Badrul Amin lebih dikenali sebagai pendakwah agama berbanding dunia politik yang beliau ceburi. Pelbagai gossip dan musibah telah menimpa beliau selama menjadi ahli politik PKR, pastinya membawa impak yang cukup buruk terhadap keseluruhan usaha dakwah dan ilmu agama yang beliau perjuangkan selama ini. 
Isu khalwat yang beliau hadapi bukanlah perkara remeh dari persepsi masyarakat Islam, meskipun dari sudut perundangan Ustaz Badrul Amin belum ‘terjebak’ dengan apa-apa hukuman. Tapi masyarakat akan tetap dengan persepsi ‘Ustaz Khalwat’.

"Saya sedang timbang untuk berehat dari jawatan parti dan kerajaan. Saya tidak mahu melibatkan sesiapa dalam isu ini, saya sendiri akan memikul tanggungjawab” kata Badrul Amin dipetik Antarapost

Jika benar, pertimbangan Ustaz Badrul Amin untuk tinggalkan politik amat bertepatan dengan status beliau sebagai Ustaz dan pendakwah agama. Walaupun berbagai penafian telah pun dibuat berkenaan isu khalwat yang dihadapinya, tapi itu tidak mengubah persepsi segelintir pihak terhadap Uztaz Badrul Amin sebagai ‘Ustaz Khalwat’. 

Justeru, pertimbangan yang bijaksana adalah tinggalkan seluruh dunia politik yang kotor itu. Ustaz Badrul Amin harus meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan dengan penuh bertanggungjawab.

Abdul Kadir jumpa Anwar bincang strategi lemahkan UMNO


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam.
 
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar.

‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar.

‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Tuesday, February 28, 2012

Kemelut Exco Kedah disebabkan pihak luar, sama macam Badrul Amin


Kemelut dalam kerajaan PAS Kedah yang terus jadi isu hangat, rupanya kerana didalangi pihak luar. Sama juga macam kes khalwat Ustaz Badrul Amin, semuanya berebut-rebut menjadikan UMNO/BN sebagai kambing hitam.

Dalam isu Kedah, menteri besar Ustaz Azizan dilihat cukup tenang dan bersahaja, walaupun pihak lain dalam PAS sibuk mencari kambing hitam untuk dikorbankan.
Mungkin Ulama PAS tertarik dengan cara Badrul Amin dan kalangan pemimpin PKR, setiap kali ada masalah parti atau masalah perundangan. Mereka sudah tahu arah mana jari harus ditunding, semuanya kepada UMNO/BN.

Sebilangan besar penyokong mereka yang lurus bendul amat terhibur dengan cara itu. Mungkin sebab untuk menghibur penyokong mereka yang sedang hayal dengan angan-angan ke Putrajaya, maka Ulama PAS turut meniru cara PKR.

Kelmarin Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ketika mengulas kemelut di Kedah berkata "Kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu" minsider

TERKINI: Pemandu Badrul Amin ditawar imbuhan lumayan


Kalau membaca kronologi semua penjelasan dan kenyataan media yang dibuat Badrul Amin sejak dilaporkan terlibat kes khalwat, nampak beberapa kelibat pembohongan bersiri yang cukup terancang oleh orang yang membenarkan dirinya diperangkap pukul 3 pagi.

Badrul Amin begitu bersungguh-sungguh untuk menuduh dan mengaitkan UMNO/BN dalam kes khalwat tersebut. Seolah beliau adalah pemimpin besar yang menjadi tunggak jatuh bangun Pakatan Rakyat.

Tak perlu baca Utusan atau blog pro UMNO/BN, baca terlebih dahulu penafian rasmi Badrul Amin sebelum ini, dan baca semua media pro Pakatan Rakyat secara kronologi. Kita akan lihat kenyataan sembronoan yang bakal menjadikan kes itu semakin mengelirukan.

Dalam penafian rasmi (disini) beliau mendakwa dipukul 20 orang lelaki samseng, tapi kisah dipukul 20 orang samseng terus tenggelam, malah pihak polis mengesahkan tidak menerima laporan dari Badrul Amin berkaitan serangan 20 samseng yang dimaksudkan. Lebih menarik, tidak terdapat tanda-tanda jelas pada tubuh Ustaz Badrul Amin akibat dipukul oleh 20 samseng, seperti kebiasaannya orang kena belasah.

Terkini, Badrul Amin dilaporkan malaysiakini berkata;
“(Ini) kerana pemandu/pembantu saya telah didatangi oleh enam orang yang tidak dikenali yang menawarkan ‘imbuhan lumayan’ sekiranya (dia) sanggup bekerjasama dengan mereka untuk ‘jadi saksi memburukkan saya,” 

Isu Kedah: Azizan Kesal Ada Gerakan Jatuhkannya


Isu pentadbiran Kedah tidak tenggelam begitu saja, kerana masih ada kemelut dalaman yang perlu diberi perhatian serius oleh Menter Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Isu lantikan exco bukanlah perkara pokok, sebaliknya kerana terdapat gerakan dalaman yang bergerak senyap untuk menjatuhkan kepimpinan Ustaz Azizan.

“Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang”

“Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya”

“Kalau hendak tukar saya pun, rakyat yang akan tentukan dalam pilihan raya. bukan melalui cara politik macam ini” (berita harian)

Itulah reaksi 'kesal' dari Azizan mengenai gerakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya, Beliau yang mengetuai kerajaan Kedah sejak 2008 telah berdepan dengan berbagai gesaan dan rasa tidak puas hati dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan dari pemimpin PAS itu sendiri.

VIDEO : Badrul Amin Mengaku difitnah pihak luar


Badrul Amin sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa dakwaan khalwat melibatkan beliau adalah fitnah jahat pihak luar. Namun menolak untuk memberitahu "pihak luar" mana yang dimaksudkan.

Sebelum ini, Ustaz Badrul Amin menuduh UMNO sebagai dalang kes khalwat yang beliau hadapi bersama seorang wanita yang berstatus isteri orang.


Video dan Gambar Pergaduhan Himpunan Hijau Anti-Lynas


Antara realiti dan provokasi, itulah tema blog ini sebagaimana hakikatnya suasana politik Malaysia. Ramai yang berbangga dengan Himpunan Hijau Anti-Lynas pada hujung minggu lalu, Apakah mereka turut berbangga dengan pergaduhan berlaku?

Gambar dan video dibawah adalah kejadian di Padang Kota, Pulau Pinang sewaktu Himpunan Hijau Anti-Lynas ahad lalu. Paparan ini menceritakan bagaimana realiti dan provokasi yang telah terjadi.

Inikah yang dikatakan kesuburan demokrasi, yang menjadi idaman semua pihak?

Monday, February 27, 2012

Badrul Amin : Saya rela undur untuk selamatkan PKR


KUANTAN 27 Feb. - “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.
gambar terkini Badrul Amin bersama isterinya (kiri), sebelah kanan adalah wanita misteri? 
"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Dr. Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.

TERKINI: Ustaz Badrul Amin yakin UMNO dalang Khalwat


Pengakuan terkini Ustaz Badrul Amin yang sedang disiasat JAIP tidak mengejutkan, kononnya beliau yakin UMNO adalah dalang kes khalwat yang melibatkannya dan seorang wanita berstatus suami orang.

Kononnya semua itu adalah perangkap yang dirancang rapi untuk mengaibkannya, dan menambah beliau memiliki bukti dan saksi tentang perkara itu.
gambar terkini Badrul amin di JAIP, ditemani isteri dan peguam (Bernama)
Walaupun kenyataan Badrulamin seperti sengaja meniru ungkapan ketua umum PKR Anwar Ibrahim. tapi kenyataan seperti ini memang sudah menjadi 'klausa' penting untuk menghalalkan segala salahlaku mana-mana pemimpin PKR.

Disisi lain, jelas sekali individu yang bergelar Ustaz ini tidak peka dan sensitif terhadap pihak yang lain. Manusia yang bergelar Ustaz tapi lidah berbelit ini seolah menganggap suami kepada pasangan khalwatnya tidak bermaruah.

Malah Ustaz Badrul Amin dan penyokong PKR dengan mudah menuduh semua itu lakonan dan perangkap semata-mata.

Isu Kedah : Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat


PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukuhwah Islamiah dan musyawarah.Melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, PAS mendapati isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas dan ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku.

Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku.Pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi.

Badrul Amin cuti sebulan untuk membersihkan nama


KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau.

“Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Langkah itu menurut sekretariat tersebut, bertujuan menjaga maruah Badrulamin sebagai Muslim sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

Sunday, February 26, 2012

TERKINI: Ustaz Badrul Amin dan Pasangan Khalwat akan ke JAIP


Ustaz Badrul Amin dan pasangannya yang ditangkap khalwat akan ke JAIP esok. Mereka dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat di bilik sebuah hotel pada jam 3 pagi sabtu kelmarin.

Badrul Amin ketika diserbu JAIP?
Pihak JAIP telah mengesahkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Berdasarkan prosedur biasa, pemimpin PKR itu bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan kepada JAIP untuk melengkapkan siasatan,sebelum hasil siasatan itu diserah kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Meskipun Badrul Amin menafikan dakwaan khalwat, namun dari semua laporan yang dikeluarkan hari ini, menunjuk aktiviti 'khalwat' memang berlaku antara Ustaz Badrul Amin dan wanita terbabit. 

Samada didapati bersalah atau tidak, biarlah undang-undang akan menjawab. Tapi sebagai Ustaz dan pemimpin politik yang paling gemar memaki hamun pihak lain. Ustaz Badrul Amin bukan setakat perlu belajar mengawal lidah, tapi juga perlu mengawal nafsu.

Kes Badrul Amin - PKR diminta Membantu JAIP


Setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin menuntut agar Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan khalwat terhadap Ustaz Badrul Amin secara telus dan profesional.

Dalam kenyataan yang sama, Saifudin mengakui pihaknya telah diminta oleh JAIP untuk membantu siasatan kes Badrul Amin. Sambil menegaskan, PKR akan terus memelihara prinsip keadilan untuk semua yang terlibat.
Badrul Amin adalah pengarah komunikasi kerajaan Selangor, sebelum ini dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok oleh pasukan penguatkuasa agama.

TERKINI: Penjelasan Ustaz Badrul Amin ditangkap Khalwat


Ini adalah penjelasan dari Ustaz Badrul Amin berikutan laporan khalwat yang melibatkan beliau. penjelasan ini juga mengakui kebenaran Badrul Amin sememangnya telah ditangkap khalwat. Jadi semua laporan media, blog serta micro-blog tentang kejadian tersebut adalah benar berdasarkan penjelasan dibawah.
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Saturday, February 25, 2012

Video: Kenyataan Media Menteri Besar Azizan


"Saya sayang semua exco saya" kata Ustaz Azizan ketika mengulas masalah dalaman kerajaan PAS Kedah.


Hadi digesa pecat Azizan serta-merta


Usaha menutup keributan dalam pentadbiran kerajaan Kedah dari pengetahuan umum semakin tak menjadi. Walaupun kepimpinan Pakatan Rakyat berkali-kali mengaitkan semua itu sebagai propaganda media Barisan Nasional semata-mata.

Sebelum ini dua Exco Kedah daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Presiden PAS Haji Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dijangka dua lagi exco akan mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.
Namun pelbagai desakan dalaman tetap kedengaran dari pelbagai arah kerana sebab-sebab tersendiri, antara yang paling hangat bila Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.

Persoalannya, Apakah pemecatan jawatan menteri besar dibawah kuasa Presiden PAS dan Ketua Umum PKR? Dan bukan kuasa Dewan Undangan Negeri Kedah? Persoalan mungkin berbeda jika Azizan meletak jawatan.

Kononnya desakan itu adalah kemuncak tidak puas hati ekoran tindakan Azizan meluluskan kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah. Ada juga sumber yang mengatakan kontrak tersebut sebenarnya mencecah RM1 billion.

Dikatakan beberapa bukti dan dokumen yang menunjukkan kerajaan negeri memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan sedang beredar dikalangan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Surat Dr. Mahathir kepada Israel akan didedah


MELAKA 24 Feb. - Kerajaan bersedia mendedahkan kepada umum surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak yang menyatakan Malaysia tidak akan mempunyai hubungan dengan negara tersebut selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika tidak ada kemudaratan kepada negara, surat tersebut wajar didedahkan kepada rakyat bagi membuktikan dakwaan parti pembangkang bahawa Malaysia mempunyai hubungan dengan Israel adalah tidak benar.

''Saya sudah minta Wisma Putra menyemak surat itu dan meminta mereka untuk memberi ulasan sama ada surat tersebut boleh kita dedahkan.

''Tidak ada sebab kita tidak boleh dedahkan surat tersebut secara terbuka lebih-lebih lagi apabila pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Minum Petang Bersama Rakyat dan walkabout di Jalan Bunga Raya dan Jalan Kee Ann, di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mengakui pernah menulis surat kepada Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, surat yang ditulis itu adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Isu Kedah: Kenyataan Media Pemuda PAS


KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


02 Rabi'u al-Akhir 1433 bersamaan 24 Febuari 2012

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat mengharapkan orang ramai amnya dan rakyat Kedah khasnya tidak "kalut" dengan menghakimi isu yang berlaku di negeri Kedah berasaskan laporan media semata - mata. Saya percaya sedikit masaalah yang timbul di Kedah adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan dan ianya mampu ditangani dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

Mencampuri urusan tanpa ilmu dan maklumat yang betul hanya mengusutkan keadaan. Waspada juga dengan elemen menangguk di air keruh agar ianya tidak berlaku dari kalangan anggota parti khasnya. Fahami keutamaan [priority] , pelihara adab berjuang dan jangan keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan.

Friday, February 24, 2012

VIDEO: Pemuda BN Demonstrasi "Anwar Keldai Israel"


Pemuda Barisan Nasional dan NGO hari ini tampil berdemonstrasi secara aman di depan Pejabat PKR untuk menyerahkan memorandum mengecam tindakan Anwar Ibrahim yang secara terbuka menyokong kewujudan negara Israel.

Demonstrasi yang dihadiri kira-kira 500 orang melaungkan kata-kata "Anwar Keldai Israel" serta membawa kain rentang yang mempamerkan pelbagai kecaman terhadap Anwar.

Pemuda BN turut menyifatkan Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR sebagai seorang yang licik bermain kata-kata demi menyelamatkan diri bersabit isu Israel, sehingga memperdayakan Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS.


VIDEO: Demonstrasi Pemuda PAS di Kedutaan Amerika


Dewan Pemuda Pas hari ini mengadakan demonstrasi aman serta menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi mengutuk tindakan tentera negara itu yang membuang dan membakar al-Quran di Afghanistan.


Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pihaknya mahu kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan tegas terhadap tenteranya yang terlibat dan bukan sekadar memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia.

4 Exco Kedah akan letak jawatan


Bengkak dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mulai bernanah bila sekurang-kurangnya 4 exco telah mengosongkan bilik masing-masing. Setelah menghantar surat perletakan jawatan kepada menteri besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Mereka bukan sahaja tidak bersetuju dengan gaya pentadbiran Azizan yang lemah, tapi turut dipersoal ialah mulut Azizan yang gemar menggunakan perkataan yang tidak selayaknya diucap oleh seorang Ustaz.

Ekoran masalah yang kian meruncing, terdapat gesaan agar melantik seorang timbalan menteri besar untuk membantu Azizan, dalam usaha mengembalikan keyakinan sesama pemimpin Pakatan di Kedah, dan untuk memulihkan persepsi masyarakat umum terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Dr. Mahathir akui balas surat PM Israel


IPOH 23 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Keamanan dan 'Waqaf Water 4Gaza' di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang disiarkan di beberapa laman blog bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Israel.

Thursday, February 23, 2012

Kelantan ke 6 Terkaya, Sabah dan Sarawak negeri termiskin


Tentu sekali tajuk diatas sangat menghiburkan bagi penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat, perbahasan tentang negeri termiskin menjadi semakin hangat setiap kali menjelang pilihan raya.

Sebelum pilihan raya Sarawak lepas, para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat berebut-rebut mengisytiharkan negeri Sarawak adalah yang termiskin di Malaysia, manakala di Sabah pemimpin Pakatan Rakyat pada waktu itu mengisytiharkan Sabah adalah negeri termiskin menurut Bank Dunia.

Berucap di Lahad Datu baru-baru ini, perdana menteri mengatakan “Sabah bukan lagi negeri termiskin”, akibatnya ramai juga aktivis politik dari Sabah tidak berpuas hati dengan kenyataan itu. Pada masa yang sama perdana menteri mengatakan Kelantan adalah negeri termiskin menurut data ekonomi, kenyataan itu dianggap “satu penghinaan” oleh penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Rupanya yang menghiburkan rakyat Malaysia ialah dengan mengatakan Sabah dan Sarawak adalah negeri termiskin. Malah tidak ada pihak yang menganggap itu satu penghinaan.

Hari ini di Harakah, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan negeri yang termiskin di Malaysia sebenarnya ialah Sabah dan Sarawak. Menurutnya negeri Kelantan adalah yang ke-6 terkaya di Malaysia.

Meskipun Husam tidak mengemukakan sebarang data untuk menguatkan kenyataannya, tapi sebagai pemimpin dari Pakatan Rakyat tentunya Husam tidak pandai berbohong, apatah lagi menipu?

Andaikata kalangan pemimpin Barisan Nasional yang berkata seperti Datuk Husam, pasti aktivis dan bijak pandai akan menganggap itu satu penipuan dan penghinaan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Tun Mahathir: Pemindahan hak milik PROTON siap Mac


KUALA LUMPUR: Pemindahan hak milik Proton Holdings Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd kepada DRB-Hicom Bhd akan siap menjelang bulan depan, kata penasihat kepada syarikat pembuat kereta negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan tempoh masa yang telah diberikan, kepimpinan baharu itu akan dimuktamadkan.

"Buat masa ini, pengurusan baharu belum lagi diputuskan.

"Kami (Proton) masih lagi dalam proses pemindahan kepada syarikat baharu kerana terdapat beberapa kod pengambilalihan tertentu yang perlu dipatuhi.

"Saya rasa, menjelang Mac, kami sepatutnya telahpun siap dengan pemindahan pemilikan kepada pengurusan baharu," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Pemilik OSV Malaysia (OSV Malaysia) di sini hari ini.

Ditanya sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff akan kembali sebagai pengerusi baru syarikat, Dr Mahathir berkata setakat yang beliau tahu "tiada pengesahan mengenai perkara itu."

Pengerusi pada masa ini, Datuk Seri Nadzmi Salleh, terdahulu telah membayangkan kepada media tempatan akan kesanggupun beliau untuk turut membantu pemilik baru Proton.

Mengenai perkara ini, Mahathir berkata: "Sama ada beliau akan dikekalkan, bukan saya yang boleh buat keputusan. Pemilik barulah yang akan membuat sebarang keputusan mengenainya."

Dr. Juanda : Haram jika bai'ah langgar syariat agama


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pas perlu memastikan kandungan bai'ah atau sumpah taat setia yang diwajibkan kepada calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya nanti tidak menyimpang daripada syariat Islam.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, bai'ah boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin.

Menurutnya, tidak salah bagi mana-mana individu untuk berbai'ah selagi sumpah taat setia dinyatakan itu tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam.

"Misalnya, satu ketika dulu, Pas perkenalkan amalan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai tanda kesetiaan kepada parti. Perkara seperti ini yang harus diperincikan oleh Pas.

"Jika bai'ah yang baru ini mengandungi unsur-unsur tersasar dari syariat Islam maka ia satu dosa dan haram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Wednesday, February 22, 2012

[Video] Demonstrasi Anti Israel dan Anti UMNO di Pelabuhan Klang


Jingga 13 dan aktivis mahasiswa hari ini berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ.

kira-kira 80 orang yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun selama 1jam sambil melaungkan slogan anti-Israel dan anti-UMNO.

Demonstrasri yang berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis.



Isu Israel: PAS sepatutnya tolak kepimpinan Anwar


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pas sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana pendirian Ketua Pembangkang itu jelas menyimpang daripada prinsip parti itu berhubung perjuangan rakyat Palestin dan rejim Tel Aviv, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata, kenyataan Anwar mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel memaparkan perbezaan ketara berhubung soal prinsip antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas seharusnya membuat pendirian tegas menolak kepimpinan Anwar dan menolak Pakatan Rakyat. Malangnya, kita melihat ada pula sesetengah pimpinan Pas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat perlu ada perbezaan pandangan.

Kenyataan Penuh Nik Aziz: Berkaitan Anwar dan Israel


Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama' PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama' juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. 

Tuesday, February 21, 2012

VIDEO TERKINI: Kenyataan Putar Belit Anwar Setelah Berjumpa Nik Aziz


Anwar yang diserbu pihak media sebaik saja selesai pertemuan dengan Nik Aziz menjelaskan semua itu adalah salah faham, dan Anwar berkata beliau berasa lega kerana isu tersebut sudah selesai.

Seperti dijangka Anwar tetap menyalahkan media UMNO dan Utusan yang menyebabkan salah faham antara beliau dan Majlis Syura Ulama. Sambil mengakui kenyataannya di Wall Street Journal adalah benar, Anwar berkata media Umno sekaligus membuat salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel.

Namun pihak Nik Aziz atau Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang kenyataan berhubung hasil pertemuan dengan Anwar. 


Sebelum ini kenyataan Anwar turut dikecam para pemimpin Islam di Indonesia, pimpinan pergerakan Islam terkenal Ikhwanul Muslimin dan pemimpin Hamas – Fatah yang kesal dengan kenyataan beliau tersebut.

Apakah benar seperti yang didakwa Anwar, semua salah faham kerana media UMNO. sedangkan media UMNO tidak dijual di luar negara, dan hanya terdapat di Malaysia.

TERKINI: Nik Aziz terima penjelasan saya - Anwar


Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal, bulan lalu.

Tokoh pembelit nombor 1 negara itu yang datang bersendirian tiba di apartmen PNB Darby Park kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Anwar perlu jelaskan kepada Majlis Syura Ulama Pas


KUALA LUMPUR 20 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikecam hebat ekoran sokongannya terhadap keselamatan Israel perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan bukannya bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana kata dua supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman The Wall Street Journal diputuskan Majlis Syura Ulama, manakala Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan desakan itu.
“Anwar perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, bukan jumpa Nik Abdul Aziz secara peribadi kerana yang membuat desakan dan memberi kata dua kepada Anwar adalah Majlis Syura Ulama. Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan sahaja desakan tersebut.

“Sebab ini bukan suara Nik Abdul Aziz, kata dua ini adalah desakan Pas, sebab itu kita lihat Mursyidul Am Pas banyak berdiam diri dan hanya bersuara selepas Majlis Syura Ulama membuat pendirian,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Monday, February 20, 2012

Anwar Jumpa Nik Aziz Esok, Mahfuz tampil pertahan Anwar


Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mengesahkan pertemuan antara Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung esok (selasa). Namun beliau tidak memaklumkan lokasi dan masa pertemuan itu.
Pada 13 Feb lepas Nik Aziz yang mewakili Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar supaya menarik balik kenyataan sokongan itu sekiranya benar, atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah. Dalam reaksi kepada gesaan tersebut, Anwar sekadar berdolak-dalih dengan menyalahkan media UMNO dan sekadar mengatakan ‘Teguran Nik Aziz bersopan’.
 
Dalam sidang media yang sama hari ini, Mahfuz turut tampil mempertahankan kenyataan Anwar berhubung isu Israel dengan berkata, “Anwar tidak pernah mengiktiraf Israel dan tidak ada sebarang kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan. Maka tidak ada sebab untuk Anwar meminta maaf atau menarik balik kenyataannya”.

Sebaliknya Mahfuz berkata, “UMNO yang sepatutnya meminta maaf, bukan Anwar”.

Meskipun kenyataan Mahfuz sering dianggap lawak. Tapi sebagai Naib Presiden, kenyataan Mahfuz amat bercanggah dengan pendirian Majlis Syura Ulama dan prinsip parti PAS itu sendiri.

Gambar: Hindraf Demo depan Pejabat PM


Kira-kira 50 penyokong dan ahli Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) berarak dari bulatan Masjid Putrajaya ke pejabat perdana menteri untuk menyerahkan surat sambil menyanyi dan membaca 18 tuntutan mereka.
Hindraf berkata perdana menteri patut menawarkan urimai (hak) kepada masyarakat India sebelum meminta nambikei (kepercayaan) daripada mereka. 

Menuntut hak sama rata adalah antara mesej yang disampaikan dalam surat bantahan yang diserahkan kepada pejabat Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi kelmarin.(19/2)
Setibanya di pagar pejabat perdana menteri, mereka bersama-sama melaungkan slogan: "Ya untuk Urimai, tidak kepada Nammbikei".
Penasihat undang-undang Hindraf, M. Manoharan turut menggesa masyarakat India agar menyertai “kempen 100,000 tandatangan” sebagai tanda sokongan terhadap 18 perkara yang terkandung dalam tuntutan Hindraf, bagi memastikan masyarakat India menikmati hak asasi sebagai warganegara.

Surat Pertubuhan Hindu Sangam Pertahan Akidah Anwar


Menurut penyokong PKR dan PAS, Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam dibawah telah sedikit sebanyak membantu memulihkan persepsi masyarakat Islam tentang akidah Anwar Ibrahim yang berpesta bersama masyarakat India sewaktu Perayaan Ponggal di Batu Gajah Perak, 29 Januari lalu.


Berikutan kecaman berterusan dari Najib dan Rosmah (pinjam ayat pakatan), Surat dibawah telah diedar untuk membantu mempertahankan akidah Anwar. Namun tidak dapat dipastikan Apakah Pertubuhan Hindu Sangam bermaksud demikian?


Surat diatas berbunyi seperti berikut;
18 Februari 2012


Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,


Salam Sejahtera,


Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.


Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegasakan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.


Sekian,


Salam Satu Malaysia.


(Tandatangan)


RS MOHAN SHAN,
PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM

Sunday, February 19, 2012

Wan Azizah merayu jangan serang Anwar


Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah hari ini menggesa dan merayu agar UMNO dan Barisan Nasional menghentikan serangan terhadap suaminya Anwar Ibrahim berkaitan isu “Keselamatan Negara Israel”’.
Beliau yang menyifatkan semuanya fitnah, Presiden PKR itu beranggapan ianya tidak sewajarnya dipolitikkan memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan. Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah seperti yang dilaporkan portal berita online KL Pos (klpost.com)

Anwar sebelum ini telah memberi kenyataan rasmi berhubung pandangan beliau mengenai keselamatan Israel yang disiarkan melalui akhbar Wall Street Journal.

PAS memuji kemesraan Ali Rustam


Kehadiran Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka semalam disambut dengan mesra oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua Penerangan Pusat, Dato Tuan Ibrahim kebetulan disambut oleh Ali Rustam ketika mengadakan program mengedarkan risalah di Pasar Malam Paya Ikan Bukit Baru.

Menurut sumber PAS, Ketua Menteri Melaka itu memakai baju berwarna hijau mungkin untuk meraikan kedatangan tetamu dari PAS Pusat.

Dato Tuan Ibrahim sempat bergambar dengan Ali Rustam sambil bersalaman dan saling bertanya khabar.

Rombongan PAS memuji sikap mesra Ali Rustam terhadap program yang PAS anjurkan di Melaka, dan berharap hubungan mesra seperti itu diteruskan.

Lim Ulangi Akan Bersara Jika Isu Tanah Bayan Mutiara Dibuktikan


KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.
 
Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka," katanya.

Lim berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan.

Saturday, February 18, 2012

Video Hebat! Empangan Hidro Bakun


Benarkah Empangan Bakun adalah Monumen Rasuah? anda bebas memikirkannya..


Israel : DAP juga tidak sealiran dengan Anwar


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Friday, February 17, 2012

[video] Rampasan Kekayaan Negeri Sabah dan Sarawak


Sepatutnya bila bercakap tentang royalty minyak atau agihan kekayaan negeri, bukanlah untuk menyalahkan satu pihak sahaja. Kerana samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dua-duanya menipu rakyat dengan angka yang dijanjikan. Wajarkah mereka menjanjikan 5% atau 20% untuk Sabah dan Sarawak?

Minyak dan gas adalah milik negeri berdasarkan Perjanjian Malaysia, dalam perjanjian tersebut semua hasil bumi adalah milik negeri.

Air, balak, tanah, bahan galian semuanya milik negeri 100% termasuk minyak dan gas yang disebut sebagai sumber alam. Bukan 20% seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat untuk menambah kebodohan kita. Atau kita di Sarawak dan Sabah akan terjun dari mulut buaya masuk mulut naga?

Senjata yang menghalalkan semua ini adalah Akta Pembangunan Petroleum, akta parlimen sengaja diluluskan untuk merampas kekayaan negeri. Siapa yang terlibat, adakah UMNO saja?

Pasti ramai yang sudah melompat kedalam PKR turut terlibat, Anwar tidak terkecuali pernah bersubahat ketika dalam Barisan Nasional, begitu juga PAS yang pernah jadi kompenan BN (sejak 1973 hingga 1978). Sandiwara rampasan kekayaan negeri berlaku pada waktu itu, bukan semasa Najib memerintah.

Apakah anda berasa cukup bijak kerana memaki hamun Najib? Sedangkan Akta tersebut diluluskan parlimen setelah penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974. Akta Pembangunan Petroleum ditubuhkan semata-mata untuk merampas hasil minyak dan gas dari negeri-negeri agar menjadi milik kerajaan pusat, walaupun jelas bercanggah dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Putar Belit dan Manipulasi, S.O.P Wajib Pembangkang


KUALA LUMPUR 17 Feb – Memanipulasi apa sahaja perkara sebagai modal politik sudah menjadi ‘S.O.P’ wajib kepada pembangkang sedangkan mereka sebenarnya melakukan lebih daripada itu berbanding apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional.

“Itulah perangai pembangkang, apa sahaja yang difikirkan boleh mendapat perhatian dan memberi tanggapan negatif masyarakat terhadap pemimpin negara pasti dimanipulasikan.

“Bagi mereka, motif utama adalah untuk mengajak rakyat bersama mereka, pilihan raya umum yang semakin hampir menjadikan pembangkang akan membuat apa sahaja untuk menimbulkan persepsi negaratif kepada BN,” kata bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.
Menurutnya, walau apa penjelasan atau penafian dibuat, pembangkang tidak pernah duduk diam, mereka tetap akan memutar belitkan perkara itu untuk mendapatkan perhatian rakyat.

“Isu kehadiran Najib sudah diperjelaskan oleh Harussani (Mufti Perak) dan meminta supaya perkara itu tidak diputar belit, namun pembangkang tidak dapat menerimanya, dan mereka pasti membuat pelbagai andaian.

Mahkamah tolak saman RM160 juta terhadap TV3


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM160 juta oleh sebuah syarikat pemaju perumahan terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu selepas mendengar perbicaraan saman itu yang difailkan Koperasi Kakitangan Malaysia Airports Berhad terhadap TV3, penyunting dan penerbit berita ketika itu, Datuk Kamarul Zaman Zainal dan wartawan Puspavathy Ramaloo.

Hakim Siti Khadijah berkata, selepas menimbangkan keterangan, bukti dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Koperasi) gagal membuktikan kes terhadap defendan (TV3, Kamarul Zaman and Puspavathy).

"Dengan itu mahkamah menolak tuntutan plaintif. Tiada perintah mengenai kos,” katanya.

Pada 6 April 2007, Koperasi itu memfailkan saman tersebut atas dakwaan defendan telah menyiarkan berita dalam rancangan Buletin Utama pada pukul 8 malam berkaitan perniagaan plaintif yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah.

Syarikat itu mendakwa akibat penyiaran berita itu, pihaknya mengalami kerosakan karektor, personaliti dan reputasi perniagaan yang teruk dan memohon ganti rugi sebanyak RM160 juta, kos dan lain-lain relif daripada mahkamah.

Thursday, February 16, 2012

Isteri TPM mulai jadi sasaran


Jika cerita tentang isteri PM Datin Seri Rosmah, mungkin rakyat sudah lali dan lelah mendengarnya, malah warna baju yang Datin Sri Rosmah pakai turut menjadi isu politik. Dan digambarkan seolah-olah rakyat Malaysia sangat menderita hanya kerana Rosmah tersalah pilihan warna, semuanya atas alasan ‘rakyat’.

Terkini, cerita seperti itu mula ditujukan kepada isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee kerana telah membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC, kononnya isteri TPM telah berbelanja puluhan ribu untuk membeli 18 pasang kasut sekaligus beserta beg tangan. Anda percaya?

Cerita ini bunyinya terlalu sarkastik, tapi sangat menghiburkan dalam dunia melayu, khususnya dikalangan mereka yang bergelut dalam politik, atau kalangan mahasiswa yang baru selembar dua membaca buku political science.

“Wang rakyat telah dihabiskan begitu saja oleh keluarga PM dan TPM” itulah hujah standard yang paling menghiburkan rakyat Malaysia hari ini.

Bila berbicara tentang “wang rakyat atau kronisme”, sebenarnya yang paling menderita adalah pemimpin PKR dan penyokongnya. Kenapa PKR perlu berlakon menderita dihadapan rakyat?

Kerana dengan mengoncang isu kronisme pemimpin BN, maka mereka berharap rakyat akan terlelap seketika dari menyedari tentang parti PKR adalah terdiri dari suami, isteri dan anak. Biar rakyat lupa, PKR adalah parti anak-beranak.

Kononnya dengan menuduh keluarga PM dan TPM berbelanja wang rakyat, mereka berharap rakyat terus ‘terlena’, kerana jika berkuasa nanti mereka sekeluarga inilah yang sebenarnya akan menghabiskan wang rakyat.

Tawaran RM10 juta untuk MP lompat parti


Raja Petra sekali lagi mendedahkan maklumat sulit disebalik kegagalan misi 16 september yang dirancang Anwar Ibrahim.

Dilaporkan, Anwar menjanjikan RM10 juta setiap orang untuk kesemua 30 ahli Barisan Nasional yang sanggup melompat parti dan menyertai PKR, dalam usaha rampasan kuasa pada 16 sepetember 2008.

Kegagalan rancangan Anwar untuk merampas kuasa adalah disebabkan Jutawan Soh Chee Wen tidak bersetuju menyediakan dana sebanyak RM300 juta untuk membiayai 30 ahli Parlimen dari Barisan Nasional. kerana Soh Chee Wen juga percaya ianya adalah manipulasi yang berisiko sekiranya pihak Barisan Nasional membuat tawaran balas sebanyak RM15 juta kepada 30 ahli parlimen berkenaan.

Pendedahan itu turut menyebut "Anwar sepatutnya menggunakan wang dia sendiri, kerana Anwar memiliki wang berbillion ringgit yang dilarikan ke luar negara dalam denominasi RM500 dan RM1000 sewaktu berada dalam kerajaan BN". Selengkapnya (disini)

Wednesday, February 15, 2012

Siapakah akan tarik balik, Anwar atau Nik Aziz?


Apakah gesaan rasmi PAS agar Anwar menarik balik kenyataan sokongan terhadap Israel akan akan jadi kenyataan? Atau perkara sebaliknya akan berlaku?

Sebelum ini, Nik Aziz yang mewakili Majlis Syura Ulama PAS mendesak agar Anwar menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman Wall Street Journal sebagai satu langkah untuk membersihkan diri Anwar dari konstroversi yang menyinggung sentimen masyarakat Islam di Malaysia.
Laporan terkini yang mengatakan Anwar akan menemui Nik Aziz telah menimbul spekulasi yang pelbagai, Apakah pertemuan itu nanti akan memaksa perkara sebaliknya?

Sebenarnya gesaan tersebut bukanlah dari Nik Aziz secara peribadi, sebaliknya adalah suara Ulama dalam Majlis Syura PAS. Ironinya Anwar hanya akan berjumpa Nik Aziz, jelas sekali itu satu percubaan untuk mempergunakan pengaruh Nik Aziz, agar bertindak membelakangkan Majlis Syura.

Sebagai seorang yang licik berkata-kata, Apakah Anwar mampu menundukan Nik Aziz? Atau, pertemuan itu nanti akan membuktikan Nik Aziz lebih bijaksana, dan bukan licik seperti Anwar.

Ramai berasa kurang yakin dengan PAS, ditambah dengan kenyataan Timbalan Presiden Mat Sabu yang kelihatan tidak memihak keputusan Majlis Syura, bahkan Haji Hadi selaku Presiden PAS nampak berdolak-dalih dan mahu melindungi Anwar, sekalipun sikap Anwar telah menyinggung perasaan umat Islam terbanyak.

Kenapa Jual Aset-aset Selangor Sekiranya Ada RM 1.9 Bilion?


SHAH ALAM, 15 Feb -- Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias hairan dan pelik dengan sikap kerajaan negeri Selangor yang kononnya mendakwa memiliki simpanan RM1.9 billion namun dalam masa yang sama, sibuk menjual segala aset Yayasan Selangor dan premis-premis perniagaan milik PKNS.

"Kita pun pelik jugalah, biasanya kalau dah ada duit ini, dia gunakanlah duit itu untuk merakyatkan pembangunan itu slogan propaganda mereka. Kita yang jelas sewaktu di zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, kita tidak ada masalah. Kita ada bajet seimbang, ekonomi yang baik malah anak-anak syarikat juga telah diuruskan dengan baik. Kita dapat melaksanakan objektif kerajaan negeri, tidak lari dari garis panduan.

"Tapi hari ini, berlaku seolah-olah menghadapi krisis yang berat pula, nak menjual aset terutamanya melibatkan harta-harta untuk tujuan sosial dan pendidikan, seperti harta Yayasan Selangor," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, tidak ada sebab untuk menjual harta-harta tersebut kerana harta tersebut untuk tujuan pendidikan.

"Kita tahu pengurusan beberapa anak syarikat mengalami masalah, dari diuruskan oleh pihak pentadbir yang terdiri daripada kroni mereka, laporan audit jelas menunjukkan keadaan pengurusan yang dikatakan good governen ini, adalah sebaliknya.

Peguam Anwar dalam kes qazaf hadapi saman fitnah RM10 juta


KUALA LUMPUR: Kamar Ainiah Kamaruzaman, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf, dan firma guamanya, berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.

Zainul Rijal yang diwakili Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ saman itu dua hari lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi sebagai defendan kedua.

Pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam ditetapkan pada 14 Mac ini, demikian menurut Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lalu untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Anwar ramal pilihan raya umum lebih awal


BANGKOK 15 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata, pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.

Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka,” katanya pada majlis “Sepetang dengan Anwar Ibrahim” di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.

PANAS!!! Nik Aziz desak Anwar buat kenyataan terbuka!


KOTA BHARU 14 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.

"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil-wakil agama di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal propembangkang yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Anwar akan bertemu dengan beliau untuk menjelaskan isu Israel itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net