Kemelut dalam kerajaan PAS Kedah yang terus jadi isu hangat, rupanya kerana didalangi pihak luar. Sama juga macam kes khalwat
Ustaz Badrul Amin, semuanya berebut-rebut menjadikan UMNO/BN sebagai kambing hitam.
Dalam isu Kedah, menteri besar Ustaz Azizan dilihat
cukup tenang dan bersahaja, walaupun pihak lain dalam PAS sibuk mencari kambing hitam untuk dikorbankan.
Mungkin Ulama PAS tertarik dengan cara Badrul Amin dan kalangan pemimpin PKR, setiap kali ada masalah parti atau masalah perundangan. Mereka sudah tahu arah mana jari harus ditunding, semuanya kepada
UMNO/BN.
Sebilangan besar penyokong mereka yang lurus bendul amat terhibur dengan cara itu. Mungkin sebab untuk menghibur penyokong mereka yang sedang hayal dengan angan-angan ke Putrajaya, maka Ulama PAS turut meniru cara PKR.
Kelmarin Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ketika mengulas kemelut di Kedah berkata
"Kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu" minsider
Sampai ada suara-suara yang cuba mengaitkan Tun Dr. Mahathir sebagai dalang kemelut yang berlaku, ini kerana hubungan mesra Ustaz Azizan dan Tun Mahathir.
Pada 2008, Ustaz Azizan pernah menawarkan Dr. Mahathir sebagai penasihat ekonomi negeri Kedah. Azizan dilaporkan berkata
“We want what is best for Kedah. We should put aside our political differences to formulate strategies to ensure Kedahans have a better future" thestar
Namun Dr Mahathir menolak atas alasan UMNO tidak akan dapat menawan semula Kedah jika beliau sebagai penasihat ekonomi.
Bila kerajaan Azizan membeli mercedes sebagai kereta rasmi, ramai suara dalam PKR mulai berburuk sangka. kononnya Ustaz Azizan beli kereta itu untuk kegunaan menyambut Tun Dr. Mahathir. Kalangan pemimpin PAS yang pro Anwar juga terhidu perkara yang sama.
Hingga hari ini ramai kalangan PAS dan PKR yang mempercayai dakyah itu, maka tidak hairan Ulama PAS turut meniru gaya politik PKR, hanya pandai menunding jari ke pihak lain, walaupun itu adalah masalah dalaman mereka.
Mungkin mereka merasakan dengan membohongi rakyat, maka kemelut yang berlaku akan selesai?
Artikel Berkaitan,
Datuk Seri Azizan,
Exco Kedah letak jawatan,
Isu Kedah,
Kemelut exco Kedah,
kerajaan PAS,
Khalwat Badrul Amin,
PAS,
Ustaz Azizan
0 comments:
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.