Cadangan SPR Membenarkan Media Mengundi Lebih Awal Dialu-alukan

KUCHING, 30 Okt – Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan masyarakat media di negara ini mengundi lebih awal mendapat sambutan positif daripada golongan media di Sarawak.

Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Pang Boon Soon berkata sudah tiba masanya SPR memperluaskan skop itu kepada mereka yang boleh dibenarkan mengundi lebih awal.

"Ia akan lebih memudahkan kita kerana pada hari mengundi kita sudah tentu tidak boleh mengundi kerana terlalu sebuk dengan acara dari masa pengundian sehinggga pengumuman keputusan," katanya yang juga bendahari Persatuan Wartawan Sibu (SJA) kepada Bernama di sini hari ini.

FSJA yang ditubuhkan pada 1981 oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Institut Wartawan Rejang dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) mewakili lebih 300 wartawan di Sarawak.

Pengerusi KDJA Alice Wee berkata media diberi peluang untuk menggunakan hak demokratik semasa pilihan raya tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen rasmi.

"Media hendaklah diberikan hak keistimewaan (mengundi awal atau undi pos) kerana ia akan dihantar lebih awal atau bertugas ke luar kawasan semasa pilihan raya dan dan agak menyedihkan mereka tidak boleh pulang ke kawasan pilihan rayanya untuk mengundi disebabkan komitmen kerja," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan itu di sini hari ini.

Beliau berharap SPR boleh mempercepatkan pelaksanaan cadangan itu agar ia boleh dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Presiden NSJA Rick Wong juga memuji cadangan itu bukan hanya meliputi media tetapi juga sektor kritikal lain seperti perubatan.

Jumaat lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata selain media, ia juga bercadang membenarkan komuniti perubatan, syarikat penerbangan dan persisiran minyak dan gas mengundi lebih awal seperti pasukan polis dan angkatan tentera pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini telah menilai beberapa cadangan lain seperti penggunaan dakwat dan system biometrik. -

MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MESTI BACA: Bila Tukang Caci Diangkat Menjadi Pemimpin….

Di Malaysia, laluan kerjaya sebagai pemimpin politik pembangkang berbeza dengan laluan kerjaya yang dilalui sebagai pemimpin di dalam parti pemerintah.

Mahu jadi pemimpin di dalam parti pembangkang, perlu pandai menjadi pembangkang yang berkesan. Selalunya kebolehan berpidato akan menjadi asas penting untuk menjadi pemimpin pembangkang yang berpengaruh dan berkesan.

Faktor lain yang penting seperti kritis, pandai mencari isu, membangkit sentimen, emosi dan melancarkan propaganda adalah faktor yang akan menambah atau merangsang lagi sokongan rakyat. Benar atau salah bukan faktor penentu kepada tahap sokongan.

Faktor kebolehan mentadbir juga bukan faktor penting bagi seseorang pemimpin pembangkang.

Kebolehan mentadbir ini tidak perlu pun diambil kira. Sebabnya, mereka tidak mentadbir kerajaan. Mereka hanya menjadi pembangkang. Mereka terlepas dari sebarang tanggungjawab sebagai penggubal dan perlaksana dasar.

Pemimpin kerajaan pula amat mudah untuk dinilai kpinya berbanding dengan pemimpin pembangkang kerana jika sesuatu dasar itu gagal, bermakna mereka gagal sebagai pemimpin kepada badan perlaksana.

Sebaliknya fungsi sebagai pemimpin pembangkang hanya perlu cari setiap kelemahan dasar dan perlaksanaan kerajaan, kritik dan sebarkan kepada rakyat.

Sebagai pembangkang, lebih banyak terjumpa kecacatan terhadap pentadbiran kerajaan yang sedang memerintah, itu adalah lebih baik.

Sebagai pembangkang, lebih banyak terjumpa kecacatan terhadap pentadbiran kerajaan yang sedang memerintah, itu adalah lebih baik.

Misi sebagai pemimpin kerajaan juga tidak sama dengan misi sebagai pemimpin pembangkang. Misi utama pembangkang adalah untuk mengambil tempat menggantikan kerajaan sedia ada, manakala misi kerajaan adalah menjalankan pentadbiran sesebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.

Juruodit atau malaikat Atid hanya bertindak sebagai pelapur dan pencatat terhadap sesuatu tatacara yang berlaku. Mereka tiada kepentingan lain seperti mahu merampas kuasa dan menjadi kerajaan seperti mana pembangkang.

Pembangkang bukan saja perlu menjadi juruodit atau malaikat Atid, malah pemimpin pembangkang mesti bergerak untuk memastikan mereka menjadi alternatif rakyat bagi mengganti kerajaan sedia ada.

Pendek kata, keperluan atau ukuran nilai kepimpinan sebagai pemimpin pembangkang dan sebagai pemimpin kerajaan amat berbeza.

Keadaan ini boleh diibaratkan antara pentadbir universiti dengan persatuan pelajar atau ibarat pentadbir sekolah dengan persatuan pelajar. Keperluan ciri-ciri, nilai dan fungsi kepimpinan amat jauh berbeza.

Pepatah juga juga ada menyebut, "tukang yang paling senang kerja adalah tukang caci".

Pepatah juga juga ada menyebut, "tukang yang paling senang kerja adalah tukang caci".

Tukang caci tidak perlu buat apa-apa. Hanya perlu tahu serba sedikit tentang selok-belok pertukangan untuk tujuan memberi komen dan kritikan. Tetapi seorang yang benar-benar bertukang, dibahunyalah terletak bebanan tugas dan keberhasilan terhadap apa yang dibuat.

Jika rumah siap tapi pahat berbunyi, maka mahu tidak mahu tukanglah yang bertanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan.

Persoalannya, adakah disebabkan rumah siap pahat berbunyi, maka kita mesti gantikan tukang ini dengan tukang caci? Betulkah tindakan kita?

Kita boleh lihat tukang-tukang yang telah dipecat, diguling atau yang telah dihukum bunuh disebabkan rumah yang dibina tidak berapa sempurna. Rumah yang tidak berapa sempurna binaannya itu terus runtuh dan hancur terus setelah diambil-alih oleh tukang caci.

Afghanistan,Iraq danLibya adalah contoh terbaik yang telah membuat kesilapan memilih tukang caci untuk menggantikan tukang yang sebenar.

Walaupun tukang sebenar itu tidak berapa mahir dan sempurna seperti yang dikehendaki, tetapi pengganti yang diambil hanya tahap tukang caci, akhirnya keadaan sedia ada telah menjadi lebih buruk.

Kita masih bernasib baik kerana tukang caci ini hanya diberi mandat di Selangor, Kedah danPenang saja. Kita boleh lihatlah apa jadi kepada negeri-negeri setelah diberi kepada tukang caci.

Hanya mereka yang tidak waras saja yang akan mengatakan negeri-negeri ini lebih baik dan lebih maju sejak ditadbir oleh tukang caci.

Kamarulzaman Kamdias

(kkamdias.blogspot.com)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

VIDEO: Cerita Sebenar Mat Sabu Gelar Anwar Al-Juburi




Cerita selanjutnya baca di SINI

VIDEO: Tangisan dan Rayuan untuk Nik Aziz

credit to papagomo

Negeri pakatan juga perlu jawab teguran Ketua Audit Negara

SITIAWAN: Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik dasar transformasi kerajaan berikutan ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini 'The School Times' di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.

Tidak perlu liberalisasi - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Malaysia tidak perlu melaksanakan liberalisasi sektor automotif kerana negara-negara maju lain masih mengamalkan sekatan pelaburan dalam sektor itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan sebagai tidak adil jika ia dilaksanakan berkata, negara-negara Eropah, Korea Selatan dan China didapati masih mengamalkan sekatan pelaburan asing dalam sektor tersebut.

''Kita belum bersedia untuk meliberalisasi sektor automotif walaupun kerajaan mahukannya bagi menarik pelaburan asing.

''Jika semua negara meliberalisasikan sektor automotif, maka kita bersedia untuk melakukan pasaran terbuka,'' katanya selepas menghadiri majlis minum petang bersama beliau anjuran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengarah Urusan Perodua, Datuk Seri Aminar Rashid Salleh.

Ketika ditanya mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang akan dibentangkan pada Disember depan, Dr. Mahathir menjawab, kerajaan sepatutnya mengutamakan kepentingan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan tempatan terlebih dahulu berbanding kepentingan pihak lain.

Laporan Ketua Audit Negara: Muhyiddin arah tindakan disiplin

SITIAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan tindakan disiplin terhadap unsur salahguna kuasa seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Muhyiddin berkata, kerajaan memandang serius semua teguran dalam laporan itu bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk faedah rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan School Times di SMK Batu 10 Lekir di sini sebentar tadi.

VIDEO: Pemuda ini mengaku bunuh Gaddafi


credit to Russia Today

Prinsip Keadilan Pakatan Pembangkang, Baik Untuk Mereka, Buruk Orang Lain

KUALA LUMPUR, 25 Okt. – Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam melihat pakatan pembangkang tidak pernah selari dalam menentukan prinsip perjuangannya apatah lagi dalam hal-hal yang membabit kepentingan parti mereka sendiri.

Katanya, seakan telah sebati dan menjadi sifat pembangkang apabila terkena pada pihak mereka maka semua perkara tidak menjadi masalah dan langsung tidak disuarakan sebaliknya apabila dilakukan oleh kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO maka semuanya menjadi salah.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 kita sendiri tentunya dapat membuat penilaian berkaitan pihak mana yang selalu saja bersifat menuding jari kepada orang lain, tidak terbuka dan melaksanakan tanggungjawab tanpa melihat kepada tahap profesionalisme,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan pendirian pembangkang yang cenderung mempertahankan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari apabila dikenakan tindakan tatatertib biarpun ia melibatkan mempertikai titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

“Jika ia dilaungkan atas alasan soal demokrasi, undang-undang atau melibatkan keadilan tetapi persoalannya mengapa apabila tekanan politik dilakukan kepada pihak lain yang dibuat oleh kerajaan pentadbiran mereka sendiri maka tiada sebarang pembelaan dilakukan,” soalnya.

Dalam hal ini, beliau membuat perbandingan dengan Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr. Rosti Saruwono dengan notis 24 jam Ogos lalu yang dikatakan akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Dilaporkan Dr. Rosti membuat keputusan keputusan tersebut berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Bentang Belanjawan Defisit RM213.71 Juta

GEORGE TOWN, 24 Okt – Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini membentangkan belanjawan 2012 berdefisit RM213.71 juta berbanding deficit jangkaan untuk tahun 2011 sebanyak RM107.78 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan belanjawan tahun 2012 dijangka defisit sebanyak RM213.71 juta itu akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM572.49 juta.

Katanya, sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta juga telah dijangka dalam belanjawan tahun semasa 2011, namun Kerajaan Negeri dijangka masih berupaya mencatat lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Dengan simpanan terkumpul negeri bertambah pada akhir tahun 2011 nanti, keperluan untuk mempertanggungkan perbelanjaan negeri tahun 2012 kepada simpanan terkumpul dijangka tidak akan melibatkan pengurangan drastik kepada jumlah simpanan terkumpul negeri," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Selain itu, Lim berkata berdasarkan punca negeri, belanjawan keseluruhan yang dicadangkan bagi tahun 2012 sebanyak RM740.53 juta, tidak mengambilkira RM12.0 juta pinjaman Persekutuan, yang merupakan peningkatan RM102.48 juta atau 16.06 peratus berbanding belanjawan keseluruhan daripada punca negeri untuk tahun 2011 sebanyak RM638.05 juta.

Beliau berkata anggaran belanjawan mengurus berjumlah RM599.60 juta merupakan peningkatan sebanyak RM106.50 juta atau 21.6 peratus jika dibandingkan dengan belanjawan mengurus tahun 2011 sebanyak RM495.10 juta.

"Manakala anggaran belanjawan pembangunan daripada punca negeri sebanyak RM320.93 juta jika dibandingkan dengan belanjawan pembangunan cara langsung tahun 2011 (RM294.95 juta), merupakan peningkatan RM25.98 juta atau 8.81 peratus," katanya.

Lim berkata kerajaan PulauPinangmenganggarkan hasil yang dikutip akan melebihi RM385 juta iaitu peningkatan RM562,160 atau 0.15 peratus berbanding anggaran tahun semasa 2011 (RM385.33 juta).

Menurutnya, pertambahan hasil yang dijangka amat sedikit sekali kerana kerajaan negeri tidak mempunyai hasil sumber baru.

"Jumlah hasil negeri telah melonjak naik kepada RM513.45 juta setakat 12 Oktober 2011 berikutan dihapus kira baki pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar, tetapi pencapaian tersebut tidak dapat diulangi pada tahun 2012," katanya.

Lim berkata kerajaan negeri yakin anggaran hasil lebih RM385 juta akan dapat dikutip dan optimistik kutipan hasil tahun 2012 akan dapat ditingkatkan lagi berbanding anggaran.

"Kandungan hasil tahun 2012 terdiri daripada perolehan cukai sebanyak RM127.50 juta atau 33.04 peratus, hasil bukan cukai RM145.27 juta atau 37.65 peratus dan terimaan bukan hasil RM113.12 juta atau 29.31 peratus," katanya.

Kerajaan negeri, katanya, akan terus berusaha menambahkan hasil melalui peningkatan sistem pengurusan hasil, kecekapan dan ketegasan.

Credit: UMNO Online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

UMNO Pulau Pinang saman Guang Eng, 3 lagi RM30 juta

KUALA LUMPUR 24 Okt. - UMNO Pulau Pinang hari ini memfailkan saman fitnah untuk menuntut ganti rugi RM30 juta daripada Lim Guan Eng dan tiga yang lain berhubung penyiaran artikel mengenai demostasi ganas di negeri itu yang didakwa mempunyai kenyataan menyinggung.

Saman tersebut difailkan oleh Pengerusi Badan Phubungan UMNO negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman menerusi firma guaman Tetuan Jahaberdeen & Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Zainal Abidin menamakan Guan Eng atas kapasiti peribadinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Segmen Fleksibel Sdn. Bhd. dan Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- Najib

Kuala Lumpur, 23 Okt – Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

VIDEO: Kemalangan Maut Marco Simoncelli di Sepang MotoGP 2011




SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Kecenderungan Pembangkang Salahkan UMNO dan BN Atas Semua Masalah

Serdang, 22 Okt- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

"Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO.

"Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya.

Credit: media UMNO

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

VIDEO: Saat-saat akhir kematian Gaddafi

Al-Fatihah
credit to Russia Today

Eksklusif : Video Pembunuhan Muammar Gaddafi



Muammar Gaddafi ditangkap dan terbunuh

TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi ditangkap pejuang revolusi negara itu di bandar kelahirannya di Sirte, hari ini, demikian menurut laporan televisyen Libya yang memetik Majlis Ketenteraan Misrata.

Bagaimanapun, laporan penangkapan itu masih belum dapat disahkan badan bebas lain.
Gaddafi dilaporkan ditahan selepas berlaku pertempuran tetapi ada khabar angin bahawa bekas Presiden Libya itu terbunuh akibat cedera parah.

Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah Libya mendakwa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang ketika tentera NTC melakukan serbuan.

Hanya Tiga Keluarga Anak Beranak Anggotai Kabinet Bayangan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 19 Okt - Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Dr. M.Kayveas tidak hairan sekiranya pakatan pembangkang masih terus berdiam diri dan tidak mengemukakan nama-nama bagi mengisi kabinet bayangan yang pernah mereka utarakan.

Katanya, tindakan sekutu pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang masih tidak menamakan anggota mereka untuk mengisi kabinet sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang bukanlah satu taktik politik.

“Kita tak payah terkejut dengan apa yang mereka lakukan kerana tentunya hanya ada tiga keluarga saja yang akan menduduki kabinet bayangan iaitu keluarga Anwar Ibrahim, keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang pernah menyuarakan bahawa mereka sudah mempunyai kabinet bayangan yang akan dikemukakan sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kita sendiri tengok sekarang dalam parti mereka mana ada orang lain yang berkuasa selain tiga keluarga dengan anak isteri masing-masing jadi tentunya jawatan-jawatan dalam kabinet juga akan diletakkan kepada nama-nama terbabit tidak kiralah sama ada Anwar atau Kit Siang yang jadi Perdana Menteri.”

“Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa beliau enggan menjadi Perdana Menteri dan sekiranya dilihat trend sekarang ini tidak mungkin jawatan tertinggi tersebut akan diserahkan kepada Hadi Awang,” katanya.

Malaysia naik 5 kedudukan pada laporan perniagaan

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kedududkan Malaysia meningkat lima anak tangga ke tempat ke-18 di dalam Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012, di hadapan banyak negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Switzerland.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, laporan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem serahan perkhidmatan awam.

"Kedudukan dunia itu menunjukkan bahawa langkah pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan mulai membuahkan hasil,” katanya. Beliau juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah).

Sejak 24 bulan yang lepas katanya, pelbagai perubahan telah dilaksanakan di dalam agensi-agensi sektor awam bagi memudahkan prosedur dan meningkatkan ketelusan dan keefisienan.

PKR dan PAS tidak sertai Himpunan Sejuta Umat

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut. "PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata PAS turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan tersebut.

PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan yang dijangka akan dihadiri seramai sejuta umat Islam di stadium tersebut, katanya.

Guan Eng Berdolak Dalih Tentang Dakwaan Cabul

PULAU PINANG, 18 Okt – Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.

Mengulas perkara tersebut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin berkata walaupun perkara ini tiada bukti sahih namun selaku Ketua Menteri, Guan Eng perlu menjawab isu ini demi memulihkan imejnya.

Katanya, sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?

“Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sekiranya Guan Eng enggan memberikan sebarang penjelasan dan terus mengelak tambahnya masyarakat akan menganggap bahawa dakwaan tersebut adalah benar.

Najib terima pengiktirafan PBB - Malaysia Destinasi ke 7 Dunia

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi pemimpin Asia kelima menerima pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran kejayaan Malaysia muncul destinasi pelancongan ke sembilan paling menarik di dunia.

Serentak dengan itu, PBB melalui Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) mengharapkan sokongan politik daripada Perdana Menteri bagi memperkasakan lagi sektor tersebut yang kini muncul sebagai industri ketiga terbesar di dunia.

Setiausaha Agung WTO, Dr. Taleb Rifai berkata, kejayaan Malaysia muncul selaku salah satu daripada 10 destinasi paling menarik di dunia membuktikan keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan sektor pelancongan.

"Sebab itu kami memilih untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia terutamanya sokongan daripada Perdana Menteri sendiri bagi membangunkan industri ini secara keseluruhan. Kami percaya banyak idea positif Malaysia boleh dimanfaatkan bersama.

"Negara ini merupakan negara Asia kedua selepas China yang tersenarai sebagai 10 destinasi paling menarik di dunia," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat bertajuk 'Pemimpin Global Bagi Kempen Pelancongan' di Parlimen, di sini hari ini.

VIDEO: Khairy Belasah Anwar di Parlimen



credit to link

Lagi Ahli PAS Sertai UMNO di Kedah...

KUALA NERANG, 16 Okt – Seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di sini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, hari ini.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umnokerana mereka sedar hanya Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Lembah Gula, Mat Jaya Putih, 53, berkata selama 12 tahun bersama PAS, beliau mendapati semua janji-janji yang dibuat parti itu tidak ditunaikan.

“Mereka sering menabur janji tetapi ia adalah janji-janji kosong yang hanya mahu mengaburi mata rakyat. Mereka janji nak selesaikan masalah tanah penduduk tapi sehingga sekarang ia tak pernah selesai malah menjadi semakin rumit,” katanya yang dipecat pengerusi MKK tanpa sebab.

UMNO tidak ambil P. Pinang jika BN menang

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, jawatan Ketua Menteri negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen lain atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga yang besar.

Tambah beliau, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya UMNO negeri itu tidak membangkitkan mengenainya.

''UMNO tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang sebaliknya kita akan bekerjasama dengan parti komponen lain seperti Gerakan, MCA dan MIC (dalam isu ini).

''Gabungan ini perlu menawarkan pilihan dan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah (buat rakyat)," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan Gerakan, Najib melaungkan keyakinan bahawa BN mampu merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Najib menyeru semua ahli Gerakan dengan sokongan parti-parti komponen BN lain agar sentiasa turun padang dan mendekati serta menyelami penduduk Pulau Pinang.

BN Janji Ambil Balik Tanah Rakyat dari Kerajaan PAS Kelantan

KOTA BHARU 14 Okt – Barisan Nasional (BN) akan mengambil balik dua bidang tanah yang akan dibangunkan kondominium serta hotel hotel mewah oleh kerajaan Pas Kelantan sekiranya BN menawan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tanah tersebut adalah tanah kerajaan negeri dan ia terletak di lokasi strategik di Kampung Putih dan Kampung Limau Manis dekat sini .

Katanya, tanah itu akan dibangunkan sebagai perumahan rakyat bagi menampung keperluan penduduk bandar ini yang kian mendesak.

Beliau berkata, pengambilan balik tanah itu perlu dilakukan kerana tidak ada tanah milik kerajaan negeri dalam bandar ini dan kedua-dua bidang tanah tersebut amat penting untuk membantu menyelesaikan masalah perumahan di bandar ini.

“Sekiranya BN menang, saya akan berusaha dan ikhtiar untuk berurusan dengan kerajaan negeri pada masa itu untuk membatalkan perjanjian mendirikan ‘kondotel’ di Kampung Tanah Putih dan kondominium di Kampung Limau Kasturi.

VIDEO : TV Selangor Sahkan Anwar Mati Pucuk

Benar atau Tidak? Laporan ini dari Media Pembangkang, media yang telus serta luar dari tabii media perdana...

Mesyuarat Sulit Pakatan Pembangkang… Sahkan Pas Terpaksa Melutut Kepada DAP

KUALA LUMPUR 13 Okt – Seperti dijangka Pas tidak mampu berbuat apa-apa bila berdepan dengan DAP. Ternyata apa yang dilaungkan serta apa jua amaran yang kononnya diberikan Pas tidak ubah seperti harimau dicabut gigi.

Dan mesyuarat sulit yang dikatakan menjadi platform untuk mencapai persetujuan bersama itu rupa-rupanya telah dihadiri pimpinan tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan selain pemimpin PKR yang mungkin sekadar pemerhati bebas.

Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Lim berkata, Pakatan Rakyat akan hanya melaksanakan dasar-dasar yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin ketika diminta mengenai keputusan yang sudah dijangka itu itu secara sinis mengucapkan takziah kepada Pas kerana tersungkur di kaki DAP.

“Takziahlah kepada Pas sebab apa yang diperjuangkan selama ini digagalkan dengan begitu sahaja oleh DAP dan saya nampak amat sedih perjuangan Pas tamat di situ sahaja.

“Bukankah untuk Pas hudud itu mereka kata mesti diperjuang dan dilaksanakan…jadi dalam situasi hari ini nampaknya tidak dapat dilaksanakan dan saya ucapkan takziahlah…Mereka tersungkur dengan begitu mudah sekali.

“Bagi kita, Islam adalah satu agama yang begitu sempurna serta luas dan hudud bukan segala-galanya,“ katanya.

UMNO sedia hadapi Pas jika DUN dibubar

BACHOK 14 Okt. - UMNO Kelantan sedia menghadapi kemungkinan Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen apabila pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yakin sekiranya langkah itu dilakukan Pas, peluang untuk merampas semula negeri ini semakin cerah.

"Jentera parti dapat menumpukan sepenuh kekuatan yang ada jika ia dibuat secara berasingan," katanya selepas melakukan lawatan ke peti undi Tanjung Jering dekat sini petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam agar Pilihan Raya Umum Ke-13 elok diadakan pada tempoh yang paling hampir dengan tarikh mandat kerajaan sedia ada berakhir pada April 2013.

Menurut Dr. Mahathir, ia bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) tidak membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Demonstrasi Di Indonesia : Malaysia Hanya Mangsa Permainan Politik Dalaman

PUTRAJAYA, 13 Okt – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Jakarta adalah disebabkan oleh permainan politik murahan oleh pembangkang di negara itu.

Beliau berkata isu sempadan Malaysia-Indonesia yang merupakan punca rusuhan itu tidak seharusnya timbul kerana tiada pencerobohan yang berlaku di kawasan terbabit, dan ia merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab oleh anggota Parlimen yang terlibat.

"Kita cuma menjadi mangsa kerana sasaran itu bukan kita tetapi adalah politik diIndonesiadan mereka menggunakanMalaysiasebagai alasan dan ini adalah politik yang saya anggap murahan dan tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebuah negara yang berdaulat iaituMalaysia.

"Saya mengesyorkan dan meminta ahli-ahli Parlimen yang membuat tuduhan-tuduhan liar itu supaya memberhentikannya oleh kerana mereka tidak akan mengetahui tentang implikasi negatif dan besar akan berlaku sekiranya ianya berterusan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun Koichiro Gemba di Wisma Putra di sini hari ini.

Dalam kejadian tengah hari semalam, sekumpulan 650 orang dari kumpulan dikenali Forum Betawi Rempug (FBR)  mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan BesarMalaysiasehingga menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dipanggil beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataannya di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia membabitkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

"Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

"Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang sering kali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali beri media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk 'mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil' lebih lagi dalam keadaan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) semakin mendekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Hu dilapor berkata, media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam PAS terutama dalam soal hukum hudud.

Hu berkata, beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.

BAJET PRIHATIN: Perhatian untuk rakyat berpendapatan 3 ribu ke bawah!!!

Bantuan rakyat sebanyak RM500 kpd isi rumah yg berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah diagihkan mulai Januari 2012.

sehubungan dengan itu,pembayaran tersebut akan dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memastikan mereka yg benar2 berhak sahaja boleh memohon. Sila daftar segera di LHDN bagi yg punyai pendapatan isirumah bawah RM3000.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Media berhak dapat gambaran sebenar tentang Pas - DHPP

KOTA BHARU 12 Okt. – Media di negara ini berhak mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam Pas terutama dalam soal hukum hudud, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw.

Katanya, beliau sama sekali tidak akan menyekat usaha media untuk bertemunya dalam menyuarakan pendapat masyarakat bukan Islam terhadap isu itu.

"Saya tahu apa kerja wartawan yang mahukan maklumat sebenar. Kenapa saya mahu menyekat mereka untuk mendapatkan gambaran sebenar itu.

"Saya bekas wartawan dan prinsip saya jelas bahawa wartawan berhak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pang Chaw berkata demikian mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mendesak agar beliau tidak lagi menggunakan media berhubung isu hudud sebaliknya mengamalkan sikap berbincang mengikut saluran parti.

Beliau berkata wartawan harus membuat laporan dengan tepat kerana khuatir ia akan dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan yang tidak baik.

"Saya menyambut baik mana-mana pihak dalam Pas untuk berbincang dengan saya kerana ini yang saya mahu tetapi jangan sekat saya untuk bertemu media kerana saya tahu kerja wartawan,” katanya.

Pang Chaw berkata, cadangan DHPP Perak agar beliau menyaman mana-mana akhbar yang telah menyeleweng fakta sebagai tidak perlu.

Saman fitnah Mat Sabu terhadap Utusan pada 3 November

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 November ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O’Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd. Khairudin yang mewakili Mohamad sementara Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.

Perangai Anwar Dan Konon-kononnya….

Bila Najib bentang Budget 2012, mungkin baru Anwar terasa kebodohan dirinya. "Apalah bodoh sangat aku dok pi bentang awal sangat".

Konon nak pintas Budget Najib dengan bertindak terlebih dulu menawan, konon fikiran rakyat terbanyak dengan memberi fokus konon kepada penyelesaian masalah kos hidup rakyat terbanyak, konon, nak tunjuk kepada rakyat, konon dialah yang paling prihatin dan paling insaf akan nasib rakyat terbanyak, konon.

Konon, BN hanya memusatkan segala harta kekayaan negara kepada kononnya hanya kepada keluarga, kroni dan berlegar di kalangan elitis-elitis yang tamak, zalim dan rrrrrrakus, konon.

Konon, surah Al Hasyhar yang menyebut bahagian harta yang berlegar dikalangan orang-orang kaya itu hanya khas ditujukan kepada pemimpin BN. Konon, PM Najib dan isteri ini tersangatlah rakus orangnya dan langsung tak peduli masalah rakyat terbanyak.

Konon dalam kepala otak Najib dan Rosmah siang dan malam hanya memikir bagaimana semua khazanah dan hasil mahsyul negara ini dapat dibolot dan tidak tumpah kepada rakyat. Konon rakyat hanyalah mangsa kerakusan Najib dan Rosmah.

Konon dalam kepala otak Najib dan Rosmah siang dan malam hanya memikir bagaimana semua khazanah dan hasil mahsyul negara ini dapat dibolot dan tidak tumpah kepada rakyat. Konon rakyat hanyalah mangsa kerakusan Najib dan Rosmah.

Konon cincin, emas dan permata itu sajalah yang dibelek-belek oleh Najib dan Isteri pagi dan petang.
Ilusi dan gambaran kehidupan, kemewahan, kezaliman dan kerrrrrakusan firaun yang digambarkan dalam kitab-kitab itu, kononcubamahu digambarkan bersamaan dengan kehidupan Najib dan Rosmah.

Konon, jika ilusi rakyat yang sebegini terhadap Najib dan Rosmah dapat digambarkan, akan menyebabkan rakyat terbanyak tidak akan menerima apa juga sebarang bentuk kebaikan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

MEMALUKAN - Gambar Seminar Anjuran DAP Sarawak


Cerita disebalik gambar baca di SINI

VIDEO: Inilah bukti yang Anwar sebut-sebut - Part 1

Setiap kali berceramah atau bercakap dengan media, Anwar akan berkata beliau memiliki segala 'bukti', dan hanya menunggu masa sesuai untuk dedahkan. 

Bukan sekali rakyat Malaysia terpedaya kerana 'bukti' yang Anwar janjikan, Mujurlah muncul Papa Gomo yang sudi membantu Anwar mendedahkan bukti...bukti... dan bukti yang lebih hangat pasti akan menyusul di Papa Gomo.


Nampaknya Anwar Ibrahim dan Papa Gomo saling bekerjasama untuk mendedahkan 'bukti' ini...

Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor kecoh

KUALA SELANGOR 9 Okt. – Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan.

Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

GAMBAR MISTERI: Ranjang Asmara Anwar Ibrahim?


Cerita lanjut baca di SINI

"Saya tidak pernah kata Anwar tidak boleh membongkok" - Pakar

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seseorang yang mempunyai masalah atau penyakit berkaitan tulang belakang tetapi mampu membongkokkan badan untuk mengambil sesuatu dari lantai, bermakna individu terbabit mempunyai keupayaan mengawal otot bagi menghalang rasa sakit.

Pakar bedah ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland, 66, menyatakan demikian semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat peringkat bela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saksi pembelaan ketujuh itu kemudian ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah lif di Kondominium Desa Damansara yang memaparkan Anwar memasuki lif tersebut dan kemudian membongkok ke kanan untuk meletakkan beg yang dipegangnya sebelum membongkok ke hadapan lalu mengambil kot sebelum menyarungnya ke badan.

Walaupun mendakwa tidak boleh memberikan jawapan yang tepat mengenai keadaan pesakitnya itu ekoran rakaman CCTV itu dimainkan dengan kadar yang laju, saksi itu memberitahu, berdasarkan rakaman tersebut, Anwar boleh membongkokkan badannya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh itu menahan sakit atau sebaliknya.

"Saya tidak pernah kata yang Anwar tidak boleh membongkok tetapi dia akan sakit sekiranya dia cuba melakukan pergerakan dengan pantas," ujarnya yang pernah melakukan pembedahan tulang belakang terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 2004.

Pergaduhan tercetus semasa ceramah Mat Sabu

REMBAU 7 Okt. – Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam tadi.

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.

Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.

Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

TEKS PENUH: Bajet 2012 - Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Teks ucapan Bajet Tahun 2012 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2012) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 7 Oktober 2011.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4: “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.

Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan.

Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena?kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara.

Kisah kejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya satu keluarbiasaan. Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai lebih banyak potensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal merdeka, namun, mereka telah rebah tersungkur di tengah jalan walaupun mengendong sarat hasil bumi, malah, tidak terbeban pula oleh faktor garis rekahan yang berpotensi memusnah, seperti, kemajmukan kompleks, perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktor etnik sekalipun pemisahan fizikal wilayah negara.

Jelas termaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan semata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga Pengarah bangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang dinukil pak tani di sawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh getah di estet, penanam sayur di pinggir bandar, pekerja industri di kilang-kilang, usahawan-usahawan bertatih di juang niaga, barisan penjawat awam, guru dan pendidik di bilik-bilik darjah, para pensyarah di kuliah, anggota keselamatan di medan-medan, para profesional, budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi.

Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang yang masing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru antara 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional melewati tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederap untuk menyambung langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi.

Seperti mana semua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskan falsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan menyaksikan proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang moden, progresif sekaligus demokrasi yang berfungsi.

Selain itu, dari masa hingga masa, bagi melengkapkan segala-galanya, Kerajaan akan memetakan lagi beberapa program transformasi sektoral. Kemuncaknya, kesemua program dan inisiatif ini akan berpayung pada Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.

Kemasukan pelaburan langsung asing telah kembali rancak dan menunjukkan trend yang meningkat. Pelaburan langsung asing (FDI) berkembang 6 kali ganda kepada RM29 bilion pada tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia.

Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2010. Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik.

Asas ekonomi negara kekal utuh. Sistem kewangan dan perbankan negara terus teguh dengan nisbah modal wajaran risiko adalah 14.8 peratus, jauh melebihi paras keperluan 8 peratus dalam piawaian antarabangsa. Rizab antarabangsa terus kukuh mencatat RM414.5 bilion pada 15 September 2011, mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek. Pendapatan per kapita dianggarkan meningkat kepada RM28,725 pada tahun 2011 berbanding RM26,175 pada tahun 2010.

Berikutan pertumbuhan ekonomi global tidak menentu, perdagangan luar sederhana, tekanan inflasi meningkat serta suasana geopolitik yang bergolak, pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh separuh pertama 2011 mencatat 4.4 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh perkembangan ekonomi domestik yang kekal tegap. Momentum ini dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan dan pelaburan swasta yang lebih rancak. Dengan ini, pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 dianggar berkembang 5 hingga 5.5 peratus.

Bagi tahun 2012 pula, prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar. Tabung Kewangan Antarabangsa telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4 peratus dan perdagangan dunia kepada 5.8 peratus. Ini berikutan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah serta perdagangan dunia yang lebih perlahan. Perkembangan global ini sudah tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.

Mengambil kira faktor ini, kerajaan akan menyusun strategi merancakkan aktiviti ekonomi domestik terutamanya pelaburan swasta dan awam, serta penggunaan swasta. Pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat 15.9 peratus dan 7 peratus, disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Penggunaan swasta di unjur meningkat 7.1 peratus berikutan peningkatan pendapatan boleh guna dan prospek pekerjaan yang lebih positif. Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.5 peratus manakala sektor pembinaan meningkat 7 peratus. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2012 diunjurkan antara 5 hingga 6 peratus.

PERUNTUKAN BAJET 2012

Pembangkang Perak Bertelagah Rebut Kuasa

IPOH 6 Okt. – Kemelut dalaman DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang berpunca daripada pertelagahan berhubung isu pembahagian kerusi membuktikan “perkahwinan” pakatan pembangkang semakin goyah dan tidak mampu membina kerajaan yang kukuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pergeseran pakatan pembangkang dalam isu tersebut semakin jelas apabila masing-masing mahu dilihat dominan dalam mengejar tampuk kuasa menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ia mengenai perkahwinan mutaah. Semua mahukan kuasa, semua mahu melihat apa juga kemungkinan untuk berkuasa, masing-masing mahu dilihat dominan dan akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri.

“Situasi ini semakin ketara terutamanya di Perak apabila mereka semakin berdepan kesukaran untuk memutuskan soal pembahagian kerusi,'' katanya kepada pemberita selepas Program Selamat Pagi Bersama Dr. Zambry di Perakfm di sini hari ini.

DAP dan Pas dikatakan sedang berusaha melobi beberapa kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum lalu termasuk Changkat Jering dan Behrang yang kedua-dua wakil rakyatnya keluar parti sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

DAP pula mengintai peluang untuk bertanding di Chenderiang, satu lagi kerusi yang ditandingi PKR dan kini disandang Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

DAP Rasis, Manoharan Digantung, Guan Eng Bebas – NGO India

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang melahirkan rasa tidak puas hati tindakan Majlis Tertinggi DAP yang mengantung Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu.

Bendaharinya, Vincent David berkata, persatuan faham bahawa Manoharan memang telah melakukan kesilapan sehingga beliau digantung selama enam bulan, tetapi dalam masa yang sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng juga telah melakukan kesilapan dengan mengutuk dan membuat dakwaan yang buruk terhadap negeri Johor sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Jadi DAP wajar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Lim Guan Eng sebagaimana tindakan terhadap Manoharan. Bagi saya, sebagai NGO melihat DAP memang merupakan sebuah parti yang rasis, kalau Guang Eng buat mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan, sebab dia anak Kit Siang.

“Namun jika mana-mana ahli atau pemimpin DAP berbangsaIndiamelakukan kesalahan, tindakan segera akan diambil. Jadi kami dari Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mengecam tindakan terhadap Manoharan sedangkan dalam masa yang sama, Lim Guan Eng dibebaskan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mencabar Majlis Tertinggi DAP mengambil tindakan yang sama terhadap mana-mana ahli DAP termasuk terhadap Lim GuanEng.

Pakatan pembangkang belum setuju agihan kerusi Parlimen Sarawak

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang terdiri PKR-DAP-PAS belum mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang walaupun setelah dua perbincangan diadakan.

Beberapa sumber berkata, punca utama ialah tuntutan DAP dan PKR untuk bertanding beberapa kerusi yang sama manakala PAS pula mensasarkan kawasan tertentu yang juga menjadi pilihan PKR.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, berkata walaupun kata sepakat belum dicapai, perkara itu boleh diselesaikan kerana beberapa lagi perbincangan akan diadakan.

"Ada beberapa kerusi yang menyaksikan tuntutan bertindih tetapi PKR Sarawak kata mereka akan menyerahkan kepada kepimpinan pusatnya untuk berunding dengan kita," katanya.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, berkata beliau yakin sebarang isu dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum kelak.

Dituduh berbohong: Rais tempelak Guan Eng

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.

Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.

Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rais menegaskan:

"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Belanjawan pembangkang ibarat poket kosong


KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

SPR sahkan tiada pilihan raya kecil DUN Johol

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa pilihan raya kecil tidak akan diadakan biarpun berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Roslan Md Yusof hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah melepasi tempoh penggalnya selama tiga tahun, yang berakhir pada April lalu.

"Kita belum terima apa-apa daripada Speaker DUN Negeri Sembilan mengenai kekosongan kerusi DUN Johol. Bagaimanapun, jika ada kekosongan sekalipun pilihan raya kecil tidak akan diadakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata sebarang kekosongan kerusi selepas tempoh itu hanya akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Roslan, 58, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kira-kira pukul 4.45 pagi ini, setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas, semalam.

Akta Buang Negeri 1959 dimansuh kerana sudah lapuk

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) dimansuhkan kerana ia sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi, demikian menurut Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Menurut rang undang-undang itu lagi, pemansuhan akta itu bagaimanapun tidak menjejaskan apa-apa waran, perintah, arahan atau surat cara lain, atau penahanan yang telah dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pemansuhan dibuat.

Rang undang-undang itu juga tidak melibatkan sebarang perbelanjaan wang tambahan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengemukakan usul untuk memansuhkan dua akta iaitu Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. - Bernama

Usah Cakap Besar… Selesai Dulu Masalah Lebih 20 Tahun Air Kotor Di Kelantan

KUALA LUMPUR 3 Okt – Dalam hiruk pikuk kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan, ramai pihak tertanya-tanya apakah beliau selaku Menteri Besar telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat negeri itu dari pelbagai sudut termasuklah soal fardhu kifayah.

Masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan, masalah kebersihan dan pelbagai masalah sosial lain yang dituturkan menyebabkan kesungguhan Nik Aziz dalam soal hudud menimbulkan persoalan.

Memang betul dan sememangnya diakui Hukum Hudud adalah yang termaktub di dalam Al-Quran dan sebagai umat Islam, perkara itu harus ditaati dan dilaksanakan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika mengupas isu berkenaan turut mengakui perkara itu dan sama sekali tidak menolak hukum hudud, namun beliau menyatakan untuk melaksanakan hukum berkenaan ianya perlulah dalam keadaan benar-benar bersedia.

“Atas dasar itulah saya bersetuju persoalan yang dibangkitkan di atas yang mana apakah Nik Aziz dan pimpinan Pas lain telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kelantan. Kebersihan contohnya adalah sebahagian daripada iman.

“Begitu juga soal kebajikan untuk rakyat seperti masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Ini juga fardhu kifayah. Dan saya sama sekali tidak tentang hasrat Nik Aziz untuk laksanakan hudud di Kelantan.

Dewan Rakyat lulus usul tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pilihan raya

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya tanpa sebarang bantahan.

Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pagi tadi dipersetujui sebulat suara meskipun ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya kerajaan memberi jaminan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dalam tempoh pelantikan jawatankuasa itu selama enam bulan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang membangkitkan perkara itu menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu sebagai gimik kerajaan semata-mata.

"Bila beri tempoh enam bulan untuk Jawatankuasa Pilihan Khas ini berbincang dan melaksanakan tanggungjawab, kita minta jaminan bahawa tidak ada pilihan raya dipanggil dalam tempoh itu kerana ini kehendak Perdana Menteri sendiri untuk mengadakan transformasi.

"Memang kita tidak nafikan hak Perdana Menteri untuk memanggil pilihan raya tetapi adakah hak itu sesuatu yang tidak boleh berubah?" soal Salahuddin ketika membahaskan usul itu.

Menjawab persoalan itu, Mohamed Nazri ketika menggulung usul itu menegaskan Jawatankuasa Pilihan Khas itu bukan jaminan pilihan raya tidak diadakan kerana kuasa untuk memanggil pilihan raya terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

"PRU-13 bukan pilihan raya yang terakhir bagi Malaysia (dan) selepas itu dunia kiamat. Kalau pilihan raya cepat, kita akan laksanakan (cadangan Jawatankuasa) dalam PRU-14, 15, 16...," kata Mohamed Nazri.
Menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai penggunaan dakwat kekal, Mohamed Nazri berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk menilainya.

Mohamed Nazri berkata, pada pilihan raya lalu kita tak dapat laksanakan penggunaan dakwat kekal itu pada saat akhir atas kekangan membabitkan Perlembagaan.

Kerajaan PAS dirayu pulangkan tanah rakyat

KUALA KRAI 2 Okt. – Keghairahan kerajaan Pas Kelantan menjual tanah di negeri ini kepada syarikat bukan bumiputera semakin tidak terkawal meskipun kebanyakannya sudah diterokai sejak berpuluh tahun lalu oleh orang Melayu.

Terbaru, rakan karib Menteri Besar sendiri, Zakaria Yaakob, 66, menuntut agar tanah seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan di Sungai Sam sejak 1985 dikembalikan kepada 178 peneroka asal di situ.

Zakaria, pemimpin Pas yang berkempen untuk Nik Aziz ketika kawasan tersebut baru dibuka, terkilan dengan penjualan tanah itu kepada syarikat luar menyebabkan kesemua tanaman getah di situ disodok menggunakan jentolak milik syarikat terbabit dan digantikan dengan tanaman pokok gaharu.

Jelas beliau, penjualan tanah tersebut dipercayai dibuat kira-kira empat tahun lalu menyebabkan syarikat terbabit segera mengusahakan tanaman pokok gaharu dan membina beberapa rumah kongsi tanpa menghiraukan aduan peneroka asal di situ.

“Dulu saya yang mula-mula membuka kawasan ini dan Nik Aziz juga datang ke sini bersama saya. Tetapi selepas lebih 20 tahun, tiba-tiba sahaja ada orang luar datang dan memusnahkan semua tanaman getah yang saya usahakan.

“Saya sangat sedih dengan perkara ini. Sampai saya susah tidur malam kerana memikirkan pasal tanah dan tanaman yang semuanya sudah dimusnahkan,” katanya dalam linangan air mata.

Zakaria yang mempunyai kira-kira tiga hektar tanah di situ dan membelanjakan hampir RM125,000 untuk mengusahakannya dengan tanaman getah ditemui ketika membuat bantahan tersebut bersama lebih 50 peneroka asal di hadapan rumah kongsi yang dibina syarikat tersebut di Sungai Sam di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, hampir semua tanaman getah dimusnahkan dan kawasan bukit bukau di situ ditarah sehingga gondol untuk tanaman pokok gaharu.

Seorang peneroka asal di situ, Md. Noor Yaacob, 57, yang mempunyai empat hektar tanah di situ ketika ditemui turut meluahkan kekecewaan dan kemarahannya kepada kerajaan negeri yang didakwa menganiaya mereka.

“Saya sudah 22 tahun mengusahakan tanah di sini. Tiba-tiba sahaja ketika saya menebas ada orang luar datang dan marah kerana mendakwa tanah ini miliknya menyebabkan maruah saya tercabar.

“Saya masih ingat suatu ketika dulu Nik Aziz berceramah bahawa mana-mana tanah kerajaan yang diusahakan oleh rakyat, sekiranya gugur sehelai daun sekalipun maka ia akan diberi hak kepada rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, bekas penganggur, Syamsul Abdul Ghani, yang mengusahakan tanah di situ selama lima tahun kini hilang punca pendapatan disebabkan semua pokok getahnya sudah tidak ada.

Pembohongan Punca 37 Ahli Pas Sertai UMNO

KEPALA BATAS, 1 Okt – Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.

Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

"Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat," katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

"Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

"Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO  terutamanya golongan muda," katanya.

Sumber: umno online

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dua akta baharu ganti ISA dibentang Mac

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua akta baharu yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan kerajaan baru-baru ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac depan.

Kata Perdana Menteri, usul memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1953 pula akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan manakala usul untuk pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis 1967 pada November tahun ini.

"Keputusan kerajaan ini merupakan pelengkap kepada proses transformasi yang telah bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan kini transformasi politik.

"Ini menunjukkan bahawa kita ada agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh untuk membawa negara menjurus kepada bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga dapat menjadi sebuah negara yang sejajar dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi moden," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Terdahulu Najib turut melancarkan van serbaguna Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) yang akan digunakan oleh Pemuda UMNO untuk mendekati masyarakat bandar dengan lebih cepat dan meluas.

Van yang telah diubahsuai itu dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan canggih seperti klinik bergerak, Internet, bilik gerakan media, pusat temuduga dan kemudahan-kemudahan lain.

Najib menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia pada 15 September lalu mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baharu yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, undang-undang baharu itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

HUDUD: Anwar semakin serba salah

TELOK KEMANG 30 Sept – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam kedudukan serba salah dalam isu hukum hudud sama ada mahu menyebelahi Pas yang mahu melaksanakan undang-undang itu atau DAP yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ini kerana, beliau mahu mendapatkan sokongan ahli-ahli Pas tetapi tersepit kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah peguam bela dalam kes liwat beliau.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, oleh kerana itu, rakyat boleh melihat pakatan pembangkang tidak membuat pendirian yang jelas mengenai isu itu selepas mereka mengadakan mesyuarat malam kelmarin.

“Anwar serba salah kerana dia mahukan sokongan Pas tetapi pada masa yang sama peguam belanya adalah Karpal Singh. Sebab itu jawapan yang diberikannya banyak dolak-dalik,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Galeri Sejarah Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad di sini, semalam.

Menurutnya, pakatan pembangkang akan terus mencipta pelbagai isu dan membangkitkan dakwaan dengan harapan rakyat akan menyokong mereka.

Umpamanya di peringkat negeri ini, katanya, mereka mendakwa akan dapat menawan Negeri Sembilan dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan Tidak Mansuhkan Kuota Bumiputera – Najib

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kerajaan akan memansuhkan kuota untuk bumiputera dengan menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ketika berucap pada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu adalah sebaliknya.

"Saya kata jangan terlalu bersandarkan kuota. Tenaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha dengan orang lain supaya ia akan jadikan kita lebih dihormati. Saya tak sebut sama sekali kuota dimansuhkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.

Najib yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa anggota MT sebulat suara menyokong keputusan kerajaan untuk memansuhkan dua undang-undang baru dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Berhubung dengan cadangan kerajaan untuk memansuhkan beberapa enakmen termasuk ISA, MT menyokong sepenuhnya langkah yang akan diambil dan berpendapat bahawa ini adalah pelengkap kepada proses transformasi yang telah bermula dengan Transformasi Kerajaan (GTP), ekonomi (ETP) dan sekarang transformasi politik (PTP).

"Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh untuk membawa negara kita menjurus kepada sebuah negara yang bukan saja maju dalam bidang ekonomi tetapi juga dapat menjadi sebuah negara yang sejajar dengan negara-negara lain dalam mengamalkan demokrasi yang dikatakan moden dan progresif".

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com