Saturday, April 14, 2012

Home » , , , » Gambar Demonstrasi Mahasiswa Minta "Mansuh PTPTN"

Gambar Demonstrasi Mahasiswa Minta "Mansuh PTPTN"





Atas alasan Malaysia adalah negara terlalu kaya serta mampu memberikan segalanya secara percuma mengikut tafsiran Anwar, maka sekumpulan mahasiswa ini  berdemonstrasi menuntut agar hutang mereka dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Gerombolan mahasiswa yang diketuai Adam Adli Abdul Halim mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang melalui Jalan Raja Laut menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Selain melaungkan slogan "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN" "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah" "Reformasi" dan "Jahanam Najib", Gerombolan berkenaan turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!' 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.


Mungkin selepas ini mereka akan menganjurkan banyak lagi demonstrasi untuk menuntut agar hutang mereka dihapuskan. Mungkin mereka akan turut memintan hutang Mara, JPA, Bank serta tabung pendidikan negeri perlu dihapuskan juga?

Ini budaya baru di Malaysia? mula-mula minta hutang dari kerajaan, lepas itu kata kerajaan zalim dan minta lupuskan hutang mereka.

Bagaimana pula hak rakyat biasa terhadap pendapatan Petronas? jika hanya mahasiswa yang berhak mendapat pembiayaan percuma dari pendapatan Petronas.

Rakyat biasa juga memiliki hutang-hutang yang perlu dibayar, bukan hanya Mahasiswa


Artikel Berkaitan,
Anwar Pembohong, Demonstrasi Mahasiswa mansuh PTPTN, Mansuh PTPTN, Pakatan Rakyat

6 comments:

1mazlin on April 14, 2012 at 4:03 PM said...

nie namanya mahasiswa tak tau bersyukur..
tah tahu hutang tak mahu membayar.tak bertanggungjawab langsung

PenganutPAS on April 14, 2012 at 5:13 PM said...

Kenapa nak bazirkan masa dan tenaga untuk bantah PTPn ?? sebab mahasewel2 ni tak cerdik . dia orang tak tahu ker berpa banyak kerajaan PKR Selangor belanja untuk biasiswa ??

bagi 2011, bajet biasiswa kerajaan PKR Selangor ialah sebanyak RM254,900.00 bagi tawaran baru kepada 500 orang pelajar, manakala bagi pinjaman, bajet adalah sebanyak RM3,189,500.00 bagi tawaran baru kepada 600 orang pelajar IPT. http://www.yayasanselangor.org.my/adun/4.html

Kalau diaorang ni cerdik , aku rasa mesti diaorang buat demo mintak kerajaan PKR Selangor tambah biasiswa untuk manafaat mahasiswa . Kerajaan jenis apa ni belanja untuk biasiswa pun sama mahal dengan katil Azmin Ali ??

Amacam ada sapa2 berani buat demo kat yayasan selangor mintak tambah biasiswa ???

Nanang Kesuma on April 14, 2012 at 10:48 PM said...

Dalam Islam hutang itu wajib dibayar...Minta Ulamak PAS hurai sikit...

Nor diana on April 14, 2012 at 11:52 PM said...

melayu tak sedaq diri...

ulam10umai on April 15, 2012 at 10:43 AM said...

memang dasar pemalas dan tak sedar diri mahasewel ni semua.... berhutang pandai bayar tak mau, mak bapak mereka ajar mereka macam tu kot, time susah merayu2 time senang lupa daratan. Banyak cantik muka mereka, tuntut hasil minyak dan kayu balak untuk tanggung hutang mereka sedangkan negeri utama yang mengeluarkan hasil tersebut terutama Sarawak tidak pernah minta macam2 malah sanggup berkongsi hasil tersebut dengan kerajaan pusat untuk kesenangan semua. sedangkan banyak lagi negeri yang perlukan pembangunan seperti sabah dan sarawak (luar bandar) dan negeri sarawak itu sendiri tidak sehaloba macam mahasewel ini semua. Mana akal dan kepandaian mahasiswa ini semua sampai tidak berpandangan jauh dan pentingkan diri sendiri. mereka tidak terfikir ke kalau semua kerajaan tanggung, dan semua benda nak free, last2 kerajaan kurangkan peluang pekerjaan kerana tak mampu bayar gaji pekerja dan takkan mampu membiayai pelajar yang benar2 cemerlang ke luar negara. dan kemudiannya kerajaan terpaksa menaikkan cukai, yang pastinya ini akan membebankan semua golongan masyarakat, sikit2 benda kena cukai, hanya kerana hendak tanggung hutang mahasewel yang tak berakal ini. dan nantinya tidak akan ada siapa yang hendak belajar bersungguh2 kerana kerajaan bagi sama rata semua kepada pelajar tak kira pandai atau tidak asalkan dapat masuk U, lepas keluar U pula, peluang pekerjaa kurang.... yang pastinya generasi akan datang akan menanggung musibah akibat dari tindakan golongan mahasewel ini... renung2kan lah..

ulam10umai on April 15, 2012 at 12:10 PM said...

ewah3, pelajar kita zaman sekarang sudah lebih dari tauke. mcam tu ke korang kalau nak minta sesuatu @ duit dari mak bapak korang, korang buat demonstrasi @ mogok serta caci maki mak bapak korang sendiri..??? macam tu jugalah halnya dengan minta nak mansuhkan ptptn, kerajaan dah bagi kemudahan dan bantuan korang caci maki pulak, pas tu hutang tak nak bayar. patutnya permintaan macam ni dibuat secara akademik dan perbincangan, bukannya demostrasi jalanan yang didalangi oleh puak pembangkang yang sesen pun tak penah beri korang bantuan (yg ada hanya hasutan dan janji2 kosong). dah pulak nanti kalau le krajaan berlembut hati mansuhkan ptptn, puak pembangkang yang langsung tiada kaitan jasanya pulak korang agung2kan, kerajaan juga yang jahat… langsung tak tahu erti bersyukur golongan mahasewel sekarang ni… inilah yang dikatakan nanti “lembu punya susu, sapi punya nama”.

Sumber: Gambar Perhimpunan Mansuhkan PTPTN 14 April 2012 | melvister.com

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau sebarang unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net