Thursday, June 30, 2011
GOBALA: Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar Ibrahim
EKSKLUSIF: Papa Gomo beri 5 syarat untuk Anwar dan Johari
Wednesday, June 29, 2011
50,000 pengamal silat sedia 'bertempur' pada 9 Julai
VIDEO: Samsul Ketot mahu jatuhkan kerajaan melalui BERSIH
Tuesday, June 28, 2011
MESTI BACA: TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Rakyat Perlu Sedar Fahaman Komunis Diterapkan Melalui Pemikiran
KUALA LUMPUR 27 Jun – Rakyat di negara ini perlu sedar bahawa fahaman komunis sudah mula menjalar dalam pemikiran rakyat negara ini melalui slogan yang dibawa oleh mereka yang berfahaman sosialis.
Ketua Jabatan Sejarah, Fakuti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr. Arba'iyah Mohd Noor berkata penularan itu sudah lama berlaku tetapi tiada yang menyedari perkara itu apabila diperjuangkan oleh mereka yang menggunakan politik sebagiai landasan untuk mengetengahkan perjuangan mereka.
"Perjuangan atau pemahaman sosialis adalah menyerupai apa yang diperjuangkan oleh komunis, mungkin hanya nama yang membezakannya, sehingga ramai di kalangan kita tidak menyedari perkara itu.
"Oleh itu kita perlu mengetahui sejarah, sosialis itu lebih kurang sama dengan komunis, perjuangan mereka adalah kehidupan sama rata tanpa mengira kedudukan, agama atau bangsa kerana mereka menganggap semuanya sama sahaja," katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan gerakan terancang pihak tertentu yang didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram.
Gerakan itu dikesan sedang giat menyebarkan propaganda antikerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat mengulingkan pemerintahan seperti di negara-negara Asia Barat.
Dr Arba'iyah berkata, kesedaran perlu ada di kalangan rakyat dan tidak mudah menerima apa sahaja yang dibawa oleh pihak tertentu yang kononya inginkan perubahan kerana sebarang kesilapan memberi kesan mendalam kepada semua termasuk kestabilan serta keamanan yang dinikmati oleh rakyat selama ini.
"Kita jangan mudah terpedaya, sejak kebelakang ini pelbagai jenis penjajahan sedang berlaku, penjajahan minda atau penjajahan pemikiran adalah suatu penjajahan paling bahaya kerana jika tidak ditangani boleh memberi kesan kepada struktur kehidupan rakyat,' ujarnya.
Menurutnya, cara pemakaian, pemikiran serta tingkah laku seseorang itu juga boleh menunjukkan mereka itu sudah melalui pemerosesan penjajahan minda jika apa yang dilakukan itu mirip kepada sesuatu pihak.
"Cara kita berpakaian untuk boleh menunjukkan keperibadian kita, kita tidak memakai atau melakukan sesuatu perkara jika kita tidak menyukai atau menyokongnya, seperti kita pakai baju pasukan bola yang kita minati, pasti kita berbangga untuk memakainya," katanya.
-MediaUMNO
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Video Ekslusif 18 SX - Johari Abdul Akui Pelaku Video Seks Adalah Anwar
Monday, June 27, 2011
Penganjur perhimpunan haram khuatir kebangkitan BN
Sunday, June 26, 2011
Himpunan Patriot Bagi Menentang Perhimpunan Haram 9 Julai Dilancarkan
31 Aktivis PSM Ditahan Di Tol Sungai Dua
Saturday, June 25, 2011
Anwar wajib letak jawatan – Zul Noordin
Polis Terima Lebih 1,000 Laporan Bantah Perhimpunan Haram
Dr Mahathir: Selidiki Berita Dari Orang Fasik
Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.
Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.
Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?
Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.
Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.
Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.
Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.
Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.
Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.
Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada "kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah". Kamu bukan ulama, kamu umarak.
Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.
Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.
Ayat ini berbunyi,
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.
Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.
Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.
Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?
Tun Dr Mahathir Mohamad (chedet.co.cc)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Friday, June 24, 2011
Fakta kes Datuk T dan Video Omega
Dr. Mahathir: Malaysia tidak perlu transformasi politik
Anwar dicabar bersihkan nama
Thursday, June 23, 2011
Kalau Ulama Besar Pun Anwar Boleh Kelentong, Inikan Pula Rakyat Biasa
KUALA LUMPUR 22 Jun – Melakukan pembohongan sudah menjadi kebiasaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembohongan yang dilakukannya bukan sahaja kepada rakyat malah turut membabitkan tokoh ulama besar seperti Syeikh Yusof Al Qardawi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin adalah bukti jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik peribadinya.
"Jika tokoh agama seperti Yusof Al Qardawi boleh diperdayakan oleh Anwar, inikan pula rakyat biasa, lagi mudah untuk dia berbohong dengan pelbagai pembohongan untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.
"Memang Zul yang memberi taklimat kepada Yusuf al Qardawi, tetapi semua itu adalah perancangan Anwar supaya menunjukkan dirinya difitnah seperti yang didedahkan Zul kelmarin," katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zulkifli bagaimana beliau terpaksa berbohong ketika bertemu Yusuf Al Qardawi bagi membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa konpirasi politik untuk menjatuhkannya.
Idris yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka seterusnya menyifatkan pendedahan itu adalah satu lagi pembohongan Anwar dengan menggunakan nama Yusuf Al Qardawi untuk memperdayakan rakyat negara ini bahawa tokoh agama itu menyokongnya.
"Anwar menggunakan Yusuf Al Qardawi untuk menyebelahinya kerana beliau adalah ulama besar, sering menjadi tempat rujukan apabila membabitkan isu agama, dengan mempergunakan ulama itu, Anwar dapat meraih simpati daripada rakyat," katanya.
Wednesday, June 22, 2011
Taib Mahmud Beri Sepenuh Kerjasama Kepada Persekutuan Switzerland Untuk Bersihkan Namanya
Taib Mahmud nafi dakwaan miliki akaun bank Switzerland
Tuesday, June 21, 2011
VIDEO: Penduduk Mukah terbunuh secara senyap?
Benarkah seperti yang didakwa? Yang pasti, pemimpin perlu menjawab dakwaan ini...!
Rakyat Sudah Cukup Muak Siri Penipuan Anwar dan Nik Aziz
NGO beri amaran terakhir kepada PAS Kelantan
Monday, June 20, 2011
RIOT: Jauhi perhimpunan BERSIH 2.0
Sunday, June 19, 2011
BERSIH: Cubaan Jalan Pintas Ke Putrajaya
Dr Mahathir tidak terganggu dengan pandangan Khairy
Kerajaan Pas rampas tanah penduduk Sungai Miak
Saturday, June 18, 2011
YDP Agong tidak perkenan pilihan raya masjid
Friday, June 17, 2011
Nik Aziz akui pemberian subsidi juga satu kebajikan
Mat Sabu tegur Penyelewengan Di Kedah Dan Kelantan
Thursday, June 16, 2011
Pembangkang ‘Panas Teliga’ Isu Buku Jingga
Tags : Anwar Ibrahim, Buku Jingga, Pakatan Rakyat, Pembangkang, Politik Malaysia
Pemimpin SUPP mesti letak jawatan beramai-ramai?
Wednesday, June 15, 2011
Apakah mereka ini BERSIH, untuk menganjurkan BERSIH?
1) Ambiga - bagaimana hendak anjur perhimpunan Bersih sedangkan dalam senarai ahli Bar Council pun masih ada lawyer yg penipu dan yg membunuh Sosilawati?
2) Mohd Sabu - bersih apa kalau menggelar Anwar sebagai Aljuburi,bersih apa kalau kena cekup khalwat dgn Normah?
3) Anwar- bersih apa kalau kes liwat belum selesai,bersih apa jika terkantoi dgn China Doll,bersih apa jika menipu rakyat.
Bersihkah pemilihan PAS jika kira undi dua hari utk seribu perwakilan ??? Bersihkah PKR jika pemilihan pun baling baling kerusi dan tumbuk menumbuk? Kalau mereka jadi SPR,entah apa lagi akan berlaku.
Anwar Al Juburi Harus Bertaubat!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
KES SAMAN: Bukti PKR dan PAS memang kaki fitnah
Dewan Rakyat bantah perhimpunan BERSIH
Tuesday, June 14, 2011
MOCS tidak ada bukti salahlaku Taib Mahmud
Monday, June 13, 2011
Anwar Dalang Sebenar Di Sebalik Perjanjian IPP
Malaysiakini diberi peluang fail pembelaan
Sunday, June 12, 2011
Kronologi Kehancuran Perjuangan Islam PAS
Saturday, June 11, 2011
Nik Aziz isytihar esok cuti umum
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di Kelantan.
Selepas 25 Tahun, Kematian Ibrahim Libya Sia-sia
Friday, June 10, 2011
Rayuan Pendakwa Terhadap Pembebasan Karpal Singh Atas Dakwaan Menghasut Didengar 13 Julai
Risik Anak PM : Pembohongan Besar Dr Dzulkefly
Thursday, June 09, 2011
Pemuda UMNO buat laporan polis
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)























