KUANTAN 27 Feb. - “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr.
Badrulamin Bahron.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam
kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.
Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.
 |
| gambar terkini Badrul Amin bersama isterinya (kiri), sebelah kanan adalah wanita misteri? |
"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak
didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke
Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau
bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.
Terdahulu, Dr.
Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.
Sementara itu,
wanita yang dipercayai
berkhalwat dengan Dr.
Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.
Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pukul 6.20 petang.
Dr. Badrulamin berkata, beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr. Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah. - BERNAMA
Artikel Berkaitan,
Badrul amin cuti sebulan,
Badrul Amin rela undur,
Badrulamin Khalwat,
Gambar Badrul Amin,
Kes Badrul Amin,
PKR,
Terkini Badrul Amin
1 comments:
Yang pasti ustaz berkenaan bukan malaikat...Malaikat
tak ada nafsu ....
Post a Comment
MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, provokasi, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.