Sunday, July 31, 2011
Pelawaan Ku Li dilihat membelakangkan Anwar
Saturday, July 30, 2011
Sebelum Bangkang, Pembangkang Patut Cermin Muka Sendiri Dulu
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas golongan pembangkang yang sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kekeliruan wujud dalam masyarakat khususnya terhadap program-program dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan.
"Pembangkang ini memang kerjanya membangkang dan mereka akan sebutkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan sebagai tidak betul, tetapi kalau kita lihat negeri-negeri yang sekarang ini mereka kuasai iaitu empat negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor), tidak ada apa yang mereka lakukan malahan tiada langsung kebaikan untuk dibanggakan," katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang meminta rakyat sedar sekiranya mahukan perubahan ia mestilah perubahan yang seharusnya bernilai, membawa manfaat dan bererti kepada rakyat.
"Apa gunanya perubahan yang dilakukan jika ia mengubah rakyat ke arah lebih buruk sedangkan kita punya pilihan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna sebagaimana yang diberikan oleh Barisan Nasional (BN)."
Tengku Adnan turut memberikan contoh sebagaimana yang pemimpin pembangkang DAP sebut-sebut di Pulau Pinang bahawa mereka telah memberikan RM100 kepada orang-orang tua dan bayi yang baru melahirkan sedangkan BN telah bertahun-tahun melaksanakannya.
"Kerajaan kita amalkan sistem Islam iaitu biarlah tangan kanan memberi tapi tangan kiri tak tahu sebaliknya pembangkang ini akan membuat putaran-putaran yang mana kononnya mereka lakukan apa yang kerajaan belum lakukan sedangkan sebenarnya, rakyat tahu apa yang telah kerajaan laksanakan untuk kebaikan mereka dan pembangkang pula hanya pilih kumpulan-kumpulan tertentu."
Beliau turut menempelak para pemimpin pembangkang yang tidak menghormati kedatangan bulan Ramadhan dan menjadikan agama Islam sebagai salah satu isu politik biarpun mereka sendiri adalah beragama Islam.
"Umat Islam perlu untuk mempertahankan dan bercakap berkenaan dengan agama Islam dan ini telah dilakukan oleh UMNO iaitu mahu mempertahankan akidah umat Islam supaya ia tidak dipesongkan kerana macam-macam cara boleh dibuat untuk memosongkan akidah. Kita berharap bahawa kita balik kepada asal dan asas Islam dengan berpegang kepada sunnah Rasulullah S.A.W," katanya lagi.
Tegas beliau, sebagai umat Islam kita perlu memastikan bahawa akidah itu terus dipertahan dan tidak dipesongkan.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan bahawa UMNO sentiasa melaksanakan setiap perubahan yang mahu dilakukan biarlah ke arah kebaikan dan bukan sesuatu yang menyumbang kepada perpecahan atau hendak berubah kerana disengajakan.
"Kita sendiri dalam UMNO Ibu Pejabat telah pun membuat pertemuan-pertemuan khusus dengan bahagian-bahagian. Ada yang bersetuju dan ada juga yang masih lagi dalam sindrom menidakkan apa yang telah kita maklumkan tetapi akhirnya niat tersebut adalah ikhlas supaya mereka dapat berubah ke arah kebaikan.
"UMNO mempunyai wadah perjuangan yang begitu lama dan mantap dengan landasan perjuangan yang terang untuk kita pastikan masa depan agama, bangsa dan negara," tegasnya.
- MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Thursday, July 28, 2011
Surat Terbuka untuk Datuk Paduka Marina Mahathir
Tags : Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia, Tun Mahathir
Wednesday, July 27, 2011
Tolak Sistem Biometrik Serlahkan fikiran kuno
KUALA LUMPUR, 26 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.
"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.
"Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.
"Biarlah Pas bersikap munasabah. Kalau Pas bersikap begitu (menolak pembaharuan), memang fiil (perangai) dia begitulah, kita tahulah cara dia (Pas) menolak apa saja yang baik," katanya selepas majlis pelancaran Sekolah Dalam Hospital di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Muhyiddin juga menolak dakwaan kononnya pembaharuan yang diperkenalkan oleh SPR sebagai pendekatan politik, sebaliknya ia adalah langkah menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah pengundi hantu dan pengundi bertindih di samping dapat memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.
"Jangan anggap pendekatan yang SPR gunakan itu pendekatan politik. SPR mungkin hendak membantu supaya masyarakat dapat menilai sistem itu adalah sistem yang lebih baik," katanya.
Selain daripada pengenalan sistem biometrik, beliau berkata SPR juga telah menjelaskan beberapa langkah penambahbaikan termasuk menyemak dan mengemaskini daftar pemilih dan langkah pemutihan di mana pengundi yang meninggal dunia telah dinyahsenaraikan dari semasa ke semasa.
"Ada beberapa pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki beberapa aspek proses pengundian. Biometrik ini satu bahagian daripadanya. Umpamanya, kalau kita hendak pergi mengundi, kita gunakan thumbprint atau jari kita… dengan sistem itu kita dapat sahkan sama ada kita yang bawa IC itu adalah pemilik asal tau orang lain.
"Jadi kalau begitu tidak adalah hantu datang bawa kad pengenalan, tidak adalah hantu hendak buat biometrik. Maknanya yang betul-betul sah dan ada dalam daftar pemilih di sesuatu kawasan itu sahaja yang layak untuk mengundi di situ,"katanya.
Credit: umno online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pilihan Raya Dun Sarawak Ke-10 Adalah Yang Terbaik - Pengerusi SPR
Tags : Barisan Nasional, Pilihan raya Sarawak, Pilihanraya Sarawak, Politik Sarawak
Monday, July 25, 2011
Tindakan Undang-undang Jika Terus Manipulasi Pembelian Kapal Selam
BAGAN DATOH, 23 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memanipulasi fakta kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis.
Beliau berkata pihaknya telah berulang kali menjelaskan isu berhubung pembelian dua kapal selam itu di Parlimen bahawa ia dilakukan secara telus.
"Sekiranya Dr Kua (Kia Soong) dan Suaram membawa peguam dari Perancis, Willian Bourdon untuk mendakwa kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis, kita juga akan mendakwa Dr Kua sekiranya terdapat bukti ada fakta yang dimanipulasikan," katanya selepas merasmikan Sepakat Komuniti 1Malaysia daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.
"Penasihat undang-undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr Kua yang diselewengkan mengenai aset-aset pertahanan untuk membolehkan beliau diambil tindakan mahkamah," katanya.
Katanya Dr Kua yang juga pengarah Suaram sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu untuk menghentam kerajaan.
Sumber: UMNO Online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 23, 2011
"Tangan Ghaib" DAP disebalik kematian TBH
PDRM Tidak Halang Mohamad Sabu Saman Polis
Friday, July 22, 2011
Video Pura-pura Sakit, Pura-pura Mati… Satu Kerja Kotor Penuh Pembohongan
Peserta demonstrasi #Bersih dilatih 'berlakon'
Thursday, July 21, 2011
VIDEO POLIS: Adegan menyayat hati dari Mat Sabu
Tags : Mat Sabu, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia, Video
Kemaluan PAS Terlondeh Lagi...
Kalau sebelum ini Pas memalukan parti apabila tunduk dengan desakan DAP di Kedah, kini Pas termalu lagi dengan ketegasan PKR di Selangor yang tetap mahukan Konsert MTV diteruskan pada 24 hb Ogos nanti.
Konsert yang akan berlangsung di I-City Shah Alam tersebut tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan hebat dari Pemuda Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Selangor, Khalid Samad.
Amat malang bagi Pas, Kerajaan Negeri Selangor hanya menghantar Setiausaha Politik Menteri Besar sahaja untuk menjawab segala bantahan Pas. Ini menunjukkan bahawa suara Pas langsung tak dipandang oleh kepimpinan PKR di negeri tersebut.
Faekah Husin pula menambahkan malu Pas dengan mempertikaikan bantahan dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu. Alasan bahawa penganjuran Konsert MTV tersebut terlalu hampir dengan bulan Ramadhan, disambut dengan sinis oleh Faekah.
Apa lagi yang boleh Pas kata melainkan hanya akur kepada kehendak PKR di Selangor. Lagipun, Pas bukanlah suara majoriti di negeri itu. Kalau di Kedah yang dikuasai penuh oleh Pas pun terpaksa mereka akur dengan DAP, inikan pula di negeri yang bukan dikuasai oleh mereka.
Semua yang terjadi ini mengukuhkan lagi dakwaan masyarakat yang Pas hanya menjadi kuda tunggangan dalam Pakatan. Apa yang berlaku terhadap Pas mengesahkan bahawa mereka itu hanya parti politik kelas bawahan didalam gerombolan Anwar Ibrahim tersebut.
Jika sebelum ini Pas begitu lantang mengkritik UMNO dan kerajaan kerana membenarkan konsert hiburan diadakan didalam negara, kini Pas nyata kelu apabila rakan sekutu mereka sendiri didalam Pakatan yang menganjurkannya. Lebih teruk lagi, Pas langsung tak mampu melakukan apa-apa didalam hal tersebut.
Inilah yang kita boleh katakan sebagai cakap tak serupa bikin. Bagaimana Pas hendak memastikan Islam menjadi keutamaan seperti yang selalu mereka war-warkan didalam ceramah jika hendak bersuara pun tak mampu didalam gerombolan Pakatan?
Dari hari ke hari, Pas ibarat menjadi pak lawak didalam senario politik negara. Lihat saja di Kedah bagaimana mereka beria-ia mahu melaksanakan undang-undang yang baik untuk umat Islam, tetapi akhirnya terbantut apabila diherdik oleh rakan-rakan seperjuangan didalam Pakatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Rakyat sedang melihat satu sandiwara di mana Pas menjadi badut yang sentiasa dipersenda semata-mata untuk dijadikan umpan menarik minat pengunjung. Memang memalukan…
mykmu.net
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, July 20, 2011
'Rahsia’ DAP akan terdedah?
MESTI BACA: Perhimpunan Haram Dan Tiupan Semangat Kurang Ajar
Sesungguhnya Perhimpunan Haram yang telah diadakan pada 9hb Julai 2011 yang lalu jelas menunjukkan betapa PR telah begitu terdesak dan mengamalkan Politik Machiavelly "Matlamat menghalalkan cara".
Demi untuk menjayakan matlamatnya untuk menggulingkan kerajaan BN dan masuk ke Putrajaya seperti yg seringkali mereka laung-laungkan maka mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mengingkari perintah Mahkamah yang tidak membenarkan beberapa pemimpin mereka memasuki beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan juga mengingkari nasihat yang telah dititahkan oleh DYMM Yang DiPertuan Agung serta beberapa raja-raja Melayu yang lain termasuklan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Pahang.
Tindakan pemimpin PR yang tidak mengindahkan nasihat DYMM YDP Agung dan Raja-Raja Melayu ini juga secara tidak langsung mendidik dan menghasut rakyat untuk tidak lagi menghormati dan memuliakan Daulat yang ada pada Raja-Raja Melayu.
Kerana konsep "Leadership by example" menunjukkan apa sahaja yang dibuat oleh pemimpin mereka akan menjadi ikutan oleh ahli dan pengikut serta penyokong tegar mereka.
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini ada beberapa orang rakyat Malaysia yang Melayu dan Beragama Islam telah sanggup mencerca dan mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina raja-raja mereka melalui blog dan laman sosial mereka/Face Book.
Selama ini kita mendidik rakyat agar patuh dan taat kepada Daulat yang ada pada Raja-Raja Melayu. Tetapi Kepimpinan PR mendidik dan menghasut samada secara langsung atau tidak langsung untuk rakyat tidak mentaati Raja-Raja Melayu. Tindakan mereka juga adalah merupakan Suatu penghinaan kepada Institusi Raja-Raja.
Tindakan pemimpin PR mendurhakai titah Raja-Raja Melayu ini mengingatkan saya akan antara isi kandungan ceramah Ummi Hafilda Mohd Ali yang kebetulan saya sepentas dengan beliau dalam beberapa ceramah dibeberapa tempat di mana antara lain beliau menyatakan bahawa abangnya YB Azmin Ali pernah menyatakan kepada arwah ayahnya di mana beliau sendiri mendengarnya,di mana Yb Azmin Ali berkata kalau PR memerintah maka Anwar Ibrahim akan menjadi Presiden dan beliau sendiri yang akan menjadi Perdana Mneteri.
Dalam erti kata lain memang sudah tersirat di sebalik persistiwa yang tersurat ini bahawa mereka punyai agenda untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan dan menggantikannya dengan Pemerintahan Republik Berpresiden.
Dalam erti kata lain memang sudah tersirat di sebalik persistiwa yang tersurat ini bahawa mereka punyai agenda untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan dan menggantikannya dengan Pemerintahan Republik Berpresiden.
Jika ini benar sesungguhnya ia amat merbahaya dan langkah pencegahan oleh pihak berkuasa haruslah dilakukan sebelum nasi menjadi bubur.
Apabila pemimpin-Pemimpin Melayu Islam sendiri sudah tidak segan silu untuk tidak mematuhi dan menghurmati nasihat yang telah dititahkan oleh Raja-Raja mereka maka tidak hairan lah kepada kita penyakit itu berjangkit pula kepada rakan-rakan mereka bukan Melayu yang menjadi ADUN dalam Pakatan Rakyat.
Kita dapati insiden tidak memakai pakaian resmi ketika pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri seperti yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak ketika DYMM Sultan Perak berangkat untuk meresmikan sidang Dewan dan baru-baru ini insiden yang sama juga berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak turun untuk meresmikan sidang Dewan.
Tindakan biadap dan kurang ajar itu juga dianuti bersama oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di mana dalam Isu Perlantikan Menteri Besar Perak beliau telah mengheret Sultan Perak ke Mahkamah dengan alasan-alasan yang sengaja diada-adakan.
Dalam isu yang sama juga penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan semua ADUN daripada DAP untuk tidak menghadiri majlis Perlantikan Menteri Besar oleh DYMM Sultan Perak yang berlangsung Di Istana Sultan Perak.
Semua tindakan berani yang tidak beradab dan tidak bertamadun oleh wakil-wakil rakyat DAP ini adalah hasil daripada pelajaran dan contoh yang diperolehi oleh mereka melalui persahabatan yang intim dengan kepimpinan Melayu dalam PKR dan PAS..Inilah yang dinamakan ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.
Semua tindakan berani yang tidak beradab dan tidak bertamadun oleh wakil-wakil rakyat DAP ini adalah hasil daripada pelajaran dan contoh yang diperolehi oleh mereka melalui persahabatan yang intim dengan kepimpinan Melayu dalam PKR dan PAS..Inilah yang dinamakan ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.
Pihak berkuasa hendaklah mengambil tidakan segera kerana perbuatan mereka melanggar perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah agar tidak berada dan berhimpun dikawasan berkenaan adalah suatu tindakan Menghina Mahkamah (Contempt of court).
Pihak PDRM yang telah mendapat pengisytiharan itu boleh memfailkan dan memohon kepada Mahkamah agar setiap seorang daripada mereka yang telah melanggar perintah tersebut dijatuhkan hukuman yang sewajarnya atas perbuatan mereka menghina mahkamah.
Selain daripada itu mereka yang terlibat didalam perhimpunan Haram tersebut juga hendaklah didakwa diMahkamah atas kesalahan dibawah Seksyen 27 Akta Polis iaitu illegal assembly atau perhimpunan yang tidak mendapat sebarang permit atau kebenaran daripada PDRM.
Satu lagi pihak berkuasa harus segera menyiasat hingga ke akar umbi dari segi penajaan dan penglibatan pihak luar baik dalam bentuk bantuan dana mahupun dalam mengurus kendalikan perhimpunan yang telah dibuat secara terancang.
Hal ini jelas terbukti daripada transaksi kewangan dalam akaun Dtk Ambigar dan juga perhimpunan Bersih yang telah diadakan serentak di merata tempat di negara-negara lain.Contohnya perhimpunan bersih memakai baju kuning yang telah diadakan serentak di Kota Bangkok Thailand, Singapura, Seoul Korea, Hong Kong, Australia dan New Zealand.
Kita tidak boleh mengizinkan kuasa-kuasa asing ini daripada terus campurtangan dalam urusan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada melalui jalan raya setelah mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan rakyat melalui pilihanraya.
Kita juga mendesak agar pihak berkuasa menyiasat jika didapati terdapat rakyat Malaysia turut serta didalam perhimpunan Bersih di Luar Negara tersebut maka tindakan yang sewajar dan setimpal dengan kesalahan mereka menghina dan memalukan negara sendiri itu perlu diambil.
Sikap mereka ini adalah seperti kacang lupakan kulit dan seperti melepaskan anjing tersepit. Kalau boleh jangan benarkan mereka yang tergamak menghina dan mencerca negara sendiri agar tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.
Sekurang kurangnya mereka mesti menjalani proses pemulihan untuk menjadikan mereka rakyat yang benar-benar ketaatan dan kesetiaannya hanya kepada Negara ini dan agar mereka menjadi rakyat yang bersyukur dan patriotik…
Ruslan Haji Kasim
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 19, 2011
Anwar dan Gaya Politik Bermuka-muka
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.
Monday, July 18, 2011
Sunday, July 17, 2011
Siasat Ambiga di bawah AMLA - GAPS
KUALA LUMPUR 16 Julai - Polis digesa menyiasat Datuk S. Ambiga di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) atas dakwaan beliau menerima dana asing untuk menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Ambiga selaku Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan sekutunya wajar disiasat hingga ke peringkat akar umbi mengenai penaja-penaja mereka dari dalam dan luar negara.
"GAPS mendesak agar polis menyiasat Ambiga dan sekutu-sekutunya dalam Bersih. Telah nyata bahawa ada pihak-pihak dari luar negara membiayai mereka untuk tujuan yang tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang negara.
"Penerimaan wang untuk tujuan yang tidak sah nyata sangat bertentangan dengan AMLA. Hasrat kumpulan ini yang mahu mengadakan perhimpunan haram seterusnya seperti yang diuar-uarkan oleh Mat Sabu (Mohamad Sabu) adalah bukti betapa sumber kewangan mereka sangat kukuh hasil pembiayaan wang asing ini.
"Tentunya cara pencegahan awal yang terbaik adalah dengan pihak berkuasa membekukan akaun mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram sebelum ini,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Hamidzun berkata, pihak berkuasa juga wajar menyiasat akaun-akaun yang mungkin dimiliki Ambiga dan sekutunya di luar negara seperti Singapura dan Switzerland.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 16, 2011
REVOLUSI: Usaha 'mentalibankan' rakyat...
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini mengajak rakyat melakukan revolusi setelah reformasi yang sebelum ini dilaungkan gagal diterjemah adalah salah satu cubaannya untuk membawa Malaysia ke arah kehancuran dan 'mentalibankan' rakyat khususnya orang Melayu.
Pengalisis politik tempatan, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussein menyifatkan Anwar adalah seorang pembohong yang penuh dengan kepura-puraan dan sanggup menjerumuskan bangsa dan negaranya sendiri ke lembah kebinasaan.
"Idea revolusi ini adalah manifestasi daripada kehabisan taktik politik setelah pelbagai cara dan kaedah yang sebelum ini diaplikasikan gagal untuk mendapat perhatian dari rakyat," katanya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, semasa penubuhan PKR dahulu Anwar melaungkan reformasi dan mengajak rakyat berdemonstrasi tetapi kerajaan dapat membanterasnya maka sekarang taktik sedemikian dilakukan tetapi mengubah kepada revolusi pula.
"Tingkah laku Anwar sekarang sudah tidak karuan ibarat 'cacing kepanasan' sehinggakan tergamak melaungkan revolusi yang sepatutnya tidak disebut pun dalam konteks negara demokrasi, masyarakat yang aman dan sejahtera seperti Malaysia hari ini."
Katanya, laungan revolusi yang dikemukakan Anwar adalah antara taktiknya bagi mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada masalah salah laku dan kes mahkamah yang masih berlarutan sehingga kini.
"Revolusi yang dilaungkan Anwar ini adalah satu tuntutan perubahan secara cepat yang menggunakan kekerasan sama ada manusia dan juga senjata bagi menjatuhkan Raja atau kerajaan yang ada sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah.
"Kita pernah melaungkan revolusi iaitu revolusi mental yang meminta rakyat melakukan perubahan dengan cepat dari sudut minda dan pemikiran iaitu daripada lembap dan mundur kepada mental yang maju dan berpandangan jauh. Ia berbeza dengan revolusi yang dilaungkan oleh Anwar kerana revolusi yang Anwar mahukan membawa kehancuran," katanya.
Terangnya, apa yang berlaku di negara-negara luar tidak boleh disamakan dengan Malaysia apatah lagi Timur Tengah yang kebanyakan negaranya tidak ada sistem demokrasi sebaliknya kebanyakan negaranya dipimpin secara diktator.
"Jangan tiru apa yang berlaku di negara luar sama ada di Mesir atau di Medan Tahrir kerana kebobrokan yang berlaku di negara-negara lain tidak sama dengan apa yang berlaku di Malaysia. Rakyat di sana cukup melarat dengan kesusahan bukan saja untuk mendapat kemudahan asas tetapi juga peluang pekerjaan.
"Saya yakin rakyat Malaysia bukan bodoh sehinggakan mahu menyahut seruan revolusi yang dilaungkan Anwar apatah lagi dengan kemakmuran sekarang yang mahu ditukarkan dengan senjata dan pertumpahan darah."
Tambahnya, rakyat tahu revolusi tidak sesuai dipergunakan di Malaysia malahan Indonesia yang pernah bangkit menerusi revolusi juga tidak mahu lagi mempergunakannya kerana mereka sedar dengan revolusi lalu negara mereka telah ketinggalan lebih 60 tahun ke belakang berbanding Malaysia sendiri.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
"Pembohongan Istimewa" khas untuk orang gila yang mengaku bijaksana
Saya tidak pasti benar atau tidak cerita DS Rosmah beli cincin, Tapi, benarkah ada cincin yang berharga 24 juta?
Sedangkan fakta sebenar cincin yang termahal di dunia, bertatahkan berlian berwarna biru 6.04 karat berharga US7.98.
Friday, July 15, 2011
Lucut kerakyatan pencetus revolusi
VIDEO: Tian Chua hasut anak muda serang polis
Thursday, July 14, 2011
VIDEO: Anwar Reka Cerita Isu Layanan Polis kepada Hadi Awang
Sandiwara Anwar, bukan perkara baru
Tags : Anwar Ibrahim, Anwar Pembohong, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih
Wednesday, July 13, 2011
Siaran Media Polis Jelaskan Pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyat
Tags : Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia
Monday, July 11, 2011
Pemimpin Bersih Bersenang Di Hotel Mewah, Penyokong Dibiar Kuyup
Tags : Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia
PENDAKAP LEHER: Perkakas Anwar untuk meraih simpati...
Hari ini Anwar ke Langkawi, walaupun sedang nazak akibat terkena tembakan oleh Polis pada 9 Julai... kah kah kah
Sunday, July 10, 2011
Saturday, July 09, 2011
LAKONAN TERBAIK: Hari ini Anwar meninggal dunia, esok buat sidang media
Tags : Anwar Ibrahim, Koleksi gambar lucu, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia
GAMBAR: Anwar cedera ditembak - lakonan terbaik abad ini
Tags : Anwar Pembohong, Koleksi gambar lucu, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Bersih, Politik Malaysia
Usah terkejut kalau terjumpa Anwar yang kononnya cedera parah tiba-tiba muncul di sidang media atau sedang melahap karipap...
BERSIH: 58 jalan sekitar KL yang ditutup
KUALA LUMPUR 8 Julai – Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih esok:
1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, July 06, 2011
TUN MAHATHIR: Orang Islam Mudah Diperalatkan
Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.
Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.
Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.
Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.
Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.
Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.
Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.
Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?
Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang.
Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.
Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah.
Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah.
Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.
Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.
Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.
Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran.
Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.
Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.
Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.
Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.
Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini.
Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.
Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.
Tun Dr Mahathir Mohamad
(chedet.co.cc)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, July 05, 2011
Monday, July 04, 2011
MAHASISWA: Ambiga cakap tak serupa bikin
"Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis..
Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai #Bersih2
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.
Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, July 03, 2011
4 juta ahli silat sedia jadi 'perisai' tindakan agresif BERSIH
BERSIH: Tiada Siapa Boleh Beri Jaminan Tidak Akan Berlaku Kekecohan
BAGAN SERAI 2 Julai – Pihak berkuasa melarang penganjuran perhimpunan haram Bersih pada 9 julai nanti adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak dingini terhadap mereka yang hadir pada hari itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana jumlah mereka yang dijngka hadir sangat ramai.
"Cukuplah jika suatu pihak yang melakukan kekecohan, sudah pasti akan berlaku huru hara, sebab itu pihak berkuasa tidak membenarkan mana-mana pihak membuat perhimpunan itu kerana khuatir berlaku perkara tidak dingini.
"Lebih baik mengambil langkah awal sebelum tercetus kejadian tidak diingini. inilah rasionalnya melarang perhimpunan itu, semuanya adalah untuk keselamatan semua pihak termasuk ," katanya pada selepas menghadiri majlis "Kenduri Rakyat" di Dataran Alor Pongsu, hari ini.
Menurutnya, walaupun Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sareevenesan menyatakan bahawa perhimpunan yang dirancang akan berjalan dengan aman, namun perkara itu tiada jaminan 100 peratus.
Muhyiddin berkata, perancangan untuk mengadakan perhimpunan itu telah menimbulkan rasa tidak[puas hati di kalangan ramai pihak dan sebab itu banyak laporan polis dibuat untuk mengahalang perhimpunan itu diadakan.
"Soal pokok sekarang adalah perhimpunan itu boleh menyebabkan pergolakan dan ketegangan yang akan menyebabkan negara kita menghadapi masalah besar, ekonomi akan terbantut dan perpaduan rakyat akan tergugat.
"Pengalaman di negara-negara yang kita tahu di Timur Tengah , kuasa-kuasa asing mudah campur tangan dengan menghantar pasukan tentera dan sebagainya kononnya nak bantu selesai masalah negara itu, tetapi apa yangb berlaku" katanya.
Muhyiddin berkata, apa yang berlaku di Pulau Pinang sudah cukup untuk membuktikan perhimpunan yang akan diadakan menimbulkan banyak masalah dan keadaan bertambah buruk apabila berlakunya pertembungan dua pihak.
Beliau mengingatkan rakyat negara ini supaya mengambil aktibar dari apa yang berlkau di Timur Tengah dan Pulau Pinag untuk dijadikan panduan bahawa perhimpunan haram yang dicadangkan itu akan membawa banyak masalah dan perlu mengelak daripada ianya berlaku. -
MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Saturday, July 02, 2011
Sultan Pahang Rayu Rakyat Tolak Perhimpunan Haram 9 Julai
MESTI BACA: Fakta Lynas menurut pakar
Benar! pakar-pakar yang mengesah fakta ini bukanlah termasuk Anwar Ibrahim atau PKR, tapi tidak bermaksud kajian mereka tidak boleh dipercayai. Meskipun bagi pembangkang, hanya kajian yang dibuat Anwar sahaja yang boleh dipercayai.
Berikut adalah fakta-fakta penting yang perlu diketahui tentang Lynas;
Demonstrasi : Ezam, lapan yang lain ditahan
Friday, July 01, 2011
BERSIH: Sandiwara Pembangkang untuk tutup aib
KUALA LUMPUR, 30 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang bersandiwara dengan menganjurkan demonstrasi jalanan bertopengkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi melindungi aib yang mereka lakukan.
Katanya, ketaksuban pembangkang untuk mendapatkan populariti dan memastikan rakyat bersikap taksub pada mereka sehinggakan sanggup mengaburi dengan penipuan sedangkan secara terang ia didalangi dengan idealogi politik semata-mata.
"Inilah yang dikatakan ketinggalan dan dangkal menghadapi masa hadapan hinggakan gagal melibatkan diri dalam setiap usaha untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat lantas untuk menutup malu mereka melakukan pula tipu helah dengan melakukan demonstrasi haram," katanya.
Jelasnya, jika benar berlaku ketidak adilan dan tidak telus dalam pilihan raya maka sudah pasti pembangkang tidak akan menang apatah lagi untuk mentadbir negeri-negeri yang pernah dikuasi oleh Barisan Nasional (BN).
"Mereka menuduh pilihan raya dibuat dengan tidak adil sedangkan dengan pilihan raya tersebutlah mereka dapat memerintah Kelantan selama 20 tahun dan kemudiannya Kedah, Selangor dan Pulau Pinang selain banyak kerusi Parlimen yang pembangkang menang. Kalau benar tidak adil mengapa mereka terus menerajui negeri-negeri terbabit?"
Ujar beliau lagi, jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tentunya perilaku sumbang dan perbuatan yang sememangnya di luar dari kewarasan akal tidak akan dibuat termasuklah pelbagai propaganda bombastik dan demostrasi jalanan.
"Kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengekalkan kesejahteraan dan terus unggul meletakkan negara di persada antarabangsa tetapi pakatan pembangkang terus berfikiran sempit ibaratnya negara baru sahaja merdeka.
"Mereka menggambarkan UMNO/BN sebagai parti penuh dengan amalan politik wang, diselimuti penyalahgunaan kuasa dan pelbagai sikap negatif lain dan kemudian mempolitikkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan hakikat sebenarnya perjuangan dan manifesto yang mereka laungkan sebelum ini gagal dilaksanakan," katanya lagi.
Tambahnya, seharusnya bukankah lebih baik jika pakatan pembangkang, NGO atau mana-mana pihak sekalipun menumpukan kepada masalah setempat dan masalah ekonomi dalam negara yang jelas lebih penting daripada mencari cacat cela dan cuba mencambahkan bibit-bibit pertelingkahan dalam negara.
"Kematangan berpolitik perlu dijadikan landasan dan keputusan yang dibuat juga perlu diterima dengan tenang tanpa sebarang propaganda atau demonstrasi yang sememangnya langsung tidak mendapat apa-apa faedah.
"Realiti yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun, bagaimana mungkin pembangkang dapat memenangi 82 kawasan Parlimen dan menang di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya benar SPR tidak telus dan pilihan raya tidak dilaksanakan dengan adil."
Tegasnya, dalam hal tersebut, cukuplah sejarah dijadikan ukuran dan tauladan bagaimana peristiwa Mei 1969 merobek perpaduan ekoran dari demonstrasi selain gerakan yang melaungkan reformasi dengan demostrasi jalanan pada tahun 1998 dan 1999 yang hampir-hampir memusnahkan Ibu Kota dan ekonomi negara. – MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)











