Thursday, March 31, 2011

BACAAN MENARIK: YB bagaimana yang anda mahukan?



Oleh Stanley Bye Kadam Kiai
Memandangkan ramalan awal Barisan Nasional (BN) dijangka akan memenangi pilihan raya negeri akan datang dan mengulangi kecemerlangan sejak 47 tahun lalu, adalah mustahak dan menarik perhatian rakyat di negeri ini bahawa – BN harus memilih calon yang layak berdasarkan kriteria tertentu bagi memastikan kita mempunyai ahli politik yang berkaliber.

Terdapat empat kelebihan untuk melakukan pemilihan. Kelebihan pertama ialah BN akan menang dengan selesa. Kedua, kurang perbalahan pendapat, proses kempen akan berjalan mudah dan lancar yang akan mengurangkan undi protes dan kemenangan majoriti besar.

Ketiga, rakyat tahu mereka memilih wakil yang ada kredibiliti yang boleh berfungsi di peringkat tertinggi.

Keempat, kedua-dua parti dan negara akan mendapat manfaat daripada pemimpin yang berkaliber dan berkualiti.

Amat penting seorang wakil yang dilantik dapat memainkan peranan yang signifikan dalam meningkat dan menyumbang pembangunan yang dapat mentransformasikan taraf hidup mereka.

Wakil kita juga harus berupaya mengubah wajah konstituensi yang diwakilinya, sebagaimana mereka mengatur kehidupan mereka sendiri. Mereka hendaklah berkelakuan seperti seorang pemberi nasihat dan boeh meniupkan semangat.

Wakil tempatan bagaimana yang anda mahukan? Adakah anda mahu seorang yang dapat membawa perubahan, seorang yang boleh membimbing dan memberi motivasi atau ciri-ciri yang lebih hebat dari mereka?

Apakah jenis kepimpinan yang anda boleh jangkakan daripada mereka? Adakah anda mahu seorang pemimpin yang semulajadi dapat berunding dan tahu serba serbi? Adakah anda mahu seorang yang mempunyai kuasa penuh? Adakah anda melihat mereka sebagai kawan atau seseorang yang jauh lebih tinggi tarafnya?

Adakah anda mahu mereka adalah seorang penceramah yang petah dan bijak berdebat?

Ahli politik dianggap seorang yang mempunyai aura, karisma dan keyakinan. Mereka dijangka dapat menyuarakan pandangan mereka dengan cara yang penuh berkuasa dan tegas, namun pada masa yang sama masih mengekalkan cara yang difahami, jelas dan berhemah.

Tiada apa-apa yang paling membosankan, daripada mendengar ahli politik yang hanya pandai merapu-rapu, sedangkan dia sendiri tidak tahu, tidak faham dan tidak peka dengan apa sebenarnya isu yang mahu disampaikan. Paling teruk, mereka tidak bersedia dan menganggap setiap ahli politik harus berucap meleret-leret selama tiga jam. Adakah Sarawak memerlukan pemimpin begini?

PKR edar radio dan VCD percuma untuk penduduk Mukah


photo credit to sarawakupdate
Seperti yang dilaporkan pihak SPR, Mukah termasuk kawasan panas menjelang pilihan raya Sarawak yang tinggal beberapa hari saja lagi. Bagi penduduk Mukah dan sekitar, bahang ‘pilihan raya’ jelas terasa dengan sentiment politik yang pelbagai.

Mukah adalah pusat pentadbiran bagi DUN N.51 Balingian, kerusi yang disandang ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Penduduk Mukah adalah majoriti etnik melanau, dan tempat asal keluarga Taib Mahmud.

Beraneka taktik serta pendekatan kempen sedang dilancarkan pembangkang untuk memastikan penduduk N.51 Balingian membenci dan menjatuhkan imej ketua menteri serta kerajaan Barisan Nasional.

Antara yang menarik, pengedaran set Radio percuma beserta VCD kepada penduduk sekitar, propaganda yang bertemakan NCR, Bakun dan sebagainya yang berkaitan kerajaan BN.

Dikhabarkan penduduk juga disuruh mendengar siaran radio AM dari pukul 6 hingga 8 malam. Siaran radio yang dimaksudkan adalah RFS (Radio Free Sarawak), yang kononnya dipancarkan dari kota London.

Antara pengulas dalam siaran RFS yang sering memberi komen dan kritikan terhadap kerajaan negeri adalah Dr Jeniri Amir seorang penganalisis politik berketurunan melanau berasal dari Mukah.

Kerusi Bukit Kota Dan Batu Danau Mungkin Saksikan Pertembungan Lebih Dua Calon


LIMBANG, 31 Mac (Bernama) -- Bukit Kota dan Batu Danau, dua kerusi majoriti bumiputera di Limbang berkemungkinan menyaksikan pertandingan lebih daripada dua calon.

Dengan hari penamaan calon hanya tinggal seminggu sahaja lagi, bakal calon bagaimanapun perlu menunggu lama sedikit memandangkan borang pencalonan bagi kerusi Bukit Kota telah pun habis dijual.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Bukit Kota, Anyi Ngau berkata kesemua enam borang pencalonan yang disediakan bagi kerusi itu telah pun habis, dan ketika ini beliau masih menunggu ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kuching untuk menghantar borang itu melalui pos.

Bagi kerusi Batu Danau yang terletak di luar bandar, RO Stephen Kalong Nanggang berkata empat borang pencalonan telah pun dijual.

Khabar angin bertiup kencang bahawa kerusi Batu Danau mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Dalam pilihan raya negeri 2006, kawasan pilihan raya baru itu yang merupakan majoriti Dayak dimenangi calon BN Palu@Paulus ak Gumbang setelah mengalahkan calon SNAP Sawan ak Jiram dengan majoriti 1,262 undi.

Tahun ini jumlah pengundi bagi kerusi DUN berkenaan meningkat kepada 7,636 orang berbanding 6,889 orang pada pilihan raya negeri 2006.

Sementara itu, kerusi Bukit Kota, yang sebelum ini dikenali sebagai Limbang, dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyandang daripada BN, Dr Abdul Rahman Ismail berdepan tentangan daripada PKR dan DAP, selain seorang calon bebas.

Dalam pilihan raya negeri sebelum ini, Dr Abdul Rahman menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang dua calon bebas dan menang dengan majoriti 3,299 undi.

Kerusi majoriti Melayu/Melanau itu mencatatkan peningkatan jumlah pengundi daripada 13,328 orang pada pilihan raya 2006 kepada 14,471 orang tahun ini.

Dr Abdul Rahman, yang dijangka dikekalkan sebagai calon BN pada pilihan raya tahun ini, memiliki klinik di Limbang dan lebih dikenali sebagai 'the smiling doctor' oleh penduduk setempat.

Keyakinan BN untuk mengekalkan kerusi Bukit Kota disemarakkan lagi dengan keputusan 121 anggota DAP yang diketuai oleh Pengerusi DAP Sungai Limbang, Kahar Awang Daud keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu tunjang BN Sarawak.

Wednesday, March 30, 2011

Video seks: Polis masih tunggu hasil analisis pakar



KUALA LUMPUR 30 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil laporan analisis pakar ke atas bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, buat masa ini, analisis terhadap bahan-bahan bukti itu sedang dijalankan oleh pihak pakar.

Pada masa yang sama, katanya, polis masih di peringkat mengumpul keterangan-keterangan untuk menyokong fakta yang ditemui bagi melengkapkan siasatan kes tersebut. 

10 Penyandang Daripada PBB Tidak Pertahankan Kerusi Dalam Pilihan Raya Sarawak


MIRI, 30 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata 10 penyandang daripada parti itu tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata beberapa orang daripada mereka telah pun mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding kali ini, manakala sebahagian lagi masih belum berbuat demikian.

"Bagi muka baru (daripada PBB), biarlah CM (Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud) mengumumkan nama mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek perintis konsep baru rumah panjang untuk Rumah Panjang Chabu, Bakong, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Sehingga kini, enam penyandang daripada parti berkenaan iaitu Frederick Bayoi Manggi (Kedup), Lihan Jok (Telang Usan), Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut), Dr Wahbi Junaidi (Saribas), Wan Wahab Wan Sanusi (Sadong Jaya) dan terbaru, Simoi Peri (Lingga), telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak bertanding.

KELUAR PKR: Benarkah mereka ini terlalu bodoh atau?


Bagi penyokong PKR, siapa saja yang tak percaya pada perjuangan Anwar adalah bodoh dan digelar 'Firaun'. ramai penyokong PKR sekadar jadi penyokong yang taksub tanpa mengenali Anwar secara dekat, mereka cuma bangga mendukung politik maki hamun dan sebagai kumpulan sorak untuk Anwar.

Apakah tokoh-tokoh dibawah ini terlalu bodoh hingga bertindak keluar PKR? Sedangkan mereka ini memang lebih arif, lebih rapat dan lebih kenal siapa Anwar berbanding penyokong PKR yang sekadar ikut-ikutan..

TPM tinjau persiapan pilihan raya Sarawak



KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk meninjau persiapan Barisan Nasional (BN) Sarawak menjelang pilihan raya negeri ke-10, 16 April ini.

Sejurus tiba, Muhyiddin mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin parti-parti komponen BN Sarawak yang diketuai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Ketua Menteri Sarawak di ibu pejabat PBB di Jalan Bako.

Pemimpin lain Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, selepas itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Majlis Tertinggi BN Sarawak di tempat sama dan diikuti dengan taklimat tertutup mengenai persiapan pilihan raya BN negeri.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 21 Mac, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN -- PBB 35 kerusi, SUPP 12 kerusi, PRS dan SPDP masing-masing lapan kerusi.

Tuesday, March 29, 2011

GAMBAR: ceramah Anwar di Padungan hampir kecoh


Pihak polis cuba menasihatkan ADUN Padungan, Dominique Ng agar menghentikan perhimpunan dihadapan premis ini. Kerana PKR tidak memiliki permit polis untuk berhimpun, selain itu akan menganggu lalu lintas  kenderaan.
Suasana agak kecoh sedikit bila segelintir penyokong PKR berteriak setelah di arah bersurai oleh pihak polis
FRU turut serta menenangkan keadaan, dan nampak siap sedia dengan kemungkinan
Setelah berbincang dengan pihak polis, ADUN PKR Dominique Ng dibenarkan berucap dalam premis tersebut sambil menunggu kedatangan Anwar Ibrahim yang sedang dalam perjalanan dari masjid bahagian bandar Kuching. Dominique Ng berucap dihadapan penyokong dalam bahasa cina dengan berdiri di atas kerusi.
5 minit selepas itu Anwar sampai, pihak polis memberi peluang Bang Nuar berucap lebih kurang 10 minit.  Dalam keadaan kedai kopi ini yang agak sempit dan sesak dengan pihak media termasuk TV3. Anwar sempat menyindir TV3 mengatakan berita TV3 tak boleh dipercaya.  Seperti sebelum ini, ucapan Anwar memang mengutuk Taib Mahmud serta keluarga dan mengajak rakyat agar meniru rakyat Mesir menjatuhkan kerajaan yang ada.

Mohd Nor keluar PKR sebab sudah Bosan!


Mohd Nor Jaafar
Berita tentang orang kuat PKR keluar parti bukanlah perkara baru, bahkan rakyat sudah lali mendengarnya. Ironinya sebab dan punca mereka bertindak keluar hampir sama, berputar-putar tentang masalah kepimpinan parti yang tidak fokus kepada memperjuangkan masalah rakyat.

Terbaru, Timbalan ketua PKR negeri Pahang mengambil langkah drastik keluar dari PKR dan menyertai parti KITA (Parti Tanah Air kesejahteran Insan).

Mohd Nor Jaafar mengakui sudah bosan hari-hari menentang kerajaan secara membabi buta demi mengalih tumpuan pada isu dalaman.

“Bagaimana mungkin kemajuan negara boleh dicapai jika asyik membangkang dan mempolitikkan segala perkara serta tidak menumpukan pada kepentingan rakyat?” soal Mohd Nor dalam satu kenyataan.

“Saya seperti membuang masa selama ini bersama parti yang sedang asyik melawan dan menentang demi membangkang apa saja” tegas beliau.

Mohd Nor memberitahu permohonan beliau untuk menyertai parti KITA telah pun diterima.Beliau yang juga ketua cabang PKR Jerantut akan memanjangkan surat pengunduran beliau ke Ibu Pejabat PKR dalam minggu ini.

ADENAN: PBB siap sedia tangkis tohmahan pembangkang



KUCHING: Barisan Nasional (Sarawak) khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia untuk menangkis tohmahan yang ditujukan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang tempoh pilihan raya Negeri Sarawak ke-10 ini.

Penasihat Khas Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata PBB memiliki strategi tersendiri untuk menghadapi pilihan raya Negeri yang akan berlangsung pada 16 April depan.

Katanya, pada pilihan raya Negeri akan berlaku perubahan dalam PBB.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas pelancaran dua buku mengenai Abdul Taib iaitu ‘The Concept of Anak Sarawak: A Way To Depict State’s Cultural Mosaic’ dan ‘Pehin Sri Abdul Taib’s Bold Step Forward’ di sini, sebentar tadi.

VIDEO SEKS: Siasat menyeluruh kata pemimpin PAS



KUALA LUMPUR 28 Mac - Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.

Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.

"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.

"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.

"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Monday, March 28, 2011

BUKTI KEKAYAAN ANWAR - Kroni lebih 20 syarikat


gaji Anwar sebagai ketua pembangkang...
Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar. 
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman

sumber mykmu.net

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.

Bila Taib Mahmud tiru Anwar, inilah jadinya…



1. Taib Mahmud akan melantik diri sendiri sebagai ketua umum Parti Pesaka Bumipura Bersatu (PBB), satu jawatan yang tidak dicabar dan tidak dipilih dalam mana-mana pemilihan parti.

2. Taib Mahmud akan melantik isterinya Puan Sri Ragad sebagai presiden PBB, supaya jawatan utama dalam PBB tidak terlepas ke tangan orang lain. Lebih penting agar presiden boleh ‘jaga’ jawatan ketua umum, dan ketua umum boleh ‘menasihatkan’ presiden agar jawatanya tidak dicabar.

3. Seterusnya Taib Mahmud akan menyuruh anak-anaknya memegang jawatan Naib Presiden PBB. Biar lengkap PBB sebagai sebuah parti keluarga anak beranak.

4. Setelah lengkapnya PBB jadi parti kroni anak beranak, Taib Mahmud akan berceramah ke seluruh negara demi mengutuk amalan kronisme serta nepotisme dalam politik. Biar penyokong tak anggap diri dia amal kronisme, walau pun jelas-jelas dialah juara kronisme.

5. Kalaulah tiru macam Anwar, Taib Mahmud akan mempromosikan diri sebagai bakal perdana menteri Malaysia. Taib Mahmud terus berceramah ke seluruh pelusok negara sambil memuji diri mengatakan dia yang paling mulia, paling adil, paling bersih dan pemimpin paling sempurna. Biar penyokong tak sedar, sebenarnya dia gemar main belakang

6. Jika meniru cara Anwar, dalam setiap ceramah Taib Mahmud akan sentiasa mengutuk pemimpin lain yang kaya dan mengumpul harta. Beliau akan mempersoal kereta mewah, rumah mewah dan kos perjalanan ke luar negara pemimpin lain. Walaupun pada masa yang sama dia memiliki banglo mewah, kereta mewah, pengawal peribadi yang lengkap dan sering berulang alik ke luar negara. Semua ceramah itu untuk memastikan penyokong sendiri tak persoal kekayaan beliau, biarlah mereka persoal kekayaan orang lain saja.

7. Jika sekarang Taib Mahmud gemar pada nombor-nombor dominan menurut kepercayaan kuno masyarakat melanau dan cina. Tapi untuk meniru seperti Anwar, Taib Mahmud mula bercakap “we have the numbers…”, “we have the numbers…”. Walaupun terbukti itu sekadar pembohongan, tapi yang penting para penyokong ‘syok sendiri’.

8. Jika Taib Mahmud meniru seperti Anwar, Beliau akan berkempen ke luar negara sambil mengutuk dan menghina negara sendiri. Supaya pihak luar bersimpati dengan menghulur dana serta mendukung cita-cita beliau yang kemaruk nak jadi perdana menteri.

TERKINI: Sembilan kawasan DUN Sarawak dikenalpasti 'panas'


Dapat dijangka, kawasan yang dimaksudkan adalah termasuk juga DUN Ba'kalalan iaitu kawasan Baru Bian, dan kawasan penduduk Iban di pendalaman Sarawak...


 KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kawasan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai kawasan 'panas' sepanjang tempoh berkempen pilihan raya umum negeri.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata bagi tujuan itu pihaknya menubuhkan 80 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PPKPR) bagi memantau kempen parti bertanding.

Sunday, March 27, 2011

VIDEO : Pujian untuk Tun Mahathir dari dunia Arab


Saya tak terkejut jika ada rakyat Malaysia yang ingin meludah dan memaki hamun bila mendengar pujian terhadap Tun Mahathir. Tapi apakah perkara 'hebat' yang pernah mereka lakukan untuk Malaysia selain mengkritik dan memaki hamun Dr Mahathir?

Itu di Malaysia, tapi dibawah ini penghargaan dari dunia Arab..




 Baca juga kutipan ini;

Yemenis admire Dr M and Malaysia

SANA'A: It was Mohamed Ahmad's first day to Tahrir Square to join the anti-government protesters.

And the 28-year-old tailor outdid himself. He stuck a number of small Yemeni flags on his head and wore a protest bandana as a tie.

The tailoring business has been a bit slow of late because people are uncertain of what would happen in the future so they have been holding on to their money.

So Mohamed decided to come to the square and sell anti-government bandanas, caps, stickers and the country's flags.

“The protests are outpourings coming from the heart. So people are buying all these things as keepsakes to remember the moment,” he said.

One of those with anti-government protest souvenirs is 29-year-old Marwan Amery.

“It is a youth revolution. We want to make Yemen just like Malaysia.

VIDEO: Disebalik kehilangan jam Omega




video credit to DIMENSI

VIDEO SEKS: Bukan kerana dendam?


 
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau terlibat dalam skandal pendedahan video seks bukan kerana berdendam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran nasib yang menimpa dirinya 17 tahun lalu.

Sebaliknya kata Abdul Rahim (gambar), beliau mendedahkan perkara itu demi mencari kebenaran buat semua pihak yang terlibat dalam aksi seks yang dirakamkan pada akhir bulan lalu.

“Apabila saya menyebut tentang peletakan jawatan saya (sebagai ketua menteri Melaka), saya hanya mahu Anwar mengekori langkah saya walaupun beliau telah menipu dengan mengatakan Tun (Dr Mahathir Mohamad) menyuruh saya berundur (semasa itu).

“Saya tetap meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya dengan tidak membuat huru-hara seperti menganjurkan demonstrasi bagi melemahkan kerajaan atau negara atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana berbohong kepada saya,” katanya dipetik Mingguan Malaysia hari ini.

Pemimpin dan penyokong Anwar mendakwa Abdul Rahim juga memainkan peranan ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat kes moral yang membawa kepada pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada 1998.

Pada 24 Mac lalu, Anwar mendakwa balas dendam sebagai punca sebab Abdul Rahim sanggup mahu mendedahkan skandal video seks yang didakwa mengaitkan beliau,.

“Pembabitan Thamby Chik mengingatkan saya dengan kes lama, berkaitan dengan tuduhan rogol dan kes di mana kertas siasatan ditandatangani oleh (Peguam Negara Tan Sri) Gani Patail bahawa beliau terlibat dalam satu kes rasuah,” kata Anwar.

“Beliau melakukan ini kerana mahu membalas dendam,” kata Ketua Umum PKR ini.

Pada 1994, Abdul Rahim dikenakan tuduhan berkaitan kes rogol melibatkan pelajar bawah umur. Meskipun kes itu digugurkan kemudian, tetapi ia telah menjejaskan kerjaya politiknya.

Gangster diupah untuk ganggu pilihan raya Sarawak?



sekadar gambar hiasan
 KUCHING: Polis berkeyakinan mampu menangani kemungkinan gengster diupah untuk mengganggu keharmonian ketika pilihan raya.

Bercakap ketika sidang media sempena Hari Polis Ke-204 semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon berkata isu tersebut tidak harus dirisaukan.

“Setakat ini tiada insiden berkaitan gengster upahan daripada parti untuk merosakkan keharmonian pilihan raya, tetapi kami tetap berwaspada.

“Kami percaya ia tidak akan berlaku dan kami masih lagi berupaya untuk menangani situasi sebegini,” katanya.

Beliau melabelkan isu ini sebagai gembar-gembur sesetengah pihak untuk menghangatkan lagi cerita dan mereka-reka situasi ketika pilihan raya.

“Saya menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan sesuatu perkara sehingga semua orang takut untuk mengundi, kami pihak polis menjamin keselamatan rakyat terutamanya pada hari mereka memilih pemimpin mereka,” katanya.

Leo Moggie nafi terlibat pakatan sulit...


Tan Sri Leo Moggie telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah orang disebalik pakatan sulit SNAP dan BN.

Beliau yang juga bekas presiden PBDS dan pernah menjadi menteri persekutuan, menganggap pendedahan blog sarawak report adalah pembohongan semata-mata.

Ini adalah kali kedua kenyataan dari pemimpin dayak menganggap laporan tersebut sebagai pembohong dan tidak boleh dipercayai. Pemimpin SNAP juga telah membuat kenyataan yg sama berhubung dakwaan sarawak report.

Ironinya, SNAP baru sedar blog yang mereka pernah agung-agungkan adalah "sampah" dan pembohong. Bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak sedar Sarawak report adalah gudang fitnah...

Nampak sangat sarawak report adalah proksi PKR...

Saturday, March 26, 2011

Yusri KRU akan bantu polis sahkan video seks?



KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.

"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).

"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

PAS kritik sikap tamak PKR di Sarawak...



Pertelingkahan pembangkang dalam pembahagian kerusi DUN Sarawak, tidak hanya menjadi bahan kritikan penyokong Barisan Nasional. Sebaliknya penyokong PAS turut mengkritik sifat tamak dan angkuh PKR.

Blogger2 penyokong PAS sejak kelmarin menulis isu tersebut dengan tajuk "Kenapa PKR tamak di Sarawak?".

Apalagi alasan yg boleh PKR gunakan untuk menutup kerakusan pemimpin mereka yg gila kuasa?

Mungkin nanti mereka akan berkata kepada penyokong bahawa semuanya salah BN, atau di sabotaj org BN? Itu memang sikap PKR yang tidak pernah belajar melihat kelemahan diri.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

VIDEO SEKS : Ramai tercari-cari dimana Anwar?



KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?

Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Baru Bian akui, Rakyat Sarawak perlu tunduk pada Azmin dan Anwar?


Akhirnya Baru Bian terpaksa mengakui tidak mempunyai mandat untuk membuat keputusan bagi pemilihan calon di Sarawak. Wajarkah Baru Bian tunduk pada Anwar dan Azmin untuk menentukan pilihan bagi rakyat Sarawak?

Inilah yang mereka katakan berjuang untuk rakyat Sarawak, sedangkan Baru Bian pun terpaksa tunduk pada Anwar dan Azmin di Malaya.

Jelas, perjuangan PKR bukanlah untuk rakyat Sarawak, tapi untuk Azmin dan Anwar sekeluarga di Semenanjung. Apakah akan terjadi kepada rakyat Sarawak jika PKR yang memerintah?

Baca kutipan dibawah;

Rundingan Kerusi Pilihanraya:PKR Sarawak Tiada Mandat

KUCHING, 25 Mac (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata ia tidak mempunyi mandat untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April.

Bagaimanapun, Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata kegagalan rundingan antara parti itu dengan DAP berhubung kerusi Batu Kawa, Dudong serta Piasau dan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tentang beberapa kerusi majoriti kaum Dayak, dijangka dapat diselesaikan akhir bulan ini.

“Kami tak diberi mandat berhubung peruntukan kerusi, jadi kami kena rujuk kepada para pemimpin kami di peringkat kebangsaan, termasuk Timbalan Presiden Azmin Ali, yang dijangka membuat keputusan mengenainya menjelang 29 Mac,” katanya kepada pemberita di sini.

PKR, yang kini hanya menyandang kerusi Padungan, bertelagah dengan DAP setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada rundingan di Kuala Lumpur semalam.


GAMBAR: Hitam putih kegagalan demo AMK


Demonstrasi berkaitan isu video seks oleh AMK PKR, yang berlangsung di Ibupejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur petang tadi. Shamsul mengatakan 100 orang yang hadir, tapi gambar ini menceritakan sebaliknya...



Photos credit to Jinggo

Mungkinkah PKR mulai hilang sokongan kerana isu ini?

Friday, March 25, 2011

DAP terus beri amaran pada Anwar dan PKR



Jika sebelum ini Baru Bian bukan main angkuh mencabar Pehin Sri Taib membubarkan DUN Sarawak, kononnya mereka sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

Senario terkini menunjukan Baru Bian sekadar ‘gertak sambal’ atau 'cakap besar', malah pecahan-pecahan dalam PKR Sarawak turut tidak bersetuju dengan gaya kepimpinan Baru Bian. Apatah lagi DAP yang sudah lama berdiam diri memerhati gerak tari politik PKR di Sarawak.

Pertikaian tentang kerusi DUN menjadi indikasi betapa pembangkang bukanlah pasukan pemimpin yang boleh mengalas harapan rakyat di bumi kenyalang. Semuanya tengah bergelut dengan kehendak peribadi pemimpin PKR Semenanjung, menjadikan kalangan parti komponen Pakatan Rakyat di Sarwak semakin sukar untuk berlapang dada.

Terkini DAP terus bertekad dengan amaran kepada PKR untuk bertanding 18 kerusi DUN, meskipun berdepan dengan PKR sebagai lawan. Masyarakat akar umbi juga menyuarakan harapan agar PKR akur dengan kemahuan DAP.

Berikut senarai DUN yang masih menjadi pertikaian;

N9 - Padungan
N10 - Pending
N11 - Batu Lintang
N12 - Kota Sentosa
N13 - Batu Kawah
N25 - Balai Ringin
N27 - Simanggang
N39 - Repok
N40 - Meradong
N45 - Bukit Assek
N46 - Dudong
N47 - Bawang Assam
N48 - Pelawan
N59 - Kidurong
N63 - Piasau
N64 - Pujut
N65 - Senadin
N68 - Bukit Kota

ANALISIS : Nama muka baru dari PBB yang jadi tumpuan



SIBU, 24 Mac (Bernama) -- Selepas hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April dan pengundian 16 April, spekulasi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kini tertumpu kepada bakal calon, terutamanya muka-muka baru.

Dan yang paling menarik minat ramai adalah kemungkinan barisan calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Presiden PBB, berkata sekurang-kurangnya suku daripada calon bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen utama BN Sarawak itu adalah muka baru.

Sumber dalam parti berkata antara 10 hingga 12 muka baru bakal dicalonkan, dengan kebanyakan mereka akan bertanding di kawasan yang dimenangi PBB dengan majoriti undi kecil pada pilihan raya negeri lepas.

"Muka baru dan calon muda akan membolehkan parti menyapu bersih kerusi yang ditandingi seperti yang dicapai pada pilihan raya negeri 2006," menurut sumber PBB yang enggan dikenali.

Beberapa pemimpin muda, kebanyakan mempunyai latar belakang profesional, disebut-sebut antaranya pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajili yang juga seorang blogger; kardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam.

Inilah bukti PKR terlalu angkuh kata DAP...



Photo credit to alehkayong
Belum pun sempat DAP menamakan calon mereka di Batu Kawa, PKR sudah menunjukkan keangkuhan mereka di kawasan ini dengan memulakan kempen dan memasang semua bendera PKR.

Rugutan dari penyokong DAP yang tidak berpuas hati mulai kedengaran, kerana kerusi DUN Batu Kawa memang tempat DAP berjuang sejak sekian lama.

Sikap angkuh PKR dan Baru Bian mula menarik perhatian rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Bahkan sampat saat ini, Baru Bian masih berteka-teki untuk menamakan calon PKR yang akan bertanding. Kerana hajat PKR untuk menguasai kerusi DUN telah disanggah oleh SNAP yang bertindak menamakan calon tanpa menunggu persetujuan PKR.

Bagi penduduk majoriti cina di Bandar raya Kuching, DAP adalah parti yang paling ‘steady’ kerana tidak mengamalkan politik maki hamun sepertimana yang diamalkan PKR.

Thursday, March 24, 2011

UNDI PROTES: Amaran orang kampung untuk BN Sarawak



Meskipun pihak pembangkang kelihatan bercakaran sesama mereka, sambil memuji diri dengan janji yang sarkastik. Namun itu tidak bermaksud laluan mudah untuk Barisan Nasional mengekalkan majoriti dua pertiga.

Undi protes bakal membunuh laluan BN untuk kekal berkuasa jika mereka tidak melihat indikasi akar umbi dan tidak mendengar keluahan atau permintaan penduduk di kawasan yang mereka wakili.

Suatu yang bakal mencetus undi protes terhadap BN adalah factor pemilihan calon, ini bukan saja factor ‘mampu menang’ atau popularity. Tapi faktor ‘anak jati’ mulai disebut-sebut dibeberapa tempat.

Pemilihan ‘orang luar’ dan ‘tidak mesra rakyat’ sebagai calon dianggap sengaja menyakitkan hati penduduk kampung, yang akan mencetus bantahan terhadap BN secara terbuka.

Kawasan DUN N.36 Semop dan N.35 Belawai, sebagai contoh yang jelas, dimana masyarakat tempatan mahukan ‘anak jati’ dipilih mewakili mereka.

N.36 Semop mempunyai cerita tersendiri kerana kegagalan yang cukup jelas oleh pemimpin terdahulu dalam membawa perubahan serta pembangunan ke kawasan tersebut. Kegagalan Asfia sudah pun menjadi rahsia umum dalam politik Sarawak.

Manakala di DUN N.35 Belawai, pengunduran Datuk Haji Hamden membawa harapan yang sama bagi penduduk sekitar. Andaikata wakil yang terpilih bukan dari kalangan ‘anak jati’, atau sekadar orang popular dari Kuching, maka Barisan Nasional dijangka menerima undi protes dari penduduk tempatan.

Semua itu belum termasuk kawasan DUN lain yang sedang bergolak dengan alasan yang sama…

PAS mulai akui kelemahan di Sarawak



KOTA BAHARU, 24 Mac (Bernama) -- Parti pembangkang, PAS hanya menumpukan sekurang-kurangnya pada tiga atau lima kawasan termasuk di Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.

"PAS hanya tewas kira-kira 800 undi sahaja di Beting Maro pada pilihan raya yang lalu dan PAS Kelantan menawarkan khidmat untuk membantu jentera PAS di sana.

"PAS diperuntukkan beberapa lagi kawasan di Sarawak dan kita akan bermati-matian jika diberi peluang bertanding," katanya kepada pemberita hari Khamis.

Beliau berkata pilihan raya negeri itu sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa walaupun pihak pembangkang akan bermati-matian menentang BN.

Inikah nama panel yang akan siasat video lucah?



Bagi memastikan ketelusan dan keadilan utk semua pihak yg terlibat dengan video lucah melibatkan pemimpin pembangkang. Suruhanjaya Diraja adalah pilihan yang terbaik.

Beberapa pihak mencadangkan senarai nama yg wajar dipertimbang sebagai panel siasatan Suruhanjaya Diraja yg bakal ditubuhkan bagi menyiasat isi kandungan video lucah tersebut, motif serta ketulinannya.

Antara nama berpengaruh dicadangkan;

1. Presiden PKR
2. Presiden PAS
3. Presiden DAP
4. Pakar forensik dari PKR dan BN
5. NGO
6. Wakil media
7. Pakar2 dari negara komanwel
8. Peguam negara
9. SUHAKAM

Persoalannya, Apakah pemimpin pakatan rakyat sanggup berdepan dengan kemungkinan yg tak terduga?

Anda setuju?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bapa Dan Anak Antara Calon Pilihan Raya Sarawak



KANOWIT, 23 Mac (Bernama) -- Pasangan bapa dan anak adalah antara calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini.

Alexius Douglas akan bertanding bagi kerusi DUN Ngemah di sini manakala bapanya, Douglas Alau Tayan, pula bagi kerusi Pelagus di Bahagian Kapit.

Mereka berdua berasal dari sini namun kini tinggal di Kuching.

Nama mereka diumumkan oleh Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak di Kuching Selasa.

Douglas adalah bekas pensyarah universiti. Beliau meletak jawatan untuk menyertai politik dan pada pilihan raya negeri 1991, beliau mencabar penyandang kerusi DUN Machan, Datuk Gramong Juna atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang kini telah pun dibubarkan.

Bagaimanapun, beliau kalah apabila hanya memperoleh 3,089 undi berbanding 3,700 undi yang diraih Gramong.

Wednesday, March 23, 2011

GAMBAR: Ceramah PKR di Kuching yg menyedihkan?





Suasana ceramah PKR di jalan Patingan Kuching sebentar tadi.

"Sambutan yang cukup hangat" bak kata org PKR...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Apakah motif Datuk T yang sebenarnya?


Benarkah ini Datuk T yang dimaksudkan ?
Difahamkan Datuk T yang menjadi dalang dalam pembikinan dan penayangan video lucah adalah orang terdekat dengan Anwar. Apakah motif dan maklamat Datuk T yang sebenarnya?

Menurut sumber, Datuk T yang dimaksudkan pernah terlibat untuk melarikan Raja Petra ke London. Ertinya ada berbagai konpirasi sedang bergolak dibelakang tabir video tersebut.

Jika benar Datuk T adalah orang kuat Anwar, mungkin isu video ini sekadar ‘urusan’ peribadi Anwar dan Datuk T. Atau satu konspirasi untuk mengalih tumpuan terhadap beberapa isu sedang direncanakan?

Video tersebut juga bersifat ugutan, seolah mengharap satu imbuhan…

Malang sekali isu ini dikaitkan dengan politik, menjadikan suasana menjelang pilihan raya Sarawak terpalit dengan perkara peribadi yang cukup kotor.

Samada Anwar atau Datuk T, mereka bukanlah rakyat biasa yang perlukan bantuan. sebaliknya mereka adalah individu kaya raya yang kemaruk untuk berkuasa.

Seperti kebiasaannya, Anwar mungkin berasa cukup beruntung, kerana dengan mudah menuduh perdana menteri dan kerajaan Barisan Nasional terlibat. Dan dengan mudah juga menunding jari ke arah pihak polis, seterusnya menghina badan perundangan Negara.

Apakah semua itu memang dirancang Anwar dan Datuk T, untuk meraih simpati rakyat Malaysia? Kerana memang sudah ada benih-benih simpati sedang tumbuh dari kisah video yang digemparkan Datuk T.

Biarlah waktu akan memberi jawapan....


KES LIWAT: Mahkamah Tukar Keputusan Awal, Benarkan DNA



KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi pada Rabu menukar keputusannya dengan mmebenarkan permohonan pendakwaan untuk menerima tiga barang kes; botol air mineral, sebatang berus gigi dan sehelai tuala Good Morning, tetapi menolak permohonan kedua untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan sampel DNAnya bagi perbandingan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu apabila beliau pada keputusan awalnya selepas perbicaraan-dalam-perbicaraan, mahkamah tidak mempunyai testimoni pegawai siasatan (IO) Supt Judy Blacious Pereira dan pegawai penangkapan Supt Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan bahawa tangkapan itu pada 16 Julai, 2008 adalah sah.

"Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) dan oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adalah sah," kata Mohamad Zabidin.

Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.

Tuesday, March 22, 2011

Rakyat Sarawak akan tolak "Pengacau"


KUALA LUMPUR, 22 Mac – Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Sri Dr. James Jemut Masing menegaskan bahawa rakyat Sarawak tidak mahukan mana-mana pihak yang datang ke negeri terbabit dengan tujuan untuk membuat kacau dan mengganggu keharmonian masyarakat di dalamnya.

Katanya, rakyat pelbagai kaum di Negeri Bumi Kenyalang tersebut akan menolak sesiapa sahaja termasuklah golongan pembangkang yang datang untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak akan melayan pihak yang datang untuk membuat kacau dan hanya muncul semasa pilihan raya Negeri Sarawak akan berlangsung kerana rakyat di sini sendiri arif dan tahu untuk membuat penilaian,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian mengulas berkaitan pakatan pembangkang yang mula menabur janji-janji untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mereka untuk meraih undi menjelangnya Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam dibubarkan secara rasmi selepas Speakernya, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menerima notis pengisytiharan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

PKR yakin jatuhkan Abg Jo ?



Disebabkan isu parit tersumbat di kampung kudei baru, hingga menyebab bau busuk sejak sekian lama. Inilah yg menjadi kredit bagi calon PKR untuk meraih undi dari penduduk terlibat.

Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib sebagai bakal calon N8 Satok bertambah yakin isu-isu penduduk setempat akan menjana undi protes terhadap BN.

Datuk Amar Abg Johari adalah penyandang kerusi N8 Satok yg akan ditentang oleh calon PKR. Beliau juga adalah Timbalan Presiden PBB yg di sebut-sebut sebagai bakal ketua menteri Sarawak menggantikan Taib Mahmud.

N8 Satok dianggap sebagai kawasan kelabu meskipun Abg Jo adalah pemimpin yg amat di senangi penduduk melayu di kawasan tersebut.

Apakah isu remeh temeh yg dibangkitkan PKR akan memungkinkan keputusan sebaliknya?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, March 21, 2011

ISU VIDEO: malaysiakini dan harakah serta merta jadi milik UMNO/BN...


Jika pagi tadi gempar dengan kisah video adegan seks pemimpin pembangkang yg telah ditayang kepada beberapa wakil media.

Petang ini timbul pula cerita dari pihak pembangkang mengatakan media2 tersebut adalah milik UMNO.

Entah sejak bila malaysiakini, malaysia insider dan harakah jadi milik UMNO?

Dasar putar belit! Disebab video seks tersebut melibatkan pemimpin mereka, dengan serta merta juak2 pakatan spin 360 darjah mengatakan wakil2 media yg dimaksudkan adalah milik kerajaan BN.

Bila masa UMNO ambil alih media mereka?

Laporan malaysiakini dengan jelas mengakui wartawan mereka adalah kumpulan ketiga yg menyaksikan paparan tersebut.

Manakala malaysia insider menyebut individu dalam video yg ditayangkan adalah sheik Anwar al-juburi?

Bila media2 tu jadi milik UMNO? ahhh dasar pembelit...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

GAMBAR : Demonstrasi besar-besaran di Waterfront Kuching...





Inilah demonstrasi besar-besaran anjuran Baru Bian dan PKR sebentar tadi, tapi nampak macam sesi bergambar saja...haha. Memang nampak sangat PKR tak diterima di Sarawak.... Baca berita lanjut  DISINI


Sunday, March 20, 2011

VIDEO: Ucapan Taib - "Isteri saya jauh lebih muda..."


Isteri Taib - Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi



video credit to sarawakupdatetv

VIDEO : Detik-detik pembubaran DUN Sarawak


Sidang media Ketua Menteri  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan pembubaran DUN Sarawak.





Video credit to Sarawakupdatetv

Anwar cuba nafikan jasa-jasa Taib Mahmud



Satu nasihat yang paling ikhlas dan jujur buat Anwar Ibrahim berkenaan sentimen politik negeri Sarawak, jangan terlampau mudah memburukkan nama Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Ini kerana, peribadi Ketua Menteri Sarawak itu adalah lebih mulia daripada Anwar sendiri secara realitinya.

Rakyat Sarawak lebih tahu berkenaan peribadi serta perwatakan yang dibawa oleh pemimpin mereka itu. Selama ini, Pehin Sri Taib Mahmud adalah seorang pemimpin yang realistik, memperjuangkan hanya yang terbaik buat rakyat Sarawak dan mengutamakan kepentingan rakyatnya dinegeri tersebut.

Di Sarawak, semua suku kaumnya hidup aman dan bersatu padu dibawah pentadbiran Pehin Sri selama 30 tahun. Baik dari suku kaum Penan, Orang Ulu, Melanau, Kelabit, Iban, Bidayuh dan pelbagai lagi, semuanya aman dan tenteram didalam satu negeri tanpa ada sebarang ketidakpuasan hati.

Jadi, kehadiran Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang dengan membawa politik baru berkonsepkan benci serta hina menghina diantara satu sama lain, hanya akan membawa kepada kemusnahan kepada sistem perpaduan rakyat Sarawak itu sendiri. Anwar dilihat sengaja mahu mengimplikasikan politik pecah dan perintah di Sarawak bagi menguasai negeri ini.

Saturday, March 19, 2011

Pengorbanan Datuk Dr Rauf wajar dicontohi



Pengumuman Datuk Rauf untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan datang, telah menimbul spekulasi yang berbagai. Sesetengah spekulasi mengaitkan unsur desakan dalam tentang pengunduran tersebut.

Beliau beberapa kali mengatakan tanggungjawab beliau untuk Demak Laut belum berakhir, namun bukan bererti beliau terpaksa berundur kerana didesak oleh pihak tertentu. Sebaliknya keputusan tersebut adalah satu pengorbanan demi menampilkan pemimpin pelapis yang lebih muda, agar segala perancangan untuk memajukan kawasan Demak Laut terus diperhebat.

Datuk Dr Rauf yang telah mengalas tanggungjawab cukup berat sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan N5. Demak Laut ( Dulu dikenali N4 Sejingkat). Hingga berjaya menukar kawasan hutan Demak Laut menjadi Taman Industri yang menempatkan berbagai syarikat berteknologi tinggi, seterusnya membuka ratusan ribu peluang pekerjaan, bukan sahaja untuk penduduk Bandaraya Kuching, tapi juga untuk masyarakat pendalaman yang sanggup berhijrah ke Kuching mencari pekerjaan.

Dalam satu jawapan kepada media, Datuk Rauf mengatakan “ Saya tidak akan berundur dari politik, meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang, kerana tanggungjawab saya untuk membawa kemajuan ke Demak Laut belum selesai”.

Jawapan tersebut sekali lagi mencetus spekulasi, kerana membayangkan suatu tugas baru yang mungkin lebih berat bakal diamanahkan pemimpin negeri untuk beliau?

Bagi Datuk Rauf, berkunjung ke rumah-rumah sudah menjadi kebiasaan hampir setiap minggu, ditambah lagi dengan program-program meningkatkan ekonomi penduduk yang dianjurkan secara berterusan. Antaranya adalah program Gerak Bumi, satu strategi atau kaedah gerak gempur untuk meningkatkan pendapatan penduduk secara bersama.

Dari semua pencapaian dan usaha berterusan oleh Datuk Rauf, persoalan yang mengusik penduduk Demak Laut adalah, Apakah pemimpin yang bakal menggantikan beliau mampu meneruskan agenda yang telah direncanakan dengan lebih mantap?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net