Bukti Mariam Mokhtar Butuhkan Perhatian...

Sebagai individu yang kurang dikenali di Malaysia, Mariam Mokhtar memang berusaha untuk menonjolkan diri dalam dunia politik Sarawak. Tidak kira dengan cara apa pun, yang penting dapat menonjolkan dan tertonjol. Meskipun dengan cara yang paling hina dengan mempersoal jodoh ketua menteri Sarawak.

Apakah dengan status perempuan melayu yang terhasil dari “pinjaman Mara”, Mariam Mokhtar berhak dan mampu untuk menentukan jodoh seseorang?

Mariam Mokhtar yang berwajah iras-iras maknyah sekali lagi menghina Taib Mahmud dan isterinya Ragad Waleed. Jelas sekali, Mariam Mokhtar sedang dirasuk sindrom "butuhkan perhatian". Bukan sekadar dalam hal politik, tapi juga dalam hal lain.
peewwwitttt... Puan Sri
Kata orang, Kalau perempuan tak cantik memang bermulut becok. Tak percaya, tanya Mariam Mokhtar, Nak detail lagi, tanya pakar tenaga batin. ramai dalam PAS... haha

Apapun, baca kutipan dibawah, kiriman dari blog sebelah. 

(reaksi kepada artikel "Taib Mahmud advised against visit to Perak" oleh Mariam Mokhtar)
Oleh Muda Tengah 
Kebencian adalah sesuatu yang jahat. Artikel diatas yang 'ditulis' oleh Mariam Mokhtar dalam malaysia chronicle bukan sahaja berbau kebencian tetapi berniat kebencian.

Amat sedih untuk melihat malaysia chronicle membuat serangan peribadi terhadap Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Jodoh di tangan Allah s.w.t. Alhamdulillah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengambil langkah murni untuk bernikah secara sah dengan hamba Allah Puan Sri Ragad. Kenapa Mariam Mokhtar dan Malaysia Chronicle menghina institusi keluarga dengan mengecam pernikahan sah seseorang hamba Allah dengan seseorang hamba Allah yang lain?

Kalau Mariam Mokhtar tidak mengikut Rukun Islam dan menunaikan Solat 5 waktu kami tidak mengecamnya...Kalau Mariam Mokhtar suka meminum arak dan mengamalkan larangan Islam kami tidak mengecamnya...

PKR tak mampu, kata Bang Rais...

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sudah tidak mampu lagi untuk menyumbang pimpinan ke arah pembentukan kerajaan yang berkuasa pada masa akan datang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata ini kerana seorang demi seorang anggota parti itu bertindak keluar dan kini hanya Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali serta beberapa pengikut ketua umum itu yang masih setia dengan parti tersebut.

"Yang masih tinggal hanyalah beliau (Anwar) dan beberapa anggota keluarga serta orang intim beliau yang saya duga tidak dapat memimpin ke arah berkuasa, tetapi memimpin ke arah mengadu domba mungkin boleh tetapi untuk berkuasa sudah hilang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan NTT Communications Corporation (NTT Com) mengenai pembinaan sistem kabel dasar laut antarabangsa baru di sini pada Isnin.

Rais diminta mengulas mengenai Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang keluar PKR serta melepaskan jawatannya dan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta, pada Sabtu lepas.

Rais berkata tindakan Gobalakrishnan itu jelas menunjukkan bahawa PKR sudah mengalami perpecahan dan keranapan yang amat besar.

"Tindakan beliau keluar PKR harus dilihat dari sudut mampu atau tidak PKR menyumbang tenaga kepada pimpinan masa depan, saya berpandangan (PKR) tidak mampu lagi.

"Tidak dapat dinafikan lagi mungkin Anwar tidak mengaku parti itu sudah berkecai, dengan keluarnya Gobalakrishnan daripada PKR maka wujud anggapan bahawa parti itu sebenarnya tidak lagi dipergantungi oleh para pemimpinnya dan juga para pengikut yang kukuh atau tinggi letak kedudukannya," katanya.

DUN TENANG : Nasihat keselamatan untuk penduduk Labis..

Hubungi pihak berkuasa berdekatan... (sekadar gambar hiasan)
LABIS, 30 Jan – Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataannya, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.

Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung hari ini.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lepas turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.

RASMI : KEPUTUSAN PRK DUN TENANG


KEPUTUSAN TERKINI KESELURUHAN

BN :6699

PAS : 2992

MAJORITI : 3707
Undi Pos: 
BN 115 
Pas 3
 

UNDI ROSAK: 142

(kemaskini jam : 9.30 pm)
p/s: akan update keputusan terkini, sila refresh

Video petugas BN bantu muslimat PAS

GAMBAR PRK TENANG | Antara musibah banjir dan tanggungjawab...

Mungkinkah musibah ini bakal membawa rahmat buat rakyat DUN Tenang?  ini juga ruang  untuk menilai siapa lebih bertangggungjawab.

Rakyat DUN Tenang tidak perlukan fatwa Nik Ajis, dan tidak memerlukan suara sumbang lagu "The Moon Represents My Heart" dari Nizar. Siapa yang sanggup turun membantu rakyat dengan penuh  bertanggungjawab, dialah juara...






TERKINI : PENGUNDI TENANG JANGAN PERCAYA PROPAGANDA SMS

Laporan dari RBF, dikabarkan pihak tertentu menyebarkan PROPAGANDA SMS kononnya SPR telah menangguhkan proses pembuangan undi DUN Tenang hari ini kerana hujan lebat.

Pihak SPR telah menafikan laporan tersebut, Proses pembuangan undi berjalan seperti biasa. Tidak ada sebarang penangguhan!

Kepada pengundi-pengundi Dun Tenang, jangan percaya kepada SMS yang disebarkan itu.

Mereka tidak mahu orang ramai keluar mengundi kerana jika peratusan keluar mengundi yang tinggi keputusan bakal menyebelahi BN.

Jika peratusan keluar mengundi yang rendah, ianya bakal memberi keuntungan kepada mereka.

PENGUNDIAN DITERUSKAN!!!

(Photos credit to MPP)

FATWA: Majlis Raja-Raja Perlu Segera Bertindak Atas Nik Aziz

Majlis Raja-Raja
KOTA BHARU, 29 Jan – Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja disaran mengambil perhatian serius terhadap tindak-tanduk “Ketua Ahzab” Malaysia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bebas mengeluarkan pelbagai “fatwa” yang dikhuatiri boleh memecahkan belahkan umat Islam di negara ini.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata “fatwa” karut marut Mursyidul Am Pas itu boleh mengundang perpecahan yang serius termasuk “fatwa” terbarunya yang menyebut pengundi di DUN Tenang yang tidak mengundi Pas tergolong di dalam kumpulan jahiliah.

Menurut beliau jika sebarang tindakan tidak diambil sudah pasti tokoh yang diagung-agungkan oleh penyokong “totok” Pas akan berterusan mengeluarkan pelbagai “fatwa” dalam usaha memastikan partinya mendapat sokongan umat Islam.

“Nik Aziz hari ini telah berubah banyak sekali dan saya melihat dirinya telah dikuasai oleh kepimpinan “toghut”. Sebelum 1988, beliau merupakan seorang pemimpin yang “berwala’ kepada Allah s.w.t tetapi selepas itu, Nik Aziz telah “berwala’ kepada “toghut” (melampau).

“Beliau perlu insaf dan bertaubat kepada Allah s..w.t. Cukup-cukuplah sesatkan umat Islam dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah itu. Tahukah beliau, tindak-tanduk beliau itu boleh mengundang perpecahan yang serius di kalangan masyarakat Islam hari ini.

“Sebab itu saya minta sangat-sangat pihak berwajib memantau dan ambil tindakan segera dan secepat mungkin terhadap pemimpin yang “berwala’” kepada kepimpinan “toghut” ini untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah,” katanya.

PAS tidak Tenang, peluang makin tipis…

tak tenang pak!!!  tak tenang...

Fatwa demi fatwa, ceramah demi ceramah serta sumpah seranah yang mewarnai pilihan raya DUN Tenang, Namun beberapa penganalisis menjangkakan PAS tidak akan 'tenang'.

Mengimbas kembali kenyataan Presiden PAS Haji Hadi sewaktu hari penamaan calon  PRK Tenang. Haji Hadi mengatakan peluang PAS cuma 40% untuk memenangi kerusi Tenang. Mungkin firasat inilah menyebabkan badi tidak ‘tenang’ melanda kem Pakatan Rakyat.

PAS mungkin tidak pernah kalah jika bertanding ubat kuat seks atau ubat pembesar zakar, lihat saja di blog PAS atau portal Harakah. Tapi untuk meyakinkan rakyat tidak semudah mempromosi ubat kuat, bahkan peluang PAS untuk menang kerusi DUN Tenang semakin menipis.

Baca kutipan dibawah:
Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA

Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.

TERKINI: Gobala letak semua jawatan dalam PKR

Bantahan serta kritikan Gobalakrishnan terhadap Anwar Ibrahim telah berakhir dengan perletakkan semua jawatan, sekaligus meletakan imej buruk PKR dimata masyarakat India. Dijangka ramai kalangan masyarakat India yang selama ini menyokong PKR akan mengambil langkah yang sama.

Sebelum ini, Hindraf yang vokal memperjuangkan nasib kaum India telah mengemukakan bantahan demi bantahan terhadap ketidakadilan Anwar dan PKR. Hindraf juga memutuskan untuk tidak menyokong perjuangan PKR yang pembohong dan sekadar licik menabur janji untuk "mempergunakan" kaum India.

Gobala tentunya sudah menyedari kebusukkan Anwar Ibrahim, bagaimana pula pemimpin dayak di Sarawak yang sedang ghairah meletakkan harapan untuk melihat Anwar jadi perdana menteri?

Apakah masyarakat dayak di Sarawak melalui Baru Bian sedang mengharap pengajaran yang sama sepertimana Hindraf dan Gobala?

Gobalakrishnan Letak Semua Jawatan Dalam PKR
LABIS, 29 Jan (Bernama) -- Bekas anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan pada Sabtu mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi laman sosial twitter beliau yang berbunyi: "Selamat Pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam parti PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru".

Semasa dihubungi dari sini oleh Bernama dan bertanyakan sama ada pengumuman dalam twitter beliau itu adalah benar, beliau berkata: "Ya, ia adalah benar. Saya sedang mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusan ini".

Keputusan beliau untuk meletakkan semua jawatan dalam parti dibuat dalam tempoh kurang sebulan selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik parti dan pucuk pimpinan melalui surat 45 halaman dari parti bertarikh 31 Dis, 2010 melalui faksimili.

Gobalakrishnan diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya itu kepada PKR dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu.

Apa nak jadi dengan SNAP?


“Mulanya mengatakan keluar dari Pakatan Rakyat, selepas itu menyertai UBF sebagai wadah perjuangan. Belum pun lama selepas itu, tiba-tiba menegaskan mereka tetap bersama Pakatan Rakyat”. itulah diantara kekeliruan dan pandangan pemerhati dari luar SNAP.

Meskipun presiden SNAP Edwin Dundang belum membuat apa-apa kenyataan, namun sikap berdiam diri Edwin Dundang mencetus persoalan lebih besar tentang hala tuju SNAP yang sebenarnya. Kenyataan Paul Kadang dan Anthony Liman yang saling bercanggah, bagai melemahkan keyakinan penyokong  SNAP yang baru  saja sembuh dari 'penyakit lama'. Lalu dimanakah kenyataan yang boleh mereka ambil kira?

Setelah seketika berhasil menarik serta menyatukan beberapa pemimpin dayak yang berpecah dalam PKR kerana berasa ‘kurang enak’ dengan perjuangan Baru Bian dan Anwar Ibrahim. Tindakan pemimpin SNAP menyokong UBF dan menghadiri pelancaran parti KITA di Kuala Lumpur membayangkan satu lagi yang tidak kena berkaitan hubungan SNAP dengan Pakatan Rakyat.

UBF dan parti KITA adalah dua pertubuhan politik yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Apakah watak sebenar SNAP dalam sandiwara ini?

Program rebranding oleh SNAP sebenarnya mampu menggerunkan siapa saja, malah SNAP dilihat cukup dominan sebagai pembangkang dalam politik Sarawak. SNAP juga turut bertekad untuk mendominasi kerusi DUN Sarawak, sepertimana PERSB yang tidak berkompromi dengan pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat yang didominasi PKR.

Apakah SNAP memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai semua calon serta tuntutan logistik dalam pilihan raya Sarawak? Atau sedang mencari-cari ‘tuan pembiaya’ yang mengharap imbuhan jika mereka memenangi pilihan raya nanti.

KOMENTAR : Harga barang jauh lebih murah di negeri PAKATAN

Oleh Wanredone pembaca blog MB, disiarkan tanpa diedit.

Cuba banding harga barang-barang keperluan harian rakyat Malaysia di negeri bawah pemerintahan BN dengan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat:

1. Pulau Penang (Kerajaan DAP)
Gula DAP RM1.00/kg  Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 DAP RM0.95/liter   Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas DAP RM12.30/tong  Tong Gas BN RM19.00
Tepung DAP RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak DAP RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

2. Kelantan (Kerajaan PAS)
Gula PAS RM0.95/kg Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 PAS RM0.95/liter Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas PAS RM8.30/tong Tong Gas BN RM19.00
Tepung PAS RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak PAS RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

3. Selangor (PKR)

Gula PKR RM0.90/kg Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 PKR RM1.00/liter Minyak BN Rm1.90/liter

Tong Gas PKR RM9.30/tong Tong Gas BN RM19.00

Tepung PKR RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo

Minyak masak PKR RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

Air PKR FREE seumur hidup... BN bayar sampai mati!
 
Kalau PKR menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak harga barang-barang keperluan harian akan turun, perolehan hasil minyak dan gas NAIK kepada 85% berbanding cuma 5% oleh kerajaan BN sarawak sekarang!

Warga emas tidak kira bangsa, agama, diberi eluan RM1,000 sorang sebulan

Budak sekolah yang pakai bas sekolah diberi subsidi RM120.00 tiap-tiap sorang.

Harga barang di pasaran:

Gula PKR RM0.90/kg di bandar, kawasan ulu baram, belaga bario, ulu lawas RM0.35/kilo Gula BN RM2.80/kg di bandar kawasan ulu RM5.00/kilo

Minyak RON 95 PKR RM0.85/liter Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas PKR RM6.30/tong Tong Gas BN RM19.00
Tepung PKR RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak PKR RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo
Air PKR FREE seumur hidup... BN bayar sampai mati!

Kalau PKR menang dan memerintah Sarawak dan YAB Baru Bian, jadi Ketua Menteri Sarawak....

Membina jalanraya bertaraf dunia diseluruh pelosok Sarawak, tar-sealed jalan balak, jalan tikus

Penasihat PKR Sarawak diperintah bayar RM100 ribu

Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin telah memerintahkan Penasihat PKR Sarawak Dominique Ng membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Chong Siaw Chiang kerana kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.

Selain Dominique Ng, sebuah akbar cina tempatan telah dinamakan sebagai defendan kedua turut diperintahkan membayar sebanyak RM50,000 kerana menyiarkan kenyataan fitnah tersebut.

Mahkamah mendapati kata-kata yang dikeluarkan oleh Ng pada 2008 semasa berkempen untuk seorang calon bebas dalam pilihan raya adalah fitnah. Kata-kata fitnah yang dimaksudkan ialah “siapa yang hipokrit?”, Ng telah mengeluarkan kata fitnah dalam bahasa Mandarin di MJC Batu Kawah pada 29 Februari 2008. Kata-kata yang sama telah diulang di Jalan Song pada 1 Mac dan sebuah kedai kopi pada 5 Mac semasa kempen pilihan raya yang sama.

Penghakiman terperinci akan dikeluarkan pada Isnin depan. Mahkamah turut meluluskan injunksi terhadap defendan pertama dan kedua, Defendan juga diarahkan untuk tidak mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah yang sama dikhalayak ramai.

Selain terheret ke Mahkamah, isu fitnah tersebut telah menjadi punca perseteruan antara Dominique Ng dan Ahli parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen hingga ke hari ini. Kerana Chong Siaw Chiang adalah  bapa kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching. Lebih lebih lagi, Dominique Ng berkali-kali mengatakan beliau mempunyai fakta kukuh yang menyokong dakwaan tersebut.

Chong lebih handsome dari Dominique Ng... HIDUP CHONG!!
Bagi penduduk Bandar raya Kuching yang menjadikan Chong Chieng Jen sebagai idola politik, tindakan fitnah oleh Dominique Ng telah memusnahkan reputasi Chong Chieng Jen sebagai bakal ketua menteri Sarawak.

VIDEO: Fatwa yang memalukan orang Islam


(video credit to pisau.net)

Inilah kebebasan bersuara yang mereka perjuangkan, Dimana lagi moral agama jika persoalan halal-haram terus jadi modal politik. Segala fatwa boleh muncul secara tiba-tiba demi meraih simpati pengundi.

Saya bukanlah ahli agama untuk membahaskan hal ini, tapi saya percaya saudara dan keluarga saya yang bukan beragama Islam akan tertanya. Apakah begini caranya untuk menggerakkan ajaran agama, Apakah agama harus dipolitikkan sepanjang masa?

Mengapa penganut agama lain, seperti Kristian, Buddha dan Hindu tidak menubuhkan parti agama? sebaliknya mereka fokus dan komited terhadap kebajikan kaum seumat, tanpa perlu mengkafir, memfitnah atau mengharamkan siapa saja yang tidak menyokong mereka.

BN-Barang Naik, Tapi benarkah kalau PKR dan PAS Barang akan turun?

Ramai yang sanggup berteriak dijalan raya dengan lagak seorang yang hilang akal, demi melariskan isu barang naik agar menjadi komiditi ‘berharga’ dalam kempen politik mereka.

Kerajaan Barisan Nasional di kenali sebagai kejam serta tidak berhati perut, kerana menaikkan harga barang keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, gas dan sebagainya. Malah dari tahun ke tahun, semua harga barang makanan semakin meningkat, cuma barangan elektronik dan handphone yang dilihat semakin menurun.

Benarkah barang akan sentiasa turun?
Dalam rasionalisasi subsidi, meskipun terdapat pengecualian cukai oleh kerajaan agar harga runcit boleh diselaraskan. Namun kenaikan harga barang keperluan asas seperti tidak dapat dielakkan, kononnya kadar  harga barang-barang tertentu terikat kepada turun-naik harga pasaran dunia.

Apakah kenaikkan harga barang tersebut disebabkan oleh kerajaan BN atau memang sudah lumrah begitu?

Persoalan penting yang mengusik minda rakyat, Semasa kerajaan BN memerintah, memang harga barang semakin hari semakin naik. Apakah jika PKR dan PAS yang memerintah maka semua harga barang akan semakin hari semakin turun?

Jika PKR dan PAS memerintah, Apakah rakyat biasa boleh membayangkan pada tahun 2020 harga gula dan beras sekilo RM1 atau cuma 50 sen, Kerana kononnya PKR dan PAS akan sentiasa melimpahkan subsidi kepada rakyat Malaysia, dan sentiasa menurunkan harga barang keperluan tahun demi tahun. Adakah cerita ini masuk akal?

Memang tidak ada satu pun kerajaan ataupun negara di dunia, yang mampu melakukan penurunan harga seperti yang dibayangkan oleh PKR dan PAS. Malah pakar-pakar ekonomi pun tidak mampu membayangkannya.

‘Gertak Sambal’ dalam politik Sarawak

‘Gertak sambal’ sudah jadi rencah penting dalam politik Sarawak, Setiap kali ditanya wartawan, semuanya menjawab mereka sudah bersiap sedia untuk bertanding pilihan raya. Walaupun masih ada yang tengah berkira-kira. Entah kerusi mana, Entah berapa ramai yang akan dipertandingkan dan Entah siapa calon yang paling cocok?
sambal belacan tetap sedap - gambar hiasan
Semua itu jadi perkiraan yang memanjang bagi pemimpin parti untuk mendepani percaturan dan aktiviti lobi melobi dikalangan bakal calon.

Di sesetengah tempat, memang sudah ada calon yang cocok dengan parti tapi tidak sesuai untuk rakyat. Ada pula yang sesuai dengan rakyat tapi tidak cocok untuk parti?

Apakah mereka semua benar-benar bersedia untuk pilihan raya Sarawak? Sedangkan masing-masing dengan nada yang bercanggah, Jika PKR dengan sasaran 40 kerusi, SNAP tentu lebih dari itu. Manakala PERSB bertegas akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak. Senarai nama 36 calon telah diumumkan di Bintulu pada 22 Januari lalu, dan baki 35 lagi akan diberitahu kemudian.

inikah yang sedang direbut? oh tidak..
Apakah semua kenyataan itu benar, atau sekadar ‘gertak sambal’?  Namun yang pasti, pilihan raya Sarawak tidak lagi menyaksikan 1 lawan 1 antara calon BN dan pembangkang, malah lebih dari yang dijangka.. 
Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ‘gertak sambal’, memang tidak ada yang Anwar tidak yakin, memang tidak ada yang Anwar tidak tahu. Semuanya dia lebih tahu dan lebih arif dalam segala-gala. Meskipun Anwar sekadar menumpang belas ihsan jawatan ketua pembangkang dari DAP, yang memiliki majoriti di parlimen.
Ironinya DAP lebih realistik, sedangkan Anwar lebih Sarkastik. Benarkah hanya BN yang perlu mengagih jentera pilihan raya? PKR tak perlu mengagih....???

POLITIK SARAWAK: Provokasi agama sedang bermula...

  
Mungkin kerana dahagakan perhatian, ditambah lagi dengan ketandusan isu. Akhirnya terpaksa juga Radio Free Sarawak dan Sarawak report memainkan isu agama untuk memancing sentimen rakyat Sarawak. 

Bagi Baru Bian memang inilah yang disebut kebebasan bersuara dan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sarawak. Kononnya rakyat akan maju dan makmur dengan segala provokasi yang mereka lakukan.

Tidak cukup dengan perpecahan masyarakat dayak yang telah Baru Bian anjurkan melalui PKR Sarawak, mungkin beliau sedang mengidam perpecahan agama secara besar-besaran. Apakah ini yang akan mengenyangkan perut rakyat miskin yang sedang lapar, Apakah politik seperti ini akan menguntungkan rakyat Sarawak?

Negeri Sarawak tidak pernah memiliki undang-undang untuk menyekat penyebaran agama, Malah tidak terikat kepada dasar agama rasmi negeri, sepertimana negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Apakah rasionalnya PKR bermain dengan isu agama di Sarawak, selain untuk berlagak juara?

Ternyata, provokasi agama serta hasutan telah sengaja dianjurkan untuk memecah-belahkan rakyat Sarawak. Inikah yang menjadi kebanggaan PKR dan Baru Bian?

PRK TENANG : VIDEO DAN GAMBAR HARI PENAMAAN CALON

video credit to link (versi PAS)

photo credit to malaysiakini


Photos credit to papagomo.com
Photo credit to Harakah

Akibat angkuh dan pentingkan diri | PKR akan tersungkur di Sarawak

Kata pepatah cina “Jangan membazir air, walaupun berumah di tepi sungai”, kata-kata ini sesuai untuk Baru Bian yang selama ini rancak mempromosi diri sebagai bakal ketua menteri Sarawak. Sudah bersepah disana sini air liur Baru Bian mengatakan beliau adalah bakal ketua menteri Sarawak yang baru.

Siapa sangka semua itu cuma air liur basi yang akhirnya menyebabkan parti SNAP termuntah-muntah, hingga tidak sanggup lagi bersekedudukan dengan PKR dalam kelambu Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Penasihat PKR Sarawak Datuk Sri Daniel Tajim menggesa masyarakat dayak agar kembali bersama SNAP. Gesaan Daniel Tajim bukan sekadar seruan, meskipun mulanya dilihat seolah sandiwara politik. Sebaliknya semakin ramai penyokong yang meninggalkan PKR, kerana lebih yakin dengan komitmen dan proses re-branding oleh pemimpin SNAP.


Perjuangan Baru Bian untuk menjadi ketua menteri Sarawak menemui detik yang cukup sukar, sekalipun beliau meneriakkan cabaran paling angkuh ‘bring it on’ kepada seluruh parti komponen BN maupun SNAP.

Walaupun janji Baru Bian untuk rakyat Sarawak mengalahkan janji dewa dari kayangan, untuk mengembalikan hutan belantara, gunung-ganang, sungai, pokok serta babi hutan jika beliau jadi ketua menteri. Tapi keputusan pemimpin SNAP hari ini seolah menelanjangkan Baru Bian dan PKR dari segala harapan dan ‘kedewaan’ tersebut.

selamat jalan PKR...
 “Angkuh dan pentingkan diri” dua sikap utama kepimpinan Baru Bian yang menyebabkan parti SNAP bosan serta meluat, hingga akhirnya memutuskan hubungan intim dengan PKR. SNAP turut keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama UBF (United Borneo Front) pimpinan Datuk Jeffrey.

GAMBAR: Datuk Daud sanggup berjalan kaki untuk bertemu rakyat

Siapa kata Datuk Daud tidak sihat? Sebelum ini Datuk Daud Abdul Rahman yang juga ADUN N.6 Tupong, telah dikaitkan dengan berbagai penyakit. Sampai ada yang mengatakan beliau sudah tidak layak berkhidmat untuk rakyat lantaran kesihatan yang kian meruncing.

Itulah dunia politik, itulah kebebasan bersuara yang diciptakan pembangkang. Siapa saja boleh mengolah cerita buruk demi meruntuhkan keyakinan rakyat, kerana runtuhnya keyakinan itu nanti akan membuka kesempatan buat mereka yang kemaruk ingin jadi YB.
aneh, orang sakit boleh berjalan sejauh ini?
Pada 18 Januari lalu, Datuk Daud bersama rombongannya sanggup berjalan kaki untuk mendekati dan mendengar sendiri masalah rakyat di Kawasan DUN Tupong. Perjalanan bermula jam 1.00 petang hingga 4.30 petang meliputi beberapa rumah dan kampung.

meredah kawasan bersemak...
Lawatan ini bukan perkara baru dan bukan pertama kali bagi kawasan DUN N.6 Tupong. Rombongan Datuk Daud memang tidak berkunjung ke rumah bakal calon PKR atau bakal calon PAS, sebaliknya ke rumah-rumah penduduk yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Bantahan?
...sedang mencadangkan sesuatu kepada penduduk
Sepanjang lawatan ke sekitar N.6 Tupong, bukan sekadar tidak ada rungutan atau bantahan terhadap kepimpinan Datuk Daud. Malah terdapat cadangan spontan dari seorang penduduk, agar kerajaan menggunakan tanah beliau untuk membuat parit dan jalan demi keselesaan bersama.

mendengar masalah rakyat secara dekat...

Puan Sri Ragad Waleed jadi sumber fitnah dalam politik Sarawak

Sejak pernikahan ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan wanita berketurunan Arab. Kata kunci ‘Ragad Waleed Alkurdi’ tiba-tiba menjadi penting dan amat popular dalam dunia internet.
Para blogger sosial yang peka tentang SEO (search engine optimization) tidak melepaskan peluang untuk menulis ulasan atau sekadar menampar gambar Puan Sri Ragad Waleed demi meningkatkan ‘unique visitor’ dari engine pencari. Namun itu kisah blogger social, lain pula cerita blogger politik.

Bagi blogger politik pro Pakatan Rakyat, inilah kesempatan mereka untuk menabur fitnah dengan berlagak seolah-olah mereka sangat mengenali Puan Sri Ragad Waleed. Berbagai cubaan telah dibuat untuk mengaitkan isteri ketua menteri dengan pesta seks di dunia Arab, seks bebas dikalangan pramugari, isu moral dan sebagainya. Dapat dijangka, akan menyusul berbagai versi fitnah terhadap Puan Sri Ragad.

Hasrat PKR dan PAS cuma satu, demi menjatuhkan maruah dan imej Puan Sri Ragad. Seterusnya meningkatkan persepsi buruk terhadap keluarga ketua menteri Sarawak.

Bagi orang Sarawak, taktik tidak bermoral seperti ini adalah perkara baru dan bagai satu kejutan buat mereka. Namun bagi warga semenanjung, mereka sudah menjangka dan sudah tahu bagaimana liciknya PKR dan PAS bermain dibelakang tabir untuk memfitnah siapa saja demi survival politik.

“Perubahan” itulah candu paling enak untuk menghayalkan rakyat Sarawak yang baru mengenali siapa PKR atau PAS. Mereka ingin membetulkan kesalahan pihak lain dengan cara yang lebih salah, mereka menjanjikan keadilan untuk semua dengan cara yang sangat tidak adil.

PKR dan PAS yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara, namun mereka akan memaki hamun siapa saja yang tidak sependapat dengan mereka. Kata-kata kesat serta provokasi yang tidak bermoral dijadikan modal untuk menjawab kritikan orang lain.

Itukah perubahan yang kita mahu?

No Pakatan Rakyat racism please



Amat sedih untuk membaca penulis Pakatan Rakyat Mariam Mokhtar untuk menulis dengan niat yang tidak baik seperti dalam artikel. "But Taib does not practise 1Malaysia". Apakah salah atau dosa untuk Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bernikah dengan seorang Syria, seorang arab, seorang cina, seorang india atau seorang kadazan?

Adakah Mariam Mokhtar melayu tulen? Atau melanau tulen, iban tulen atau kadazan tulen? Saya pasti Mariam Mokhtar seperti ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai sedikit darah campuran dalam dirinya. Adakah Mariam Mokhtar akan bantah kalau anak atau anak buahnya mahu bernikah dengan seorang thai, arab, jerman atau amerika?

Adakah Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com "anti-western"? Adakah sekarang Mariam Mokhtar akan putar balik (selama ini Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengecam segala budaya Melayu) dan menetang segala 'idea western'?Adakah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 'too westernized' jika setengah tamu memakai baju 'western? Malangya ini juga satu lagi fitnah oleh Mariam Mokhtar dan malaysian-chronicle.com kerana beberapa tamu dalam Majlis Perkahwinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ADA memakai baju kebangsaan atau 'formal baju melayu'.

VIDEO : NAJIB DISERGAH SOALAN TWITTER

Datuk Seri Najib menjawab soalan twitter dengan santai dan bersahaja...



(video credit: link)

Maksud KEADILAN menurut kamus PKR


1. Kalau PKR menang pilihan raya dan SPR akan dianggap ADIL, Tapi jika PKR kalah dalam pilihan raya, SPR dianggap berat sebelah atau tidak telus ;

2. Mahkamah dianggap ADIL bila keputusan mahkamah memihak kepada PKR, contohnya kes-kes tanah adat, Tapi jika Mahkamah tidak memihak PKR, Baru Bian mengatakan mahkamah dan undang-undang kononnya dimanipulasi oleh BN ;

3. PKR kata Lee Kuan Yew pemimpin yang baik dan ADIL, Tetapi bila Lee Kuan Yew kata Anwar memang ada melakukan liwat (ooops *%&%$#@) PKR kutuk Lee Kuan Yew..tidak ADIL.

4. SPRM dianggap telus dan betul bila tangkap dan dakwa pemimpin-pemimpin BN kerana rasuah, Tetapi SPRM dianggap SALAH GUNA KUASA dan TIDAK ADIL kerana menyiasat pemimpin DAP, PAS dan PKR.

5. SPRM juga dianggap TIDAK ADIL kerana tidak menyiasat Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib, Tetapi SPRM melakukan KEADILAN kerana tidak menyiasat Azmin Ali dan Anwar Ibrahim walaupun mereka hidup MEWAH macam billionaire.

6. Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah wira bila berani memfitnah dan menghasut kerajaan..tapi lepas nie apa pula tafsiran dan takrifan terhadap RPK bila dia sudah lawan ‘towkay’?

7. Tun Mahathir dan pemimpin BN dianggap amal nepotisme bila anak-anak mereka jadi kaya raya, Tetapi Nik Aziz lantik anak dia dalam syarikat milik negeri dikatakan ADIL kerana itu hak Menteri Besar.

Perpecahan! Inilah yang PKR bawa ke Sarawak

Meskipun Baru Bian telah dilantik semula sebagai pemimpin PKR negeri Sarawak pada 9 Januari lalu, Namun gugurnya jawatan Baru Bian sebagai Naib presiden diperingkat pusat, dan diganti dengan Datuk John Tenewi Nuek membuktikan kesan perpecahan yang telah, sedang dan akan terjadi dalam PKR Sarawak.

Tidak semudah mencari kambing hitam dengan melemparkan tuduhan kononnya ‘kerja’ orang BN, Cybertroopers dan sebagainya. Kerana bantahan atau sabotaj oleh ahli sendiri tidak akan terhenti disitu jika ‘penyakit’ dalaman terus dipandang remeh. 

Perpaduan! Inilah agenda yang tidak pernah wujud dalam perjuangan Baru Bian serta PKR Sarawak, selain provokasi dan sentimen kebencian. 

Perpecahan demi perpecahan terjadi, seolah itulah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat dayak dan rakyat Sarawak demi cita-cita peribadi pemimpin PKR. Ironinya, Baru Bian dan PKR yang meneriakkan slogan keadilan untuk semua, telah membawa perpecahan yang cukup besar bagi masyarakat dayak.

Keluarnya SNAP dari Pakatan Rakyat dan menyertai UBF telah menceritakan satu lagi perpecahan. Diikuti pula beberapa pemimpin dayak dalam PKR beralih arah menyertai SNAP, menampakkan satu lagi yang tidak "benar" tentang PKR Sarawak.


Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim selaku presiden parti KITA di Kuching pada 30 Januari nanti, akan melahirkan cerita baru untuk politik masyarakat dayak. Jika pun itu digelar kesepakatan baru, tetap saja menimbulkan cerita lama iaitu perpecahan. Semuanya bermula dari rasa "tidak enak" ketika bersama PKR.

Bagaimana pula dengan team A, team B dan team C yang masih ada dalam PKR, Berapa banyak lagi perpecahan yang dijanjikan Baru Bian?

Apalah yang nak dibanggakan, jika bersatu sekadar untuk berpecah!

Hormati Sarawak


Oleh Mudatengah

Amat sedih untuk melihat calon Ketua Menteri Pakatan Rakyat dan 'Ketua' PKR Sarawak dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin PKR. Sekejap mahu sekejap tak mahu.

Akhirnya 'kedudukan' atau 'fate' calon Ketua Menteri Sarawak Pakatan Rakyat ditentukan di merchant square iaitu satu row shoplot di petaling jaya (sila lihat gambar atas).

Adakah ini cara PKR 'menghormati' Sarawak dan rakyatnya?
BN Sarawak memilih pemimpin-pemimpin mereka oleh perwakilan-perwakilan rakyat Sarawak. PBB, SPDP, PRS dan SUPP semua memilih calon-calon jawatan-jawatan kerajaan dikalangan rakyat Sarawak sahaja. Bukan dengan sms campaign atau kedai kopi di tepi jalan tropicana, pj (merchant square).

BN Sarawak menggunakan tempat terluhur seperti Bangunan DUN atau Borneo Convention Center. Bukan tepi jalan shophouses seperti Pakatan Rakyat.

Sehingga Pakatan Rakyat amnya dan PKR khususnya memberi penghormatan yang selayaknya kepada rakyat Sarawak maka rakyat Sarawak harus memilih untuk dihormati dengan baik. Sebagaimana yang dilakukan oleh BN Sarawak...

PKR SARAWAK : Nasib ‘Baru Bian’ akan diketahui esok!!!

Disebalik keyakinan yang melampau dengan falsafah politik baru “demi hutan belantara”, dan keghairahan untuk mendabik dada, kerana merasakan mereka akan menang mudah semua kerusi DUN Sarawak. Siapa sangka, Baru Bian teruji oleh ‘suara gergasi’ untuk menyingkirkan beliau sebagai pemimpin PKR Sarawak.

‘Bring it on’ kata Baru Bian ketika mencabar ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud suatu ketika dulu. Satu cabaran mendabik dada yang tersiar dibeberapa media ‘mesra Pakatan’ menunjukan betapa Baru Bian penuh yakin akan duduk sebagai ketua menteri Sarawak pada bila-bila masa.

Nampaknya cabaran Baru Bian terlebih dahulu disambut oleh ahli PKR sendiri, Bila beberapa orang kuat PKR Sarawak telah mempertikai kedudukan Baru Bian. Bantahan tersebut telah disuarakan di kuala Lumpur pada 7 Januari 2011 yang lalu, oleh kumpulan orang lama dalam PKR Sarawak yang tidak bersetuju dengan perlantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri dan Jawatan ‘belas kasihan’ sebagai Naib Presiden PKR.

Dalam PKR Sarawak terdapat 2 kumpulan yang tidak bersetuju dengan Baru Bian, Satu kumpulan terbentuk kerana perjuangan team Baru Bian bercanggah dengan prinsip asal perjuangan PKR Sarawak yang berbau ‘dayakisme’. Manakala satu lagi kumpulan tidak bersetuju kerana 2 jawatan yang disandang Baru Bian oleh PKR pusat seolah menidakkan kewibawaan pemimpin lain, khususnya orang yang telah lama berjuang untuk PKR di Sarawak.

Keributan dalam PKR Sarawak tidak terhenti disitu, kerana belum lagi ditambah dengan ahli yang beralih arah untuk menyokong gagasan Datuk Jeffrey dan UBF. Belum juga dicampur dengan penyokong yang setia kepada Datuk Zaid Ibrahim, yang berharap Parti KITA pimpinan Datuk Zaid akan terbang ke Sarawak.

Gertakan 'Orang lama' bagaikan 'suara gergasi’, hingga menyebabkan Majlis tertinggi PKR terpaksa membuat keputusan berhubung nasib Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Naib Presiden. Majlis tertinggi PKR yang bermesyuarat esok akan memutuskan kedudukan Baru Bian dalam politik Sarawak.

Dikabarkan 2 nama pemimpin PKR Sarawak sedang dicadangkan untuk mengantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Nama yang disebut-sebut adalah Saudara Nicholas Bawin dan Saudara Granda Aing, namun keputusan rasmi akan diumumkan pucuk pimpinan PKR pusat semasa mesyuarat Majlis Tertinggi esok hari (9 Januari 2011).

Persoalan yang lebih besar untuk Baru Bian, apakah keputusan MT PKR atau ‘suara gergasi’ dalam PKR Sarawak akan meranapkan impian ‘Baru Bian for CM’?

Yang jelas, belum pun berperang dalam pilihan raya, Baru Bian sudah tersungkur. Bukan hanya kerana ‘ketulahan’ mendabik dada, tapi juga oleh ketidakadilan terhadap rakan seperjuangan.

Bagi yang mengamati sejarah politik dayak, scenario seperti ini bukan perkara baru, malah sudah dijangka. Lihatlah SNAP, PBDS, PRS dan SPDP, semuanya melalui kesembuhan dari penyakit yang sama.

VIDEO: Pengakuan Amah Datuk Rais



BACA ARTIKEL BERKAITAN KLIK DISINI

EKSKLUSIF: Temubual Blogger dengan Datuk Rais berkaitan kes rogol


Aib dan menjijikkan. Itulah yang saya dapat katakan mengenai fitnah seorang Menteri yang dituduh merogol amahnya sejak 10 hari lepas. Atas permintaan blogger-blogger, Datuk Seri Utama Rais Yatim dan isterinya Datin Seri Maznah berbesar hati untuk berjumpa dengan kami para blogger seramai lebih kurang 10 orang. Pertemuan yang diadakan secara santai dan penuh mesra berlansung lebih kurang 2 jam di pejabat beliau di Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan, Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

DS Dr Rais dan DS Maznah menceritakan segala tomahan yang dibuat ke atas kedua-dua pasangan bahagia ini. Pasangan romantis yang tidak dibuat-buat seperti mana yang dilakukan oleh DS Anwar dan DS Azizah telah menjawab segala pertanyaan bloggers yang selama ini bersarang di kepala kami.

Berikut adalah antara fakta-fakta yang terkandung di dalam perbualan kami para bloggers dan pasangan DS:

• Tomahan yang dilemparkan di dalam laman-laman blog dan media-media elektronik bukan merupakan fitnah yang baru. Fitnah ini telah bermula sejak tahun 2007 sewaktu orang gaji berkenaan, Robegah berhenti kerja dari menjadi orang gaji DS sekeluarga dengan alasan untuk memberikan perhatian kepada keluarganya. Tambahan lagi, anak-anaknya sudah berhenti sekolah dan beliau mampu membina rumah sendiri di Indonesia hasil dari pekerjaannya sebagai pembantu rumah DS Rais selama 10 tahun.

• DS Dr Rais semalam telahpun menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci untuk membersihkan nama baiknya sebagai seorang Menteri yang telah 46 tahun berjuang untuk UMNO dan telah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.

• Robegah, 46 tahun, bukalah merupakan satu-satunya orang gaji di dalam rumah berkenaan. DS Rais mempunyai 4 orang gaji termasuk Robengah yang tinggal satu bilik. Agak mengelikan hati sekiranya perkosaan itu dilakukan di dalam rumah berkenaan. Seperti yang diperkatakan tadi Robengah telah bekerja dengan DS Rais selama 10 tahun. Alhamdulillah, terdapat seorang lagi orang gaji yang telah bekerja bersama-sama dengan Robengah sejak dulu dan beliau masih lagi bekerja dengan DS Rais sehingga kini. Kami akan cuba mendapatkan temubual ekslusif dengan orang gaji berkenaan yang turut kecewa dengan dakwaan Robengah.

• Gambar perempuan cantik yang didakwa Robengah oleh blog Sabahkini merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan untuk menguatkan dakwaan fitnah berkenaan. Kami akan mendapatkan gambar terakhir Robengah sebelum berhenti kerja untuk dijadikan bukti pembohongan yang dilakukan untuk menjatuhkan DS Rais.

• Kenapakah Robengah mengambil masa 5 bulan sebelum laporan ke atas dibuat oleh adiknya. Kenapakah tidak beliau sendiri yang membuat laporan berkenaan? Robengah meninggalkan Malaysia pada bulan Februari 2007 dan laporan yang dibuat oleh adiknya hanya pada Julai 2007. Robengah hilang ingatankah untuk membuat laporan dengan segera atau beliau hanya mengambil kesempatan untuk mengugut keluarga DS Rais?

• Husam Musa, Wakil Rakyat PAS telah berjumpa dengan Robengah pada tahun 2007 untuk mendengar sendiri tuduhan berkenaan. Sekiranya tuduhan ini benar, sudah tentu Husam Musa akan menjatuhkan DS Rais sejak dari PRU12, Perhimpunan Agong UMNO serta memburuk-burukkan beliau ketika beberapa PRK yang berlangsung selepas PRU12. Kenapa tuduhan ini hanya timbul sekarang? Tahun 2010?

Antara Baru Bian dan Jeffrey, siapa tak sedar diri?


Keputusan untuk menarik diri dari PKR pastilah suatu keputusan yang sungguh menyedihkan hati Jeffrey Kitingan. Semua mengakui bahawa Jeffrey Kitinganlah yang telah membina PKR Sabah dari kosong kepada parti yang disegani di Sabah hari ini. Jeffrey Kitingan telah menaburkan reputasinya yang tinggi, masanya yang berharga, titik peluh dan wangnya sendiri untuk membina PKR Sabah menjadi kuat dan disegani.

Jeffrey Kitingan terkenal di Sabah sebagai pemimpin yang benar-benar sayangkan Sabah dan mahukan yang terbaik untuk tanahairnya. Jeffrey Kitingan telah membuat press conference bahawa kasih sayang dan taat setianya kepada Sabah lah menjadi dorongan utama untuk keluar dari PKR. “It was not an easy decision but it is the one I must inevitable make in the light of what I must do for the people of Sabah and Sarawak,” he said in a statement late Sunday.

Jeffrey Kitingan telah sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sabah. Bilakah Baru Bian akan sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sarawak?

Untuk Baru Bian dan rakyat Sarawak yang telah terpedaya untuk masuk PKR, kita minta tolong renung dan fikirkan sedalam-dalamnya. Minta tolong jangan terburu-buru, cepat melenting atau marah...sebagai nasihat seorang rakyat Sarawak kepada seorang rakyat Sarawak..."fikirlah dan rasailah dengan sanubarimu".

Pada hemah saya suatu lagi sebab yang menyebabkan Jeffrey Kitingan sedar dan bertaubat bahawa PKR tidak ikhlas dan tidak AKAN memperjuangkan rakyat Sabah adalah 'structural' problem. Masalah 'structural'nya adalah pemimpin PKR Sabah di'PILIH' oleh Presiden atau 'Penasihat' PKR pusat. Umpamanya katakan Ketua PKR Sabah adalah Ketua Menteri Sabah dan namanya adalah YAB Mat Salleh. Kalau katakan menantu Presiden atau 'Penasihat' PKR mahukan konsesi balak dari kerajaan negri Sabah tetapi YAB Mat Salleh tidak mahu mengikut permintaannya maka esok bapa mertuanya boleh secara mutlak menukar Ketua PKR daripada YAB Mat Salleh kepada orang lain (yang mahu mengikut kehendak menantunya). Oleh itu juga YAB Mat Salleh akan terlucut YAB dan jawatan Ketua Menteri dengan sekelip mata!

Dimanakah terletaknya hak rakyat Sabah yang telah menyokong dan menaruh kepercayaan kepada Mat Salleh sebagai YAB Ketua Menteri mereka!?

POLITIK SARAWAK: Penipuan Sarawak Report jadi bahan ketawa

Alangkah besarnya kemaluan, bila maklumat yang selama ini dikagumi dan diharap menjadi modal politik untuk Baru Bian, sebaliknya dijadikan bahan ketawa. Mungkin hanya lawyer seperti Baru Bian atau orang yang bergelar Doktor seperti John Brian saja yang mampu berjaja pembohongan Sarawak report.

Siapakah yang berfikiran waras mampu percaya bahawa agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigations) di Amerika berada dalam pengaruh Taib Mahmud? Apakah Amerika terlalu bodoh dan miskin, sehingga terpaksa menyewa bangunan dari Taib Mahmud untuk menempatkan agensi rahsia berprofil tinggi seperti FBI?

Inilah dakwaan tidak bermoral oleh mereka yang berpendidikan serta kemaruk ingin jadi ketua menteri Sarawak. Mereka sengaja mengutip dan edit apa saja maklumat demi memfitnah ketua menteri dan keluarga.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini, apakah terlalu sukar dan hebat untuk mengubah suatu dokumen seperti yang dilakukan Sarawak report dan PKR Sarawak?

Apakah anda percaya, jika tiba-tiba saya siarkan gambar Baru Bian sedang berbogel? Seperti juga penyata  dibawah ini, bukankah cukup mudah untuk create atau edit nama siapa saja yang perlu difitnah!

TERKINI: Bukti penipuan Baru Bian dan Sarawak Report?

Keghairahan serta keangkuhan Baru Bian memuncak setiap kali berbicara tentang laporan sarawakreport.com. Sekaligus menjadikan Baru Bian sebagai politikus yang paling angkuh dalam sejarah politik Sarawak.

Baru Bian dan pengikutnya sering mencabar pemimpin Sarawak agar menjawab laporan serta penipuan yang terdapat dalam Sarawak report. Sedangkan Baru Bian sendiri mengetahui semua data tersebut sengaja diolah dan direka untuk menipu rakyat, serta untuk menanam sentimen kebencian terhadap Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Memang tidak ada media lain di Malaysia yang sanggup menyiarkan pembohongan dan penipuan dari Sarawak report, kecuali blog Baru Bian, blogger Pakatan Rakyat dan malaysiakini.

Hanya kerana nafsu serakah untuk jadi ketua menteri, Baru Bian sanggup mengguna apa saja sumber maklumat, walaupun terpaksa menipu seluruh rakyat Sarawak. “Orang yang tidak pernah merasa berkuasa memang kemaruk ingin kuasa, setidaknya ingin juga bergelar YB”.

Lebih 41 tahun Taib Mahmud dalam politik negeri dan persekutuan. Bermula dari ahli council negeri, menteri persekutuan dan seterusnya jadi ketua menteri Sarawak, cuma Baru Bian belum pernah rasa jadi YB!

Artikel berjudul “Zaleha – HIDDEN TALENT?” yang disiarkan pada 29 Desember 2010, telah dipadamkan oleh admin sarawakreport.com kerana beberapa pembaca menyedari dan berkomentar mengatakan maklumat tersebut adalah penipuan yang sengaja direka. Para blogger terkenal pro pakatan yang ‘copy-paste’ artikel tersebut pada 30 Desember 2010 turut memadamkan artikel dari blog mereka.

Pada 29 dan 30 Desember 2010, ramai pembaca sarawakreport.com mempersoal data mengaitkan adik ketua menteri (Zaleha) dengan beberapa Syarikat.  Jika selama ini mereka berjaya mengedit penyata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan meletakkan nama ketua menteri atau ahli keluarga. Akhirnya mereka melakukan kesilapan,  dengan mengatakan ZALEHA BIN BUJANG adalah adik Taib Mahmud.
Bukti artikel dan gambar seperti dibawah;

Kutipan dari artikel "Zaleha – HIDDEN TALENT?"
We can now reveal that a Director and key shareholder of Pembinaan Nomisual Sdn Bhd is Zaleha Mahmud, the Chief Minister/Finance Minister Taib Mahmud’s own sister. The DAP’s Sarawak Leader and Sibu Representative, Wong Ho Leng, told Sarawak Report that he was “shocked” at this information and would be demanding an explanation from the Chief Minister as to why his family member is involved in this important public project.

Zaleha’s interest in the Sibu Flood Mitigation Project – as recorded in the Malaysian Register of Companies
Inilah penipuan yang paling tolol dalam sejarah politik Sarawak

POLITIK SARAWAK: Bekas ahli PKR akan gempur Baru Bian


Keyakinan Baru Bian sedang terjawab, bila beberapa bekas ahli PKR Sarawak menyuarakan tindakan untuk mencabar mereka dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Kelompok bekas ‘orang kuat PKR Sarawak’ akan menggunakan platform berbeda untuk menggempur team Baru Bian.

Menurut bekas ahli PKR Sarawak, mereka telah membuat perancangan strategic untuk memastikan team Baru Bian tersungkur. ”Kami memang tidak suka dengan PBB yang tidak mesra rakyat, tapi kami juga nekad menentang pemimpin yang angkuh serta tidak sedar diri seperti Baru Bian dan pemimpin PKR pusat” tegas sumber tersebut.

Sementara itu, terdapat beberapa ahli PKR Sarawak yang tidak sehaluan dengan team Baru Bian sedang berbincang dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk membawa Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ke kancah politik Sarawak. Mungkin inilah ‘Third Force’ yang akan mengoncang PKR Sarawak dan team Baru Bian?

Seperti kata pepatah, “apabila kawan bertukar menjadi musuh, itulah musuh yang paling bahaya”. Ternyata, BN bukan lagi musuh utama buat team Baru Bian atau PKR, sebaliknya PKR Sarawak terpaksa berdepan dengan pengikut sendiri yang tidak puas hati dengan ‘kebusukan’ pemimpin mereka.


Dari sisi lain, musuh politik kepada BN Sarawak akan bertambah dengan kehadiran parti KITA dan  'Third  force'. Politik Sarawak akan menyaksikan percaturan antara Kelemahan, keangkuhan serta bantahan. Malah sentimen tersebut akan jadi pengukur untuk meraih sokongan rakyat.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com