Friday, February 10, 2012

Home » , , , , » Kes Altantuya: Pengurusan kes 9 Mac depan

Kes Altantuya: Pengurusan kes 9 Mac depan


PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Mac depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hampir enam tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari selepas pengurusan kes hari ini. Jika semua urusan dokumentasi berjalan lancar, tarikh rayuan kelak akan ditentukan pada hari tersebut.

Peguam J. Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah, 34, ketika ditemui pemberita memberitahu, anak guamnya belum memfailkan petisyen rayuan kerana pihaknya masih belum menerima alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, ketiadaan alasan penghakiman itu menjadikan rekod rayuan yang diperolehi tidak lengkap dan menyebabkan pihaknya tidak dapat memfailkan petisyen yang mengandungi alasan-alasan rayuan.

Sementara itu, Kitson Foong yang hadir bersama-sama Lim Kon Keen mewakili Sirul Azhar, 38, memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan petisyen rayuan dan mungkin menimbang untuk memfailkan alasan rayuan tambahan jika diperlukan.


Timbalan Pendakwa Raya, Devinderjit Kaur Gill hadir bagi pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam rayuan tersebut.

Kedua-duanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan mereka pada 9 April 2009 terhadap tuduhan membunuh model sambilan itu yang ketika kejadian berusia 28 tahun. - UTUSAN


Artikel Berkaitan,
Kes Altantuya, Kes Bunuh, Najib Razak, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia

1 comments:

Lantak Hangpa La on February 10, 2012 6:53 PM said...

salam mohon link
usezworkshop.blogspot.com

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net