Thursday, February 23, 2012

Home » , , , » Kelantan ke 6 Terkaya, Sabah dan Sarawak negeri termiskin

Kelantan ke 6 Terkaya, Sabah dan Sarawak negeri termiskin


Tentu sekali tajuk diatas sangat menghiburkan bagi penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat, perbahasan tentang negeri termiskin menjadi semakin hangat setiap kali menjelang pilihan raya.

Sebelum pilihan raya Sarawak lepas, para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat berebut-rebut mengisytiharkan negeri Sarawak adalah yang termiskin di Malaysia, manakala di Sabah pemimpin Pakatan Rakyat pada waktu itu mengisytiharkan Sabah adalah negeri termiskin menurut Bank Dunia.

Berucap di Lahad Datu baru-baru ini, perdana menteri mengatakan “Sabah bukan lagi negeri termiskin”, akibatnya ramai juga aktivis politik dari Sabah tidak berpuas hati dengan kenyataan itu. Pada masa yang sama perdana menteri mengatakan Kelantan adalah negeri termiskin menurut data ekonomi, kenyataan itu dianggap “satu penghinaan” oleh penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Rupanya yang menghiburkan rakyat Malaysia ialah dengan mengatakan Sabah dan Sarawak adalah negeri termiskin. Malah tidak ada pihak yang menganggap itu satu penghinaan.

Hari ini di Harakah, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan negeri yang termiskin di Malaysia sebenarnya ialah Sabah dan Sarawak. Menurutnya negeri Kelantan adalah yang ke-6 terkaya di Malaysia.

Meskipun Husam tidak mengemukakan sebarang data untuk menguatkan kenyataannya, tapi sebagai pemimpin dari Pakatan Rakyat tentunya Husam tidak pandai berbohong, apatah lagi menipu?

Andaikata kalangan pemimpin Barisan Nasional yang berkata seperti Datuk Husam, pasti aktivis dan bijak pandai akan menganggap itu satu penipuan dan penghinaan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Semoga rakyat Sabah dan Sarawak terhibur dengan kenyataan Husam.


Artikel Berkaitan,
Kelantan ke 6 terkaya, Pakatan Rakyat, Royalti Sabah dan Sarawak, Sabah dan Sarawak negeri termiskin

1 comments:

Salfian Nawawi on February 24, 2012 1:53 AM said...

ooooo...memang kaya..sebab itu lah selama berpuluh tahun di bawah pemerintahan PAS, kerajaan negeri Kelantan telah berjaya mendirikan hanya SATU masjid sahaja..isk-isk-isk, kagumnya saya dengan pencapaian itu..Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mungkin terlupa nak menambah fakta ini..

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net