Wednesday, February 29, 2012

Home » , , , , , , , » Ustaz Khalwat: Badrul Amin digesa letak semua jawatan

Ustaz Khalwat: Badrul Amin digesa letak semua jawatan


Hakikatnya Ustaz Badrul Amin lebih dikenali sebagai pendakwah agama berbanding dunia politik yang beliau ceburi. Pelbagai gossip dan musibah telah menimpa beliau selama menjadi ahli politik PKR, pastinya membawa impak yang cukup buruk terhadap keseluruhan usaha dakwah dan ilmu agama yang beliau perjuangkan selama ini. 
Isu khalwat yang beliau hadapi bukanlah perkara remeh dari persepsi masyarakat Islam, meskipun dari sudut perundangan Ustaz Badrul Amin belum ‘terjebak’ dengan apa-apa hukuman. Tapi masyarakat akan tetap dengan persepsi ‘Ustaz Khalwat’.

"Saya sedang timbang untuk berehat dari jawatan parti dan kerajaan. Saya tidak mahu melibatkan sesiapa dalam isu ini, saya sendiri akan memikul tanggungjawab” kata Badrul Amin dipetik Antarapost

Jika benar, pertimbangan Ustaz Badrul Amin untuk tinggalkan politik amat bertepatan dengan status beliau sebagai Ustaz dan pendakwah agama. Walaupun berbagai penafian telah pun dibuat berkenaan isu khalwat yang dihadapinya, tapi itu tidak mengubah persepsi segelintir pihak terhadap Uztaz Badrul Amin sebagai ‘Ustaz Khalwat’. 

Justeru, pertimbangan yang bijaksana adalah tinggalkan seluruh dunia politik yang kotor itu. Ustaz Badrul Amin harus meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan dengan penuh bertanggungjawab.

Jika tidak, akan timbul pelbagai isu yang bakal menyusul, lebih-lebih lagi ada pihak yang sedang menunggu masa untuk memaparkan video beliau dibelasah sekumpulan lelaki. 

Pengakuan pekerja hotel Swiss Garden juga sudah terdedah, yang mengatakan mereka melihat sendiri bagaimana Ustaz Badrul Amin ditampar oleh suami wanita yang dikaitkan dengan beliau. 

Samada benar atau tidak Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat adalah perkara lain, tapi soal dibelasah 20 lelaki turut diakui sendiri oleh Badrul Amin, malah ada pihak lain melihat dan merakamkannya.

Jelas sekali ada yang lebih besar berbanding dakwaan khalwat itu sendiri, kerana persoalan tentang “kenapa dan mengapa hal itu terjadi?” akan menuai pelbagai persepsi dan jawapan rambang yang tak terkawal.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, Ustaz Badrul Amin harus beristirahat dari semua jawatan politik dan jawatan dalam kerajaan Selangor, demi menjaga maruah agama, diri dan keluarga.

Ustaz Badrul Amin pasti lebih tahu, ada lebih dari satu jalan untuk sampai ke syurga.


Artikel Berkaitan,
Badrul Amin letak jawatan, Badrul Amin rela undur, Badrulamin Khalwat, Kes Badrul Amin, PKR, Ustaz Badrul Amin, Ustaz dan pendakwah agama, Ustaz Khalwat

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net