VIDEO: TIBAI tekad halang Anwar jadi pemimpin utama negara

Posted by MELANAU BLOGGER


KUALA LUMPUR 22 April - Lebih 3,000 orang menghadiri pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di sini malam ini, yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Kelab tersebut ditubuhkan bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menyedarkan rakyat supaya menolak Anwar kerana Ketua Pembangkang itu bertanggungjawab dalam mencetuskan pelbagai masalah kepada negara termasuk soal keselamatan.

Ia diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.

Mereka yang dijemput menyampaikan ceramah sempena pelancaran tersebut ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.


Ketika berucap di majlis berkenaan, Ibrahim berkata, rakyat negara ini wajib menolak dan menggagalkan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menghadapi masalah moral yang kronik tetapi semakin jauh tersesat dalam perjuangannya.

Kata beliau, Anwar juga mendokong fahaman pluralisme agama selain menyokong keselamatan Israel.

"Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam. Saya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau.

"Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar," katanya

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar, kerana kini terbukti segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu adalah benar.

Menurutnya, jika Dr. Mahathir tidak memecat Anwar pada tahun 1998 dan sekarang negara ditadbir oleh beliau, Malaysia mungkin menerima nasib serupa sebagaimana dialami beberapa negara Arab yang kini musnah satu persatu akibat percaturan politik golongan Yahudi. - UTUSAN

Related Post



Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com