Sunday, June 03, 2012

Home » , , , , » Pembangkang lancar perang psikologi kerana sedar tak dapat menang PRU-13

Pembangkang lancar perang psikologi kerana sedar tak dapat menang PRU-13


KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) cara ala "Arab Spring", kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka kini kian meleset, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini kerana pembangkang juga sedar adalah sukar bagi mereka untuk memenangi PRU ke-13 secara demografi.

Katanya pada masa yang sama, jangkaan mereka bahawa BN akan terus lemah selepas PRU-12 ternyata merosot sama sekali, kerana BN kini sudah kembali kuat, kukuh dan bersatu.

"Ini mungkin merupakan satu perang psikologi besar yang dibuat untuk memanipulasi pemikiran rakyat bahawa apabila kerajaan BN menang (dalam PRU ke-13), kerana mereka tahu mereka susah mahu tumbangkan BN secara demografi, ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan isytihar kemenangan itu adalah tidak sah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan jentera pilihan raya BN Bahagian Wilayah Persekutuan. Perhimpunan seramai 5,000 anggota dan ketua-ketua komponen-komponen parti BN itu turut dihadiri oleh badan dan persatuan yang menyokong BN.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya baru-baru ini yang mengatakan bahawa pembangkang sengaja mahu menanam persepsi buruk terhadap kerajaan BN dan melaksanakan taktik untuk menunjukkan kerajaan BN zalim dan menindas rakyat seperti dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan mendakwa sistem pilihan raya negara adalah tidak adil.

Muhyiddin juga menyoal motif pembangkang yang terus menuntut dan mendakwa yang kononnya yang masih tidak berpuas hati dan mahu "membersihkan" sistem pilihan raya di negara ini, walaupun insiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengkaji semula dan menambahbaik sistem tersebut.

Katanya, ini semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa untuk menidakkan kesahihan keputusan PRU ke-13 nanti.

Katanya, beliau juga sedar taktik sedemikian yang diguna oleh pembangkang dan kerajaan akan berusaha untuk menangkisnya, termasuk membuat penjelasan dan penerangan kepada rakyat di semua peringkat.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, beliau optimistik bahawa prestasi pilihan raya BN di Wilayah Persekutan akan lebih baik daripada 008.

Katanya pelbagai program transformasi dan inisiatif berterusan kerajaan untuk membantu menambahbaik kehidupan rakyat yang dilaksanakan telah menambat hati rakyat dan mereka bersedia untuk kembali menyokong BN.

"Ini adalah faktor tambahan yang telah memberi kelebihan kepada kita dan telah membawa keyakinan baru kepada rakyat," katanya.

BN cuma menang tiga daripada 12 kerusi Parlimen di kawasan Wilayah Persekutuan pada PRU ke-12 iaitu di Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin meminta semua anggota BN untuk sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kerap turun padang bagi membantu rakyat jelata dan bukannya hanya menunggu untuk berbuat demikian pada waktu dekat-dekat dengan pilihan raya.

"Bubar tak bubar kita dalam BN akan akan terus bekerja, jangan berhenti. Kita jumpa dengan pengundi beritahu mereka, pujuk mereka, rayu mereka tolong kita dan kita akan tolong mereka dengan lebih besar lagi," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya tidak berasa selesa atau terlalu yakin dengan keadaan pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai bercelaru ketika ini.

Katanya, jentera pilihan raya BN itu sendiri juga perlu yakin dengan parti sendiri jika ingin meraih sokongan dan keyakinan daripada orang ramai khususnya pengundi.

"Jangan bila orang tanya, soal macam-macam kita jawab tak tahu.

Kita sebagai jentera mesti tahu, kerana apa kita kata, apa kita buat, apa kita tak buat semua akan dinilai oleh pengundi," katanya.


Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh program "Himpunan Hijau ke Putrajaya" yang dianjurkan pembangkang semalam dan secara berseloroh berkata beliau menyambut baik "inisiatif" pembangkang itu untuk menghijau dan menanam lebih banyak pokok di Putrajaya.

Bagaimanapun, dalam nada serius beliau berkata program itu jelas menunjukkan bahawa pembangkang semakin tidak yakin dengan kekuatan mereka yang kononnya mahu menawan Putrajaya kerana sebelum ini pun mereka pernah lantang melaungkan 'road to Putrajaya'.

"Sokongan kepada BN sekarang di seluruh negara semakin kuat dan pembangkang gemuruh," katanya. - BERNAMA


Artikel Berkaitan,
Pakatan Rakyat, Pembangkang, Pembangkang lancar perang, Perang Psikologi Pembangkang, PRU 13

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net