Saturday, February 11, 2012

Home » , , , , » Najib serah sijil kewarganegaraan kepada pemohon Selasa

Najib serah sijil kewarganegaraan kepada pemohon Selasa


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada sebahagian daripada 5,593 pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka Selasa ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata majlis penyerahan akan diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Cheras, yang juga adalah kesinambungan kepada kempen MyDaftar yang telah dimulakan pada Februari tahun lalu.

"Sejumlah 9,529 orang terutamanya rakyat Malaysia berketurunan India telah memohon untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan dan daripada jumlah itu 5,593 permohonan telah diluluskan setakat ini.
"Penyerahan sijil akan dibuat secara berperingkat bermula 14 Februari di seluruh negara," katanya selepas melancarkan "My Career Fair 2012" di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, parti itu telah memaklumkan kepada Najib mengenai keperluan untuk meningkatkan pengambilan masyarakat India sebagai penjawat awam.

Sehubungan itu, katanya, jumlah masyarakat India dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan kini dilihat semakin meningkat.

"Jika dilihat peratusan pemohon berketurunan India adalah tinggi. Ini menunjukkan masyarakat India terutamanya belia India berminat untuk menjadi penjawat awam.
"Saya harap peratusan masyarakat India di sektor awam akan meningkat sehingga tujuh peratus berbanding sekarang dua peratus," katanya.

Mengulas pameran kerjaya itu, Dr Subramaniam berkata, kira-kira 30 agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam program sehari itu dan tiga lagi program yang sama akan diadakan di Johor, Selangor dan Perak masing-masing pada 19 Februari, 25 Februari dan 4 Mac. - BERNAMA


Artikel Berkaitan,
Kaum India, Najib Razak, Najib serah kewarganegaraan, Politik Malaysia, Sijil kewarganegaraan

0 comments:

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net