Friday, September 30, 2011
Guan Eng tak mengaku burukkan Johor
Thursday, September 29, 2011
Empat Individu Penting Yang Patut Peguam Anwar Sepina…
Tags : Anwar Ibrahim, Kes liwat, Najib Razak, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
HUDUD: Akhirnya PAS dan Anwar tunduk dikaki DAP
Tags : Anwar Ibrahim, DAP, Isu Hudud, Pakatan Rakyat, PAS, Politik Malaysia
Wednesday, September 28, 2011
BERITA PENUH: Muka baru dan kementerian baru kabinet Sarawak
Tags : Barisan Nasional, Kabinet Sarawak, Pilihan raya Sarawak, Politik Sarawak, Taib Mahmud
TERKINI: Rombakan Kabinet Sarawak- 7 muka baru tanpa perwakilan dari kaum cina
Tags : Dr James Masing, Ketua Menteri Sarawak, Pilihan raya Sarawak, Politik Sarawak, Taib Mahmud
Kes saman Tajudin terhadap Malaysian Insider selesai luar mahkamah
Tags : Berita, Malaysian Insider, Pakatan Pembangkang, Politik Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli
Tuesday, September 27, 2011
Tentera AU mengaku tembak wartawan Malaysia
Tags : Kebuluran di Somalia, Luar Negara, Noramfaizul, Politik Malaysia, Video Somalia
DAP Ibarat "Budak Kecil Takut Hantu," Kata Nik Aziz
Sunday, September 25, 2011
Isu Hudud: Jangan hairan kalau Nik Aziz dan Karpal Singh tiba-tiba berpeluk
Tags : Isu Hudud, Karpal Singh, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Saturday, September 24, 2011
Kenyataan biadab: DAP gantung Manoharan
Friday, September 23, 2011
Parti KITA Jelajah Malaysia Sokong PM
PAS tetap laksana hukum hudud walaupun ditentang DAP
Thursday, September 22, 2011
Mungkinkah Lahir Sebuah Lagi Parti Dayak?
Anwar Patut Cermin Muka Dulu – Zahid
BN umum 5 anggota Jawatankuasa Pemilih Parlimen
Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Anwar Pembohong, Kes liwat, Pakatan Rakyat, PKR
Wednesday, September 21, 2011
Dr. Mahathir cabar PAS laksana Hudud
Tags : Dr. Mahathir, kerajaan PAS, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, Tun Mahathir
UMNO Pulau Pinang akan saman Guan Eng
Tuesday, September 20, 2011
Malaysia berada dalam zon bahaya
Dari Warga Indonesia Hingga Bangladesh.. Pembangkang Tak Habis-habis Menipu
KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pembangkang sudah dalam keadaan terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mereka cipta apa jua perkara untuk mengembalikan perhatian serta simpati rakyat terhadap mereka.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata, dengan pelbagai masalah yang dihadapi ketika ini, pembangkang terpaksa melakukan apa sahaja sehingga mengada-adakan cerita untuk dapat perhatian.
Tindakan terbaru yang dilakukan oleh pembangkang apabila cuba memainkann sensitiviti dan perasaan rakyat negara ini apabila menuduh kerajaan memberikan kerakyatan kepada rakyat Bangladesh untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang.
"Ini adalah kali kedua, pembangkang cuba memainkan isu pemberian kewanegaraan kepada rakyat asing, sebelum ini membabitkan warga Indonesia yang sudah lama mendapat taraf penduduk tetap, dan kini pula membabitkan warga Bangladesh.
"Apa yang menarik, isu yang membabitkan warga Bangladesh itu sengaja direka-reka yang kononnya dilperolehi dari laman portal, sedangkan perkara itu tidak benar kerana tiada sebarang laman portal yang menyiarkan berita berkenaan," katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, membuat pembohongan dan memutar belitkan apa jua perkara sudah menjadi amalan dan darah daging pembangkang untuk mendapat perhatian tanpa menyedari apa yang dilakukan itu boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.
"Pembangkang kini ibarat seperti cacing yang kepanasan, sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup, buat pembohongan dan memutar belitkan cerita sudah menajdi suatu cara hidup mereka.
"Ini semua adalah untuk menutup atau mengalihkan perhatian rakyat terhadap mereka yang kini sedang mengahdapi krisis berikutan beberapa isu yang cuba dibangkitkan telah menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Dr Norashikin menyifatkan apa yang dilakukan oleh pembangkang itu membuktikan mereka berada dalam keadaan terdesak untuk kembalikan kepercayaan rakyat, isu yang cuba dibangkitkan telah memakan diri.
Menurutnya, masalah atau krisis yang dihadapi oleh pembangkang bukan sahaja membabitkan parti malah turut membabitkan kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang seperti Datuk Seri Anwar ibarahim dan Mat Sabu.
Pembangkang merasa sokongan rakyat semakin berkurang sejak kebelakangan ini dan ini menimbulkan kegusaran kepada mereka terutama dalam persediaan mengahadapi pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau adalah tidak mustahil banyak lagi isu yang diragui akan cuba ditimbulkan oleh mereka dalam usaha untuk dapatkan perhatian, berikutan tekanan yang dihadapi mereka akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.
Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa laporan berhubung pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh tidak benar.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said berkata dalam tempoh 8 tahun sejak 1988 hingga Ogos 2011, hanya 37 rakyat Bangladesh diberi sijil kerakyatan dalam negara ini dan daripada jumlah tersebut hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada masa yang sama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh menyifatkan laporan pemberian kerakyatan warga Bangladesh oleh Kerajaan Malaysia sebagai kenyataan palsu yang tidak berasas, berniat jahat dan palsu.
Menurut kenyataan tersebut perjumpaan kedua-dua Perdana Menteri di Sixth World Islamic Forum (WIEF) pada Mei 2010 adalah untuk membantu memudahkan proses pekerjaan untuk warga Bangladesh di negara ini.
Kerajaan Malaysia dan Bangladesh pada masa ini sedang bekerjasama rapat menjayakan Program 6P.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, September 19, 2011
Ideologi Manoharan merepek dan tidak masuk akal
Hilang Kepercayaan - Sekumpulan pemimpin PKR Sarawak keluar parti
Kerana tidak yakin dengan PKR, Sekumpulan Pemimpin-pemimpin PKR Negeri Sarawak yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim dan beberapa bekas calon PKR ketika PRN10 yang lepas telah mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan hasrat untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Yang menjadi tanda tanya kenapa mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PKR? Adakah kerana sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan PKR ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap pimimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Penasihat PKR Anwar Ibrahim???. Selain dari Jimmy Donald mereka yang lain ialah En Munan Laja, En Jonas Riong, Mathew American dan Dr John Brian.
Sunday, September 18, 2011
Tahanan ISA: Tak perlu layan permintaan Mat Sabu
20 anggota PAS Permatang Pasir keluar parti
Pemimpin DAP anggap bendera Malaysia memalukan
SEREMBAN, 17 Sept - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini membidas sikap tidak patriotik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendakwa malu untuk mengibarkan bendera Malaysia dengan alasan terlalu bersifat Barisan Nasional (BN).
Katanya, sikap Manoharan yang juga mahu menukar corak Jalur Gemilang jika
beliau berkuasa membuktikan bahawa pemimpin pembangkang sebenarnya tidak patriotik dan tidak bangga dengan negara sendiri.
"Bagi saya ini adalah tindakan yang tidak patriotik. Kita juga ingin tahu apakah pandangan kepemimpinan pembangkang dalam isu ini. Kenyataan seperti ini perlu ditentang habis-habisan," katanya selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana anjuran Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Tidak timbul bendera Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat kerana warna yang terdapat pada identiti Malaysia itu sangat berbeza tafsirannya dengan bendera Amerika, katanya mengulas kenyataan Manoharan berhubung perkara itu.
Beliau berpendapat, terdapat banyak lagi bendera negara lain yang mempunyai persamaan dengan sebuah negara yang lain seperti bendera Indonesia dan Singapura.
Manoharan dalam laman Facebooknya seperti yang dilaporkan akhbar hari ini
ada menyebut : "Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih BN daripada Malaysia".
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, September 17, 2011
7,000 penyokong Pakatan Rakyat sertai BN hari ini
Friday, September 16, 2011
ISA Dimansuh, Dua Undang-undang Baru Akan Digubal
KUALA LUMPUR, 16 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia malam ini,
Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan RTMi, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Katanya apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," katanya.
Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.
Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan
ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
"Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan
mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan," katanya.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau
memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Penghapusan ISA Menghapuskan Persepsi Negatif Kerajaan Zalim
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebenarnya menghapuskan persepsi negative kononnya kerajaan di negara ini zalim menggunakan hukuman penahanan tanpa bicara.
Sambil menyifatkan pengumuman Perdana Menteri malam ini sebagai satu detik bersejarah beliau percaya tidak ada lagi negara dunia ini yang akan membuat persepsi negatif Malaysia menzalimi rakyatnya kerana ISA.
"ISA adalah penahanan tanpa bicara..sesuai untuk masa sebelum ini. Perdana Menteri melakukan sejarah malam ini dengan umumkan penghapusan ISA tapi kita akan gubal undang-undang tertentu untuk gantikan ISA dengan peraturan yang tentunya lebih baik, lebih diterima ramai.
"Kita akan terus tahan orang yang disyaki bersalah tapi kita akan bicarakan sebab kita yakin kepada sistem kehakiman… kita yakin pada kebebasan bersuara.. kita junjung hak asasi manusia..banyak pandangan juga melarang penahanan tanpa bicara.. ini sesuatu tindakan yang berani kerana negara ini aman", katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata sungguhpun ISA dihapuskan namun keutamaan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman di negara ini sedikit pun tidak terjejas.
"..polis ada, tentera juga ada , undang-undangn ada, sistem kehakiman ada, hukuman denda dan penjara masih ada untuk mereka yang bersalah.
"Bukan bermakna ISA hapus..hal-hal itu hapus..yang terhapus adalah pandanan negatif bahawa kerajaan ini zalim. Perdana Menteri kita ini berani kerana kita membawa obor kebenaran..kerajaan kita yakin rakyat didahulukan pencapai diutamakan maka tiada apa lagi yang perlu dikhuatirkan ", ujarnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, September 15, 2011
Tun Mahathir : Jangan pilih pemimpin berpandukan emosi
LPK tidak ikut saranan Dr. Mahathir, kata saksi
Wednesday, September 14, 2011
Datuk Alimuddin Sawal Keluar PKR
Rundingan Antara PKR, DAP Dan PAS Di Beberapa Negeri Temui Jalan Buntu
UMNO mahu saman Guan Eng RM30j
Tags : Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, Pulau Pinang, UMNO
Tuesday, September 13, 2011
Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks
Monday, September 12, 2011
Polis digesa siasat segera laporan palsu Anwar
Sunday, September 11, 2011
Nama Mufti Johor berkait pembebasan daripada komunis
Blogger pro pembangkang minta Nik Aziz berundur
Saturday, September 10, 2011
Gerakan tawar biasiswa untuk Mat Sabu belajar sejarah
Prof. Khoo - Hanya Orang Bodoh yang sokong komunis
Itu penegasan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana menyifatkan Muhammad Indera Kompeni yang terbabit dalam kes serangan Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.
Bukti Anwar semakin terdesak - Bayar Wikileaks untuk fitnah Najib
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)

















