Usaha menutup keributan dalam pentadbiran kerajaan Kedah dari pengetahuan umum semakin tak menjadi. Walaupun kepimpinan Pakatan Rakyat berkali-kali mengaitkan semua itu sebagai propaganda media Barisan Nasional semata-mata.
Sebelum ini dua Exco Kedah daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Presiden PAS Haji Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dijangka dua lagi exco akan mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.
Namun pelbagai desakan dalaman tetap kedengaran dari pelbagai arah kerana sebab-sebab tersendiri, antara yang paling hangat bila Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.
Persoalannya, Apakah pemecatan jawatan menteri besar dibawah kuasa Presiden PAS dan Ketua Umum PKR? Dan bukan kuasa Dewan Undangan Negeri Kedah? Persoalan mungkin berbeda jika Azizan meletak jawatan.
Kononnya desakan itu adalah kemuncak tidak puas hati ekoran tindakan Azizan meluluskan kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah. Ada juga sumber yang mengatakan kontrak tersebut sebenarnya mencecah RM1 billion.
Dikatakan beberapa bukti dan dokumen yang menunjukkan kerajaan negeri memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan sedang beredar dikalangan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
 |
| Azizan tidak mengamalkan politik dendam, cerita disebalik gambar ini juga menyakitkan PAS dan PKR |
Kalangan parti PAS mahu Haji Hadi tampil campur tangan dengan berhemah, manakala PKR merasakan adalah lebih bijak sekiranya Anwar Ibrahim yang campur tangan. Namun DAP dilihat tidak berminat untuk ‘mengotorkan’ tangan dalam masalah PAS.
Pihak Pakatan Rakyat tidak akan mampu menutup keributan yang berlaku hanya dengan menyalahkan media. Sedangkan pada masa yang sama mereka terpaksa membuka pekung didada.
Artikel Berkaitan,
4 Exco Kedah,
Azizan,
Exco Kedah letak jawatan,
Hadi digesa pecat Azizan,
kerajaan PAS,
Presiden PAS Hadi
1 comments:
lantak koranglah...
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.