Saturday, December 31, 2011
Zahid cabar Tony kemuka bukti dakwaan kapal selam
VIDEO: Wawancara bersama Raja Petra
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Anwar Pembohong, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Raja Petra, Video
ANWAR 901: Dua laporan polis bantah demonstrasi
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Bebas Anwar 901, Kes liwat, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
Parti Anak Beranak - Nurul Izzah calon PM?
Tags : Nurul Izzah, Nurul Izzah calon PM, Pakatan Rakyat, Perdana Menteri, PKR, Politik Malaysia
Friday, December 30, 2011
Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal
Tags : Anwar 901, Anwar Liwat, Kes liwat, Majlis Peguam, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Karpal Masuk Perangkap Sendiri, Niat Jahat Burukkan Institusi Kehakiman Demi Anwar
Tags : Anwar Ibrahim, DAP, Karpal Singh, Kes liwat, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Siswa UiTM dinasihatkan tidak sertai 901
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
Zaid Ibrahim dan Tony Pua dipelawa bertemu
Tags : DAP, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Zaid dan Tony Pua, Zaid Ibrahim
Thursday, December 29, 2011
Nik Aziz Perlu Bercakap Benar, Bukan Berbohong Demi Politik
Kor Ming lapor polis dakwa terima ugutan bunuh
Tags : DAP, Nga Kor Ming, nota ugutan, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, ugutan bunuh
Anwar akan bersumpah laknat pada 8 Januari
Tags : Anwar bersumpah laknat, Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
SAMAN BLOGGER: Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman
Tags : Blogger, DAP, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Saman Blogger
Wednesday, December 28, 2011
VIDEO: Kerana cemburukan BR1M, pemimpin MCA diancam
Tags : Bantuan Rakyat BRIM, BRIM, MCA, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Video
CUBAAN MURTAD: Golongan miskin, terbiar, remaja lepak, pesakit jadi sasaran
ANWAR LIWAT: Suka Sama Suka
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia, Suka sama suka
Tindakan Anwar kurang matang
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
Tuesday, December 27, 2011
VIDEO: Anwar Ibrahim dianggap Imam Mahdi?
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Imam Mahdi, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia, Video
Tindakan persoal Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dipertikai
ANWAR 901: Kempen seolah-olah Anwar bersalah
Tags : Anwar 901, Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Demontrasi PKR, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
KRISIS DAP: Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti
Tags : DAP, Karpal Singh, Krisis DAP, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Rayer Ramasay
Monday, December 26, 2011
Mustafa Ali Umpama 'cacing kepanasan'
Tags : Hasan masuk UMNO, Mustafa Ali Berbohong, Mustafa umpama cacing kepanasan, Pakatan Rakyat, PAS, Politik Malaysia
Saturday, December 24, 2011
MESTI BACA: Kemahiran Bohong, Fitnah Dan Dusta Anwar Makin Tidak Menjadi….
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Pembohong, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia, Tun Mahathir
Mustafa Ali minta pertemuan dengan pemimpin UMNO
Tags : Hasan Ali, Hasan Ali dipecat, Hasan masuk UMNO, Pakatan Rakyat, PAS, Politik Malaysia
VIDEO: Penyokong Anwar keluar parti di Permatang Pauh
Tags : Anwar Ibrahim, Keluar PKR, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia, Video
Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin
Tags : Hasan Ali, Hasan Ali keluar PAS, Pakatan Rakyat, PAS, PAS berlagak pandai, Politik Malaysia, Ulama PAS
Friday, December 23, 2011
VIDEO: Pengakuan seorang Ibu kahwini Anaknya
VIDEO: Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan
Tags : Khir Toyo Banglo, Khir toyo bersalah, Khir Toyo dipenjara, Politik Malaysia, Video
Adam Adli Terima Notis Tatatertib UPSI
Tags : Adam Adli, Adam Adli UPSi, Mahasiswa, Najib Razak, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Mahkamah Dapati Khir Toyo Bersalah
Tags : Khir Toyo Banglo, Khir toyo bersalah, Menteri Besar Selangor, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, UMNO
Mustafa ada bukti kaitkan Hasan Ali dengan UMNO
Tags : Hasan Ali, Hasan Ali dipecat, Hasan Ali keluar PAS, Hasan masuk UMNO, Pakatan Rakyat, PAS, PAS berlagak pandai, Politik Malaysia
Hadi bidas pemimpin PAS lagak pandai
Tags : Hasan Ali dipecat, Hasan Ali keluar PAS, Pakatan Rakyat, PAS, PAS berlagak pandai, Politik Malaysia
Thursday, December 22, 2011
PAS minta jaminan SPR guna dakwat kekal
Tags : Hasan Ali keluar PAS, Pakatan Rakyat, PAS hasut, Politik Malaysia, SPR
VIDEO: Hasan Ali Tak Mampu Mengaku Bersama PAS
Tags : Hasan Ali, Hasan Ali dipecat, Hasan Ali keluar PAS, Pakatan Rakyat, PAS, Politik Malaysia, Video
TERKINI: SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC
Tags : Lembu NFC, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Rasuah lembu, SPRM siasat lembu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu kenyataan pagi Khamis memberitahu ia telah membentuk sebuah pasukan khas untuk menyiasat secara keseluruhan isu National Feedlot Corporation (NFC).
Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN
Mahasiswa berhimpun tunjuk sokongan kepada PM
Tags : Mahasiswa, Najib Razak, Pakatan Rakyat, Perdana Menteri, Politik Malaysia, UMNO
Wednesday, December 21, 2011
Aziz Bari Letak Jawatan UIA
Tags : Aziz Bari berpolitik, Aziz Bari kritik Raja, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
Tun Mahathir hasilkan 3 aspek kepimpinan besar
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menghasilkan tiga aspek kepimpinan penting yang sangat besar dalam pembangunan negara.
Perjuangan Pas Ganti Negara Islam Adalah Sia-sia – Dr Hassan Ali
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini bertegas bahawa Pas perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan tidak perlu tunduk kepada desakan DAP.
Beliau berkata perubahan prinsip perjuangan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam bermula sejak ia menyertai pakatan pembangkang bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Katanya, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam adalah sesuatu yang "hampir tidak boleh dirundingi" dan tidak harus dilupakan semata-mata mahu meneruskan kerjasama dengan DAP.
"Kalau kita lihat yang menjadi "stumbling block" (penghalang) adalah pemimpin tertinggi DAP. Pengerusi (DAP Karpal Singh) kata langkah mayat dia dulu…nampaknya seperti pintu dah tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia masih hidup," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.
Hasan berkata seluruh peringkat kepimpinan Pas bertanggungjawab untuk menyorot semula hasrat penubuhan negara Islam dan meletakkannya kembali sebagai wadah perjuangan utama parti.
Sambil menyifatkan rancangan penubuhan negara berkebajikan sebagai suatu yang sia-sia, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, perjuangan asal Pas sudah rapuh ekoran parti itu mula dikuasai golongan bukan ulama.
"Untuk meletakkan asas negara Islam, kita perlukan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden ini. Saya yakin satu masa dahulu ulama Pas telah berjaya meletakkan inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat moden.
"(Tetapi), pada pengamatan saya, golongan bukan ulama ini lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya," katanya.
Malah, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia itu berkata, prinsip perjuangannya dalam memartabatkan Islam dan Melayu serta menobatkan Institusi Raja turut mendapat sokongan daripada penyokong akar umbi parti tersebut dan sebahagian besar rakyat negara ini.
Mengulas lanjut, Hasan berkata seandainya Islam-Melayu bersatu dan Institusi Raja dinobatkan, maka akan terbuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk penyatuan umat di negara ini tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.
"Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Psd mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan," katanya.
Hasan seterusnya menempelak sikap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustapa Ali dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menurutnya mencemarkan imej parti itu berdasarkan komen-komen bersifat peribadi yang mereka lontarkan terhadapnya.
Mustapa sebelum ini mengatakan bahawa Hasan telah terjerat dalam perangkap UMNO untuk melemahkan Pas, akibat pandangannya mengenai Islam, Melayu dan Institusi Raja, malah Mahfuz pula secara sinis mempersilakan Hasan menyertai UMNO.
Sementara Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menggesa Hasan untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti itu.
Beliau berkata Hasan sebenarnya mencemarkan imejnya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan kepada media yang jelas bertentangan dengan pendirian parti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tindakan Biadap Solidariti Tidak Wakili Suara Majoriti Mahasiswa
GEORGE TOWN, 20 Dis – Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SSKM) menyifatkan tindakan sekumpulan anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, tidak mewakili suara golongan itu di negara ini.
Pengerusinya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata tindakan SSM itu juga biadap dan SSKM menyelar perbuatan mereka.
"Tindakan mereka menggantikan bendera wajah Perdana Menteri dengan bendera SMM juga telah mendorong rakyat Malaysia, terutama mahasiswa, marah dan kurang selesa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.
Beliau berkata SSKM meminta polis menyiasat isu penurunan bendera yang dilakukan SMM itu secara terperinci.
"Kami juga mahu polis siasat sama ada penubuhan SMM merupakan pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) ataupun dengan mana-mana persatuan di dalam universiti mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971," katanya.
Muhamad Mukhlis juga berkata SSKM yang bernaung di bawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia serta mempunyai rangkaian di 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
Beliau berkata tindakan menurunkan bendera itu juga dilihat sebagai satu vandalisme dan ia merupakan kesalahan merosakkan harta benda awam atau milik persendirian.
Dalam kejadian itu, kira-kira 200 mahasiswa berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa, antaranya, menyekat kebebasan akademik, hak untuk berpolitik, kebebasan bersuara dan autonomi menjalankan pilihan raya kampus.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, December 20, 2011
Tun Mahathir Sekali Lagi Nafi Pernah Minta Bantuan Bank Dunia
PUTRAJAYA, 19 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
"Saya nak tengok…Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini…pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.
"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.
"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.
Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.
Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.
Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, December 12, 2011
Seri Paduka, Raja Permaisuri Agong Hadiri Jamuan Menjunjung Kasih
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini berangkat menghadiri majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, di Istana Negara di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Tuanku Nur Zahirah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri Rais, Datin Seri Maznah Rais, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.
Tuanku Mizan bertitah kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah memberikan kerjasama cemerlang sepanjang tempoh pemerintahan baginda.
"Ia secara langsung membolehkan beta melunaskan amanah selaku Ketua Negara dengan sebaik-baiknya demi negara kita yang tercinta ini," titah baginda.
Tuanku Mizan bertitah Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan sangat luas dalam menyumbang bakti kepada pertiwi melalui usaha dan pendapat, baik secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjana, memupuk perpaduan pada kalangan rakyat, menyokong tindakan kerajaan ke arah memakmurkan negara dan memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia.
"Pengalaman menerima khidmat Abdullah dan Najib menyedarkan beta betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya kerana proses peralihan kuasa antara kedua mereka berjalan lancar.
"Beta amat sukacita apabila saban tahun dipersembahkan dengan laporan-laporan ekonomi dan pembangunan negara yang menunjukkan hasil yang baik dan mendengar taklimat dan membincangkan hal ehwal pentadbiran negara, sebagai mana yang dipersembahkan oleh kedua-dua perdana menteri itu.
"Beta ingin berpesan kepada pemimpin negara dan rakyat Malaysia untuk terus berusaha memupuk, memelihara dan mengeratkan lagi perpaduan yang sedia ada dan beta memandang berat kecederungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya," titah Tuanku Mizan.
Baginda juga menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Tuanku Mizan bertitah antara kunjungan ke luar negara yang memberi kenangan manis ialah apabila berpeluang menjadi ketua negara Islam pertama menjejakkan kaki ke benua Antartika dan berpeluang menerokainya bersama saintis yang berpengalaman.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh pemerintahan baginda.
"Patik secara peribadi melafazkan keserasian amat sangat patik berurusan dengan Tuanku dalam semua hal. Sesungguhnya di bawah pemerintahan Tuanku, urusan berjalan dengan licin dan lancar. Hakikat ini amat dihargai oleh anggota jemaah
menteri, yang berassa amat senang dengan peranan Tuanku sebagai ketua negara,"
katanya.
Beliau berkata institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara adalah unik untuk Malaysia dan harus dipertahankan oleh rakyat.
"Ia milik semua, jangan sesekali ada pihak mencuba bermain api untuk mencabarnya (institusi diraja)," kata Najib sambil menambah kerajaan sentiasa berusaha memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.
Najib berkata kerajaan dan rakyat berasa bangga atas keprihatinan Tuanku Mizan sebagai raja berjiwa rakyat selain turut aktif dengan kerja amal dan kebajikan dan kesukanan.
Rais pula dalam ucapannya berkata selama lima tahun pemerintahan Seri Paduka, Malaysia terus maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
"Sesungguhnya, pelbagai dasar dan amalan di bawah gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa putik sudah menjadi buah, cita-cita sudah menjadi kenyataan dan didoakan, berkat sentuhan dan naungan Tuanku sebagai payung kedaulatan negara, keadaan ini terus berkekalan jua hendaknya," katanya.
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan berkuat kuasa pada 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, December 11, 2011
Kapal Selam : Alasan Baru Guan Eng Sudah Dijangka
Bandung 10 Dis - Pemuda umno percaya pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak akan memohon maaf berhubung isu kapal selam yang difitnah seluruh negara, malah sudah menjangka mereka akan mencari alasan baru ekoran dendam kesumat dan kepentingan politik semata-mata.
Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata sungguhpun ada percanggahan antara mereka berhubung isu berkenaan, namun ianya bukanlah titik noktah kepada isu tersebut kerana faktor penyatuan mereka adalah dendam selain bertujuan untuk mengalahkan BN.
Justeru beliau melihat pengakuan dan pengalaman Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng belayar dalam KD Tun Razak tidak akan kemana kerana budaya mereka adalah 'korek lubang dan tutup lubang'.
"Percayalah mereka tidak akan mengaku salah berhubung dengan apa yang mereka dakwa mengenai kapal selam itu sebelum ini. Dan sama sekali tidak akan keluar daripada mulut mereka ohhhh....sebenarnya kami salah sebelum ini.
"Dalam politik Malaysia,pembangkang tidak akan mengaku salah mereka.Apa yang kita dengar hari ini sememangnya dah dijangka kerana itu adalah sikap dan perangai mereka.
"Jadi janganlah kita tunggu pembangkang akan minta maaf dan mengakui dakwaan mereka sebelum ini tidak betul," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Bandung Games 2011 di sini hari ini.
Lim bersama dua timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,Datuk Mansor Othman dan P.Ramasamy diberi peluang menyelam bersam kapal selam kedua negara itu pada pameran LIMA.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar seterusnya membidas pimpinan pembangkang lain yang tidak menyahut peluang yang diberikan itu untuk melihat dan merasai situasi sebenar berada di dalam kapal selam tersebut.
"Yang tidak menyertai itu pada saya mungkin mereka takut kerajaan akan mendapat keuntungan kerana mereka akan melihat apa yang didakwa sebelum ini adalah tidak benar.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, December 10, 2011
Dap Niat Buruk Mahu Pecahkan Perpaduan Melayu
KUALA LUMPUR, 9 Dis. – Cadangan Dap yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti adalah satu strategi pembangkang untuk menggagalkan usaha mencapai perpaduan di kalangan masyarakat berbangsa Melayu.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory menyatakan bahawa sudah menjadi impian Dap untuk mencapai kuasa dan tentunya strategi sedemikian dibuat berikutan iktibar daripada kemenangan pakatan pembangkang di Perak dalam PRU-12 lalu yang meletakkan wakil dari Pas sebagai menteri besarnya.
"Kali ini tentunya Dap mahukan wakil daripada partinya sendiri yang berkuasa lantaran Undang-undang Tubuh Negeri mensyaratkan bahawa menteri besar mestilah dilantik di kalangan orang Melayu apatah lagi, mereka mahukan sokongan daripada bangsa Melayu sendiri," katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, Dap sudah lama bercita-cita untuk memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu kerana mereka sedar perpaduan tersebut adalah kunci kekuatan yang selama ini gagal untuk ditembusi oleh mereka.
"Hari ini mereka telah putuskan untuk meletakkan calon Melayu di kalangan para pengundi yang majoritinya Melayu bagi memberikan saingan kepada calon Barisan Nasional (BN) sama ada Melayu atau bangsa lain, tetapi secara tidak langsung memberikan saingan kepada orang Melayu untuk membuat pilihan dan dalam masa yang sama pengundi Cina akan beralih kepada parti tersebut," katanya.
Hari ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri Selangor, Khalid Abdul Samad mendedahkan bahawa DAP mencadangkan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam pilihan raya akan datang kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum.
"Inilah taktik Dap yang mahu memainkan peranan sebagai parti dominan di kalangan pakatan pembangkang termasuklah mahukan anggotanya menjadi calon dalam kerusi-kerusi tertentu biarpun di kawasan yang pengundinya adalah majoriti Melayu.
"Sebelum ini Dap tidak pernah bertanding dalam jumlah yang banyak untuk pilihan raya umum tetapi pada perkiraan saya, untuk akan datang mereka akan meletakkan calon yang lebih ramai termasuklah calon-calon yang terdiri dari orang Melayu sendiri," ujarnya.
Dalam PRU-12 lalu Dap memenangi 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi selain menerajui kepimpinan Pulau Pinang apabila Setiausaha Agungnya diangkat menjadi Ketua Menteri.
"Usha Dap untuk memancing orang Melayu sebagai calon sebenarnya sudah lama dilakukan dan kita juga tidak hairan jika dalam PRU-13 nanti ada orang Melayu mewakili Dap menentang calon UMNO atau BN sendiri.
"Ini semua akan berlaku apatah lagi dalam pakatan pembangkang tidak ada suara-suara yang berani untuk menyanggah perancangan Dap khususnya dalam usaha parti tersebut melebarkan sayapnya," katanya.
Selain itu, dalam perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, hujung bulan lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga telah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada, jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang disifatkan sebagai parti paling rasis.
Katanya, Dap menarik orang Melayu untuk menyertai parti itu dengan ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon pilihan raya selain jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu sedangkan tujuan sebenar bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu tetapi DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. – MediaUMNO
Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.
Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.
''DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, December 09, 2011
INFO BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA - AWAS!!!!
Pembangkang juga akan mengeluarkan borang yang bertujuaan untuk sabotaj program bantuan kerajaan. Mereka edar atau jual borang dan kutip balik borang tetapi borang digunakan untuk tujuan politik. Borang disimpan dan rakyat akan marah kepada kerajaan kononnya kerajaan mungkir janji.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, December 06, 2011
Beli Aset Pertahanan Negara Tidak Perlu Libatkan Pembangkang
LANGKAWI, 5 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kemampuan dan ketelusan jawatankuasa penilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa perlu melibatkan pembangkang dalam soal pembelian aset pertahanan negara.
Beliau berkata sistem perolehan pembelian aset pertahanan dibentuk oleh Kementerian Kewangan, dan sebelum sesuatu produk dibeli, ia dinilai sebuah jawatankuasa yang wujud dalam perkhidmatan tentera darat, udara atau laut.
"Kita yakin dengan sistem yang sedia ada yang telah ditentukan Kementerian Kewangan dan kita yakin dengan jawatankausa penilaian yang ada.
"Kalau aset-aset itu dikehendaki oleh tentera darat (contohnya), jadi jawatankuasa tentera daratlah yang akan buat penilaian untuk tentukan spesifikasi," katanya di atas kapal KD Jebat yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai untuk Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011), di sini hari ini.
Penilaian bukan sahaja dibuat daripada sudut teknikal sahaja malah mengambil kira soal pemindahan teknologi dan keuntungan yang bakal diperoleh negara pada masa panjang, terutama kepada industri pertahanan tempatan.
Ahmad Zahid berkata melalui pembelian beberapa aset pertahanan oleh ATM pada masa lalu seperti pesawat pejuang dan kapal perang,Malaysiamendapat keuntungan daripada segi mematangkan industri pertahanannya.
"Kita sudah dapat beberapa pemindahan teknologi terutama dalam bidang pembuatan bahan komposit dengan dua syarikat sudah diberikan teknologi pembuatan komponen komposit ini iaitu Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dan SME Aerospace," katanya.
Bukan setakat teknologi pembuatan bahan komposit sahaja, ada syarikat yang diberi kepercayaan pihak luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pembaikpulih (MRO) seperti Airod dan Zetro.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata keputusan akhir mengenai cadangan membeli pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) akan dibuat oleh kerajaan dan bukan menteri pertahanan.
"Kini kita mengekalkan MIG-29 kita, tetapi pada masa yang sama kita mencari skuadron baru MRCA," kata beliau.
Dilaporkan lima jenis pesawat MRCA sedang dinilai ATM iaitu Eurofighter Typhoon dari Britain, Gripen dari Sweden, Su-30 dari Rusia, F-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan Rafale dari Perancis.
Yang paling utama penilaian sesebuah pesawat MRCA itu dibuat berdasarkan soal teknikal, harga, pemindahan teknologi dan faedah yang bakal menguntungkan negara, kata Ahmad Zahid.
Wartawan media asing pula cuba mengaitkan cadangan pembelian jet pejuang MRCA serta perolehan dua kapal selam Scorpene sebagai persediaan menghadapi China yang terlibat dalam tuntutan bertindih kepulauan Spratly dengan beberapa negara serantau.
Menafikan hal itu, Ahmad Zahid berkata cadangan pembelian jet pejuang MRCA adalah untuk penggantian MIG-29 manakala perolehan kapal selam dirancang lama sebelum isu Spratly menjadi hangat.
Sementara itu, beliau berkata surat jemputan telah dihantar kepada pemimpin pembangkang untuk mereka menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak tetapi tiada sebarang maklum balas diterima daripada mereka.
LIMA '11 bermula esok hingga Sabtu ini.
Credit to UMNO Online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, December 05, 2011
Tun Mahathir: UMNO perlu mencalonkan pelapis muda
Tun Dr Mahathir berkata UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dlm PRU akan dtg bagi memberi peluang kpd mereka memegang jawatan dalam parti.
Beliau berkata wakil rakyat yg sudah berumur perlu berundur secara sukarela bg memberi ruang kpd golongan muda yg berkebolehan dan berbakat utk menyandang jawatan dlm UMNO.
'Kita masuk Umno bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO krn bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,' katanya pada "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, December 04, 2011
Gambar Sekitar Karnival Balau Dalat - dirasmikan Datuk Fadillah Yusof
Tags : Datuk Fadillah, Fadillah Yusof, Isu Masyarakat, Karnival Balau Dalat, Politik Sarawak
Anwar sanggup memfitnah, berbohong untuk jadi Perdana Menteri
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Pembohong, Najib Razak, Pakatan Rakyat, PKR, Politik Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selama tiga tahun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfitnah beliau dan berbohong dengan rakyat Malaysia semata-mata mahu mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Saturday, December 03, 2011
“Hitam Metalik”, “Balik India”… Parti Mana Yang Sebenarnya “Perkauman”?
KUALA LUMPUR 2 Nov – Pembangkang hari ini dibidas apabila dilihat cuba memaparkan bahawa UMNO adalah sebuah parti rasissedangkan mereka yang sebenarnya lebih rasis apabila sanggup menggelarkan pihak lain dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya.
Justeru Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim melihat sikap tuding jari itu hanyalah untuk menutup cauvunisme mereka yang kini terbentang luas dan diketahui umum.
Menurut beliau UMNO sama sekali tidak bersikap cauvunis dan perkara itu terbukti pada Perhimpunan Agung UMNO yang banyak membicarakan untuk kepentingan semua dan negara secara keseluruhannya.
"Bila kita bercakap orang lain buruk tidak bermakna kita baik. Satu hari suntuk Pemuda UMNO berbahas saya tidak nampak pembangkang petik benda yang bagus kita bahas.. dia kutip benda yang tak bagus dan kemudiannya pergi "tweet".
"Ada banyak cerita dan banyak perkara yang saya sendiri pun pertama kali dengar dalam ucapan dan sesi perbahasan yang tidak perlu saya ulang yang menunjukkan bahawa tidak ada niat langsung untuk kita bersikap perkauman.
"Tetapi yang berlaku di luar lebih teruk sampai terbawa-bawa dan buang masa kita. Dalam kita mahu bergerak ke hadapan kita terpaksa buang masa cerita pasal "hitam metalik" ini. Sepatutnya janganlah dibangkitkan perkara itu tetapi nak buat macammana sebab perkataan itu terlalu kurang ajar dan perkauman. "Hitam metalik" dan "haramjadah" dia kata…siapa yang rasis sebenarnya…..takkan UMNO lagi rasis," katanya.
Beliau berkata demikian sesi soal jawab bersama pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam sempena perhimpunan Agung UMNO 2011, di PWTC, di sini, hari ini.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini berkata, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya menegaskan UMNO tahu dan faham bahawa budaya mengata dan mewujudkan rasa benci dan salah faham antara kaum adalah berbahaya.
"Dia buat itu nak cover cauvunisme. Jadi mereka tuduh la dulu UMNO ini rasis dan sebagainya. Beritahu saya satu perkara yang UMNO ini rasis. Kita bila ada satu pemimpin Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera buat kenyataan dan sungguh pun tarik balik dan minta maaf, kita tetap ambil tindakan.
"Namun mereka pula apakah ada diambil tindakan bercakap atas pentas Pas dan kemudiannya disahut dengan laungan Allahhuakbar…. Mat Sabu ada sebelah. Apa Pas punya pendirian terhadap "hitam metalik" dan "haram jadah" itu….Macam setuju jer…tak ada buat kenyataan pun..akhirnya minta maaf mana boleh minta maaf.
"Tarik balik pun tak boleh sebab bila kita ajar kat budak-budak "ok" untuk cakap macam ini kemudiannya tarik balik. Ini jadi budaya dalam negara. Apa jadi kalau dia buat kenyataan dan terus bergaduh besok serta tak sempat buat kenyatan tarik balik.
"Sebab itu kita anjurkan cara hidup yang lebih tertib dan hormat menghormati lepas tu dia kata kita rasis…macam mana nak jawab tu," katanya.
Untuk rekod sebelum ini pun ada pemimpin DAP yang menghamburkan kenyataan "balik India" kepada salah seorang pengusaha restoran di Pulau Pinang selain menggelarkan seorang ahli parlimen berbangsa India dengan panggilan "binatang" di Parlimen baru-baru ini.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, December 02, 2011
Rakyat Jangan Terpedaya Laungan Demokrasi Pembangkang
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Rakyat Malaysia tidak patut terikut-ikut dengan amalan demokrasi yang diuar-uarkan pembangkang kerana demokrasi yang diamalkan diMalaysia adalah bersesuaian dengan prinsip dan nilai ketimuran.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata rakyat perlu mempertahankan hak untuk memilih, dan tidak meniru amalan demokrasi di negara lain secara membabi buta, yang akhirnya akan merosakkan keamanan yang dikecapi negara selama ini.
"Pembangkang yang begitu terdesak kini banyak menggunakan kaedah tidak demokratik bagi menjatuhkan kerajaan seperti membawa rakyat ke jalanan untuk menunjuk perasaan mencabar kerajaan.
"Kita juga amal demokrasi, tapi ikut cara kita. Kita nak jadi negara maju ikut acuan kita. Jika ada amalan baik di negara-negara maju, kita contohi. Amalan yang tak sesuai dengan budaya ketimuran kita, itu kita tolaklah," katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata adalah tanggungjawab anggota UMNO untuk menerangkan fakta sebenar kepada rakyat agar mereka faham dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang kononnya memperjuangkan demokrasi.
Mengenai perkembangan di Kedah, Mukhriz berkata selepas lebih tiga tahun ditadbir Pas, masih tiada perubahan signifikan yang dibawa ke negeri Jelapang Padi itu.
Katanya bukan sahaja tiada usaha merancakkan ekonomi, malah tiada satu pun masjid atau surau yang didirikan oleh parti yang dikatakan memperjuangkan Islam itu.
Mukhriz berkata beliau percaya rakyat Kedah kini lebih bijak membuat pilihan dalam menentukan siapa yang lebih berhak mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Credit to UMNO Online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Muncul Seorang “Nabi” Dalam Pas..!!!
Nampaknya, di saat Pas kini boleh mendabik dada kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, apabila dikhabarkan telah muncul seorang "nabi" di kalangan pimpinan parti itu. "Bertuah" sungguh puak-puak Pas..!
Dikhabarkan melalui sebuah video yang dirakam, seorang penyokong tegar Pas yang bertopengkan identiti "ustaz" di Kelantan dalam ceramahnya mendakwa Nik Aziz Nik Mat boleh dianggap sebagai Nabi.
Katanya, semua orang alim atau ulama adalah Nabi. Nama "ostat" itu ialah Shamsul Zaman Syukri atau dikenali sebagai "ostat budak".
Sebenarnya, saya tidak tahu atas dasar apa individu ini dipanggil "ustaz". Apakah kerana dia mengajar agama? Adakah kerana dia memakai jubah? Atau apakah kerana dia berserban dan memberikan ceramah agama? Atau dia dipanggil "ostat" kerana ke semua yang di atas.
Saya ingin bertanya, sebagai seorang "ostat", apakah dia tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa TIADA NABI SELEPAS BAGINDA DAN YANG ADA HANYALAH KHALIFAH-KHALIFAH yang kita gelarkan sebagai "khulafa urrashidin".
Apakah "ostat budak" ini tidak pernah mendengar tentang sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa ULAMA ITU PEWARIS NABI? Dan TIDAK PERNAH pula saya dengar Baginda SAW bersabda bahawa ULAMA ITU ADALAH NABI, sebagaimana yang didakwa oleh Shamsul Zaman itu.
Peliknya, "ostat budak" ini sanggup mengeluarkan fatwa sebegitu kontroversi yang mampu mengelirukan ramai pihak, khususnya umat Islam yang berada di dalam Pas.
Adalah sangat memalukan apabila "ostat Pas totok" ini membuat fatwa sesuka hati mak bapaknya saja tentang kenabian Pok Nik Ajis! Sekiranya benar Pok Nik Ajis itu Nabi, apakah mukjizat yang dimiliki Mursyidul Am Pas itu? Apakah mukjizatnya ialah memberikan tiket ke syurga..???
Perkara ini bukan perkara main-main. Ia jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW. Pada saya, saya lebih beriman dan percaya kepada sabda Rasulullah SAW berbanding kata-kata fatwa dari seorang individu yang entah siapa seperti Shamsul Zaman.
Apakah kerana dia berjubah, berserban, mampu berbahasa arab dan mengungkap ayat Al-Quran maka dia layak digelar "ustaz"? Pada saya, jawapannya jelas tidak! Apatah lagi untuk melayakkan dia untuk mengajar agama, jauh panggang dari api!
Sekiranya penampilan dan gayanya menyampaikan ceramahnya itu melayakkan dia bergelar "ustaz", saya percaya lebih ramai lagi individu yang bersifat begitu yang layak diberikan gelaran yang sama sepertinya. Ramai yang mampu dan berkebolehan sepertinya. Saya sendiri pun boleh..!!!
Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Shamsul Zaman supaya fikirkan kembali apa yang telah dicakapkannya itu. Kata-katanya jelas menafikan hadis Rasulullah SAW. Sebagai seorang "ostat", apakah dia layak untuk menafikan sabda seorang Nabi dan seorang Rasul yang sebenar?
Jangan sampai diakhirat nanti, dia dipersalahkan kerana memesongkan aqidah umat Islam di negara ini.
Sebagai saudara seagamanya, saya risau juga jika dia tak cium bau syurga nanti! Jangan kerana sokongan politik, dia sanggup gadai iman dan aqidahnya sendiri….
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)

















