Thursday, February 16, 2012

Home » , , , , , » Isteri TPM mulai jadi sasaran

Isteri TPM mulai jadi sasaran


Jika cerita tentang isteri PM Datin Seri Rosmah, mungkin rakyat sudah lali dan lelah mendengarnya, malah warna baju yang Datin Sri Rosmah pakai turut menjadi isu politik. Dan digambarkan seolah-olah rakyat Malaysia sangat menderita hanya kerana Rosmah tersalah pilihan warna, semuanya atas alasan ‘rakyat’.

Terkini, cerita seperti itu mula ditujukan kepada isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee kerana telah membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC, kononnya isteri TPM telah berbelanja puluhan ribu untuk membeli 18 pasang kasut sekaligus beserta beg tangan. Anda percaya?

Cerita ini bunyinya terlalu sarkastik, tapi sangat menghiburkan dalam dunia melayu, khususnya dikalangan mereka yang bergelut dalam politik, atau kalangan mahasiswa yang baru selembar dua membaca buku political science.

“Wang rakyat telah dihabiskan begitu saja oleh keluarga PM dan TPM” itulah hujah standard yang paling menghiburkan rakyat Malaysia hari ini.

Bila berbicara tentang “wang rakyat atau kronisme”, sebenarnya yang paling menderita adalah pemimpin PKR dan penyokongnya. Kenapa PKR perlu berlakon menderita dihadapan rakyat?

Kerana dengan mengoncang isu kronisme pemimpin BN, maka mereka berharap rakyat akan terlelap seketika dari menyedari tentang parti PKR adalah terdiri dari suami, isteri dan anak. Biar rakyat lupa, PKR adalah parti anak-beranak.

Kononnya dengan menuduh keluarga PM dan TPM berbelanja wang rakyat, mereka berharap rakyat terus ‘terlena’, kerana jika berkuasa nanti mereka sekeluarga inilah yang sebenarnya akan menghabiskan wang rakyat.

Tidak dapat dibayangkan jika Malaysia diperintah oleh parti keluarga, sang suami sebagai perdana menteri, isteri sebagai menteri di jabatan perdana menteri, dan anak sebagai menteri penuh. Hanya PKR yang mampu lakukan hal ini!


Artikel Berkaitan,
Cincin Rosmah, isteri TPM jadi sasaran, Pakatan Rakyat, PKR, Puan Sri Norainee, Wang rakyat

2 comments:

AkuMuzikFilem on February 17, 2012 2:50 AM said...

tapi itu tetap tak boleh menghalalkan pemimpin kita berbelanja suka hati

Ghazali on February 17, 2012 6:50 AM said...

Betul sedara.....tapi tak yah lah buat fitnah....
Apa tujuan fitnah tu..?

Post a Comment

MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELBAGAI INFO

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihat agar tidak mengakses atau mengguna sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Pemilik blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


 

Recent Comments

Counter


My Ping in TotalPing.com
TheBestLinks
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
Free Automatic Backlink
HTML hit counter - Quick-counter.net