Friday, February 10, 2012

Home » , , , , , » Najib syirik atau Harussani yang syok sendiri?

Najib syirik atau Harussani yang syok sendiri?


Kerana menghadiri perayaan Thaipusam di Batu Caves, Najib "gadai akidah"! Kenyataan ini dibuat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani di The Malaysian Insider hari ini.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah” tegas Harussani.

Jika benar seperti yang dianggap Mufti Perak, hanya dengan menghadiri perayaan kaum lain maka akidah orang Islam akan tergadai. Ertinya rakyat Malaysia tidak akan lagi saling berkunjungan setiap kali perayaan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bukan melayu, saya pastinya sangat menghargai kehadiran seorang pemimpin seperti Perdana Menteri pada perayaan agama lain. Kerana itu akan meningkatkan hubungan mesra antara pemimpin dan rakyat biasa. Tambahan pula perdana menteri sekadar hadir untuk bertemu rakyat, bukan bersama penganut agama lain tertunduk menyembah lilin atau menyembah berhala.

Apakah Islam agama yang begitu sempit dan mengasingkan? Jika benar Islam adalah agama yang memisahkan, bahkan atas kapasiti sebagai pemimpin tertinggi negara tidak boleh menghadiri atau mengunjungi perayaan agama lain. Bagaimana pula kapasti sebagai rakyat biasa yang tidak ada kepentingan apa-apa?

Mungkin rakyat Malaysia terpaksa melupakan kebersamaan dalam ‘rumah terbuka’, dan prinsip silaturahim juga akan tertumpu dikalangan sesama agama sahaja. Semua itu atas alasan ‘syirik dan akidah’.

Kecaman Mufti Perak terhadap Najib, tentunya akan menimbulkan reaksi ‘kurang selesa’ dikalangan rakyat biasa. Rakyat yang terdiri dari berbagai kaum dan agama khususnya di negeri seperti Sarawak, akan beranggapan Islam adalah agama yang akan memisahkan kehidupan bermasyarakat. Jangan salahkan penganut agama lain jika mereka beranggapan Islam agama yang tidak mesra.

Persoalan akidah sepatutnya tidak timbul hanya kerana menghadiri suatu perayaan, bukannya menganuti lantas meraikan.

Apakah penganut agama lain akan tertarik untuk menganut agama Islam, bila mereka mendengar kenyataan seperti itu? Apakah mereka akan berkejar mengucap dua kalimat Syahadat, setelah mereka tahu tidak akan bersama lagi dalam hidup bermasyarakat?

Harussani selama ini sekadar hidup dalam tempurung kemelayuan, pendapat Harussani cuma boleh dicerna dari bawah tempurung “Melayu adalah Islam, dan Islam adalah Melayu”.

Orang bukan melayu tapi beragama Islam pasti sukar untuk menerima pendapat seperti itu, kerana mereka mahu terus bersama kaum keluarga yang berbeda agama, rakan-rakan, jiran tetangga atau masyarakat umum.

Saya tidak mengatakan Harussani, tidak bijak atau tidak matang. Masalahnya adalah "tempurung".

Tidak semestinya semua penganut Islam di Malaysia sama tempurung dengan Harussani, akidah mereka juga tidak tergantung pada Harussani. ...dan Tok Mufti tak perlu syok sendiri!


Artikel Berkaitan,
gadai akidah, Hadiah Thaipusam Saman 55, Mufti Perak Harussani, Najib Syirik gadai akidah, Politik Malaysia, Thaipusam

1 comments:

lelucon on February 10, 2012 4:59 PM said...

Tuan rumah,

kamu kena tau, ada beza hukum bagi orang Islam yg menghadiri perayaan kaum lain di kuil atau tempat ibadat agama lain, dgn menghadiri sambutan perayaan di tempat umum (cth rumah terbuka, majlis keraian dll). Kena faham dulu, dan jgn cepat menghakimi teguran itu (ianya betul berdasarkan hukum/fahaman Islam).

Utk makluman, jika hadir ke kuil masa perayaan blh jatuh syirik bg orang Islam, sbb ia sangat ditegah (tak blh sama2 meraikan upacara keagamaan). Tapi tak diharamkan kalau mengunjungi rumah kawan-kawan yg mengadakan rumah terbuka sbg menyambut perayaan tertentu. Sbb ia majlis umum.

Harap dalami dulu perkara ini sblm kritik Tuan Mufti. Apa yg dikatakan beliau tu betul.

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net