Tuesday, February 21, 2012

Home » , , , , , » VIDEO TERKINI: Kenyataan Putar Belit Anwar Setelah Berjumpa Nik Aziz

VIDEO TERKINI: Kenyataan Putar Belit Anwar Setelah Berjumpa Nik Aziz


Anwar yang diserbu pihak media sebaik saja selesai pertemuan dengan Nik Aziz menjelaskan semua itu adalah salah faham, dan Anwar berkata beliau berasa lega kerana isu tersebut sudah selesai.

Seperti dijangka Anwar tetap menyalahkan media UMNO dan Utusan yang menyebabkan salah faham antara beliau dan Majlis Syura Ulama. Sambil mengakui kenyataannya di Wall Street Journal adalah benar, Anwar berkata media Umno sekaligus membuat salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel.

Namun pihak Nik Aziz atau Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang kenyataan berhubung hasil pertemuan dengan Anwar. 


Sebelum ini kenyataan Anwar turut dikecam para pemimpin Islam di Indonesia, pimpinan pergerakan Islam terkenal Ikhwanul Muslimin dan pemimpin Hamas – Fatah yang kesal dengan kenyataan beliau tersebut.

Apakah benar seperti yang didakwa Anwar, semua salah faham kerana media UMNO. sedangkan media UMNO tidak dijual di luar negara, dan hanya terdapat di Malaysia.

Alangkah kebudak-budakan, jika Pihak PAS atau Majlis Syura Ulama sekadar membaca dan merujuk kepada media UMNO berkenaan isu sensitif seperti ini, sehingga menimbulkan salah faham antara mereka.

Apakah benar Majlis Syura Ulama dan Nik Aziz tidak tahu membaca akhbar berbahasa inggeris seperti Wall Street Journal, sehingga terpaksa bergantung pada Utusan semata-mata.

Kenyataan berbelit Anwar mungkin sekadar untuk menghibur pemimpin Pakatan yang sudah mabuk kuasa, tapi akan menambah kekeliruan dikalangan masyarakat Islam.


Artikel Berkaitan,
Anwar, Anwar Ibrahim, Anwar jumpa Nik Aziz, Majlis Syura Ulama PAS, Nik Aziz terima penjelasan Anwar, Video

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net