Monday, February 06, 2012

Home » , , » Tengku Adnan mohon maaf kepada kaum India

Tengku Adnan mohon maaf kepada kaum India


PUTRAJAYA 6 Feb. - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf kepada kaum India atas kesalahan terjemahan dan ejaan bahasa Tamil pada kain rentang "Selamat Menyambut Thaipusam" yang digantung di beberapa lokasi di sini.

Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata, pihaknya menggantung kain rentang tersebut dengan niat baik iaitu sebagai menghormati penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam.

"Niat saya adalah baik mahukan tulisan Tamil turut serta pada kain rentang itu. Jadi, kita minta pekerja Barisan Nasional (BN) dan anggota MIC untuk membantu menterjemahkan dan menulis dalam bahasa Tamil.

"Nampaknya mereka tidak mahir dalam bahasa Tamil. Saya minta maaf di atas perkara tersebut," katanya di sini hari ini.


Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berjanji akan memastikan kesilapan serupa tidak berulang dan akan mengambil pakar bahasa untuk melakukan terjemahan pada masa akan datang.

Beliau turut mengakui kain rentang itu disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Kain rentang itu ditarik balik sehari selepas digantung apabila mendapat reaksi negatif daripada masyarakat keturunan India di sini. - BERNAMA


Artikel Berkaitan,
Kaum India, Politik Malaysia, Tengku Adnan mohon maaf

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net