Anak Nik Aziz kecewa Isu salun rambut

Posted by MELANAU BLOGGER

KOTA BHARU - Pemuda Pas kecewa dengan tindakan sesetengah pihak, Muslim atau bukan Muslim yang menjadikan perkara yang dikaitkan dengan isu salun sebagai bahan perlekehan dan serangan atas nama hak asasi serta kebebasan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perlu difahami, peraturan sebagaimana yang disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, kerana ia bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat agama.

Menurutnya, agama Islam menyeru kepada keselamatan, kehormatan wanita malah menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat serta dan kemungkaran.

“Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita.

“Sesuai dengan masyarakat Kelantan majoritinya adalah Muslim, di samping masyarakat bukan Islam yang begitu tahu menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan ‘Islamik’. Adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani yang menghormati martabat golongan wanita,” katanya menerusi laman sosialnya.

Beliau berkata demikian mengulas isu salun di negeri ini yang dipertikaikan apabila pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman kepada pengurus kedai gunting rambut di bandar ini kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak tahun 2010.

Dalam masa sama, beliau menyambut baik sekiranya perkara terbabit dibincangkan secara sihat, apatah lagi ia semakin membuka mata untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima baik.

Nik Abduh juga memberitahu berdasarkan tinjauan majoriti peniaga dan masyarakat bukan Islam di bandar ini sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting serta salon yang mengasingkan lelaki dengan perempuan seperti ditetapkan pihak berkaitan.-SH

Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com