Saturday, February 25, 2012

Home » , , , , , » Surat Dr. Mahathir kepada Israel akan didedah

Surat Dr. Mahathir kepada Israel akan didedah


MELAKA 24 Feb. - Kerajaan bersedia mendedahkan kepada umum surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak yang menyatakan Malaysia tidak akan mempunyai hubungan dengan negara tersebut selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika tidak ada kemudaratan kepada negara, surat tersebut wajar didedahkan kepada rakyat bagi membuktikan dakwaan parti pembangkang bahawa Malaysia mempunyai hubungan dengan Israel adalah tidak benar.

''Saya sudah minta Wisma Putra menyemak surat itu dan meminta mereka untuk memberi ulasan sama ada surat tersebut boleh kita dedahkan.

''Tidak ada sebab kita tidak boleh dedahkan surat tersebut secara terbuka lebih-lebih lagi apabila pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Minum Petang Bersama Rakyat dan walkabout di Jalan Bunga Raya dan Jalan Kee Ann, di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mengakui pernah menulis surat kepada Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, surat yang ditulis itu adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pembangkang kini tersepit apabila menyatakan pendirian menyokong secara terbuka dan menyokong sebarang langkah untuk keselamatan Israel.

Beliau menambah kenyataan pembangkang itu menimbulkan kemarahan yang begitu ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.

''Akibatnya, mereka cuba mencari alasan kononnya kita ada hubungan dan kita ada membuat sesuatu dengan kerajaan Israel dan sebagainya.

''Salah tanggapan rakyat terhadap kita yang dibangkitkan oleh pembangkang wajar untuk kita hilangkan dan hanya surat itu akan membuktikan kebenarannya," katanya.

Diminta mengulas mengenai pergolakan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada Selasa ini.

Beliau menyifatkan pergolakan di Kedah itu semakin hangat dan serius. UTUSAN


Artikel Berkaitan,
Anwar sokong Israel, Dr. Mahathir, Dr. Mahathir tulis surat Israel, Isu Israel, Surat Dr. Mahathir akan didedah, Tun Mahathir

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net