SABERKAS : Pelbagai aktiviti untuk golongan muda


Sebagai pertubuhan yang terbesar di Sarawak, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) telah memainkan peranan penting dalam menganjak kemajuan negeri dengan sokongan golongan muda.

Sempena EGM 2010, Saberkas menganjurkan majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Agung, sebagai acara kemuncak perjumpaan ahli-ahli dari seluruh Sarawak. Majlis tersebut dimeriahkan dengan aktiviti berkaraoke dan cabutan bertuah.

Anggota Exco Abang Abdul Aziz ditemui berkata, melalui pindaan perlembagaan baru pada 10 Desember 2010 lalu, Saberkas dilihat semakin peka dalam menyediakan dan mengisi kepelbagaian untuk golongan muda.

“Berdasarkan perlembagaan baru tersebut, cawangan seberkas akan dibahagikan kepada 71 kawasan DUN. Manakala 70 % keahlian mestilah dari kalangan belia yang berumur dibawah 45 tahun, selebihnya 30 % keahlian akan disertai belia yang berusia 45 tahun keatas”.

Rasionalnya menurut Abang Abdul Aziz, pindaan perlembagaan baru bertepatan dengan persekitaran semasa, dimana suara golongan belia perlu diberi perhatian khusus. Selain itu  pelbagai program yang akan dianjurkan dapat memberi pendedahan untuk belia-belia di Sarawak agar lebih aktif melalui cawangan masing-masing, dengan menyertai NGO seperti Saberkas.

Dengan adanya cawangan-cawangan , segala aktiviti dan peruntukan kewangan akan mudah diagih untuk memastikan golongan belia terus aktif dengan pelbagai aktiviti.

Saberkas akan turut memperkenalkan cara urus tadbir sesebuah organisasi dengan mendapat bimbingan dari kalangan sesama ahli yang berusia 45 tahun keatas tersebut, yang terdiri dari ahli yang berpengalaman dan professional.

“Selain meningkatkan peryertaan para belia, kita tidak berharap agar golongan muda tidak hilang hala tuju setelah menamatkan zaman persekolahan” tegasnya.

Peristiwa Politik Negara Sepanjang 2010

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

TVSB - Media Baru PKR Sarawak


TV Sarawak Bebas (TVSB) adalah media baru PKR menjelang pilihan raya negeri Sarawak, TVSB terdapat dalam versi DVD/CD yang boleh ditempah dengan harga RM10. Menurut penyokong PKR Sarawak, TV yang  canggih ini, turut menampilkan penyampai berita yang mesra penonton dan 'berdada bidang'.

Oleh kerana TVSB adalah untuk mempromosikan PKR di Sarawak, maka sengaja ditampilkan penyampai berita yang memiliki 'dada dan otot' yang mantap, sesuai dengan nafsu Anwar Ibrahim sendiri.

Yang pelik, berita TVSB menggunakan latarbelakang pembangunan mantap yang dibuat oleh kerajaan Taib Mahmud. Sedangkan itulah yang mereka kritik dan persoal sebelum ini, khususnya bangunan DUN Sarawak. Sepatutnya mereka menggunakan latarbelakang "hutan belantara, sungai dan haiwan" agar menepati slogan perjuangan Baru Bian.
 Macam kenal?


(video credit : link)

MESTI BACA: Surat dari 'makcik' untuk makcik Zulhaidah

Selama ini Zulhaidah bukan main lantang mempersoal peribadi pemimpin Sarawak, termasuk yang terkini  tentang perkahwinan ketua menteri Sarawak. Mungkin bagi Zulhaidah, tidak mengapa menikah seramai yang boleh atau melakukan maksiat semahunya. yang penting tidak menikah dengan wanita yang lebih muda.

Memang Zulhaidah tidak muda lagi, dan tidak berada dalam senarai memikat hati. Apakah sebab itu, Zulhaidah terpaksa menggunakan strategi 'memuji diri' untuk meraih perhatian?

Suboh-suboh lagi, Zulhaidah telah 'memuji diri' mengatakan dia lebih baik dan lebih bijaksana dari mana-mana pemimpin Sarawak. Memang hebat nafsu makcik Zulhaidah ini, dengan 'syok sendiri' mengatakan dia lebih sempurna, lebih unggul dan sebagainya.

Setelah sekian lama Zulhaidah mengumpan diri agar namanya disebut-sebut di dunia maya. Dengan menyentuh peribadi pemimpin Sarawak, beliau merasakan sudah cukup menonjol.  Tak sangka akhirnya muncul juga orang yang tahu tentang keperibadian srikandi PKR ini.


Dibawah ini kutipan mesej yang dikirim oleh seorang makcik yang mengenali Zulhaidah.
Salam cik aisanda
makcik nak cakap sikit. makcik tahu siapa aisanda walau pun aisanda tak tahu sapa makcik. tak apalah. makcik hanya nak ingatkan agar aisanda terus mengekalkan 'kewanitaan' dalam hidup dan perjuangan ini. utk menjadi srikandi yg dihormati, seorang wanita tidak perlu mengubah apatah lagi mengorbankan sifat2 kewanitaan kita. ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

jangan sekali2 ikut macam zulhaidah PKR. baru pandai merangkak dah nak melompat. baru dapat diploma dlm business admin dah nak mengata diri lebih bijak dari orang lain. dah nak melihat orang lain bodoh belaka.

jangan sekali2 ikut perangai zulhaidah. sebagai wanita walau sebuas mana pun 'nafsu' kita, jangan sekali2 menunjukkan 'kegelojohan' kita. walau menggelegak macam mana pun 'nafsu' kita, kita kena kekalkan sifat2 'kemaluan' kita. usahlah baru di puji sikit terus nak 'mengangkang'. takut nanti orang hilang stim bila 'panau dan kudis' kita dah nampak. nak buat apa pun, buat pelan-pelan. slow-slow.

makcik nak ingatkan juga, walau siapa pun orang tua kita, mereka tetap ibu dan bapa kita. Jangan jadi mcm zulhaidah suboh. bapanya Hadi. datuknya Salleh. tapi dah bertukar menjadi Suboh. tak patut. walau pun habbit kita suka keluar 'menyuboh' sekali pun.

aisanda, hidup perlu berbakti. tapi, tak semestinya jadi YB. jangan macam zulhaidah, hanya kerana selalu belanja orang bekenu minum kopi dah perasan dia banyak berbudi dari YB Rosey - yang dah 30 tahun jadi guru untuk melahirkan anak pribumi berkualiti.

Pehin Sri yang nikah, Baru Bian pulak yang naik nafsu


Politik Sarawak bertambah meriah sejak Pehin Sri Taib Mahmud menikah dengan anak dara dari tanah Arab. Anehnya, Baharu Baru Bian dan rakan-rakan yang sibuk membuat penilaian tentang susuk tubuh isteri Pehin Sri yang seksi. Kalau boleh, mereka nak cium dan kunyah 'pakaian dalam' isteri Taib Mahmud.

Jika diperingkat persekutuan, isteri perdana menteri yang menjadi sasaran pakatan rakyat. Malah para ustaz PAS hampir setiap hari menyebut tentang Datin Sri Rosmah Mansur dengan berbagai penilaian yang seksi.

Bagi ustaz-ustaz PAS dan penyokong Pakatan, mereka perlu tahu segala yang dibuat oleh isteri perdana menteri. Rasanya tidak sah, kalau satu hari tidak menyebut nama Rosmah. Sampai tergelincir lidah ustaz-ustaz PAS menyebut ‘rasuah’ jadi “Roswah”, Semuanya sebab nafsu terhadap Rosmah yang sedang menjalar sampai ke lidah.

Nampaknya penyakit yang sama sedang beralih ke Sarawak, Beberapa hari blog Baru Bian dan media PKR mengulas tentang isteri Pehin Sri Taib, dari ikat rambut sampai ke pakaian dalam. Hebat betul imaginasi orang PKR.

Pasukan Baru Bian bertambah ghairah dengan kepakaran ‘ilmu isap’ yang mereka miliki, tanpa segan silu membuat taksiran harga kalung isteri ketua menteri kononnya bernilai RM150 juta. Itulah kelebihan ‘ilmu isap’, sangat berbeda dengan ilmu matematik yang perlukan data serta perkiraan tepat.

Menurut pasukan Baru Bian, mereka akan terus menyelidik segala ruang serta celah yang ada pada tubuh isteri Pehin Sri. Semua ini bukan saja untuk menambah nafsu ghairah Baru Bian, tapi juga nafsu seluruh penyokong Pakatan Rakyat di Sarawak.

Bagi Baru Bian, susuk tubuh isteri Pehin Sri adalah modal penting untuk kempen pilihan raya negeri Sarawak. Kerana itulah perjuangan PKR yang akan mengenyangkan perut penduduk rumah panjang, kampung-kampung serta rakyat di pendalaman Sarawak.

Aneh benar cerita orang PKR! Orang lain menikah, dia pulak yang naik ghairah tak tentu pasal, agaknya ini yang dikatakan luar tabiee…? 

Kemungkinan UMNO ke Sarawak?


YB Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Bin Abg Haji Zen Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti UMNO boleh masuk ke Sarawak, namun buat masa ini ia tidak sesuai lagi untuk UMNO berbuat demikian.

Demikian pandangan yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan di hadapan sepuluh orang pemimpin UMNO daripada Bahagian Setiawangsa, Wilayah Persekutuan yang berkunjung ke kediamannya di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dekat Kuching, Sarawak pada 10 Disember lalu.

Menurut beliau, Parti PBB yang diterajui oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  masih relevan malah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak itu masih diperlukan oleh rakyat negeri ini.

Beliau menambah bahawa PBB merupakan parti yang telah berjaya menyatu padukan rakyat negeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat resam dan juga anutan agamanya.

UMNO mungkin sesuai di semenanjung untuk perjuangan membela orang-orang Melayu di sana, tetapi Melayu dan Bumiputera di negeri Sarawak lebih selesa di bawah PBB yang menjadi teras kepada BN di negeri ini.

Dr Rauf juga berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri amat sesuai bagi sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan juga budaya seperti Malaysia. Negeri Sarawak menurutnya telah lama mempraktriskan konsep 1Malaysia ini malah kini semakin diperkasakan demi untuk kemakmuran negara amnya dan negeri Sarawak khasnya.

Baca selengkapnya KLIK DISINI

Blogger dibayar RM30.000, Anda berminat?


Saya tak fikir PBB terlalu bodoh sehingga berbelanja berjuta-juta ringgit, Kalau sekadar untuk berperang dengan maklumat anonymous dari Sarawak Report atau  Radio Free Sarawak (RFS). Itulah dakwaan blogger  PKR Sarawak yang hauskan perhatian, kononnya PBB ketakutan dengan RFS dan Sarawak Report, hingga sanggup mengupah ribuan ringgit untuk blogger menjawab isu yang telah ditimbulkan. Alangkah dangkalnya tafsiran itu.

Jika PBB mengupah blogger untuk menulis blog, tentunya bukan untuk membuang masa dengan Sarawak Report dan RFS. Ada banyak isu lain yang boleh ditulis dan perlu diberi perhatian...

Jika PKR benar-benar memiliki bukti yang kukuh, silakan buat laporan sendiri dan press conference. Baru Bian pasti faham proses siasatan dan pengadilan, bukan sekadar mengutip maklumat yang anonymous. Baru Bian juga perlu rasional, jika isu melibatkan undang-undang bukanlah untuk dibahaskan oleh para blogger demi menentukan siapa benar, siapa salah.

Siapakah yang cukup waktu untuk dibuang begitu saja, jika sekadar berbahas dan berperang dengan blog anonymous seperti Sarawak Report. Apakah keputusan undang-undang perlu ditentukan oleh blogger? Namun itulah permintaan tolol yang dicabar oleh blogger PKR Sarawak.

Penyokong PKR mengatakan mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud. Ironisnya Baru Bian telah menang beberapa kes tuntutan terhadap kerajaan negeri. Jika benar mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud, ertinya kemenangan kes tuntutan NCR bukanlah sebab Baru Bian, tapi Taib Mahmud sengaja memberi tanah-tanah tersebut kepada plaintiff. Anda pasti tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi anda boleh fikirkan sendiri.

Saya kutip maklumat dibawah, sebagai contoh. Apakah kita boleh percaya sumber seperti ini? Perlukah laporan dan siasatan dibuat jika maklumat anonymous dibawah berupa tuduhan atau unsur jenayah?

Jika benar, saya dan rakan-rakan pasti berbaris di hadapan pejabat PBB...
Bloggers Wanted
Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:
As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.
We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.
Qualified Candidates will be notified within 7 days.
Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.

VIDEO : Ucapan Azmin satu pembohongan dan berunsur hasutan

Menurut perjanjian Malaysia 1963, tidak ada 'autonomi penuh' yang termaktub untuk negeri Sarawak, sebaliknya cuma keistimewaan "perkara 18" sahaja. Apakah kuasa Azmin hingga mampu mengubah dasar strategik yang telah dipersetujui beberapa pihak? tidakkah ini berunsur hasutan dan sensitif?

Antara unsur hasutan yang terdapat dalam ucapan Azmin mengatakan kerajaan persekutuan tidak pernah melaksanakan perjanjian tersebut (perkara 18).

Azmin juga terang-terangan berbohong mengatakan cuma selangor yang memberi cuti umum pada 16 september, sedang kerajaan persekututan telah menetapkan tarikh tersebut sebagai 'cuti hari Malaysia' untuk seluruh negara.

 (video credit: youtube)

Apakah Menteri Amaran ada 'telor' untuk bertindak?

Syabas untuk Ketua Penerangan UMNO Pagoh, En. Mohd Razali Bin Abd Rahman kerana telah membuat laporan polis berkaitan ucapan Azmin yang provokatif dan berbau hasutan.  BACA DISINI

HANGIT !!! : PKR terpaksa saman Wikileaks?

(sekadar gambar hiasan)

Kalau Singapore dah kata laporan tersebut tak menyamai rekod mereka, Apakah Anwar akan saman Wikileaks sebab menyebarkan maklumat luar tabii. Ada nafsu nak saman Wikileaks? hehehehe... Rasanya Wikileaks pun sedang tertunggu-tunggu saman dari Bang Anwar dan PKR..

Setakat berkokok dalam perigi buta bolehlah, tapi kalau nak saman Wikileaks? kah kah...

Lebih baik bang Karpal Singh pergi melancong bersama keluarga, dari peningkan kelapa kepala dengan kerenah si Nuar ...
SINGAPURA, 14 Dis (Bernama) -- Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam Selasa sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi tadi.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

POLITIK SARAWAK: Sejak bila Pengarah Immigration Sarawak dari Semenanjung?

anugerah pelakon terbaik sepanjang zaman

Entah dirasuk jembalang apa, atau memang sudah ‘di anugerahkan’ sebagai pembelit. Sampai  Azmin berjanji nak tukar pengarah immigration Sarawak dengan anak jati Sarawak… kah kah

Nampak sangat Azmin Ali memang pandai buat lawak untuk seluruh rakyat Malaysia, ramai juga ahli PKR Sarawak yang terhibur dan sibuk menghafal lawak Azmin, sampai copy-paste ucapan Azmin di blog masing-masing.

Azmin bukan main seronok berucap nak tukar semua Jawatan Pengarah di Sarawak, hingga lupa pengarah immigration Sarawak, memang orang Sarawak. Inilah jadah bila memiliki hobi berbohong.

Datuk Robert Lian orang mana? mungkin Azmin memang tidak tahu, lagipun bukan kerja Azmin untuk tahu perkara benar. Tugas Azmin cuma berjanji, berbohong dan menyampaikan mesej putar belit dari ketua umum. Tak percaya, tanya orang Selangor?

pelakon utama

Pengarah Immigration Sarawak, Datuk Robert Lian adalah dari kaum Orang Ulu di Sarawak, bukan dari semenanjung. Di semenanjung tidak ada kaum Orang Ulu, tapi ada Orang Asli. Ada tak kaum Orang Asli jadi pengarah jabatan kerajaan di Selangor? Berapa ramai YB, Exco atau Menteri berketurunan ‘Orang Asal’  yang dah dilantik PKR di Semenanjung?

Bagaimana pula janji pilihan raya PKR untuk rakyat Selangor sebelum ini, sudah tertunai? Jika belum, tak perlulah datang buat pertunjukan sarkas di Sarawak. 

Menyebut tentang otonomi memang mudah, bercakap penuh retorik memang gampang. Entah otonomi bagaimana yang dimaksudkan Azmin? Lagipun otonomi seperti di Sarawak sekarang ini, tidak akan tercapai hanya kerana janji seorang ‘pelacur politik’, tapi kerana persetujuan bersama beberapa pihak secara strategik.

Janji Azmin, kononnya PKR akan mengembalikan ‘otonomi penuh’ seperti dalam perjanjian Malaysia 1963 kepada Sarawak. Sedangkan dalam perjanjian Malaysia 1963, tidak ada ‘otonomi penuh’ untuk Sarawak, sebaliknya cuma hak dan keistimewaan dalam 18 perkara sahaja. Bukan ‘otonomi penuh!’.

Entah dari mana 'otonomi penuh' yang Azmin nak kembalikan?

Kalau sekadar pertunjukan sarkas, tak perlulah import Azmin dari Selangor. Di Sarawak ramai yang berbakat, tak percaya? Tanyalah Bang Baru Bian…

VIDEO : Komen Tun Mahathir tentang Wikileaks

Mahathir: Sodomy II 'not entrapment'


(video credit : link)

POLITIK SARAWAK: Azmin janjikan 'autonomi penuh' dan kepimpinan liwat


Majlis Makan Malam Pre-Christmas and New Year Dinner yang berlangsung di Bintulu kelmarin bagai membawa aura baru untuk Azmin. Kerana sokongan yang ‘luar biasa’ dari rakyat Sarawak.

Seperti kebiasaannya, tidak pernah kehadiran pemimpin PKR yang tidak dihadiri "ribuan" penyokong. Acara kelmarin adalah majlis penutup aktiviti 3 hari PKR Sarawak, yang bermula dengan mesyuarat, latihan pilihan raya dan forum tertutup.

Penyokong PKR di Sarawak berasa “kembang telur” dengan janji Azmin yang luar biasa. Dalam ucapan di majlis tersebut Azmin berkata “Pakatan Rakyat akan memberi otonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika memenangi pilihanraya negeri”.

Azmin turut menyelitkan beberapa kata hikmat yang mampu menghibur perasaan Baru Bian dan penyokong PKR. Antara ayat manis yang diungkap Azmin;

“Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak menubuhkan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Tanah Melayu, Pakatan Rakyat akan menghormati Perjanjian Malaysia semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963”

Malah Azmin turut bersumpah, “Saya, Azmin, akan mempertahankan Sarawak dan membela orang orang Sarawak. 'Agi idup agi ngelaban!'”

Seluruh penyokong PKR dan Pakatan di Sarawak terharu dengan lagak Azmin, bukan saja  kerana otonomi penuh. Tapi lebih menarik ialah kepimpinan liwat yang akan memerintah. Janji Azmin memang sesuai dengan pendedahan Wikileaks berkaitan perilaku liwat Anwar Ibrahim.

Menurut penyokong tegar PKR, “semua maklumat wikileaks adalah benar dan boleh dipercayai, melainkan tuduhan yang melibatkan Anwar, kerana Anwar adalah anugerah Tuhan yang suci dan mulia”.

Untuk baca kisah berkaitan, sila  KLIK DISINI dan  KLIK DISINI

p/s: liwat tetap liwat..!!!

POLITIK SARAWAK : Amaran dari Datuk Fadillah !!!

Datuk Fadillah Yusof

KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) janganlah mengambil mudah untuk menang pilihan raya umum akan datang, sebagai ingatan kepada empat komponen BN di Sarawak untuk bekerja keras, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusuf.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memberikan arahan jelas untuk mula bekerja keras dan tidak mengambil ringan dalam memenangi pilihan raya.

"Akhirnya pengundi akan menghakimkan kita berdasarkan perkhidmatan kita kepada rakyat...jadi jika anda berpuas hati dan ambil ringan, saya tidak terkejut calon BN akan tewas," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi dan Kreativiti Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini Jumaat malam.

Khamis lepas Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem berkata bahawa calon BN tidak lagi mampu untuk mengambil mudah kerana minda rakyat terlah berubah dengan cepat apa lagi dengan akses maklumat yang mudah.

Beliau yang juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri bekata bahawa rakyat tidak lagi mengundi berdasarkan parti dan tidak lagi bersikap menghargai seperti sebelum ini apabila diberikan bantuan kerajaan kerana mereka percaya adalah tugas kerajaan untuk menjaganya.

Dalam mendengar masalah rakyat, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Pemuda PBB telah bersedia di peringkat bawah dengan melakukan kerja-kerja amal atau politik yang meliputi aspek sosial dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka.

Beliau berkata program kerja sedang dijalankan di peringkat cawangan di semua 71 kawasan pilihan raya negeri, yang merupakan arahan jelas daripada kepimpinan parti.

Seminar Belia BN juga baru sahaja berakhir yang disertai oleh semua parti komponen BN di Sarawak, yang meliputi PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Maju Demokrat Sarawak (SPDP), kata beliau.

Saman 1 billion, bukti PAS tidak amanah...

hahhhh...1 billion?

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).

Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.

“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.

Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.

“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.

Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.

Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.

Sarawak akan jadi negeri termiskin, jika DUN dibubarkan?

Bulan lalu (November 2010) laporan bank dunia menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia berdasarkan kajian badan berkenaan. Ramai blogger dan media pro ‘Pakatan’ menyiarkan ucapan tahniah kepada rakyat Sabah dan kerajaan Barisan Nasional, kerana pencapaian tersebut.

Menjelang pilihan raya Negeri, sudah ramai yang menjangka. Sarawak akan serta merta jadi negeri termiskin di Malaysia sebaik saja ketua menteri Sarawak membubarkan DUN.

Kenapa sampai begitu sekali? 


Ini bukan kerana ‘unsur’ luar biasa, tapi disebabkan kajian luar tabii yang dibuat Anwar Ibrahim dan penyokong PKR. Untuk memahami data ekonomi versi Anwar Ibrahim, tidak perlu ilmu matematik. tapi yang penting adalah kecekapan dalam ilmu hisap.

Dengan teori luar tabii, Anwar Ibrahim hanya menunggu DUN Sarawak dibubarkan untuk mengeluarkan data terkini negeri termiskin. Penyokong BN dan rakyat Sarawak tidak perlu terkejut, jika tiba-tiba data "bank dunia versi Anwar Ibrahim" melaporkan Sarawak adalah negeri termiskin di Malaysia, bahkan juga di Asia?



“saya lapan tahun sebagai menteri kewangan, saya tau….bla,bla,bla…” inilah ayat penyedap rasa yang dijaja bertahun-tahun, oleh Bang Nuar yang jambu.

“malam ini saya jadi perdana menteri, esok harga minyak dan barang akan turun...bla,bla,bla…”  ini juga ayat sakti yang mampu mengenyangkan penduduk miskin?

HANGAT!!!: Blogger Dayak Baru akan tubuhkan Negara sendiri ?

Dr John Brian rasanya sudah lama berbahas tentang dayakisme dalam blog beliau (dayakbaru.com). Sudah sampai ke ‘urat saraf’ perlembagaan Negara dipersoal, sudah berulang-ulang membayangkan Perkara 18 dalam perjanjian Malaysia sebagai suatu yang tidak adil dan kejam.

Perjanjian autononi 18 perkara adalah hasil persetujuan bersama kaum dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Malah ditangani sendiri oleh tokoh agung negeri Sarawak yang berbangsa dayak iaitu Tun Jugah dan rakan seperjuangan demi membentuk Negara Malaysia.

Meskipun perjanjian 18 perkata adalah konsensus yang tidak boleh dibahas secara terbuka,  serta tidak boleh dicabar walaupun di mahkamah. Namun 'blogger dayak baru' telah secara konsisten mempersoal keanggotaan negeri Sarawak dalam persekutuan Malaysia.


Perjuangan dayak baru adalah ‘ketuanan dayak’, ‘negeri dayak untuk dayak’ dan segala sentimen dayakisme. Yang dikatakan menghalang perjuangan dayakisme adalah pengaruh kerajaan persekutuan dan campur tangan politikus dari semenanjung. Ditambah dengan scenario politik Sarawak yang tidak kondusif dalam memungkinkan falsafah ‘negeri dayak untuk dayak’.

Ironinya dayak baru sedang berkokok dibawah ketiak Anwar Ibrahim dan PKR, yang tidak diketahui entah  dari mana?

Atas nama Hak dan kebebasan bersuara, tidak salah dayak baru menolak semua dasar serta perlembagaan Negara, Malah mencampak status kerakyatan Malaysia dan seterusnya menubuhkan 'Negara baru'.

Apakah itu penyelesaiannya? Penyokong dayak baru tentunya sudah cukup ramai dari kalangan kaum mereka sendiri, Namun itu bukanlah indikasi bahawa seluruh rakyat Sarawak akan ikut serta. Juga tidak memungkinkan seluruh negeri Sarawak akan keluar dari persekutuan Malaysia atas alasan yang sama.

Oleh itu, apakah Dr John Brian akan menubuhkan 'Negara sendiri' bersama penyokongnya sendiri dan 'orang  sendiri', dalam wilayah sendiri yang terbatas.

Jika benar terdapat penindasan etnik dan ekonomi secara sistematik (seperti yang didakwa blogger dayak baru), dan disokong oleh International komuniti serta direstui oleh badan pemantau United Nation. Maka penubuhan Negara baru adalah pilihan.

VIDEO : Demonstrasi di Sungai Asap Bakun

GAMBAR : Demonstrasi anjuran PKR di Mulu Resort

Gambar ini adalah demonstrasi anjuran PKR Sarawak di Mulu Resort, Miri hari ini. Tak perlulah saya beritahu berapa ramai penduduk yang hadir, takut nanti perkiraan saya tak tepat. Yang pasti 'ramai' yang hadir berdemonstrasi...


Difahamkan penduduk setempat sangat marah dengan kerajaan Taib Mahmud, sehingga turun  beramai-ramai untuk menunjukkan bantahan mereka.

Saya pun dah tak tahu nak mengulas 'cerita' ini, tuan-tuan silakan buat ulasan sendiri....

p/s: sebagai penternak itik, saya memang tak pandai ilmu hisap...

BCSC : Kami terpaksa berdemonstrasi!!!



“Kami terpaksa berdemonstrasi dan membuat sekatan jalan demi untuk menarik perhatian kerajaan”, kata penduduk Bakun. Setelah berbagai aduan dan keluhan dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat pembalakan terbabit, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Dr. Eli Luhat yang juga pengerusi Bakun Community Safety Committee(BCSC) berkata, apa yang mereka lakukan adalah untuk membantu kerajaan dalam menghentikan kemusnahan jalan oleh lori-lori pembalakan haram yang menggunakan jalan tersebut.

“Kami kecewa kerana jalan sudah rosak teruk, namun pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa” kata Dr Eli dalam nada kecewa. Malah kami akan terus menyekat jalan untuk lori balak, jika syarikat pembalakan terbabit tidak mengendahkan permintaan agar memperbaiki jalan yang telah rosak, tambah beliau.

Dr. Eli Luhat turut meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan secepat mungkin. Kerana menjelang perayaan Christmas, ratusan penduduk Sg.Asap-Koyan akan memandu ke kampong halaman melalui jalan tersebut.

Beliau menambah, Apa yang dilakukan lori- lori balak tersebut akan memalukan kerajaan Barisan Nasional, kerana rakyat akan menyalahkan kerajaan. Bukan syarikat pembalakan.

BREAKING NEWS: Penduduk Bakun Bangkit Berdemonstrasi

Apakah demonstrasi begini perlu dianjurkan di Jalan Mukah-Balingian? Mengapa tidak! Mari kita berdemonstrasi...

Baca kutipan dibawah : (credit to BELAGAKINI)

 
Bakun,Belaga:07.12.2010. Hari ini penduduk penempatan semula Bakun Sg.Asap bangkit berdemonstrasi dengan membina penghadang dan menghalang lori-lori balak yang melalui Jalan Bintulu-Bakun. Dr. Elli Luhat yang menjadi ketua penganjur dan selaku pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Bakun menyifatkan kerosakan jalan itu selama ini adalah satu perbuatan Vandalisme oleh lori-lori balak yang dimiliki oleh tycoon-tycoon pembalakan Sarawak.

Menurut Elli, lori-lori balak ini sepatutnya menggunakan jalan balak yang dibina oleh mereka sendiri dan bukanya menggunakan jalan raya berturap yang dibina oleh kerajaan khas untuk penduduk Bakun. Hasil daripada perbuatan vandalisme mereka ini maka jalan Bintulu-Bakun sudah tidak selamat lagi digunakan oleh penduduk.(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Dr. Elli menggesa supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab segera memperbaiki jalan terbabit dalam tempoh 2 minggu. Lebih-lebih lagi perayaan Krismas akan menjelang tiba. Maka akan ramai penduduk Bakun yang akan pulang ke Sg.Asap. Dan jika kerosakan jalan itu masih tidak diperbaiki, akan membahayakan keselamatan mereka dan pasti memberi persepsi buruk terhadap kerajaan 1Malaysia. (boleh jadi kalah pilihanraya Oooo)

Dr.Elli yang agak emosi, sebak dan sesekali menitiskan air mata sepanjang ditermuramah oleh para wartawan menyatakan, masyarakat Orang Ulu Bakun telah mengorbankan segala-galanya untuk menjayakan pembinaan hidro elektrik Bakun. Namun kesudahannya kini mereka dibiar merempat saja di Sg.Asap. Beliau memberi amaran jika pihak kerajaan dan pemilik lori-lori balak tidak memperbaiki jalan itu dengan segera. Maka pihak Bakun Community Safety Committee(BCSC) yang dipimpin beliau akan melakukan tindakan yang lebih drastik lagi.
Dalam perkembangan lain, saya turut terserempak dengan abang saudara saya Cikgu Dennis Hang Bilang (photo bawah-berbaju kuning)yang turut berada di tapak demonstrasi dan dalam perjalanan untuk ke hulu Bakun. Beliau dan kumpulan yang dipimpin beliau akan juga mengadakan demonstrasi di hulu Bakun untuk menghalau Syarikat Pembalan Shin Yang yang mencerobah tanah asal penduduk Bakun. Dalam perbualan singkat itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang begitu komited dalam memperjuangkan hak penduduk Bakun melalui Jawatankuasa Bersama Tanah Lepuun.


GEORGE CHAN : Pastikan pelampau agama 'ditendang' dari Sarawak



KUCHING, 7 Dis (Bernama) -- Persatuan agama di Sarawak digesa memainkan peranan mereka dengan menolak golongan pelampau yang cuba mengancam keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata negeri itu menentang sekeras-kerasnya sentimen keagamaan yang ekstrem dan memecah-belahkan perpaduan serta keharmonian pada kalangan rakyat.

"Kita mesti pastikan pelampau agama ini 'ditendang' keluar dari negeri ini bagi menjamin perpaduan, keamanan dan keharmonian.

"Ajaran agama sentiasa mendidik penganut-penganutnya agar berkelakuan baik. Sehubungan itu, persatuan-persatuan agama seperti Persatuan Buddha Sarawak harus memainkan peranan untuk menolak pelampau agama," katanya ketika merasmikan sambutan ulangtahun ke-41 persatuan itu, di sini Selasa.

Beliau mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Buddha Sarawak Datuk Tay Chin Kin dalam ucapannya menggesa penganut agama itu agar bersama-sama membina kefahaman yang lebih baik bagi mengukuhkan ekonomi dan keamanan negara.

Mengenang Bang Samy, Kita akan rindu kerana hal-hal ini...

Kata orang, "Jika pun kehadiran kita tidak disenangi, setidak-tidaknya ketiadaan kita akan dirasakan... ".  Hari ini  Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur dan menyerahkan jawatan yang telah dipegangnya selama 31 tahun, kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.


Bang Samy telah memimpin MIC sejak  1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam. Sebagai bekas menteri dan pada usia 74 tahun, tentu sudah terlalu banyak pengalaman pahit manis yang Bang Samy lalui. Sebagai rakyat Malaysia saya mengucapkan Selamat Bersara untuk Bang Samy.


Agar kita tidak lupa, saya kutip petikan dibawah untuk kita kenang bersama;

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Sumber - Cucu Tok Selampit



Jangan kita lupa sejarah dibawah ini;

KONVENSYEN : Antara Penyakit BN dan rawatan lanjut...

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.

parah nampak, jangan lupa berubat kak... (gambar hiasan)
 
"Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan," kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

"(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri," katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, Ahad.

Dalam amanat bertema "Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat" itu, Perdana Menteri berkata penyakit khayalan kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan, manakala kelupaan kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal.

Yang ketiga, penyakit kejumudan yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan dan seterusnya penyakit angkuh yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai, katanya.

Najib berkata untuk bangun kembali, BN mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten.

"Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan," katanya.

Katanya bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap BN perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

"Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat," katanya.

Najib berkata berbanding pilihan raya umum 2008, di mana BN yang cuba dimomok-momokkan sebagai sudah suram, kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih.

RESOLUSI : Remaja 18 tahun boleh mengundi?

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kerajaan diminta supaya mengkaji menurunkan untuk umur pengundi mulai umur 21 tahun kepada 18 tahun memandangkan mereka yang berumur 18 tahun kini sudah mampu membuat keputusan yang matang.

 
 remaja sekarang  (gambar hiasan)

Ini adalah antara 12 resolusi yang merangkumi aspek pentadbiran negara, pendidikan, politik dan ekonomi yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan, di sini hari ini.

Pemuda Gerakan juga mencadangkan supaya pendaftaran secara automatik dilakukan ke atas warganegara yang mencapai usia untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengenai soal pendidikan, pergerakan itu mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Perundingan yang bertanggungjawab untuk memantau, merancang dan memberi cadangan kepada kementerian itu mengenai pengurusan dan penambahbaikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil yang didakwa sering dipinggirkan.

Selain itu Pemuda Gerakan mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa bergiat dalam politik memandangkan mereka mempunyai kematangan untuk membahagikan masa antara belajar dan bergiat dalam politik. - Bernama

 tengok tu.. lebih dari mengundi dia boleh buat...haha

Baru Bian janjikan ‘menu baru’ untuk rakyat Sarawak


Dengan menanam sentiment Dayakisme, Baru Bian telah menjanjikan ‘jutawan segera’ untuk komuniti dayak sekiranya PKR memerintah Sarawak. Kerana berkeyakinan aroma dayakisme sangat mustajab sebagai propaganda politik di Sarawak, sepertimana yang pernah terjadi pada tahun 1987. 

Inilah yang sedang dilakukan Baru Bian dan rakan-rakan dalam PKR Sarawak demi meraih sokongan. Malahan dalam siaran Radio Free Sarawak, sentimen dayakisme turut dimainkan untuk memenuhi citarasa bersama. ditambah dengan sentimen kebencian yang diungkap berulang-ulang. 

Sambil mengkritik dan menuduh PBB, UMNO atau BN sebagai rasis secara membuta tuli, Baru Bian tidak dapat lari dari budaya rasis yang menjadi rencah utama dalam sentimen dayakisme.

Persoalan penting, bila komuniti dayak sudah jadi 'jutawan segera'. Apakah yang tertinggal untuk masyarakat bukan dayak atau kaum cina? Selain cuma slogan ‘keadilan untuk semua’ dan lain-lainnya? 

Apakah kaum lain akan bersarapan dengan slogan ‘keadilan untuk semua’, Makan tengahari dengan slogan ‘kebebasan bersuara’, Makan malam dengan slogan ‘kita anak bangsa Malaysia’ dan tidur nyeyak dengan mimpi ‘Baru Bian for CM’..? 

‘Hantu pilihan raya’ menyamar sebagai Orang Jabatan Tanah Sarawak

Ini bukan pengundi hantu yang biasa kita dengar, atau hantu raya yang gemar merayau-rayau. Tidak juga menjerit-jerit ditengah malam, atau menganggu perempuan mengandung.

Tapi hantu ini muncul di siang hari, dengan menyamar sebagai ‘orang dari Jabatan Tanah dan Survei’, semata-mata untuk menganggu usaha kerajaan negeri yang sedang menyukat tanah NCR.

Baru-baru ini, ‘hantu pilihan raya’ tersebut telah mengejutkan penduduk di Sungai Melinau, Baleh. Dengan memperkenalkan diri sebagai kakitangan Jabatan Tanah dan Survei  (JTS), kononnya ditugaskan untuk menyukat tanah NCR. Malah cuba menghasut penduduk agar membenci kerajaan berhubung isu NCR.

Lebih menakutkan, ‘hantu’ tersebut bertujuan untuk menipu penduduk pendalaman dan mengganggu apa saja projek pembangunan yang sedang di usahakan kerajaan negeri. Difahamkan ‘hantu pilihan raya’ sedang bergerak ke beberapa kawasan pendalaman Sarawak dengan modus operandi yang sama.

Penduduk pendalaman yang memiliki tanah NCR dinasihatkan agar berwaspada dengan kehadiran orang yang tidak dikenali, kemungkinan mereka adalah ‘hantu pilihan raya’ yang boleh menyamar sebagai apa saja?

 (sekadar gambar hiasan)
apakah 'hantu pilihan raya' aneh seperti ini? oh tidak, mereka manusia seperti kita

Idris Jala akan bertanding Pilihan Raya Sarawak?


Khabar yang mengatakan Datuk Seri Idris Jala akan bertanding dalam pilihan raya, tiba-tiba bertiup. Meskipun tidak terlalu kencang, tapi cukup untuk menimbul pelbagai reaksi dari kalangan rakyat biasa di Sarawak.

Malah ada yang berpendapat, sudah sewajarnya Idris Jala terjun ke dunia politik. ”Kerana sudah terbukti bakat dan kepakaran beliau. Orang seperti itulah yang diperlukan dalam kerajaan Sarawak, dan rakyat Sarawak perlukan khidmat beliau untuk memajukan negeri”.

Lebih menarik, yang mengkagumi Idris Jala sebagai idola nampaknya kurang bersetuju jika beliau terjun ke bidang politik. Tapi mengharap kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri di Sarawak.

Tambahan lagi menurut peminat Datuk Seri Idris Jala, Jika beliau bertanding pilihan raya belum tentu boleh menang. Kerana ramai tokoh di Malaysia, contohnya, seperti Tan Sri Lee Lam Thye yang tidak cemerlang dalam dunia politik tapi sangat unggul berkhidmat untuk rakyat.

Semua pendapat tersebut tidak ada yang negatif, malah penuh harapan untuk melihat Datuk Seri Idris Jala kekal berkhidmat untuk rakyat. Samada benar atau tidak Idris Jala akan bertanding pilihan raya Sarawak, hanya beliau yang tahu?

TERKINI : Tun Dr Mahathir puji kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana menerima maklum balas dan pendapat orang luar mengenai hal-hal negara.

Beliau berkata penerimaan oleh pentadbiran pada masa ini telah membawa kepada dasar lebih baik yang menyenangkan semua pihak, dengan berkongsi dan meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka, sehingga mendapat sokongan lebih baik daripada orang ramai.

"Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa, mereka akan berbuat demikian, dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali, misalnya mengenai proses transformasi," katanya pada ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Eropah-Malaysia (MEF) di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika menjawab satu soalan, Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau tidak merancang untuk kembali memimpin negara, namun akan terus memberikan pendapat serta kritikan menerusi blognya.

"Bagi saya, untuk kembali dan terlibat secara langsung, itu tidak mungkin berlaku. Sekali saya keluar, saya tidak akan masuk semula. Saya hanya berharap mereka akan membaca blog saya, hanya setakat itu yang boleh saya sumbangkan," katanya.

Mengenai persepsi rakyat berhubung konsep 1Malaysia, Dr Mahathir berkata konsep perpaduan nasional hanya boleh dicapai sekiranya setiap rakyat menganggap diri mereka sebagai warga Malaysia.

Beliau berkata konsep itu disasarkan secara rasmi ketika pelancaran Wawasan 2020 yang diumumkan pada 1991. "Dalam Wawasan 2020, yang saya umumkan pada 1991, perkara pertama yang ingin kita capai ialah perpaduan nasional. Konsep itu boleh dicapai sekiranya semua rakyat melupakan kisah silam mereka, menggunakan satu bahasa dan menganggap diri masing-masing sebagai warga Malaysia.

"Hari ini, saya dapati rakyat masih berkata 'Saya Cina Malaysia, Melayu Malaysia, India Malaysia' yang akan membuatkan tafsiran konsep 1Malaysia amat rumit untuk rakyat yang terdiri daripada kaum yang berbeza," katanya.

Mengenai Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP), Dr Mahathir berkata Malaysia perlu lebih menyokong industri tempatan untuk membantu mereka menjana pendapatan lebih kukuh.

Mengambil Korea dan Jepun sebagai contoh, Dr Mahathir berkata kedua-dua negara perlu diteladani melalui cara mereka memperbaiki serta membangunkan integriti kewangan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI).

"Apa yang mereka (Jepun dan Korea) lakukan ialah mendapatkan sumber serta teknologi asing, dan pada masa yang sama, memperbaiki teknologi sendiri serta menjadi syarikat gergasi. Namun di Malaysia, kita membenarkan orang asing datang ke negara ini dan mendapat manfaat daripada kos buruh yang rendah.

"Masanya telah tiba untuk kita berubah. Kita perlu menyokong industri tempatan. Kita telah memberikan insentif kepada syarikat asing, jadi mengapa kita tidak berikannya kepada syarikat tempatan?," katanya.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com