Datuk
Mong Dagang hari ini mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Pertanian Sri Aman untuk menghentikan bantuan kebajikan kepada seorang individu kurang upaya (OKU) atas alasan 'penyokong kuat pembangkang'.
Beliau yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak menganggap tindakannya meminta Jabatan Pertanian Sri Aman untuk tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada pekebun OKU itu sebagai wajar.
When contacted today, Mong said: "As a man of principle, I am not going to back out.
"We cannot continue to give the welfare assistance and subsidies because he is a strong Opposition supporter," he said.(the sun)
Surat arahan (
disni) dari Datuk Mong kepada Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang mula dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook minggu lalu telah mencetus kritikan pedas terhadap kerajaan.
Percubaan pihak media sebelum ini untuk mendapat penjelasan dari Mong juga gagal, apabila Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, bertindak tidak menjawab panggilan telefon.
Arahan Datuk
Mong Dagang dilihat bukan sahaja satu penindasan terhadap golongan OKU, malah sebagai bukti kerajaan bersikap tidak adil dan dengan jelas menyalahi prinsip demokrasi.
 |
| OKU: Frusis Lebi (berbaju hijau) membuat laporan polis di Sri Aman jumaat lalu. |
Persoalan yang timbul mungkin berbeza, jika
Datuk Mong didakwa membuat arahan tersebut dengan cara menghubungi pegawai Jabatan Pertanian melalui telefon, tapi ini melalui surat rasmi kerajaan.
Memandang surat tersebut adalah 'bersifat' arahan rasmi dengan menggunakan kepala surat kementerian serta logo negeri Sarawak, dan Datuk Mong juga telah mengakui kesahihannya. Maka kerajaan negeri Sarawak tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri.
Kerajaan negeri Sarawak juga harus tampil menjelaskan pendiriannya kepada rakyat, Adakah itu memang polisi mereka?
p/s: Saya yakin blogger UMB Sarawak memiliki data tepat tentang isu ini, kita tunggu penjelasan dari pihak mereka..
Artikel Berkaitan,
Henti bantuan OKU,
Menteri Muda Sarawak,
Mong Dagang pertahan arahannya,
Politik Sarawak,
PRS,
Surat dari Mong Dagang
1 comments:
Rasanya melanggar hak individu untuk memilih mana2 yang disukai. Lagi2 bila yang dipotong itu orang OKU. I just think this is plain wrong.
Sebagai pihak kerajaan, kena adil dan pastikan semua rakyat mendapat pembelaan, ni jadi begini maka makin banyaklah 'peluru' pihak PR untuk menembak BN. Kalau fitnah boleh bangkang balik, tapi ini betul.aduhh...
ini penindasan. yang betul kita sokong, yang tak betul kita balun. dan sekarang saya balun.
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.