Bila blogger terkenal Raja Petra mendedahkan penglibatan rasuah oleh 2 Adun PKR Selangor, ramai yang cuba mencari-cari sejauh mana kebenaran dakwaan itu. PKR menganggap itu semua taktik kotor Barisan Nasional untuk menjahanamkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Dua Adun PKR yang nama mereka didedahkan telah pun menjawab tuduhan tersebut, sambil mendakwa Raja Petra cuba memfitnah mereka, dan menyifatkan semua tuduhan Raja Petra sebagai tidak berasas, “jijik dan berniat jahat” (ayat tu memang penting dalam hidup PKR).

Bila Raja Petra sekali lagi mendedahkan Raja Nong Chik sebagai ‘dalang’ dalam isu Pusat Fidlot Nasional (NFC). Raja Nong Chik mengatakan dakwaan tersebut adalah fitnah.
Menariknya Raja Nong Chik pula menyifatkan dakwaan Raja Petra sebagai satu “usaha Pembangkang untuk melemahkan Barisan Nasional” (ayat ini pun sangat penting dalam Barisan Nasional).
Dipihak pembangkang berkata ‘itu kerja Barisan Nasional’, dan dipihak Barisan Nasional berkata ‘itu kerja Pembangkang’! bila rakyat membaca penafian yang ‘membosankan’ seperti itu, mahu atau tidak mereka akan buat tafsiran mudah, dua-dua terlibat.
Orang tidak akan percaya Raja Petra memfitnah, hanya kerana orang BN yang mengatakan. Dan orang tidak akan percaya Raja Petra berniat jahat, hanya kerana orang PR yang menafikan.
Tidakkah 2 Adun PKR dan Raja Nong Chik mampu memberi jawapan lain, selain ‘skema’ yang membosankan seperti itu.
Tentang isu NFC, pihak kuasa sedang menjalankan kewajiban mereka. Samada benar atau tidak dakwaan Raja Petra, imej parti pemerintah sudah pun terkesan oleh NFC. Namun tentang ‘tangan ghaib’ yang dimaksudkan, belum ada sesiapa akan memaksa Nong Chik mengaku.
Untuk 2 Adun PKR yang sedang bergelut dengan tulisan Raja Petra, elok kalau mereka membiarkan pihak berkuasa yang menjawab. Kerana menurut mereka, siasatan yang dibuat oleh SPRM sejak 2010 mendapati tiada unsur salahguna kuasa atau rasuah.
Benarkah tiada unsur rasuah? Atau masih dalam siasatan? Biarlah pihak berkuasa yang menjawab.
Adun PKR dan Raja Nong Chik, anda bertiga sangat membosankan!
Artikel Berkaitan,
Adun PKR terlibat,
Dakwaan Raja Petra,
Politik Malaysia,
Raja Nong Chik terlibat,
Raja Petra
0 comments:
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.