Wednesday, August 31, 2011
Dr Mahathir: Ada pihak cuba pesongkan fakta sejarah
Mahmud Abu Bekir bakal ganti adik di Kota Samarahan?
Tags : Mahmud Abu Bekir Taib, Parlimen Kota Samarahan, Politik Sarawak, Taib Mahmud
Monday, August 29, 2011
Mat Sabu wajar dikenakan tindakan ISA
Tanah adat pribumi Sarawak dimaju ikut kaedah Felcra
PCM buat laporan SPRM terhadap Mohamad Sabu
Sunday, August 28, 2011
VIDEO: Misi Kemanusiaan ke Somalia
Tags : Kebuluran di Somalia, Pemuda UMNO, Politik Malaysia, Video, Video Somalia
Kanang - Pendukung Komunis selayaknya dibuang daerah
Saturday, August 27, 2011
BERSIH 2.0 : Kisah Demokrasi Yang Menyayat Hati
Mereka bangga, sebab yang percaya mereka bukan ahli politik adalah orang kota dan golongan terpelajar. Mereka kagum, kerana berjaya membohongi golongan terpelajar dan orang kota dengan mudah.
Sedangkan tidak pernah ada dimana-mana negara demokrasi, ahli parlimen turun berdemonstrasi di jalan raya. Bahkan ahli parlimen Indonesia pun tidak pernah melakukan sandiwara bodoh seperti itu.
SUPP Cawangan Serian Sokong Riot Sebagai Calon Pada PRU 13
Tags : Pilihan raya Sarawak, Politik Bidayuh, Politik Sarawak, Richard Riot
Dr Hasan Ali umum penubuhan Unit Selamat Akidah
Friday, August 26, 2011
PAS bergegar kerana pengakuan terbuka Ahli Parlimen sendiri...
Ambiga dicabar jangan berdiam diri
Thursday, August 25, 2011
KES LIWAT: Dimana Pendirian Majlis Peguam?
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Majlis Peguam, Pakatan Rakyat
Polis Siasat Kes Terima Peluru Hidup Oleh Menteri KDN Di Bawah Seksyen 507 KK
Wednesday, August 24, 2011
Menteri KDN terima 2 peluru hidup, nota ugutan
Tags : hishammuddin, nota ugutan, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia, ugutan bunuh
PBB bakal tampil muka baru, Sulaiman Taib tidak dikekalkan
Anwar hina mahkamah, jatuhkan reputasi institusi kehakiman
Liwat adalah perkataan Mohd Saiful - Doktor
Tuesday, August 23, 2011
Saiful mengadu sakit di bahagian dubur dan diliwat 'VIP'
Monday, August 22, 2011
Anwar yang suntut, Rosmah pula disepina
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Najib Razak, Pakatan Rakyat
KES SUNTUT : Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh
Untuk Tujuan Apa Anwar Temu Bual 15 Saksi ?
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Saturday, August 20, 2011
Mainan Politik Pas dan PKR Makan Diri Sendiri...
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pembangkang khususnya Pas dan PKR terjerat dengan mainan politik mereka sendiri khususnya yang melibatkan soal agama Islam.
Menurut beliau polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di negeri itu baru-baru ini yang secara kebetulannya terjadi pada bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak seolah-olah ada hikmah yang tersendiri.
"Akhirnya kita semua diberikan petunjuk apabila mereka membuat sesuatu perkara bukan kerana agama tetapi atas kepentingan yang lain akhirnya mereka sedang menanggung kesilapan mereka sebagai "partnership" yang pada saya ditunjukkan pada pada bulan Ramadhan ini untuk kita berfikir bahawa mainan politik Pas dan PKR akhirnya memakan diri mereka.
"Dalam soal agama kita tidak seharusnya meletakkan kepentingan kita lebih daripada segalanya. Ini soal hukum yang sepatutnya kita kena bertegas dan berani mempertahankannya. Dan saya berharap Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi diberikan kekuatan untuk berdepan dengan situasi yang berlaku di dalam Pas hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.
Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.
Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menangguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah apa yang berlaku di Selangor hari ini menjadi bukti bahawa segala tohmahan mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama terbongkar.
"Keluhan yang keluar daripada Ketua Pemuda Pas sendiri baru-baru ini bahawa kesukaran daripada dalaman sendiri untuk meninggikan syiar Islam adalah satu petunjuk yang nyata bahawa selama ni tuduhan terhadap UMNO tidak betul,"katanya.
Beliau seterusnya menempelak pembangkang selain melihat mereka yang membuat tuduhan tanpa usul periksa dan bukti yang jelas berhubung kaitan UMNO dengan isu serbuan JAIS ke ats Gereja serta yang terbaru kebakaran yang melibatkan pejabat DAP Pulau Pinang sebagai pemimpin yang gagal.
Menurut beliau mereka yang menyalahkan orang lain dalam setiap perkara adalah mereka yang gagal dan tujuan serta matlamat utama adalah semata-mata untuk menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat terhadap UMNO dan BN.
"Jalan paling mudah adalah menyalahkan orang lain. Berbanding dengan UMNO dan BN, kita tidak menyalahkan sesiapa sahaja walaupun tsunami politik 2008 malah kita cari jalan untuk mencari jalan penyelesaian dan pemimpin kita berjaya.
"Sebab itu Datuk Seri Najib Razak perkenalkan banyak perkara seperti NKRA, ETP, GTP dan sebagainya tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Hanya pemimpin yang gagal yang akan menyalahkan orang lain dan saya percaya kita tidak boleh pilih pemimpin yang gagal untuk menerajui negara.
"Contoh kalau kita gagal dalam perniagaan dan salahkan bank kita akan gagal selamanya. Begitu juga dalam sukan kalau kita kalah dalam satu perlawanan dan kemudiannya salah jurulatih, salahkan penonton kita tidak akan berjaya. Tetapi kalau dalam kedua-dua suasana tadi berlaku kegagalan dan kita mencari jalan keluar kita akan menjadi seorang yang berjaya. Jadi pemimpin yang menyalahkan orang lain adalah jalan pintas dan mudah tetapi sebenarnya pemimpin yang gagal," katanya.
Beliau seterusnya menyeru agar ahli Pemuda khususnya tidak melatah dengan politik provokasi sedemikian rupa sebaliknya memberi tumpuan terhadap tugas serta tanggungjawab besar untuk melaksanakan amanah terhadap rakyat.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
'Hacker' Wanita berjaya musnahkan Laman web hina Nabi
Pas 'menggigil' perjuangkan Islam
Friday, August 19, 2011
SUHAKAM teliti kes liwat dan nafi pro-Anwar
Dr Mahathir bimbang umat Islam di Malaysia berpecah tiga
Tags : Dr. Mahathir, Politik Malaysia, Tun Mahathir, Umat Islam berpecah tiga
Thursday, August 18, 2011
VIDEO: Kanak-kanak Mati Kebuluran Setiap 6 Minit di Somalia
Tags : Isu Masyarakat, Kebuluran di Somalia, Video, Video Mangsa Kebuluran, Video Somalia
VIDEO: PAS dayus dan kerajaan negeri gagal... - Khairy
Tags : Isu Agama, Isu Murtad, Pakatan Rakyat, PAS hasut, Politik Malaysia, Video
Wednesday, August 17, 2011
Tony Fernandes semakin hampir beli 51% kepentingan QPR
Tags : Fernandes beli Queens Park Rangers, Luar Negara, Tony beli Queens Park Rangers, Tony Fernandes
Bekas KPN enggan ditemu bual kes Anwar
Pas Macam Pak Pandir Untuk Selamatkan Diri Dalam Isu JAIS – Gereja
Tuesday, August 16, 2011
Bagaimana Pembangkang Membunuh Karakter Pemimpin BN? (Part 2)
Kapal selam, scorpene dan apa juga rancangan pemodenan angkatan tentera yang berlaku di zaman Najib menjadi Menteri Pertahanan (diluluskan di dalam parlimen) semua mahu dipalitkan dengan komisyen dan rasuah.
Mereka tidak sedar, tindakan yang dilakukan pembangkang adalah tindakan membogelkan strategi keselamatan dan kerahsiaan sistem pertahanan negara kepada musuh luar.
Pembangkang tidak punya pertanggungjawaban dan amanah dalam soal ini kerana mereka bukan kerajaan. Malah pembangkang sabitkan faktor keselamatan dan kerahsiaan yang diamalkan oleh kerajaan ini sebagai bukti wujudnya rasuah dalam pembelian senjata kerana kerajaan tidak transparen dalam pembelian senjata yang melibatkan belanja yang besar.
Kalau ikut pembangkang, mereka mahu soal pembelian senjata ini dibuat secara transparen, sama seperti tender makan dan bersih kawasan di MBPJ. Siapa layak dia dapat.
Bagi mereka, biar satu dunia tahu rahsia pertahanan negara. Biar satu dunia tahu apa teknologi security yang digunapakai, apa source code keselamatan sistem pertahanan, apa latihan yang diberi, spesifikasi mengikut harga mesti jelas. Semua mesti didedahkan kepada umum.
Tapi pada hakikatnya, sehingga kini, pihak pembangkang masih lagi terkial-kial mengumpul bukti penyelewengan dalam pemodenan persenjataan ATM.
Peguam dari Perancis pun mahu dijadikan bahan lelongan. Kalau benar sudah ada bukti prima facie, apa perlunya diimpot peguam ini dari Perancis. Kenapa mereka lebih cenderung menjaja kononnya "bukti sahih" di dalam ceramah-ceramah politik daripada bertindak mencari kebenaran dan membuat pembuktian melalui saluran mahkamah?
Jelas di sini, pembangkang sebenarnya tidak berminat dengan bukti-bukti samada wujud atau tidaknya penyelewengan dan rasuah. Mereka hanya berminat untuk membuat koleksi seberapa banyak "isu" yang boleh dimainkan bagi menjahanamkan persepsi rakyat terhadap pimpinan no.1 negara. Benar atau tidaknya sesuatu tuduhan itu bukanlah keutamaan bagi mereka.
Pembangkang lebih suka rakyat berada dalam suasana kekeliruan daripada mengetahui kedudukan sebenar sesuatu isu yang dibangkitkan. Bila kekeliruan berleluasa dalam masyarakat, maka mudahlah pembangkang memainkan sentimen dan apa juga tuduhan yang boleh menambahburuk lagi persepsi rakyat terhadap kerajaan.
Rakyat hari ini telah dipaksa untuk mengikut rentak pembangkang bermain dengan setiap isu. Hakikatnya, rakyat yang tidak minat politik, sudah semakin muak dengan "budaya politik 24 jam" yang dibawa pembangkang.
Rakyat hari ini telah dipaksa untuk mengikut rentak pembangkang bermain dengan setiap isu. Hakikatnya, rakyat yang tidak minat politik, sudah semakin muak dengan "budaya politik 24 jam" yang dibawa pembangkang.
Tapi inilah yang sedang berlaku di negara ini sejak BN kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. Faktor 2/3 sangat penting untuk menjamin kestabilan kerajaan memerintah agar tidak diganggu-gugat secara tidak bertanggungjawab oleh pihak pembangkang.
Di US atau negara-negara yang telah maju demokrasinya mungkin tidak mempunyai masalah jika kerajaan memerintah dalam situasi majoriti mudah. Demokrasi mereka sudah matang dan parti yang kalah bersedia menerima hakikat kekalahan mereka secara demokratik.
Tetapi bagi negara yang belum mencapai tahap kematangan demokrasi, majoriti 2/3 memainkan peranan yang cukup penting ke arah kestabilan politik dan pembangunan negara.
Pemimpin pembangkang di negara kita masih tidak mampu berfungsi sebagai pembangkang yang konstruktif dan berkesan untuk negara.
Mereka lebih cenderung memilih untuk mementingkan ego centric kepartian daripada bertindak sebagai pembangkang yang beretika dan konstruktif kepada negara. Mereka tidak mampu memberi alternatif yang menunjukkan dasar mereka lebih baik dari dasar BN.
Pembangkang sedar, jika mereka berpolitik dengan mengikut kaedah dan etika demokrasi secara matang, pakatan mereka tidak akan ke mana. Apabila kerajaan dan pembangkang bersikap rasional, maka rakyat juga akan turut berfikiran rasional.
Dalam keadaan rasional, sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak mungkin dapat ditingkatkan, melainkan jika pemerintah itu tersangat lemah pentadbirannya atau pun melakukan banyak kezaliman penindasan terhadap rakyat.
Kezaliman kerajaan BN terhadap rakyat yang cuba digambarkan oleh pihak pembangkang, hakikatnya terlalu jauh tersasar dari apa yang dirasai oleh seluruh rakyat.
Rakyat tidak tahu pun mereka dizalimi oleh pemerintah kerana mereka tidak pernah dizalimi. Pembangkang yang kata mereka sedang dizalimi oleh kerajaan BN.
Tabiat pembangkang ini samalah seperti berusaha mengalirkan air sungai ke hulu…
Kamarulzaman Kamdias
(kkamdias.blogspot.com)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, August 15, 2011
VIDEO: Gerakan Anti Liwat 2.0
Tags : Anwar Liwat, Gerakan Anti-liwat, Kes liwat, Politik Malaysia, Video
KES LIWAT: Anwar beri keterangan bela diri Isnin depan
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Liwat, Kes liwat, Pakatan Rakyat, Politik Malaysia
Sunday, August 14, 2011
Mismah sedih tidak dapat penjelasan dari pembangkang
Saturday, August 13, 2011
Isu murtad: PAS pilih Jais atau DAP?
Larang Baca Al Quran Guna Pembesar Suara, Satu Lagi Kejayaan DAP
Friday, August 12, 2011
Nasrudin dan Hasan Ali di kecam penyokong Al-Juburi
Thursday, August 11, 2011
Anwar Patut Terima Tawaran Bekas Rakan Baiknya Jadi Saksi Kes Liwat
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat menyahut cabaran lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedia menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwatnya dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan kepada Ketua Umum PKR termasuk Saiful Bukhari Azlan.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata langkah berkenaan adalah relevan dan amat bertepatan memandangkan kelima-lima individu berkenaan adalah cukup rapat dengan Anwar sekaligus memberi kelebihan kepadanya dalam kes berkenaan.
Menurut beliau jika Anwar seorang pemimpin yang berani, kelima-lima individu berkenaan akan dipanggil untuk membantunya dalam mencari kebenaran khususnya dakwaaan yang diungkapkan oleh Anwar di serata ceruk negara bahawa beliau difitnah dan konprasi peringkat tertinggi dan sebagainya.
"Saya amat berharap beliau memanggil individu berkenaan. Bukankah Ezam Mohd Noor, Rahimi Osman, Datuk Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan N.Gobalakrishnan adalah individu yang beliau sanjung pada satu ketika dahulu.
"Lagi pun bukankah Zulkifli Nordin pernah menjadi peguamnya pada kes liwat tahun 1998…Mungkin beliau ada sesuatu yang boleh menyokong hujah Anwar dan sebagainya. Apa pun terserah kepada Anwar. Kalau Anwar berani dia akan sahut. Namun jika sebaliknya, kita boleh gelarkan Anwar sebagai "double standard politikus moden" abad ini," katanya.
Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lima individu berkenaan ialah Ezam Mohd Noor, Rahimi Osman, Datuk Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan N.Gobalakrishnan.
Mengulas lebih lanjut Nazmi seterusnya menegaskan tindakan Anwar mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Mahkamah adalah semata-mata dengan tujuan untuk mencemarkan maruah dan nama baik Perdana Menteri.
Soal beliau kenapakah mereka yang tidak ada kaitan dengan kes liwatnya diheret sama ke kancah berkenaan yang menampakkan seolah-olah mereka ada agenda tersembunyi.
"Pada pandangan saya itu memberi kelebihan kepada Anwar dan kuncu-kuncunya untuk melalak di dalam setiap ceramah bagi menimbulkan persepsi bahawa Datuk Seri Najib terlibat dan sebagainya. Itu sahaja helah. Mungkin beliau akan cakap di dalam mana-mana ceramah "kita tengok Najib berani atau tidak ke mahkamah.
"Anwar adalah master of perception….Beliau akan buat apa sahaja untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa beliau adalah yang terbaik dan kerajaan adalah sebalaiknya. Itulah Anwar", katanya.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
GAMBAR: Rusuhan di London dan Bersih 2.0 di Malaysia
Tags : Bersih 2.0, Luar Negara, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia, Rusuhan London
Rusuhan di London pengajaran kepada rakyat Malaysia
Tags : Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia, Rusuhan London
Wednesday, August 10, 2011
MASALAH AIR: Pemimpin PBB perlu selesaikan masalah, bukan berfalsafah...
Salam Bro...Sy bukan ahli pembangkang, malah tidak akan menyokong pembangkang..Sedikit pandangan sy bkaitan isu air dan isu pemimpin PBB di sarawak nie.1. Sejak beberapa minggu yg lalu, penduduk di jajaran Batang Sebangan ( Sebuyau ) menikmati air yang tidak menentu kualitinya. Adakala masin yang teramat sangat, malah agak keruh. Ini bukan baru berlaku... malah dah bertahun2 sejak ada bekalan air paip... malangnya airnya tidak bersih malah tidak menepati piawaian. Soalan saya, apa tindakan wakil rakyat PBB ( YB Julaihi ) terhadap masalah ini???
2. Kalau di Semenanjung, wajah pemimpin BN turun pdg bertemu rakyat selalu kelihatan.. Malangnya di Sarawak khususnya di DUN N22 Sebuyau pekara ini sukar berlaku. Turun padang bila ada program tertentu, tp turun kpd rakyat amat kurang dan satu keajaiban mungkin kalo ada.
Persolan sy, apakah ini gambaran wajah pemimpin PBB yg merasakan rakyat sentiasa menyokong mereka. Awas rakyat sedang memerhati... takut2 ia akan memberi kesan kpd BN dan Kerajaan pimpinan DS Najib yang sedang berusaha keras memastikan keperluan dan kehendak rakyat didahulukan...
Ikhlas demi kepentingan rakyat.
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)

























